Saturday, October 12, 2013

SEBUAH KISAH YANG MENUNJUKKAN BAGINDA SAW SEMEMANGNYA DIKURNIA KELEBIHAN JAWAMI' AL-KALIM (KATA-KATA YANG PADAT LAGI LENGKAP)

Pada zaman Sayyidina 'Umar, seorang Ahli Kitab dari Rum telah memeluk Islam kerana mendengar sepotong ayat al-Quran yang dibaca oleh seorang tawanan Muslim. Beliau terpegun dengan isi ayat tersebut yang sangat komprehensif dan terkumpul pengajarannya dalam kitab Tawrat, Zabur & Injil yang pernah dibacanya. Ayat tersebut bersama tafsir ringkasnya adalah:

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسولَهُ وَيَخشَ اللَّهَ وَيَتَّقهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ الفائِزونَ

Ertinya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah (dalam melaksanakan arahanNya) dan RasulNya (dalam melaksanakan sunnahnya) dan takut melanggar perintah Allah (pada umurnya yg telah lalu) serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah (pada apa yg tersisa dari hidupnya) maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan (dengan bebasnya dari neraka serta dimasukkan ke Dalam syurga) (al-Nur[24:52]).

Setelah mendengar penjelasan lelaki Rum itu, 'Umar berkata: Memang Rasulullah dikurniai JAWAMI' AL-KALIM (Kata2 yang padat lagi lengkap).

Disebut Dalam Tafsir al-Qurtubi.

No comments:

Post a Comment