Thursday, April 2, 2009

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.


Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.


Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.


Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.


Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."


"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina," kata Zahid.


Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

Namun beliau tidak menjelaskan mengapa BN terpaksa memperagakan gadis seksi untuk memancing undi bagi BN.

ULASAN TAMBAHAN:

BILA MENONTON VIDEO MAJLIS ITU DI (http://www.youtube.com/watch?v=C1POW2-_G4M), MEMANG SAYA KESIAN DENGAN DATO ZAHID HAMIDI SELAKU MENTERI AGAMA. NAMPAK SANGAT BELIAU KALUT, RALAT DAN SERBA SALAH..INILAH BAHAYANYA POLITIK, DEMI UNTUK MENJAGA SOKONGAN SEGELINTIR KITA MUNGKIN TERPAKSA MENGGADAI PRINSIP. SEPATUTNYA BELIAU MENINGGALKAN MAJLIS TERSEBUT ATAU MENEGAH DARIPADA BERLANSUNGNYA TARIAN SEKSI SEDEMIKIAN (BILA TENGOK DI YOUTUBE TU..MEMANG BAHAYA DAN TAK MANIS UNTUK DISEKUTUI OLEH ORANG YANG BERCAKAP TENTANG AGAMA..MEMANG BELIAU AKAN TERPALIT LUMPUR SAMA WALAU APA SAHAJA ALASAN YANG DIBERIKAN).

ADA SEGELINITR PENYOKONG BN MENDAKWA WANITA PENARI ITU ADALAH SABOTAJ DAP YANG DIUNDANG UNTUK MENCEMAR NAMA BAIK DATO ZAHID..INI SIKAP DEFENSIVE KITA. APA YANG PENTING, PEMIMPIN ISLAM MESTI KUAT..KATAKAN TIDAK PADA YANG HARAM,JANGAN KOMPROMI..ADA JUGA ORANG CINA MARAH DENGAN KENYATAAN BELIAU YANG MENGATAKAN PERSEMBAHAN SEKSI ITU ADALAH BUDAYA CINA..CINA BUKANNYA TERUK SANGAT!

KESIMPULANNYA, TRAGEDI SEBEGINILAH DI ANTARA SEBAB MENGAPA SAYA MEMANG TIDAK BERMINAT DENGAN POLITIK..INGAT! MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

No comments:

Post a Comment