Sunday, August 26, 2012

TANGAN, FACEBOOK DAN HUDUD..KENAPA TANGAN?

Dalam al-Quran banyak sekali Allah menyandarkan tingkah laku manusia kepada TANGAN. Antaranya adalah:
 
 
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِمَنْ فِي أَيْدِيكُمْ مِنَ الْأَسْرَى إِنْ يَعْلَمِ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ خَيْرًا يُؤْتِكُمْ خَيْرًا مِمَّا أُخِذَ مِنْكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (70)
Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam TANGANMU: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani (al-Anfal[8:70]).
Juga firmanNya:
ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ (10)
(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan TANGANMU sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya" (al-Hajj[22:10]).
 
Juga firmanNya:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ (30)
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang TANGAN kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu (al-Syura[42:30]).
 
Juga firmanNya:
اليَومَ نَختِمُ عَلىٰ أَفوٰهِهِم وَتُكَلِّمُنا أَيديهِم وَتَشهَدُ أَرجُلُهُم بِما كانوا يَكسِبونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka BERCAKAP KPD KAMI (MENCERITAKAN KESALAHAN MASING-MASING) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan (Yasin[36:65]).


Para ulama tafsir menyebut berbanding kaki, TANGAN paling banyak melakukan dosa seperti pukul, ambil, UNDI, KLIK, SHARE dan sebagainya. Kaki sekadar bersaksi kerana ia hanya membawa SI TANGAN ke tempat kejadian dosa..

DALAM KONTEKS FB & INTERNET?? TANGANLAH yang menaip status/posting/blog pencetus fitnah, huru hara, pencipta persepsi negatif kepada sesetengah individu, memBOLAkan sesetengah isi al-Quran seperti HUDUD dan sebagainya..

INGAT! HUDUD adalah milik & tangungjawab UMAT ISLAM..ia bukan milik PAS atau UMNO. Ia juga bukan BATU LONCATAN untuk mempelihatkan kelemahan pihak lawan. YANG PALING PENTING IA BUKANNYA BOLA YG BOLEH DISEPAK TERAJANG sesuka hati!! Jagalah tangan, jari jemari dan lidah anda. Fikir dan nilai menurut neraca agama sebelum share, taip status dan sebagainya. Jangan sampai tangan itu AKAN MENJADI PENDAKWA RAYA yang mendakwa anda di Mahkamah Allah kelak!

No comments:

Post a Comment