Terkenang ketika wajah dan tubuh isteri tercinta Arham
Diyana tiba-tiba BERTUKAR JADI BIRU kerana diserang Asma masa dekat nak lahirkan
baby (Aliyah Hakimah). Sungguh menyakitkan lagi seksa kelihatannya..tersembul
segala urat mukanya menahan sakit!! Saya amat takut pada masa itu...
Di akhirat kelak orang bersalah datang berjumpa Allah dalam keadaan
BIRU MATA & TUBUHNYA kerana terlampau TAKUT!!
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada
hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan BIRU matanya (Taha[20:102]).
Pada ayat lain pula Allah sebut mata mereka terbeliak ketakutan:
وَلا تَحسَبَنَّ اللَّهَ غٰفِلًا عَمّا
يَعمَلُ الظّٰلِمونَ ۚ إِنَّما يُؤَخِّرُهُم لِيَومٍ تَشخَصُ فيهِ الأَبصٰرُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai
akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya
melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku
pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)
(Ibrahim[14:42]).
* SEMOGA KITA DIJAUHKAN DARI KEADAAN SEBEGINI DI AKHIRAT
KELAK!!!
No comments:
Post a Comment