Wednesday, April 7, 2010

CABARAN PENGUJI KEMAMPUAN DIRI?

Lama benar tak menulis dalam blog ni, sibuk sangat dengan tugasan. Budak UIA baru habis exam, so kami para pengajar pun sibuk dengan marking, result entry dan sebagainya. Inilah sebabnya lama saya tak menulis.

Tajuk kali ini pula sengaja ditulis sedemikian sebagai suatu tarikan. Insya Allah, saya akan ke udara dengan lembaga hasil pada 23 April 2010 di RTM 1 jam 10 malam membicarakan tajuk mengutip cukai HARAM?



Pihak LHDN sengaja memberikan tajuk sedemikian untuk lebih menarik perhatian penonton. Pada pihak saya pula, saya tidak bermasalah untuk bercakap di khalayak, namun begitu, berforum secara terbuka dan langsung di TV adalah suatu cabaran baru yang belum pernah dicuba. Saya percaya, untuk maju ke hadapan kita perlu mencuba sesuatu yang baru dan mencabar..Isu forum itu akan diambil daripada hadith ini....


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ صَاحِبُ مَكْسٍ

Ertinya: Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad)

Soalannya, sekiranya pengutip cukai tidak akan masuk syurga..bagaimanakah pula dengan badan bertugas seperti LHDN dan para pekerjanya?

Anda tahu jawapannya? boleh kongsi dengan saya di ruangan komentar..saya alu-alukan.

Saya sudah tahu jawpannya, cuma ingin melihat sudut lain dari anda secara lebih luas..bantulah saya!

Namun saya merasa, saya adalah jenis orang yang pantang dicabar

3 comments:

My Growing Litte Princess said...

cakap jelah ustaz nak tambah point...heeee...bak kata ustaz ramli...ustaz dah settle ker?..he

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

ana sbnrnya kurg faham dgn perjuangan PAS. x pasti samada benar-benar perjuang kn Islam atau sebaliknya.

abdullahbukhari said...

kalau nak faham perjuangan pas atau apa2 pun tengok dasar dia..baru adil,ttg cara dia nak sampai kepada dasar tu masih ijtihad..sekurang2nya pas ada majlis syura..apa2 masuk syura,dap,umno,pkr,mca,mic ada?