Wednesday, February 4, 2009

SEMUA MAKHLUK BERTASBIH KEPADA ALLAH!

satu hari ketika menghadiri majlis pengkebumian ayah angkat saya di Kuang, saya dapati di tanah perkuburan dipenuhi dengan batu-batu sungai. saya lalu bertanya, apakah sebabnya batu sungai menjadi pilihan..Ada yang menjawab bahawa batu-batu sungai ini sebenarnya hidup dan mereka berzikir kepada Allah. Zikir mereka ini sudah pasti akan dapat mengurangkan beban siksa mayat di dalam kubur.

Golongan ini juga berhujah dengan hadith tentang peristiwa nabi memacakkan pelepah tamar di kubur sahabatnya yang sedang disiksa. Mereka juga berkata pelepah tamar itu telah menjadi syafaat kepada mayat di dalam kubur. Benarkah dakwaan ini? Sebenarnya soalan tersebut telah dijawab oleh artikel di link ini.

Perlu diketahui bahawa sebenarnya bukan batu sungai sahaja yang bertasbih, tetapi semua makhluk Allah sebagaimana Firman Allah: al-Isra'[17.44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Pada satu pagi, semasa bangun subuh, saya mendengar laungan azan, secara tiba-tiba saya terdengar anjing yang dimiliki oleh jiran India saya menyahut seruan azan. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Ini tambah mengukuhkan lagi ayat di atas. Akhirnya, sila tonton video di bawah ini untuk tambah menyakinlan lagi anda bahawa semua makhluk sememangnya bertasbih kepada Allah dengan tasbih mereka yang tersendiri.

2 comments:

  1. Salam,

    Betul ustaz.

    As-Saff:1
    "Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

    Tapi kena faham juga pada perintahNya dalam ayat seterusnya tu, iaitu As-Saff:2 & 3.

    ReplyDelete
  2. Semasa saya kecil, ustaz selalu mengingatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa berstasbih kepada Allah swh. Dia kata cuma kita tidak tahu akan cara mereka bertasbih. Kemudian pada masa sekarang sering kala saya membaca surah-surah di Juz 27 & 28, ianya akan menyebut apa yang berada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah swh. Saya sering mencari jawapannya. Baru-baru ini saya teringat kepada keterangan yang diberi oleh ahli Fizik Michio Kaku dari Amerika Syarikat tentang "String Theory". Theory itu sekarang sudah dirumuskan sebagai M Theory. Dia berkata bahawa setiap Proton di dalam setiap atom mengandungi tali-tali atau selaput-selaput yang sentiasa bergetar. Ianya tidak ubah seperti petikan talian guitar. Cara mereka bergetar akan menentukan ciri-ciri setiap objek atau jenis struktur bahan yang kita lihat. Mahasuci Allah, selepas saya sedar mereka sebenarnya memuji Allah swh. Jadi kalau sebelum ini saya anggap hanya haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang memuji Allah swh, tapi sekarang saya tahu bahawa setiap benda melakukan perkara yang sama. Mengalir air mata saya memikirkan kebesaran Allah swh yang tiada tolok bandingnya. Bayang jika setiap selaput kalau nak dibandingkan dengan proton, ibarat saiz sehelai daun rumput dengan saiz bumi. Subhanallah. Semoga hal ini membantu saudara-saudara supaya sentiasa mengingati Allah walaupun hanya menghirup udara kerana kita tahu setiap atom-atom dalam udara itu mengandungi selaput-selaput yang tidak terikira banyaknya yang sentiasa memuji Allah swh.

    ReplyDelete