Monday, September 30, 2013

KALAULAH KAMU TAHU!!


Setakat pengalaman mengajar al-Quran di UIAM utk org awam sejak tahun 2002, Ada murid yg sanggup meredah perjalanan sejauh dari Jerteh, T'ganu & Batu Kurau, Perak secara mingguan utk menambah ilmu berkaitan al-Quran.

Bahkan ada seorang warga emas (bekas komando) menunggang motor MODENAS JAGUH secara mingguan dari Kuala Kangsar, Perak utk menambah ilmu al-Quran. Warga emas ini kemudiannya SYAHID kemalangan jalan raya semasa pulang dr kelas al-Quran UIAM...

Mereka sanggup meredah perjalanan sejauh itu BUKAN KERANA BOLA! TAPI DEMI SETITIS ILMU & DEMI KERANA AL-QURAN!!


OH! KALAULAH KAMU TAHU HAKIKAT YG SEBENARNYA!!


وَما هٰذِهِ الحَيوٰةُ الدُّنيا إِلّا لَهوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدّارَ الءاخِرَةَ لَهِىَ الحَيَوانُ ۚ لَو كانوا يَعلَمونَ

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat) (al-'Ankabut[29:64]).

No comments: