Saturday, October 13, 2012

2 EKSTREM BAGI IBLIS-DI DUNIA TAK MAHU MATI, TAPI DI AKHIRAT TAK SANGGUP LAGI HIDUP DAN NAK SEGERA MATI!!


Selepas dilaknat, Iblis memohon agar tidak mati dan hidup kekal bagi memastikan usahanya nak sesatkan anak Adam tercapai:

 قالَ رَبِّ فَأَنظِرنى إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
 قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).  Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh; (Sad[38:79-80]).

Selepas dihisab dan diseksa dalam neraka dengan dahsyat..Iblis tidak mampu sabar, lalu meminta agar segera dimatikan:

 وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنينَ دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) (al-Furqan[25:13]).
Menurut Hadith riwayat Imam Ahmad & Tafsir Tabari ahli neraka yang meraung meminta segera dimatikan ini adalah Iblis & pengikutnya.

 * USAHLAH KITA JADI SYAITAN MANUSIA YANG SAMA MERAUNG DALAM NERAKA BERSAMA IBLIS!

 والعياذ بالله!!!

2 comments:

  1. Ana membaca entri anda dlm alustaz 07, Bagus cuma ada ralat "tanda penutup kenabian" tu adalah cop mohor/cop kenabian. Memang dlm bahasa arab "khatam" tetapi bukan penutup. Hanya sebab cop pun kena tekap/tutup,sbb itulah disebut "khatam". Syukran

    ReplyDelete
  2. salam! TQ atas teguran..sbnrnya ke2 makna betul..jika diguna riwayat Khatam ia bermaksud penutup..jika dibaca khatim dia adalah cop..kedua tafsiran benar dan saling berkait...saya cenderung memilih khatam sbg penutup krn saya pegang nas dan riwayat yg kata begitu...rujuk Tafsir al-Alusi..

    TQ atas tunjuk ajar!

    ReplyDelete