Hari
ini, semua rancak membicarakan Bajet 2014 yang sudah dibentangkan Perdana
Menteri Malaysia semalam. Penyediaan Bajet tahunan sesebuah Negara jelas
menunjukkan kelemahan manusia berbanding Allah. Walaupun dirancang rapi, tetap
juga berlaku ketirisan pada pengagihannya. Allah Ta’ala sebagai Tuhan Pentadbir
alam menyediakan Bajet bukan secara tahunan tetapi seumur hidup. Dalam Bajet
Allah juga tidak berlaku ketirisan sama sekali. Lihat sahaja ayat berikut:
وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ
وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ (19) وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا
مَعَايِشَ وَمَنْ لَسْتُمْ لَهُ بِرَازِقِينَ (20) وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا
عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ (21)
Ertinya:
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang
kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu
timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup,
juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar
menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja
perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar
dan masa yang tertentu (al-Hijr[15:19-21]).
Juga
firmanNya:
وَأَنْزَلْنَا
مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى
ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ (18)
Ertinya: Dan Kami turunkan hujan
dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di
bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya
(al-Mu’minun[23:18]).
Juga firmanNya:
وَلَوْ
بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ
بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Ertinya: Dan kalaulah Allah memewahkan
rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi
(dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan
(rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi
Melihat dengan nyata (al-Syura[42:27]).
Juga firmanNya:
وَالَّذِي
نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَنْشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا
كَذَلِكَ تُخْرَجُونَ
Ertinya: Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut
sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering
tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula
dari kubur) (al-Zukhruf [43:11]).
Juga firmanNya:
سَبِّحِ
اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى (1) الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّى (2) وَالَّذِي قَدَّرَ
فَهَدَى (3)
Ertinya:
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat
kekurangan), Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan
kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah
mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke
jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); (al-A’la [87:1-3]).
Penentuan bajet Allah kepada manusia
sebenarnya sudah bermula ketika manusia berada dalam kandungan ibunya
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ
أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ
يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ
يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ وَيُقَالُ لَهُ اكْتُبْ
عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ
الرُّوحُ
Ertinya:
Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia
menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya
malaikat lalu diarahkan agar menulis 4 perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat
itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia
menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli
syurga). Kemudian ditiup padanya ruh (Sahih al-Bukhari, Sunan Abu Dawud,
Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad).
1 comment:
ulasan yg sangat bagus..please visit my blog http://dnjconsultant.blogspot.com/
Post a Comment