Pagi ini (30 November 2012) masuk majlis
al-Liqa’ al-Syahri di dewan utama UIAM, Gombak. Sebelum majlis bermula kami
dipertontonkan bacaan al-Quran dari surah al-Furqan. Lantas saya ingin berkongsi
sesuatu yang berharga di sini,
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي
اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا (27) يَا وَيْلَتَا لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ
فُلَانًا خَلِيلًا (28) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي
وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا (29)
Ertinya: Dan (ingatkanlah) perihal hari
orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya
sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu)
mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? "Wahai celakanya aku,
alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! "Sesungguhnya
dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia
disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia
(yang menjadikan dia sahabat karibnya)" (al-Furqan[25:27]).
Menurut riwayat, lelaki yang menyesal dalam
ayat di atas adalah ‘Uqbah Ibn Abi Mu’ayt. Beliau pada awalnya memeluk Islam,
tetapi kembali murtad kerana ingin menjaga hati kawannya Ubayy Ibn Khalaf. Di
akhirat kelak ‘Uqbah menyesal kerana menjadikan Ubayy sebagai teman yang
membawanya ke neraka (Tafsir al-Tabari).
Benarlah sabda nabi:
مَثَلُ الْجَلِيسِ
الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ
الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ
تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ
مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Ertinya: Perumpamaan kawan
yang baik dan kawan yang jahat adalah seperti berkawan dengan penjual minyak
wangi atau tukang besi. Berkawan dengan penjual minyak wangi akan menjadikanmu
membeli darinya atau terkena tempias wangiannya. Berkawan dengan tukang besi
pula sama ada akan membakar badan atau pakaianmu atau juga menempiaskan baunya
yang busuk kepada badanmu (Sahih al-Bukhari dan Muslim)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteMaaf lari topik sedikit. Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu pd Seminar Penghayatan Al-Fatihah di UIAM. Saya sgt tertarik dgn kaedah tajwid berdasarkan sifat2 huruf kerana kaedahnya boleh memberikan semua org asas kukuh untuk membaca al-quran. bolehkah saya tahu adakah ustaz ada menganjurkan kelas tajwid begini? saya ingin belajar semula dan uprgade ilmu tajwid saya yg dh x betul ni. Terima kasih ustaz
Tq ikhbal!
ReplyDeleteTry check sini
http://www.iium.edu.my/ifla/courses-1
Tq ikhbal!
ReplyDeleteTry check sini
http://www.iium.edu.my/ifla/courses-1