Thursday, June 4, 2009

KHUTBAH JUMAAT UIAM (5/6/2009)- ISTIQAMAH

Benarlah kata orang, sekiranya sebarang khutbah atau ceramah diisi penuh dengan ilmu, kita para pendengar akan merasa kenyang dan terpesona...Sila ikuti sebahagian isi kandungan khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh PROF DR. ABDUL RAZAK AL-SA'DI, pensyarah di Jabatan Bahasa Arab, KIRKHS, UIAM..

Khutbah dimulakan dengan sebuah hadith nabi SAW (Sunan al-Tirmidhi): Surah Hud telah menjadikan aku beruban (kerana memikirkan tanggung jawab yang terdapat pada ayat ini:

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (ISTIQAMAH)di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (Hud[11:112]).


Istiqamah juga penting di dalam beribadah dan kehidupan sebagai seorang Islam. Nabi bersabda : Di antara yang paling dicintai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit (Sahih al-Bukhari).

Selain itu Allah juga mengatakan jaminan bantuan dan penurunan malaikat kepada orang
yang senantiasa beristiqamah di dalam iman dan Islam, firmanNya:

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh (ISTIQAMAH) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" (Fussilat[10:30-32]).

Bantuan malaikat ini datang kepada orang mukimin di dalam 3 tempat iaitu:

1- Ketika hampir meninggal dunia sehingga roh berada di kerongkong. Saat roh sudah sampai di kerongkong disebut sebagai al-Ghar-gra mengikut sebuah hadith(ruh sampai ke halqum, di saat taubat tidak lagi diterima). Sabda nabi: Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seseorang itu selagimana belum ampai rohnya kerpada halqum (Ghar-gar).(Sunan al-Tirmidhi).

Di saat ini juga si mati akan mulai melihat alam baru (barzakh) yang bakal ditempuhinya. Ketika ini para malaikat akan mengilhamkan kepadanya, janganlah engkau takut dengan negeri yang bakal kamu tempohi, serta jangan bersedih dengan apa yang sudah kamu tinggalkan di dunia daripada harta, anak pinak dan isteri. (Fussilat:30-31).

2- Ketika si mati akan disoal di dalam kubur oleh Munkar & Nakir. Hujahnya ialah ayat berikut :

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.(Ibrahim[14:27]).

3- Di saat si mati akan dibangkitkan di padang mahsyar kelak.


Walaupun begitu, syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum berlakunya istiqamah ialah iman yang sempurna. Tanpa iman, sebarang usaha istiqamah akan menjadi sia-sia. Oleh sebab itulah Allah mendahului perkataan iman kemudian istiqamah di dalam ayat Fussilat di atas.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith nabi yang bermaksud: Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi mengatakan kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkata agar dapat aku berpegang teguh dengannya, Rasulullah SAW menjawab : Katakanlah aku telah beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah (Sunan al-Tirmidhi)

Kesimpulannya, istiqamah amat penting sebagai kekuatan dalaman yang mampu melonjakkan kita agar terus berada di atas jalan Allah yang lurus dan benar....

3 comments:

  1. Salam, maaf ust saya tak boleh nak masuk ke ust punya shoutout box.

    saya terima kasih2 sangat2 pada ust kerna menjawab soalan2 saya, tapi saya sedih kerna ahli2 tarikat itu tidak mengendahkan soalan2 yang ust tanya...

    ust mcm mana saya nak buat ust... ibu saya sudah hampir 62 tahun, saya tak nak ibu saya meninggal dalam mengamalkan perkara2 yang sebegitu, abg saya juga salah seorg ahli tarikat itu... dia juga yang bertanggung jawab membawa ibu saya masuk ke dalam gerakan itu.

    saya sedih ust...

    ReplyDelete
  2. Ubat kepada apa sahaja adalah ilmu,kelemahan sesetengah puak sebegini ialah menutup pintu utk ilmu yg datang dari bukan pihak mereka..anti tak cuba laporkan ke kpd pihak berkuasa n9? pejabat mufti ke, atau cuba contact syeikh fuad kamaludin di yayasan sofa

    ReplyDelete
  3. masaalahnya ustaz banyak kali jabatan agama serbu tapi xde hasil... sebab cikgu mokti tu adik kepada mufti(Dato mutaza)

    ReplyDelete