Thursday, March 26, 2009

Perokok lebih hina dari lembu: Nik Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.





Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).


"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. - Bernama


ULASAN SAYA:


SETUJU YANG AMAT SANGAT! KENAPA? MEMBAZIR, MENGGANGGU PERNAFASAN ORANG LAIN, MENCEMAR PERSEKITARAN..JIRAN SEBELAH RUMAH AKU ASYIK2 DOK BUANG PUNTUNG ROKOK DEPAN RUMAH AKU JE, KENAPA TAK BUANG DALAM RUMAH SENDIRI? KESIMPULAN AKHIR AKU TENTANG PEROKOK......KURANG CERDIK..TAMBAH SEDIH KALAU PAKAI KOPIAH ATAU PARA USTAZ SENDIRI YANG MEROKOK...SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG TELAH TERSESAT!

Andainya Adlin Aman Mengkritik Calun Ketua Pemuda Umno.

Teman hari ini salin dan tampal posting seorang blogger yang mengelarkan dirinya Pak Andak, kat blog ini. Tulisan asal Pak andak yang merupakan seorang Perunding Motivasi, Penceramah Bebas dan Penulis Buku boleh di baca kat sini . Terus terang teman cakap, blog Pak Andak teman baru terjumpa sekejab tadi. Teman suka membacanya. Lalu teman nak kongsi dengan kawan-kawan sekalian, termasuklah Bang Dollah dan Bang Lan . Selamat membaca.

aku nak dengar adlin aman ramli mengkritik calon ketua pemuda

kalaulah adlin aman ramli boleh mengkritik semua calon yang bertanding dalam pemilihan umno macam dia kritik peserta akademi fantasia mesti best.



agaknya macam ni skrip yang keluar.Dia cakap sambil colek-coleek mata dan hidung dia.



Oii khairy , kau jangan nak beranganlah.aku tengok kau macam tak betul je.macam nak bawak isu besar tapi rembau pun kau tak settlekan.Aku bukan apa aku kesian kat kau,ke hulu kehilir,lebih baik kau duduk diam jaga duit kau jaga bini jaga pak mertua kau, ye lah semua orang tau lepas ni dia nak duduk rumah je , nak buat blog pun malas.So kau jaga dia je lah.

Satu lagi,kau simpan janggut sejemput tu tak sesuai dengan imej kau.kau aku rasa kena rambut panjang , dan bela misai.baru sesuai.



khir toyo.aku nak sebut nama kau kena betul-betul,takut terlebih sebut,silap pulak.Apa aku nak cakap kat kau ialah.eloklah kau bukak kilang tempe dan salon botox.Bukan apa ,aku tengok muka kaumakin cun,boleh jadi model tempe.
lagi satu , aku ingat kau kena pastikan segala rahsia kau disimpan elok-elok,warning siap-siap kekawan kau,biar pecah diperut jangan pecah di dewan,nanti susah.lepas tu barulah kau cari mana-mana yang silap,curi ayam ke.parking tak bayar ke,atau khalid tak pakai tali pinggang belakang ke,kau repot polis.barulah orang respek kat kau.

Alang-alang dan cun , aku rasa elok kau warnakan rambut kau,warna coklat.cari dye yang ada logo halal.lepas tu misai ngan janggut bubuh hitam.puhh baru hebat.

Mukhris , kau pulak aku rasa jangan kasi orang sebut nama mukris mahathir sebab bapak kau tu teruk.Bila orang tengok kau ngan bapak kau ada selisih faham orang akan percaya dengan kau,orang akan kata tengok mukhris,kalau bapak dia pun dia lawan,presiden pun mesti dia berani lawan,kalau presiden umno dia lawan apatah lagi presiden pas , mesti dia lawan.Aku rasa kalau kau bagitau umum yang kau benci bapak kau , mungkin kau akan menang ketua pemuda.

Tapi aku nak cakap sikitlah,kalau kau menang ,memang sahlah kau kurang ajar ngan bapak kau.


Mukhris aku tengok imej kau dengan rambut sejemput tu , rasanya kalau botak lebih baik.Lepas tu kau sentiasa pakai cermin mata hitam dan bawak beg james bond.Puhh.macam mafia.

untuk kau orang bertiga ,aku doakan salah sorang menang,ini ada masa lagi,kalau nak jumpa bomoh eloklah jumpa sekarang.Rasuah tak boleh,kau bomohkan je perwakilkan,Carilah komat sekampung,biar orang nampak kau baiiiik je.ok terima kasih

hahahahaha.takpelah aku gelak sendiri

WEBSITE TOK GURUKU YANG TERCINTA-BRAVO!


25 Mar 2009
Ucapan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan Sempena Pelancaran Wi-Fi Aptus Net Dan Blog Tok Guru
Kategori: Ucapan

UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU PADA 29 RABIUL AWAL 1430/26 MAC 2009 BERMULA JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI KB MALL, KOTA BHARU, KELANTAN.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana hanya dengan limpah Rahman Rahimnya jua kita masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini untuk seterusnya menyaksikan majlis pelancaran Wifi Aptus dan Blog Tok Guru pada petang yang berbahagia ini.

Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan sebesar-besar tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan selaku EXCO yang bertanggungjawab dalam Portfolio ini. Segala usaha, tenaga dan inisiatif yang diambil oleh pihak infraquest yakni sebuah anak syarikat PKINK sangatlah perlu dialu-alukan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ayat yang baru sama-sama ini petik di awal ucapan tadi sengaja saya ambil untuk membuktikan betapa Islam sangat cermat dalam sebarang usaha dakwah. Jelas pada Ayat tersebut Allah S.W.T telah menekankan perihal mustahaknya perkara hikmah itu didahului oleh para da’i. Dakwah wajib membawa roh bimbingan dengan memberikan pelajaran dan pengajaran yang baik. Jika perlu berbantah-bantah sekalipun kerana ada perselisihan pendapat maka ia hendaklah dipilih dalam kaedah yang terbaik. Ayat ini seterusnya mengingatkan kita tentang tidak siapa yang tahu siapa yang tersesat atau yang mendapat petunjuk selain daripada Allah S.W.T. Demikian, betapa cermatnya Islam dalam memerlihara adab dan akhlak sewaktu berkomunikasi ketika berdakwah.

Dalam kesedaran wifi yang akan dilancarkan sekejap lagi termasuk blog saya yang akan dirasmikan sebentar lagi maka kehendak Surah An-Nahl Ayat 125 ini harus diperhatikan dan dipenuhi syarat-syaratnya dengan sehabis cermat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam sejarah hidup manusia, sejak kecil lagi akan terdapat soal menyoal dan perbezaan dalam pendapat. Ini fitrah manusia. Bila manusia disoal, otak manusia akan ligat mencari jawapan. Secara tiba-tiba, ia menjadi aktif. Jawapan akan menjadi sangat konkrit apabila jawapan itu bersandarkan kepada hujah-hujah daripada wahyu yang datang dari langit. Usaha untuk mencari jawapan yang benar ini juga disebut fitrah. Musuh yang jujur lazimnya akan terkedu dan terduduk apabila berdepan dengan kebenaran. Itupun jika mereka tidak sombong, degil atau bongkak.

Di dalam surah pertama yang diturunkan dari langit terdapat 3 potong Ayat:

1) “Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia mengerjakan solat.”

2) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang (iaitu Rasulullah S.A.W. itu berada diatas kebenaran atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah)?

3) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya.”

(Surah Al-Alaq : Ayat 9 – 14).



Kesemua persoalan ini memulakan pertanyaan “bagaimana pendapatmu” sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membangkang Rasulullah S.A.W. Semua ini membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya bermusyawarah, berwacana, berbincang dan berforum. Semuanya ini adalah untuk mengembangkan fitrah manusia untuk bersoal jawab. Proses inilah yang melahirkan daya intelektualisme dan dinamisme dalam kehidupan intelektual rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak niat baik apabila akhbar-akhbar alternatif digantung dan setengah-setengah blog diharamkan daripada membuat liputan ke atas beberapa perhimpunan penting bertaraf nasional. Sekat untuk adakan perhimpunan secara aman. Sekat permit-permit majalah dan menghalang daripada sesetengah tokoh daripada berbicara di Universiti. Ini yang saya namakan usaha untuk menyekat aliran perkembangan intelektualisme rakyat yang bercanggah sama sekali dengan impian untuk menjadikan negara ini hub warga dunia kelas pertama.

Kita perlu ingat, apabila manusia disekat, manusia akan menjadi bodoh. Bagi kerajaan yang taghut, mereka akan seronok. Inilah puncanya yang menimbulkan pilihan di blog-blog. Sebelum perasmian blog ini pun telah timbul berpuluh-puluh blog. Manusia tidak boleh dikongkong daya pemikiran mereka kerana ini soal fitrah. Ia tuntutan semula jadi naluri setiap manusia, Sebagaimana air yang turun daripada gunung, jika ia disekat, dalam jumlah yang sedikit ia akan menjadi kolam. Air yang statik akan menjadi sarang tempat kediaman nyamuk dan serangga yang berbahaya. Bila air sudah banyak dan disekat juga, ia sama ada boleh melimpah dan merosakkan kehidupan atau menyerap masuk ke lapisan bawah tanah untuk melahirkan mala petaka atau air yang banyak akan membentuk suatu daya tolakan yang akan memecahkan tembok sekatan ingin membebaskan diri untuk kembali kepada fitrah asal kejadiannya yakni keperluan untuk bersoal jawab dalam mencari kebenaran yang hakiki.

Dunia pada hari ini adalah dunia yang dididik dalam acuan kebebasan minda yang meraikan proses soal jawab. Segala usaha yang menyekat proses tabie ini akan membawa kebinasaan kepada pihak berkuasa yang menganjurkan sekatan ini.

Sebenarnya, fikiran dan proses berfikir dicetus dan digerakkan dalam dua keadaan, iaitu evolusi dan revolusi. Kesan kehadiran jalan berfikir ini hanya boleh diuji dan dilihat jika diberi ruang untuk menguasai negara. Seburuk-buruk Sistem Komunis itu pun telah diberi peluang untuk menunjukkan teorinya dalam bentuk pelaksanaan di Negara Republik Rakyat China, Soviet Russia, Jerman Timur dan beberapa negara komunis yang lain. Sama juga halnya dengan pemikiran demokrasi. Masing-masing telah diberi kesempatan iaitu jelmakan dalam bentuk pelaksanaan.

Lebih-lebih lagilah Islam. Sewaktu Nabi S.A.W. berada di Mekah, kebaikan Islam tidak dapat dilihat oleh kerana Islam tidak diberi kesempatan untuk memerintah dan bebas bersoal jawab. Apabila di Madinah, berduyun-duyun golongan pembangkang telah menerima Islam berkat proses pertukaran pendapat, polimik dan wacana. Terasa terpinggir dari aliran kesedaran ini maka lahirlah golongan munafik yang tidak ada di Mekah sebelum ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Rakyat Kelantan telah memberi kemenangan kepada Islam sejak tahun 1990. Mereka dapat menyaksikan sendiri proses didikan, “brainwash” dan tarbiyyah dilakukan dalam pelbagai bidang termasuk aspek kewangan, akidah, ekonomi, kesenian, sukan, sosial, pergaulan dan kebajikan. Ini yang menjadikan lahirnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. Ini yang mengecewakan pihak yang satu lagi. Diatas nama menyekat proses pencerahan pemikiran di kalangan rakyat, maka mereka membawa ISA, OSA, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak. Jadi, majlis pelancaran Wifi dan blog saya pada petang ini, adalah untuk menyuburkan proses wacana intelektual yang sedang dirampas oleh pihak yang bimbangkan kepalsuan mereka didedah.

Pada saya, ini perkembangan yang tidak sihat. Saya mahu melihat Islam sebagai sistem yang lengkap yang “bermujassad”. Ia perlu wujud dan bertubuh. Ia perlu diberi kesempatan sepenuhnya untuk menunjukkan kesan kehadiran dan jelmaannya setelah dilaksanakan. Setelah rakyat melihat sendiri kebaikan Islam, mereka akan dengan sendirinya menjadi jijik kepada sekular. Diperingkat itu, ia akan beriman dengan iman yang sebenar-benarnya yakni Iman billahi walyaumil akhir.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Penglibatan pihak swasta mahupun syarikat berkaitan dengan kerajaan di dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi amatlah dialu-alukan. Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sahsiah demi perkembangan dan pembangunan ummah secara keseluruhan.

Kerajaan Negeri juga amat bersyukur diatas kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kerana difahamkan telah banyak membantu Kerajaan Negeri di dalam perkembangan industri telekomunikasi serta memberi pengiktirafan kepada infra Quest, sebuah anak syarikat PKINK sebagai pusat setempat penyelarasan pembinaan menara telekomunikasi bagi seluruh Negeri Kelantan.

Penglibatan agensi Kerajaan Persekutuan secara terus terutama MDEC juga, telah bayak membantu Kerajaan Negeri untuk menyediakan “Blue Print ICT” bagi Negeri Kelantan. Saya difahamkan, MDEC juga telah bersetuju untuk membantu menubuhkan “incubator ICT” secara usahasama dengan PKINK bagi menggalakkan perkembangan teknopreneur. Ini secara tidak langsung akan memakmurkan lagi industri maklumat dan komunikasi dalam melahirkan ummah yang celik ICT.

Tahniah diucapkan kepada PKINK kerana berjaya menceburi bidang wifi melalui anak syarikatnya secara usahasama dengan Syarikat Infolient Sdn. Bhd. Saya menyeru supaya kemudahan yang disediakan tidak disalahguna dengan melayari laman-laman web yang terlarang, atau menyebar fitnah melalui laman blog. Kemudahan dan kemajuan teknologi ini hendaklah digunakan ke arah kebaikan, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Kebanyakan pengguna internet terdiri daripada pelajar-pelajar, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta. Daripada 1.5 juta rakyat Kelantan, hanya 100,000 sahaja pengguna internet. Bilangan ini adalah terlalu kecil, yakni sekitar 10% sahaja. Sekiranya ini berterusan, jurang digital akan bertambah besar menjadikan rakyat Kelantan sebagai rakyat yang tidak mempunyai keseimbangan digital. Justeru itu, jurang komunikasi akan bertambah besar diantara golongan pengguna dengan golongan yang tidak menggunakan kemudahan internet. Jurang ilmu juga akan bertambah, begitu juga dengan komuniti yang serba lengkap. Dengan terbinanya komuniti ini, pengguna internet akan bertambah. Lebih ramai golongan tua, suri rumah, peniaga-peniaga kecil, imam, pelajar pondok yang akan menjadi sebahagian dari komuniti ini. Jurang digital akan berkurangan dan saluran maklumat akan boleh dicapai oleh lebih ramai orang. Setiap orang akan menjadi lebih kaya dengan ilmu, data dan maklumat. Semuanya ini diharapkan akan menjadi saluran yang subur ke arah proses pembinaan iman dan taqwa.

Pada hari ini juga kita akan melancarkan apa yang disebut ‘Blog Tok Guru’, iaitu Blog rasmi saya sendiri, atas nama Menteri Besar. Penggunaan Blog sebagai penyampai maklumat dan pendapat adalah alat yang penting ke arah usaha-usaha dakwah. Ia menjadi saluran tambahan yang InsyaAllah akan berkembang terus menerus. Jika dulu, sabda Nabi S.A.W. berpindah dari mulut ke mulut dan berjangkit dari mimbar ke mimbar melalui risalah, kitab dan tulisan, tetapi kini ia bergerak cukup pantas. Ia boleh membuat capaian dalam jumlah jutaan manusia dalam satu-satu masa. Melalui saluran maya, pendakwah yang bijaksana patut menggunakan kemudahan ini untuk menggalakkan makruf dan menentang kemungkaran.

Saya difahamkan bahawa Blog saya ini sangat berbeza dengan blog-blog yang sedia ada. Ini ialah kerana Blog ini disediakan dalam dua versi, iaitu rumi dan jawi. Oleh yang demikian, dapatlah pembaca yang terdiri dari imam dan guru-guru pondok membaca Blog tersebut untuk mengetahui tulisan/pendirian saya selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am. Barangkali Blog saya ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian saya dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan.

Dengan kata-kata ini, izinkan saya melancarkan Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru,

Bismillahi Rahmani Rahim, saya dengan ini melancarkan.

Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wallahu a’lam.


Pejabat Menteri Besar Kelantan
Kota Bharu.

Bertarikh : 28 Rabiul Awal 1430 (25 Mac 2009)


DI ATAS ADALAH UCAPAN PERASMIAN WEBSITE TOK GURU...BILA AGAKNYA PARA AGAMAWAN ATAU MUFTI LAIN NAK IKUT JEJAK INI

Wednesday, March 25, 2009

APA YANG ANDA TIDAK LIHAT DI TV2 MALAYSIA

Khairy, Shahrizat ketuai Pemuda, Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996.

shahrizat wanita umno victory 250309 2Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.

Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.

Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

Sementara naib ketua dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim dengan menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican, regu Khairy.

Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pemilihan Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.

Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.







Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih ketua dan timbalan ketua Puteri Umno.

Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.

Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri (789 orang) membuang undi.

Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannya

Berdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.

Esok bermula pula persaingan sengit dua penjuru jawatan nombor dua Umno dan naib presiden (lapan calon) selepas majlis perasmian oleh presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 9 pagi.

Menurut jadual, pengundian untuk menentukan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan bermula jam 11 pagi.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah.

Selain perebutan 25 kerusi sebagai anggota Majlis Tertinggi di kalangan 50 calon, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam esok.


ULASAN SAYA:

Ini boleh dikira sebagai salah satu keajaiban dunia, dah diberi amaran tapi masih menang..walaubagaimanapun, mudah-mudahan beliau boleh membawa perubahan ...ASPIRASIII ORANGG MUDAA.!

Sunday, March 22, 2009

LAWAK POLITIK - AHLI NUJUM NEGARA!


16 Sept bersama Ahli Nujum Negara

1. " Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO yang mana PR.."
- Ahli Nujum Negara - " Mintak pada hamba !!,apabila sebatang kayu diletakkan didalam air,yang condong kebawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..
Sebabnya? " Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam sekarang,manakala PR makin tinggi kedudukannya

2. " Dua ekor anak itik yang baru menetas,yang manakah UMNO dan yang manakah PR ?.
- Ahli Nujum Negara- " Ini senang sahaja,kita letakkan kedua anak itik kedalam bekas berisi air,yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO.. Sebabnya?
Sebab didalam negara kita,musuh PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar,bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!


3. " Ada sebuah Masealah,satu baaaanyak-banyak!!,dua sedikit-sediiiiikit !!,tiga Jarang-jarang!! ,empat kad-dang, kad-dang,apa itu ?
Ahli Nujum Negara - " UMNO !!! , Buktikan..
Satu Baaanyak-banyak ,ertinya ahli UMNO memang banyak dalam negara ini, dua sedikit-sediiikit, ertinya sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu,tiga jarang-jarang,ertinya jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan ,empat kad-dang,kad-dang,ertinya kad-dang,kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya..

4. "Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO,di keris nya kah? atau di jenteranya kah ?..
Ahli Nujum Negara - " Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya, "Dimana terletak kekuatannya?. " kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!! "Buktikan!! Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatan,iaitu toyol dari Media Prima,Toyol dari Polis serta Toyol dari Badan kehakiman..Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun telah hakikatnya mereka luka parah.
Biasalah ,UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata DSAI,jangan takut..LAWAN..LAWAN..
" Kalau Ahli Nujum betul bijaksana!! Apakah yang ada di genggaman beta ?...

.......DUIT !!.. kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO..

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua

Atas sebab yang tidak dapat dipastikan, pihak Mingguan Malaysia tidak menyiarkan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada minggu ini yang bertajuk: Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua.

Artikel ini sebenarnya mustahak dibaca terutama menjelang pemilihan dalam perhimpunan agong UMNO kali ini. Dinasihati para pemimpin UMNO dan perwakilan membaca artikel ini sebelum meneruskan perjuangan atau membuat pemilihan mereka.

Pihak DRMAZA.COM amat berdukacita kerana artikel ini tidak dapat dibaca melalui Mingguan Malaysia, maka dengan itu mereka yang melayari internet tidak memperolehinya. Pohon jasa baik pembaca mengedarkan artikel tersebut.

WEBMASTER DRMAZA.COM

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Jika saya yang berada di Lampeter United Kingdom ini iaitu satu kawasan yang dianggap ulu tetapi tenang, menghijau, dengan udaranya yang segar dan masyarakatnya yang agak mesra, pun terasa mual dan loya dengan berita-berita negara kita, apatahlagi perasaan rakyat yang prihatin yang hidup dalam negara.

Atau mungkin rakyat negara kita sudah sampai kepada satu tahap menganggap kisah-kisah kecurangan dan sensasi ahli politik adalah satu hiburan seperti mana kisah-kisah gossip artis. Padahal ada beza antara dua kelompok tersebut. Gossip artis mungkin kesannya tidak seburuk kecurangan ahli politik yang rasuah, salahguna kuasa, memecah belahkan masyarakat hanya atas kepentingan, membazir masa rakyat dan menggadaikan masa depan awam.

Membaca berita ahli politik; tikam menikam sesama sendiri, benci-membenci dalam mengejar kuasa, curahan wang dan harta kerana pangkat semata, dedah mendedah keaiban masing-masing dan berbagai lagi menjadikan dada kusut dan serabut. ‘Sembang-sembang’ mereka penuh dengan sumpah seranah dan permusuhan hanya kerana kuasa.

Kawan-kawan orang politik ramai yang munafik daripada yang jujur. Pujian untuk orang politik banyak yang dusta daripada yang ikhlas. Bak kata ungkapan pantun dalam lagu: Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya mencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.

Hairan kita dengan orang politik, apakah candu yang mereka telan sehingga mereka sanggup berada di alam yang seperti itu. Apakah yang mereka kejar untuk memperolehinya sehingga mereka sanggup meredah badai kesakitan jiwa dan perasaan yang sedemikian. Apakah mereka mengejar kuasa tanpa bahagia? Atau kuasa bersama derita? Atau biar derita asal berkuasa? Atau mereka sebenar tidak berjumpa dengan nikmat hidup bahagia? Atau mereka bak apa yang Allah firman dalam al-Quran: (maksudnya)

“Oleh itu, janganlah engkau tertarik kepada harta benda dan anak pinak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan itu semua dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).

Sejarah seantero dunia meriwayatkan cerita-cerita politik itu penuh dengan riwayat sengsara dan derita. Orang yang tamakkan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit gila yang mungkin bertindak di luar dari kebiasaan insan yang normal. Dia mungkin berbohong, khianat, rasuah, menzalimi insan lain, bahkan mungkin membunuh atas kegilaan yang luar kawalan. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya, hanya kerana kuasa.

Tetapi yang pasti jika diteliti, mereka ini hilang kewarasan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup. Jiwa mereka miskin. Bayang-bayang ketakutan atas dosa dan hilang kuasa memburu mereka setiap waktu dan penjuru. Perasaan resah apabila bersendirian tanpa pengikut, atau sendiri bermimpi ngeri bimbang hilang pengaruh. Demikianlah insan apabila Allah dan bayangan hari akhirat itu hilang dari jiwa seseorang insan.

Para pejuang kebenaran kerana Allah juga mungkin derita dan diseksa. Mungkin juga diuji dengan penderitaan fizikal dan tekanan perasaan sebagai insan. Namun, keimanan, keikhlasan dan harapan mendapat ganjaran di sisi Allah sentiasa menjadikan derita itu kecil, bahkan mungkin bertukar menjadi nikmat apabila apabila mengenang bahawa ujian dan bala itu penyebab ganjaran dan pahala serta menghapuskan dosa.

Jiwa mereka besar kerana tempat pergantungan mereka sangat agung. Ini seperti yang sering para pejuang sebutkan: “Jika aku dipenjara maka itu satu kerehatan. Jika dibuang negeri maka itu satu perlancongan dan jika aku dibunuh maka itu bererti syahid. Para pejuang kebenaran sentiasa damai kerana nampak ke mana jalan hendak dituju. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Ugutan, ancaman, penghinaan, kezaliman dan segala rupa kesakitan hidup dirasai oleh orang politik dan bukan politik. Namun antara perbezaan mereka yang berkerja untuk menegakkan kebenaran kerana Allah dan mereka yang berjuang untuk kepentingan tembolok sendiri adalah ketenangan jiwa dan kehalusan perasaan yang penuh syahdu dan lunak yang tidak dimiliki melainkan oleh golongan yang pertama.

Golongan pertama iaitu para pejuang kebenaran kerana Allah, tanpa mengira atas pentas apa mereka berada; dakwah, politik, ekonomi, pendidikan atau apa sahaja, akan melalui kesukaran perjuangan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan pahala dan keampunan serta tawakal yang penuh kepadaNya. Samada kemenangan atau ketewasan; semuanya dihayati sebagai nikmat pengorbanan untuk insan kerana Tuhan.

Firman Allah Surah Ali ‘Imran 173: (maksudnya)

“Mereka yang apabila diberitahu oleh orang ramai (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa manusia berkumpul untuk memerangi kamu, maka gerunlah kamu kepada mereka”. (maka berita itu sebenarnya) menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”.

Sebab itu dalam sejarah kuasa politik sekalipun hebat, gagal untuk menundukkan pejuang kebenaran yang ikhlas. Sekalipun tubuh dan harta para pejuang itu diseksa dan dirampas, tetapi jiwa penguasa juga yang menderita. Namun sejarah terus mencatatkan kedua kelompok itu sentiasa berterusan wujud sekalipun menghadapi berbagai rintangan.

Penegak kebenaran kerana Allah ada di setiap zaman menghadapi segala tribulasi perjuangan kerana memburu keredhaan Allah dan syurga yang dijanjikan. Sementara kelompok yang tamakkan kuasa juga wujud di setiap zaman disebabkan penyakit gila yang meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka terbayang pada kuasalah segala keindahan dan keseronakan. Mereka lupa betapa ramai yang berkuasa itu telah hilang nikmat kebahagiaan jiwa. Sabda Nabi s.a.w:

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Ya, politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan berdasarkan wahyu Tuhan. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila.

Maka ingin kita bertanya kepada mereka ini yang sengit bertarung saban hari: “Berbaloikah semua itu?”