Friday, January 30, 2009

KALAULAH PEMIMPIN ISLAM YANG LAIN SEBERANI INI!


Isu Gaza: Erdogan ‘naik angin’ tinggalkan sidang Davos

BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, semalam. – AFP

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB,

Ban Ki-moon selepas dia ‘dipaksa’ memendekkan ucapannya mengenai isu keganasan Israel itu.

Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk..



Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.

Thursday, January 29, 2009

Berserban menaiki motor bukannya sunnah!


Sumber dari : Ustaz Maszlee Malik

Adalah menjadi satu pemandangan yang biasa bagi kita melihat orang memakai serban ketika menaiki motor samada penunggang tersebut seorang yang beragama Sikh mahupun seorang yang beragama Islam.

Bagi orang Sikh, perbuatan mereka itu dijustifikasikan dengan doktrin pemakaian serban yang wajib bagi mereka. Bukan hanya sekadar serban, malah rambut panjang yang tidak digunting itu pun merupakan syiar bagi agama mereka. Tanpa perkara tersebut, mereka dikira telah melanggar kewajipan agama, samalah seperti umat Islam yang tidak menutup aurat ataupun meninggalkan solat.

Bagi umat Islam pula, pemakaian serban bukanlah sesuatu yang wajib. Hatta Ayatollah-Ayatollah di Iran yang menjadi marja' sekalipun tidak pernah mengatakan serban adalah wajib bagi setiap umat Islam. Pemakaian serban ketika menaiki motor di kalangan umat Islam adalah lebih kepada kebiasaan dan adat sesuatu tempat demi mengekalkan penampilan mengikuti sunnah tersebut hatta ketika menaiki motor sekalipun.

Menariknya, jika para penunggang muslim memakai serban ketika mereka menunggangnya di kampung-kampung atau pun felda-felda ianya adalah sesuatu yang agak normal dan tidak pula membahayakan memandangkan jalannya tidak sibuk dengan kenderaan-kenderaan besar yang lain.

Yang agak mengundang persoalan ialah jika pemakaian tersebut oleh penunggang-penunggang motorsikal yang membawa motorsikal di Bandar-bandar besar seperti Johor Baharu, Ipoh, malah di Kuala Lumpur. Dengan kesesakan dan kesibukan jalan raya yang mengundang kemalangan-kemalangan yang tidak berbau adakah perbuatan tersebut logik dan boleh diterima Islam?Artikel ini akan cuba membuka minda para pembaca sekelian agak berfikiran lebih rasional, menuruti al-Quran, sunnah dan ruh Islam itu sendiri serta menjauhi campur tangan emosi, nafsu dan juga ketaksuban.

Sunnahnya serban Umat Islam berijmak bahawa pemakaian serban bukanlah sesuatu yang wajib bagi setiap muslim yang mukallaf. Barang siapa yang berijtihad bahawa pemakaian serban itu adalah wajib bagi setiap muslim yang mukallaf ternyata dia telah melakukan satu kesilapan yang besar dan malah boleh dikategorikan sesat lagi menyesatkan yang lain. Tidak terdapat satu ayat pun di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis, baik yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan perkara tersebut. Hatta hadis-hadis yang dhaif (lemah) pun tidak menunjukkan kewajipan tersebut.

Maknanya kini, yang tinggal adalah hukum berserban itu samada sunat ataupun harus. Sebelum membicarakan perkara tersebut, adalah lebih baik jika kita meninjau hadis-hadis berkaitan dengan serban. Dalam kes ini penulis menjauhi dan meminta dijauhi daripada hadis-hadis maudhu' (palsu) dan juga dhaif berkaitan pemakaian serban. (Di dalam kitab “al-Laali al-Masnu'at” tulisan Imam al-Suyuti (mati 911 Hijrah) beliau telah menyatakan hadis-hadis palsu dan dhaif yang amat sangat berkaitan dengan galakan pemakaian serban. (Lihat: al-Suyuti, al-Laali al-Masnu'at. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, j. 2, hal. 220-221). Kebanyakan hadis-hadis yang berkaitan pemakaian serban hanyalah hadis-hadis yang menerangkan pemakaian serban oleh Rasulullah S.A.W. sahaja.

Yang menariknya tidak terdapat satu pun hadis yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. menyeru ataupun menggalakkan umatnya memakai serban. Antara hadis-hadis berkaitan dengan pemakaian serban oleh Rasulullah S.A.W. banyak boleh didapati di dalam kitab-kitab berikut:

a) Di dalam kitab “Zaad al-Ma'aad” tulisan Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, beliau ada membawa hadis-hadis berkaitan dengan bentuk serban Rasulullah S.A.W., warnanya dan juga nama serban tersebut. (Lihat: Ibn al-Qayyim, Zaad al-Ma'aad. Jil.1, hal. 143)

b) Di dalam kitab “al-Syamail al-Muhammadiyyah”, pengarangnya Imam al-Tarmidhi juga telah menghimpunkan banyak sekali hadis berkaitan bentuk serban Rasulullah S.A.W. dan juga keadaan bila Rasulullah S.A.W. memakainya.(al-Tarmidhi, al-Syamaail al-Muhammadiyyah, Mekah: Maktabah al-Baaz. hal. 105-107).

Dari hadis-hadis yang telah disebutkan ternyata sekali hadis-hadis tersebut dan banyak lagi hadis-hadis lain dari rujukan yang pelbagai hanya menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. memakai serban yang kadangkala berwarna putih dan kadangkala berwarna hitam. Baginda juga kadangkala memakai satu ekor, dan kadangkala dua ekor dan adakalanya tidak berekor. Baginda juga menamakan serbannya dengan nama yang tertentu. Jika dilihat dalam keseluruhan hadis-hadis lain pula, baginda tidak pula memakainya selalu dan mewajibkannya. Ada waktu bagainda hanya memakai penutup kepala sahaja (Ibn al-Qayyim, ibid. j.1, hal. 43), ada waktu baginda tidak memakai apa-apa di kepala pun sehinggakan para sahabat dapat melihat fesyen rambut baginda S.A.W. (lihat: al-Tarmidhi, ibid. hal.105-107)

Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja.Mengapa penunggang memakainya?Jadi jelaslah kepada kita bahawa pemakaian serban di dalam Islam itu hukumnya hanyalah harus, namun jika pemakainya berniat hendak mencontohi Rasulullah S.A.W. maka ianya bertukar menjadi sunat (ini berdasarkan hadis: “Sesuatu amalan itu dikira berdasarkan niatnya, hadis riwayat Omar di dalam al-Bukhari dan Muslim).

Pada waktu itu pemakaian tersebut akan termasuk di dalam kategori sunnah fadhail (kelebihan-kelebihan), iaitu sunnah yang didapati dengan mencontohi perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. yang tidak bersifat Tasyri' (hukum). Makanya pemakaian tersebut bukanlah bersifat wajib sehingga para penunggang motorsikal yang beragama Islam tidak boleh menanggalkannya ketika menaiki motorsikal seperti halnya mereka-mereka yang beragama Sikh yang diwajibkan sentiasa melindungi kes (tocang mereka) dengan serban selepas melalui upacara Dastar Bandhi.

Jadinya, apakah alasan yang terlalu besar sehinggakan para penunggang motorsikal beragama Islam tidak mahu memakai topi keledar dan beriltizam teguh dengan serban mereka ketika menunggang motorsikal hatta ketika berada di kota kosmopolitan sekalipun ???

i) MalasYa, inilah jawapan yang paling tepat. Ramai di kalangan penunggang tersebut malas untuk membuka serban mereka yang telah dililit kemas. Jika mereka memakai topi keledar, mereka terpaksa mengikat semula serban yang telah mereka leraikan. Ini akan membebankan mereka. Untuk menjustifikasikan tindakan mereka sekaligus menyembunyikan kemalasan mereka, maka dicarilah helah-helah untuk membela diri. Maka sunnah Nabi S.A.W. lah yang dijadikan alasan.Persoalannya, bukankah tindakan tidak memakai topi keledar itu merupakan satu undangan kepada risiko yang lebih besar. Allah S.W.T. di dalam al-Quran telah melarang umatnya dari mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan. Firman Allah: “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah (2): ayat 194)Adakah berbaloi kerana sifat malas, kita mengundang kecelakaan yang boleh dikurangkan risikonya dengan memakai topi keledar ?

ii) Reaksi kepada sikhAda juga di antara pemakai serban itu berhujah dengan emosional mengatakan bahawa pemakaian serban mereka tiada beza dengan pemakaian serban oleh golongan Sikh. Hujah mereka, jika orang-orang Sikh boleh memakai serban ketika menunggang motorsikal, mengapa umat Islam tidak boleh???, ini sudah double standard!Persoalannya jika ramai di kalangan penunggang motorsikal dari kalangan orang Sikh yang mati akibat kemalangan kerana tidak memakai topi keledar, adakah kita juga hendak ikut ?, sunnah siapa yang kita hendak ikut???

iii) Pemahaman yang salah. Tidak kurang juga ada sesetengah umat Islam mempunyai pemahaman yang salah terhadap pemakaian topi keledar dan serban. Bagi mereka pemakaian serban adalah sesuatu yang mengundang rahmat dan penjagaan Allah. Jika mereka memakai serban maka Allah akan melindungi mereka sepanjang perjalanan. Mereka akan terlindung dari bahaya yang bakal menimpa, perjalanan akan lebih cepat, selamat dan mendapat pahala yang lebih. Pendekatan jika memakai serban ketika menaiki motorsikal, seseorang itu akan mendapat “karamah”, “ma'unah” malah kesaktian seperti cerita Puteri Gunung Ledang!Ada sesetengah golongan yang fanatik lagi, mereka memandang pemakaian topi keledar sebagai tidak Islamik, peniruan cara barat dan bertentangan dengan konsep tawakkal.

Atas dasar tersebut mereka memilih sesuatu yang lebih islamik, lebih kebal dan lebih hebat dari topi keledar, iaitu serban.

Apa yang sunnahnya?Persoalan yang timbul di sini ialah: Apakah sunnahnya ketika menaiki motor ?, apakah cara menaiki motor yang menepati kehendak Islam.Sebelum menjawab persoalan tersebut, perlu ditegaskan beberapa perkara asas agar tidak berlaku kekeliruan.

Yang pertamanya, pemakaian serban adalah sunat hukumnya dan bukannya wajib pada waktu-waktu biasa jika diniatkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Persoalannya jika pemakaian tersebut mengundang bahaya kepada nyawa dan keselamatan pemakainya ianya tidak lagi menjadi sunat, malah boleh menjadi haram.
Yang keduanya, penunggang-penunggang motorsikal amat terdedah kepada bahaya ketika berada di jalanraya berbanding dengan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Risiko untuk mereka mendapat kemalangan dan mendapat kesan daripada kemalangan adalah amat tinggi berbanding pengguna jalan raya yang lain.Statsitik Jabatan Pengangkutan Jalan telah menunjukkan daripada 298,651 kes kemalangan dan 6,282 kematian yang telah dilaporkan pada tahun 2003 sebanyak 3,548 kes telah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Jumlah kematian penunggang motosikal tersebut merupakan 56.5% daripada keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya. Rekod Kementerian Pengangkutan juga menunjukkan sebanyak 58.7% kematian yang dialami oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan kepala. Selain daripada itu bilangan penunggang motorsikal yang mati sewaktu kemalangan kerana tidak memakai topi keledar juga amat tinggi. Bahkan mereka yang memakai topi keledar pun ramai yang meninggal dunia kerana kecederaan yang mereka hadapi, apatah lagi mereka yang tidak memakai topi keledar!

Yang ketiganya, Islam amat mementingkan kehidupan dan nyawa. Di atas dasar inilah kita lihat Islam menggariskan banyak sekali hukum-hakam yang bertujuan menjaga nyawa dan kehidupan manusia. Bagi Imam al-Syatibi (mati 780 Hijrah), penjagaan nyawa adalah salah satu daripada objektif Syariah Islam itu sendiri. Islam menjaga nyawa dengan meletakkan hukum-hakam yang bersifat samada memastikan nyawa dan kehidupan akan terus terjaga dan terjamin kualitinya dengan menyuruh umat Islam menjaga kesihatan, makan yang baik-baik, tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kehidupan tersebut dan seumpamanya. Islam juga menjaga kehidupan manusia dengan melarang umatnya dari membunuh diri, melakukan perkara-perkara yang membahayakan nyawa dan diri mereka, melarang dari bunuh-membunuh dan juga melarang umat Islam dari membahayakan nyawa pihak lain dengan apa cara sekalipun kecuali dengan haknya.Keempat, Menunggang motorsikal adalah sesuatu yang baru.

Di zaman Nabi S.A.W. tiada motor, tiada kemalangan jalan raya. Maka untuk menentukan apa-apa hukum berkaitan dengan cara menunggang motor menurut kehendak Islam adalah melalui ijtihad yang berlandaskan maslahat umum (Masalih Mursalah).Menaiki motorsikal secara Islam dan Sunnah Di atas dasar inilah, ada beberapa panduan menaiki motorsikal mengikut cara Islam yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan juga sunnah. Antaranya:

a) Menjaga keselamatan ketika menaiki motorsikal - Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi “la darar wa la dirar”, yang bermaksud: “Tiada (jangan melakukan) perkara yang membawa kemudaratan pada diri sendiri dan tiada (jangan melakukan) perkara yang memudaratkan orang lain” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta, hal. 226 dan Ibn Majah di dalam kitab al-Sunan, hadis nombor: 2340 dan 2341)Huraiannya: hadis ini menunjukkan bahawa Islam melarang umatnya dari melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri dan orang lain. Oleh itu sebarang perlakuan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah haram di dalam Islam. Berkait dengan menunggang motorsikal pula, segala perbuatan yang membahayakan diri seperti tidak memakai topi keledar, memakai selipar Jepun ketika menunggangnya, memandu dengan laju, tidak menggunakan lampu “signal” ketika membelok dan yang seumpamanya adalah haram di sisi syarak.

b) Membaca doa - Selain daripada usaha secara fizikal, usaha secara spiritual juga perlu. Di dalam bab Aqidah, ianya disebut sebagai usaha maknawi. Jika usaha fizikal (memastikan keselamatan ketika menunggang motorsikal) disertakan dengan usaha maknawi (dengan berdoa) ianya akan mengundang bantuan Allah dan juga penjagaannya. Usaha secara maknawi di sini ialah dengan membaca “Bismillah” sebagai sunnah dalam melakukan segala pekerjaan, membaca doa menaiki kenderaan, samada doa “Subhanalladhi sakhara lana….” ataupun doa “Bismillah majrehaa…” dan akhirnya membaca “Bismillah tawakkaltu 'ala Allah” ataupun “Bismillahi ladhi laa yadhurru …”. Ketika membacanya juga kita hendaklah berniat untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. dan juga merasakan kebersamaan dengan Allah S.W.T.

c) Memandu dengan cermat - Antara sunnah juga ialah memandu dengan cermat dan tidak memandu dengan cara yang membahayakan diri sendiri mahupun orang lain. Allah S.W.T. telah berfirman yang maksudnya : “Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah (2): ayat 194). Di atas dasar ini juga sebarang cara memandu motorsikal yang membahayakan seperti memandu melebih had laju, mencilok, peng maut, aksi kuda terbang dan yang seumpama dengannya adalah haram dan tidak dibenarkan oleh syarak.

d) Ikut undang-undang - Menunggang motorsikal yang menepati sunnah juga ialah menunggang dengan mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan. Undang-undang berkaitan jalan raya telah digariskan sedemikian rupa demi memastikan keselamatan penggunanya. Kebanyakkannya digariskan berdasarkan kajian, statistik dan juga penelitian mereka yang professional untuk manfaat para pengguna jalan raya. Agak ironic bila ada sesetengah golongan mengatakan undang-undang jalan raya tidak wajib dipatuhi kerana ianya adalah undang-undang ciptaan manusia dan kita hanya wajib mematuhi undang-undang Allah sahaja. Kata-kata seperti ini hanya keluar dari mulut mereka yang jahil tentang hukum-hakam dan juga tidak memahami Islam yang sebenarnya. Undang-undang jalan raya seperti yang terdapat di Malaysia, walaupun ciptaan manusia, namun jika ianya bertujuan untuk menjaga maslahat umum termasuk di dalam kategori “Masalih Mursalah” di dalam ilmu Usul Fiqh yang dalam beberapa keadaan membawa kepada hukum wajib untuk dipatuhi jika ianya berkaitan dengan maslahat umum.

e) Tawakkal - Akhir sekali setiap penunggang motorsikal wajiblah bertawakkal kepada Allah ketika berada di atas jalan raya. Mengapa tawakkal di akhir sekali ?, kerana itulah anjuran Rasulullah S.A.W. kepada seorang sahabat yang membiarkan tunggangannya tanpa diikat ketika beliau hendak bersolat di masjid. Ketika baginda bertanya apakah tujuannya membiarkan tunggangannya tidak berikat, beliau menjawab bahawa itu adalah usaha tawakalnya. Baginda telah menyuruh beliau mengikat dahulu tunggangannya dan kemudian bertawakal kepada Allah, itulah konsep tawakkal yang sebenarnya.Dalam kes ini hendaklah para penunggang memakai topi keledar, memastikan motorsikal selamat ditunggang, lengkap berlampu, lengkap dengan stiker pantul cahaya, berdoa dan kemudiannya bertawakkal kepada Allah. Inilah baru dinamakan sunnah dan bukan hanya pada serban sahaja!

Kesimpulan

Kesimpulannya, pengamalan Islam dan sunnah yang sebenarnya adalah berdasarkan dalil dan rasional dan bukannya dengan mengikuti emosi semata-mata. Dakwaan memakai serban ketika menunggang motorsikal adalah sunnah adalah dakwaan yang diwarnai dengan emosi tanpa hujah dan dalil yang kuat. Tambah lagi perbuatan tersebut mengundang bahaya dan kemudaratan kepada penunggang itu sendiri. Islam sedari awal lagi, samada di dalam al-Quran, mahupun sunnah Rasulullah S.A.W. melarang umatnya dari membahayakan diri mereka. Adalah satu jenayah terhadap sunnah apabila kita melakukan sesuatu yang dilarang baginda dan kemudiannya menjustifikasikannya di atas nama sunnah.Fenomena berserban ketika menunggang motorsikal hanyalah secebis dari penyelewengan pemahaman sebenar terhadap Islam dari banyak lagi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh umat Islam di zaman moden ini.

Umat Islam haruslah melihat dalil-dalil di dalam hukum-hakam syarak secara keseluruhan dan bukannya secara serpihan-serpihan. Pemahaman Islam juga hendaklah melalui ruh tasyri' (falsafah Syariah) dan juga objektif syariah itu sendiri dan bukan semata-mata dengan kaca mata emosi dan taksub kepada sesetengah individu.Perlu diingat juga artikel ini bukanlah bertujuan untuk menghina serban, tetapi lebih kepada mengingatkan umat Islam agar tidak memburukkan imej berserban kerana kejahilan kita sendiri. Ingatlah kehidupan kita bukan untuk diri kita sahaja tetapi juga untuk umat Islam. Nyawa kita amat bermakna untuk Islam dan umat Islam, janganlah sia-siakannya dengan mengamalkan sesuatu yang kita sangkakan dari Islam, tetapi sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Tuesday, January 27, 2009

RESEPI PULIHKAN UMNO MENURUT AL-QURAN-ISLAMKAN UMNO


Tindakan keluar parti oleh ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Perak tambah memeritkan lagi UMNO setelah kekalahan yang dialaminya di Kuala Terengganu baru-baru ini. Berikutan kekalahan itu berbagai-bagai pihak telah tampil memberikan teguran serta cadangan tentang cara terbaik untuk memulihkan penerimaan masyarakat UMNO.

Sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh orang Melayu Islam, UMNO seharusnya melihat kepada fungsi Islam sebagai ubat yang paling mujarab untuk merawat sakit kronik yang dialaminya sekarang. Bangsa Melayu yang sudah sekian lama dimuliakan dengan Islam bukan dijadikan secara secara sia-sia oleh Allah s.w.t. Ini kerana makhluk yang sebesar langit dan bumi pun tidak dijadikan dengan sia-sia (al-Anbiya’ [21.16]), apatah lagi sebuah bangsa yang bertunjangkan agama Islam seperti bangsa Melayu. Kesatuan di antara Melayu dan Islam sudah pasti mempunyai hikmah dan sebab tertentu yang perlu diterokai secara mendalam dan dimanafaati oleh UMNO dewasa ini.

Proses pengislaman UMNO dengan neraca Islam yang sebenar merupakan langkah terbaik untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Apabila dikatakan pengislaman UMNO, ianya tidak bermaksud dengan menukar jenama Islam yang sudah dipakai sekarang ini dengan jenama baru yang lebih canggih atau menarik perhatian. Usaha tersebut tidak akan berguna sekiranya hanya kulit luar sahaja ditukar tetapi isinya masih mengekalkan amalan lama.

Kejayaan Islam memulihkan bangsa yang mundur dan dilanda krisis telah terbukti di dalam lipatan sejarah sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w di Tanah Arab. Bangsa Arab yang terkenal dengan kepercayaan karut, kemuduran, karat jahiliah dan kebebalan pemikiran telah berjaya diubah menjadi ummat terbaik (Ali ‘Imran [3:110]) hanya dalam tempoh yang singkat iaitu 23 tahun zaman kenabian baginda s.a.w.

Contoh terdekat dengan rantau ini ialah empayar kesultanan Melaka yang bertukar menjadi empayar gemilang setelah Islam bertapak di Istana Melaka. Tidak mustahil kegemilangan tamadun material dan rohani seperti Melaka berulang kembali di bawah pimpinan para pemimpin UMNO yang benar-benar kembali kepada Islam.

Sebenarnya UMNO yang telah berada di mercu kegemilangan telah dijangkiti oleh penyakit kemewahan melampau, keangkuhan dan kelalaian sepertimana yang telah berlaku kepada banyak tamadun dunia seperti kaum Saba’ (Saba’[34.15], kaum ‘Ad dan kaum Thamud (al-A’raf[7:65-79], Hud[11:50-68, al-Syu’ara’{26:123-159], Fussilat[41:13-18]).

Apabila menyebut tentang proses islamisasi yang sebenar, ianya melibatkan pengorbanan harta dan jiwa raga. Pengorbanan yang melibatkan kedua-dua aspek itu berkali-kali disebut oleh al-Quran sebagai membuktikan kepentingannya di dalam menjamin kejayaan sesuatu perjuangan. Di antara rujukan tentang kepentingannya yang dapat disebut ialah: (al-Nisa’[4:95-69], al-Anfal[8:72], al-Tawbah[9:20 & 88], al-Hujurat [49:15]).

Apa yang diperhatikan, budaya pengorbanan sebenar kelihatan sudah semakin terhakis di dalam UMNO. Ahli UMNO kelihatan lebih mementingkan poket sendiri berbanding pengorbanan memartabatkan perjuangan bangsa, agama dan negara. Menceburkan diri di dalam perjuangan UMNO bererti mengaut kekayaan segera serta kesenangan yang melimpah ruah yang kelihatan tidak setimpal dengan hasil usaha.
Untuk itu, sikap buruk tersebut perlu terlebih dahuilu diubah dan monopoli ekonomi berasaskan kerabat politik perlu dibendung agar semangat pengorbanan harta dan jiwa yang sebenar sebagaimana yang disarankan oleh al-Quran dapat disemai di kalangan para pemimpin UMNO.

Perjuangan bangsa Melayu yang didokong oleh UMNO hanya akan kembali bersinar dan diyakini rakyat Malaysia dengan penghayatan Islam. Tanpa Islam, UMNO akan ketinggalan ke belakang dan tidak mustahil suatu hari nanti akan pupus menjadi khazanah sejarah yang dipamerkan di muzium negara sebagai sebuah parti yang dahulunya pernah mencapai kegemilangan di dalam memerintah negara, akan tetapi jatuh tersungkur kerana telah dijangkiti oleh penyakit yang lazimnya memusnahkan banyak tamadun dunia.

Islam sepatutnya menjadi roh kepada bangsa Melayu yang didokong perjuangannya oleh UMNO. Satukanlah di antara Melayu, Islam dan UMNO dan jangan sekali-kali dipisahkan kerana tanpa Islam, bangsa Melayu dan UMNO sudah menjadi seperti jasad yang sudah tidak bernyawa. Hakikat ini sememangnya pahit untuk diterima, akan tetapi percayalah bahawa yang pahit itu adalah ubat yang pastinya akan bertukar menjadi manis apabila kesan penyembuhan kian tampak ketara.

KALAU UMNO TUKAR DASAR...MAHUKAH KITA MENJADI AHLINYA?

Sunday, January 25, 2009

KEPENTINGAN BAHASA DALAM ILMU


Riuh dibicarakan isu penggunaan bahasa Inggeris di dalam Sains dan Matematik. Ada berbagai pro dan kontra dari kedua-dua pihak yang masing-masing mempertahankan hujah mereka. Sebenarnya bagi saya, hujah kedua-dua pihak benar dan betul tetapi perlu dilihat secara saksama. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris amat penting, tetapi perlaksanaan yang tergesa-gesa kerana didorong oleh ahli politik yang mungkin berkepentingan memberikan tender percetakan buku Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kepada para sekutu dan kroni adalah tidak betul.

Pada pendapat saya masalah utama di dalam konflik ini campur tangan ahli politik. Benarlah pendapat mengatakan bahawa sesuatu perkara akan rosak apabila diserahkan kepada bukan ahlinya. Di satu sudut lain pula, orang-orang yang berjuang mempertahankan bahasa Melayu perlu juga sedar bahawa bahasa Inggeris penting di dalam dunia moden sebagai bahasa ilmu dan bahasa dakwah. Jangan diabaikan kepentingannya, berapa banyak pendakwah Islam yang gagal memasarkan Islam kepada golongan bukan Islam yang bahasa utama mereka adalah bahasa Inggeris?

Pengalaman saya bekerja di UIAM selama 8 tahun menunjukkan dengan jelas kepentingan bahasa Inggeris, contohnya saya agak terkehadapan dikenali dan dipercayai kerana memiliki penguasaan bahasa Inggeris yang agak baik. Ramai ustaz-ustaz yang seangkatan masih berteleku di takuk lama kerana kurangnya penguasaan bahasa ini.

Dua hari lepas, saya terpegun apabila anak saya yang berada di darjah 3 bertanya umminya tentang satu teori Matematik dalam bahasa Inggeris. Saya kata ini satu perkembangan yang baik kerana semasa di darjah 3 dahulu, saya jauh sekali untuk bertanyakan soalan sedemikian dalam bahasa Inggeris.

Kesimpulannya kepentingan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sama-sama penting kerana kedua-dua memainkan peranan. Namun apa yang menimbulkan kontroversi adalah perlaksanaannya yang tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian secara tabi'i.

Marilah kita renung firman Allah berkenaan kepentingan bahasa. Malangnya ayat ini pernah disalahguna oleh Kahar Rasul Melayu dari Ulu Kemensah yang mendakwa sebagai Rasul orang Melayu.



Pedulikan si Kahar yang gila, renungkan dan serasikanlah isu ini dengan kehendak al-Quran kerana al-Quran adalah pembimbing kita: Surah Ibrahim[14.4] Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

* SAYA BIASA MENGAJAR TAJWID DI UIAM DALAM BAHASA INGGERIS..IDGHAM MEANS TO COMBINE OR MERGE BETWEEN 2 LETTERS ...YOUR PUT THIS LETTER, THE DEAD LETTER INTO THIS LETTER THE LIVE LETTER AND THEN IT BECOME ONE..PUHH BROKEN GILA TU..TAPI ITULAH HAKIKATNYA KALAU KITA KURANG MAHIR DENGAN BHASA INI...RENUNGKANLAH!

Saturday, January 24, 2009

KETAKUTAN PERASUAH POLITIK


SOALAN

Dalam pemilihan yang lalu, saya reda menyatakan bahawa saya ada berjumpa dengan seorang maha guru dekat Gunung Ledang, juga tok batin di Segamat, tetapi saya kalah teruk, terduduk! Duit juga habis banyak, beratus ribu, termasuk membawa rombongan ke Medan. Lama juga hendak hilangkan rasa kecewa, sehingga saya seumpama “down,” tidak ada semangat, menyebabkan saya selalu teringatkan mati.

Bulan lepas orang kuat saya meninggal dunia, menyebabkan saya seumpama jatuh ditimpa tangga. Wajahnya selalu terbayang, suaranya seumpama terngiang-ngiang di telinga, menyebabkan saya terlalu takutkan mati, lebih-lebih lagi setelah mendengar kuliah ustaz di surau tentang seksaan mati.

Orang yang banyak melakukan dosa akan diseksa ketika sakaratul maut, seumpama dibelasah dengan pedang, atau seperti kambing dikuliti hidup-hidup. Bagaimana hendak menghilang rasa ngeri yang ada pada dada saya supaya dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Adakah benar mati iaitu ketika sakaratul maut itu menyeksakan?- Orang politik


JAWAPAN:



Saudara tidak jelaskan pemilihan apa yang menyebabkan saudara berjumpa dengan maha guru juga tok batin. Mungkin yang dimaksudkan ialah pemilihan ketua, sama ada ketua bahagian ataupun ketua cawangan. Ketua pemuda, ketua kampung atau ketua jabatan. Lumrahnya, orang yang jumpa dengan “maha guru,” tok kiai atau sebagainya juga yang menggunakan wang beratus ribu ringgit dan rasa down bila kalah teruk itu ialah dalam pemilihan politik, yang melibatkan ketua bahagian, ketua pemuda atau seumpamanya, macam tanam modal seumpamanya. Keluar duit dahulu bila menang segala-galanya boleh cover. Ada kuasa ada power. Inilah tingkah laku mereka yang terlibat, yang melibatkan salah guna kuasa, namun saudara tetap kalah.

Perlu dijelaskan di sini, di Gunung Ledang tidak ada orang yang dikenali sebagai “seorang maha guru”. Orang Muar dan Melaka semua tahu. Mungkin “maha guru” ini ialah individu tertentu yang dikenali dan dipanggil oleh mereka yang terlibat seperti saudara, termasuk mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan, tidak ubah seperti hikayat-hikayat zaman dahulu yang menyatakan adanya puteri, iaitu Puteri Gunung Ledang. Satu legenda khayalan yang hakikatnya langsung tidak masuk akal, menyebabkan Sultan Melaka akur untuk membina jambatan emas dari Gunung Ledang merentas hutan belantara ke Melaka. Menghantar hati nyamuk, kecuali semangkuk darah raja.

Tidak ada puteri di Gunung Ledang. Yang ada ialah jin-jin atau iblis dan syaitan daripada golongan jin, kerana makhluk jin ini tempat kediaman yang digemari ialah di bilik-bilik air, di jamban-jamban, tempat-tempat kotor, seperti buangan sampah, tempat sembelihan binatang, di kubur-kubur, termasuk kubur yang dianggap keramat, tempat pemujaan ekor, yang jauh daripada manusia seperti di lautan, di lembah-lembah, gunung-ganang termasuk termasuk Gunung Ledang dan tempat-tempat lain seperti ini.

Biar dalam keadaan apa pun yang jelas, saudara tetap kalah, kalah teruk setelah berhempas pulas berikhtiar, berfikir siang malam, jumpa kawan-kawan sama satu pemikiran, lobi sana sini, berembun di malam hari, kumpulkan kawan-kawan, mereka fitnah, cara kelemahan lawan, belanja makan minum tetapi tetap kalah, sehingga ‘terduduk.”

Kalau saudara seorang yang boleh berfikir, kekalahan saudara sehingga “terduduk” itu memperlihatkan atau membuktikan bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Manusia berusaha, bermati-matian untuk menjadi ketua, membelakangkan agama, tidak peduli halal haram, tetapi yang menetapkan qada dan qadar ialah Allah SWT juga.

Memang benar, bukan mudah untuk menjadi kuasa. Kena selalu belikan kain sarung, kain samping, baju dan yang paling istimewa ialah rombongan ke luar negara, paling tidak ke Medan, Jakarta, Bukit Tinggi, Bali, sambil makan angin boleh main golf. Satu trend yang tidak termaktub dan dilarang, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku, yang diajar sejak dari dahulu, sebenarnya tidak sukar untuk dinafikan sekiranya setiap pihak jujur.

Pada pandangan zahir, orang yang menerima nasib seperti saudara bukan mustahil menjadi “kecewa” dan tidak ada semangat, maksudnya “tidak ada semangat untuk berjuang dalam politik.

Pada saya, saudara sebenarnya tidak perlu kecewa, tidak perlu hilang semangat kerana selama ini saudara berjuang dalam politik pun bukan ada semangat politik” dalam erti kata sebenar, untuk membela bangsa, negara atau masyarakat. Saudara tahu di sebalik jawatan ketua dalam politik. Buktinya, saudara bermati-matian untuk memperolehnya dengan bertemu maha guru di Gunung Ledang juga tok batin di Segamat.

Saudara sepatutnya bersifat gentleman, masuk bertanding, tidak wajib menggunakan wang untuk merasuah pengundi, tidak menggunakan khidmat “maha guru” atau tok batin. Amalan saudara ini sebenarnya termasuk dalam perbuatan sihir. Salah satu daripada dosa besar yang membinasakan. Membinasakan diri sendiri, orang lain, masyarakat dan agama.

Allah Maha Berkuasa. Saudara kalah biarpun telah banyak mengeluarkan wang ratusan ribu dan mengamalkan perbuatan sihir. Saudara sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana kalah. Allah menyayangi saudara, iaitu dengan cara menjadikan saudara kalah. Allah Maha Mengetahui apa yang sewajarnya dilakukan ke atas hambanya yang melakukan dosa iaitu saudara, dosa sihir dan melakukan rasuah. Ditakdirkan saudara menang, perbuatan sihir dan rasuah tidak akan terhenti.

Berkemungkinan saudara menjadi ketua dan akhirnya menjadi wakil rakyat contohnya tidak mustahil rasuah saudara semakin besar, amalan sihir saudara akan lebih menjangkau jauh, kerana ketika itu saudara lebih berkuasa, lebih banyak duit dan lebih banyak pengaruh. Logiknya kalau ketika hendak mendapat undi sebagai ketua saudara boleh mengamalkan sihir untuk mengalahkan lawan, juga mengeluarkan wang beratus-ratus ringgit, adakah mustahil kalau tabiat tersebut terus menerus saudara lakukan, kerana manusianya adalah sama.

Allah menyayangi saudara, iaitu dengan menyekat tabiat atau budaya buruk saudara dengan cara mengalahkan saudara dalam pemilihan yang lalu dan akhirnya saudara ingatkan mati. Takut diseksa oleh Allah di akhirat kelak, terutamanya ketika sakaratul maut. Bagus betul ustaz yang memberi kuliah tentang seksaan mati di surau itu yang kebetulan saudara hadir. Berkemungkinan kalau saudara menang, saudara tidak sempat hadir kuliah yang diberikan oleh ustaz tadi kerana saudara akan terus berkempen di tempat lain.

Dalam surah al-Baqarah: 26 dijelaskan, berkemungkinan sesuatu yang tidak kamu sukai itu, adalah lebih baik bagi kamu dan mungkin sesuatu yang kamu sukai itu adalah lebih buruk bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui walhal kamu tidak mengetahui. Demikian qada dan qadar ketentuan Ilahi, yang hanya dimaklumi hakikatnya oleh Allah SWT.

Maka saya jelaskan bahawa saudara sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana kalah dalam pertandingan yang lepas biarpun setelah banyak memberi rasuah dan melakukan amalan sihir. Kekalahannya itu adalah rahmat bagi Allah, yang dengan sendirinya saudara berpatah balik ke pangkal jalan.

Sesungguhnya Allah mahukan, setiap hamba itu reda dengan qada dan qadar ketentuannya. Apabila sesuatu itu telah termaktub di Loh Mahfuz, maka tidak ada seorang hamba yang boleh mengubahnya.

Benar! terdapat keterangan daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyatakan tentang seksaan sakaratulmaut, terutamanya mereka yang banyak melakukan dosa juga mereka yang melakukan dosa-dosa sihir yang boleh menyebabkan syirik, juga mereka yang memberi, menerima juga orang perantaraan rasuah. Saudara perlu bertaubat agar Allah tidak menyeksa ketika sakaratulmaut. Taubat nasuha dan tidak melakukannya lagi. Jangan taubat ketika kalah sahaja, tetapi bila pertandingan semula menang dan ada pangkat menjadikan lupakan kepada Allah. Kalau ini berlaku, orang seperti ini Allah telah menutup hidayah, dan baginya seksaan yang amat pedih.

Dalam sebuah hadis kursi dijelaskan bahawa apabila seorang hamba itu menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan sunat, terus menerus, lalu akhirnya dia menjadi kekasih Allah, maka ketika itu Allah akan memberi kekuatan pada dirinya juga rohnya. Ketika itu, andainya hamba berkenaan memohon, Allah akan memperkenankan dan apabila memohon perlindungan, Allah akan melindunginya. Manusia yang berkasih-kasihan, sayang menyayang sama sekali tidak akan menyakiti jauh sekali menyiksa kekasihnya.

Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Apabila seseorang hamba itu menjadi kekasihnya, dengan melakukan amalan bertakarub, menjadikannya manusia warak, zuhud lagi takwa, adakah akan diseksa ketika di akhirat kelak, termasuk ketika sakaratulmaut.

Saudara tidak perlu takutkan mati dengan syarat saudara mesti menjadi kekasih Allah. Sebaliknya, kalaulah saudara terus menerus melakukan amalan sihir juga rasuah, maka benarlah kuliah ustaz di surau tentang seksaan ketika mati. Tidak ada gunanya kalau hanya takutkan mati tetapi kelakuannya seumpama mencabar mati.

ABDULLAH BUKHARI-SIAPAKAH AGAKNYA ORANG INI DAN APAKAH PARTINYA? SAYA ADA JUMPA SEORANG TOKOH DALAM SEBUAH PARTI BARU-BARU INI YANG BERHABISAN HAMPIR RM 500,000 UNTUK BERKEMPEN JAWATAN KETUA BAHAGIAN, NAMUN KALAH KERANA LAWANNYA TELAH MENABUR LEBIH BANYAK DUIT..SOALANNYA APA ADA PADA JAWATAN KETUA BAHAGIAN SEHINGGA ADA YANG SANGGUP BERBELANJA SEHINGGA SEPARUH JUTA? BARANGKALI PULANGANNYA MELEBIHI NILAI PELABURAN,ANDA FIKIRKANLAH!

Thursday, January 22, 2009

PASANG CCTV DI LOKAP BALAI POLIS



Berita kematian tahanan di lokap Polis sememangnya mengejutkan rakyat Malaysia. Peristiwa sedemikian sepatutnya dielakkan daripada berlaku kerana ianya melibatkan nyawa kurniaan Allah yang tidak boleh ditukar ganti dengan apa pun nilaiannya. Tugas pihak polis menjaga keamanan akan tercemar sekiranya perkara ini sering berlaku. Bahkan kepercayaan masyarakat kepada pihak Polis pasti tercalar kerana pihak yang bertanggungjawab menjaga keamanan sudah tidak lagi boleh diharapkan.
Oleh itu, pendekatan yang lebih berkesan perlu dicadangkan kepada pihak Polis di Malaysia untuk memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang pada masa-masa hadapan.


Pendekatan pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil butiran kesihatan para tahanan yang disyaki melakukan kesalahan. Butiran itu sebagai langkah awal untuk memastikan bahawa tahanan tidak menghidap sebarang penyakit kronik yang mungkin boleh terdedah kepada ancaman kematian semasa berada di dalam tahanan. Tanpa rekod sedemikian, masyarakat akan senang menuding jari dan menyalahkan pihak Polis sekiranya berlaku kecederaan atau kematian semasa tahanan berada di dalam lokap. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Untuk tujuan penulisan rekod yang telus, seorang Doktor panel lantikan kerajaan mesti ditugaskan di pusat tahanan Polis bagi menilai dan merekodkan kadar kesihatan tahanan. Gambar tubuh badan tahanan sebelum ditahan juga perlu direkodkan. Tahanan yang disahkan sihat boleh ditempatkan di dalam lokap mengikut prosedur biasa. Sekiranya masih ada tahanan yang cedera atau meninggal di dalam tahanan pihak Polis, rekod perubatan tersebut amat penting dirujuk sebagai bahan bukti utama siasatan untuk membuktikan bahawa sesuatu telah berlaku semasa tahanan.

Pendekatan kedua ialah dengan pendekatan kerohanian kepada semua anggota Polis. Sekiranya Angkatan Tentera Malaysia mempunyai Kor Agama atau dikenali sebagai KAGAT, pihak polis juga harus mempunyai unit agama yang sama demi untuk membimbing anggotanya daripada terjerumus di dalam jenayah pukul tahanan atau rasuah. Terapkan juga kepada mereka bahawa Islam sama sekali tidak membenarkan berlakunya kekasaran kepada mana-mana individu tanpa alasan yang kukuh. Bayangkan bagaimanakah perasaan mereka sekiranya yang dipukul, diseksa atau yang meninggal di lokap tahanan itu adalah anak mereka sendiri. Penubuhan Unit agama di dalam Polis seperti KAGAT amat penting untuk senantiasa membimbng dan seterusnya membersihkan nama pihak polis di mata masyarakat.

Pendekatan ketiga yang boleh dicadangkan ialah dengan memasang Kamera Litar Tertutup atau CCTV di lokap-lokap tahanan atau di bilik siasatan untuk mengukuhkan bukti bahawa tiada sebarang kekasaran yang berlaku. Langkah ini walaupun mungkin nampak keterlaluan dapat membanteras kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Langkah pemasangan CCTV di pusat tahanan Polis boleh berfungsi sebagai Kotak Hitam bagi pesawat terbang.



Apa yang malang ialah kerana sikap segelintir anggota Polis yang tidak bertamadun mengasari tahanan telah menyebabkan nama ramai lagi anggota Polis yang profesional dan amanah terpalit sama dengan lumpur jenayah yang tidak mereka lakukan. Tindakan mengasari tahanan sepatutnya tidak berlaku kerana menurut undang-undang Sivil dan Undang-undang Islam, seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan secara jelas. Akal manusia yang waras dan bertamadun sama sekali tidak boleh bertoleransi dengan penggunaan kekerasan atau seksaan untuk membuktikan salah atau betulnya seseorang tahanan.

Sekiranya semua pendekatan tersebut diperkenalkan, keyakinan rakyat akan kembali pulih kepada pihak polis kerana peranan pihak polis sememangnya mulia sebagaimana firman Allah: Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam (al-Baqarah[2:251])


Juga firman Allah lagi: Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (al-Hajj[22:40]).


Peranan Polis sebenarnya amat penting kepada masyarakat kerana tanpa sumbangan mereka masyarakat akan terbelenggu dengan ketakutan jenayah yang bakal berlaku pada bila-bila masa. Namun begitu, sekiranya mekanisme pendidikan dan pengurusan pihak Polis masih berada pada tahap yang lemah, kepercayaan serta penghormatan masyarakat akan berkurangan. Akibatnya pihak Polis hanya digeruni kerana lencana kuasa yang mereka miliki bukan dihormati sebagai penjaga keamanan masyarakat yang disanjungi, dihormati dan di sayangi semua.

Tuesday, January 20, 2009

Not all Jews are Zionists



"Jahannam Yahudi!

Jahannam Yahudi Laknatullah!

Mampus Yahudi!"

Those were amongts the swears being loudly uttered by the demonstrators in any rallies organised in Malaysia in condemning Israel and showing solidarity towards the Palestinians. For some parties, Jews are equal to Zionists, Judaism is equal to Zionism, Jewish nation is equal to Israel.

I wouldn't agree much with such generalisation. The fact that what is happening in Gaza, and Palestine as a whole has nothing to do with the Jewish people as a nation nor the Judaism as a religion. Since the day Herzl (the founder of World Zionist Organisation) declared the idea of Erez Yisrael (Israeli state) until today, thousands of Jews, from the lay people to intellectuals, politicians and thinkers strongly diagreed and oppossed the idea and the ideology for whatever reasons they adherent to.

If the Jewish people are all Zionists, What have we to say about people like Alan Hart, Ilan Pappe, Norman Finkelstein, Muhammad Asad, Mariam Jameelah, or Jewish organisations like Satmar and Naturei Karta who repeatedly calling for the inhilation of the Israeli state for it is against the teaching of Torah and Talmud?

Are not they all Jews?

Or do we want to agree with the Zionists' label against those good hearted people as 'Self-hating Jews'?

For those who still insist to curse or swear the 'Yahudi' as a nation, I am afraid this will lead to the Medieval Christian's and Europeans' creed that created the centuries of pogrom and discrimination towards the Jewish people, hence resulted to the butchery crime of Holocaust. The Medieval Europeans, specifically pre-protestant period and the Catholics later on adamantlyJustify Full believed that Jewish people were the murderers of Jesus. Hence they are entitled to all the presecutions. Had not the Protestants and in specific, the Millenists promulgated the belief of Apocalypse, and had not Hitler slaughtered the non-Zionist Jews in Europe, the Jewish people should continue living in difficulties in Europe.

As Uri Avnery used to mention in his writing criticising Pope Benedict's hatred remark on the Muslims, the Jewish people have never experienced more security and prospherity in Europe as they were in Islamic Andalusia. When the inquisition of the Christian Spain chased the Jewish people from the Iberian Peninsular, it was the Ottoman Empire in Turkey who sheltered them. Muslim lands were safe heaven for the Jewish people when their brethens in Europe were experiencing discrimination, execution and massacres.

Furthermore, Jewish people along with the Christians were regarded as 'Ahl al-Kitab' or the people of the book. Muslims are allowed to eat their slaughter and to marry their women. They even enjoy lot of previleges during the Islamic empires reigns. The condemns and critiques on the Jewish people in al-Quran was mentioned as part of the history which even the Old Testament (or Torah according to the Judaism) also shared lot of says. While some verses and even Hadiths cursing the Jews were mentioned in contexts, which amongts them were the acts of treason by the Jewish tribes (Bani Nadhir, Bani Qurayzar, Bani Qaynuqa') settling in Medina during that period and those critiques were not dedicated to the Jewish as a nation.

In sum, while confronting the inhumane Israeli agressions not only in Gaza, but every single inch of the occupied land, we should not neglect the justice. The sterotype of some anti-Islam parties in generalising all Muslims as terrorist, and the Islamic teaching as the doctrine of terror must be avoided by the Muslims in giving their judgement to the Jewish people. As I strongly oppose those who embrace the idea that 'Muslims are terrorists', I am also against those who blatantly chanting 'Jahannam Yahudi'...

As for the Zionists, they are not necessary to be Jews; the Christian Zionists in the USA and all over Europe are not to be forgotten. Perhaps their number is outnumbering the Jewish Zionists in Israel. However, the worst amongst them are the cold-hearted Muslim Zionists who have the guts to condone what their Zionist comrades committed to their Muslim brethens in Palestine.

Allahummansur Filistiniyin wa Muslimin,

Allahumma dammir Israel wa man wallahum,

Allahumma a'izzil Islaam wal Muslimin

Saturday, January 17, 2009

MUHASABAH PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU


Kekalahan Barisan nasional di dalam pilihanraya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini sememangnya perit untuk diterima terutama sekali oleh pucuk pimpinan BN. Kekalahan itu pastinya mempunyai hikmah tersendiri yang boleh menjadi pengajaran untuk BN menghadapi hari mendatang di dalam perjuangannya. Ini dijelaskan oleh Allah: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah[2.216]).

Semua pihak yang terlibat dengan pertandingan sudah pasti tidak sukakan kekalahan yang menimpa pihak mereka. Namun begitu sebagai orang Islam, kita yakin dan percaya bahawa sebarang musibah yang berlaku adalah merupakan takdir ketentuan Allah sebagaimana firmanNya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (al-Tawbah[9.51]).

Walaupun begitu, ayat di atas tidak bermaksud bahawa umat Islam hanya perlu berserah menerima takdir yang telah ditetapkan kepada mereka. Menurut Islam takdir adalah keputusan akhir daripada hasil usaha manusia. Di samping itu, Allah juga menjadikan sunnah alam yang merangkumi sebab musabab yang menyebabkan berlakunya sesuatu perkara (al-Ahzab[33.38],Ghafir[40.85] & al-Fath[48.23]).

Apa yang penting ialah mengkaji sebab musabab yang membawa kepada berlakunya musibah tersebut. Demi untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi menangani musibah yang sama yang mungkin berlaku pada masa hadapan, kajian itu mestilah telus, dan adil serta berwibawa. Sebarang keputusan yang diperolehi daripada kajian musibah tersebut perlu didedahkan kepada semua dengan tujuan untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

Tindakan menyalahkan sesetengah pihak tanpa melihat kepada kelemahan diri sendiri sebenarnya kurang berkesan untuk menyelesaikan masalah serta memperbaiki kelemahan diri. Oleh sebab itulah Islam memperkenalkan konsep muhasabah (postmortem) atau pernilaian diri sendiri demi untuk mencari kaedah atau cara-cara baru untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berlaku pada masa hadapan.

Perkara ini perlu ditekankan kerana kesilapan yang berlaku sememangnya berpunca daripada kesilapan dan kejahilan manusia sebagaimana firman Allah: Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri (al-Nisa'[4.79]).

Selain itu Allah juga banyak menegur sikap sesetengah manusia yang hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa melihat kepada kesilapan diri mereka sendiri. Ini dijelaskan oleh banyak firman Allah, di antaranya: (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Ali 'Imran[3.165]).

Juga firman Allah: Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa dan kesilapan). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa (al-Najm[53.32]).

Juga firman Allah: Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun (al-Nisa'[4.49]).

Apa yang pasti ialah segala kaedah berfikir yang terangkum di dalam al-Quran sekiranya dipraktikkan dengan sebetulnya akan mampu menyelamatkan umat Islam daripada terjerumus ke dalam apa sahaja musibah termasukkan musibah ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya. Semoga muhasabah yang dilakukan selepas pilihanraya ini dapat menjadi panduan kepada BN agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama bertepatan dengan hadis nabi s.a.w: Orang mukmin tidak akan dipatuk di dalam satu lubang sebanyak dua kali (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Selain itu, faktor pemilihan pemimpin yang bakal bertanding amat kritikal untuk diketengahkan oleh pucuk pimpinan BN kerana al-Quran telah sedia menyatakan bahawa pemimpin yang selayaknya diketengahkan mesti mempunyai 2 kualiti utama iaitu berkemampuan dan amanah. Ini dijelaskan oleh firman Allah: Salah seorang di antara perempuan yang berdua (anak perempuan nabi Syuaib a.s) itu berkata: "Wahai ayah (dikatakan nabi Syuaib a.s), ambilah dia (nabi Musa a.s) menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (al-Qasas[28.26] ).

Faktor kemampuan bukan hanya melibatkan urusan pentadbiran semata-mata, tetapi meliputi kemampuan untuk hidup bersama rakyat bawahan, bergaul bersama mereka, mendengar masalah mereka serta cuba menyelesaikannya. Amat menyedihkan sekali sekiranya seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat lebih banyak kelihatan di Kuala Lumpur berbanding di tempat kerusi yang mereka menangi.

Manakala faktor amanah pula bukan hanya melibatkan kebersihan daripada siasatan Badan Pencegah Rasuah, tetapi meliputi juga kebersihan daripada persepsi negatif masyarakat bawahan kerana di dalam politik persepsi memainkan peranan penting untuk meraih undi.

Kekalahan sememangnya perit untuk diterima. Akan tetapi kekalahan boleh membawa kepada banyak kemenangan yang lain di dalam perjuangan. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat belajar daripada kekalahan di medan Uhud yang membawa kepada kemenangan yang berterusan di dalam peperangan lain yang seterusnya memartabatkan perjuangan Rasulullah s.a.w di kemuncak ketamadunan manusia.


MACAM SOKONG BN JE? SEBENARNYA MARAH ANAK SINDIR MENANTU
BN INGAT KENA INGAT, CARA LAMA SUDAH TIDAK BERKESAN, RAKYAT DI TAHUN 2009 DAH TERLAMPAU CERDIK! ANDA PERLU BERUBAH ATAU ANDA AKAN DIUBAH KEDUDUKANNYA!
HIDUP KUASA RAKYAT!

Wednesday, January 14, 2009

PESANAN KEPADA PARA PENGUNDI DI KUALA TERENGGANU


Hari mengundi pilihanraya Parlimen Kuala terengganu semakin hampir. Pihak-pihak yang bertanding kelihatan bekerja keras mempromosikan diri untuk menjamin kemenangan mereka seterus meneruskan agenda perjuangan yang dijanjikan kepada rakyat. Kesimpulannya kejayaan calon-calon yang bertanding secara penuhnya bergantung kepada pilihan rakyat.

Di dalam menentukan siapakah calon yang mesti dipilih untuk mewakili mereka, rakyat yang tinggal di Kuala Terengganu perlu bijak dan merujuk kepada petunjuk al-Quran agar pilihan yang dibuat akan memberikan manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Di dalam membicarakan ciri-ciri pemimpin yang selayaknya dilantik, Allah telah berfirman : Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya (al-Baqarah[2.247]).

Ayat di atas menceritakan tentang kisah pemilihan pemimpin di kalangan Bani Israil selepas zaman nabi Musa a.a.s. Pemilihan ini bertujuan untuk membebaskan belenggu penjajahan raja Jalut ke atas Bani Israil semenjak sekian lama. Nabi Samuel a.s. yang mendapat petunjuk daripada Allah menyatakan pemilihan Talut adalah berdasarkan dua kriteria utama iaitu ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal atau kemampuan mentadbir.

Seterusnya Allah berfirman lagi : Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata(anak-anak nabi Syuaib): "Wahai ayah (nabi Syuaib), ambilah dia (nabi Musa) memjadi orang upahan (pekerja), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah"(al-Qasas[28.26]).

Ayat tersebut menceritakan sejarah bagaimana nabi Musa a.s. ketika berada di negeri Madyan telah diambil berkerja oleh nabi Syuaib. Ciri utama yang disebut untuk kelayakan sebagai pekerja ialah kekuatan, kemampuan dan sikap yang amanah. Kedua-dua sikap di atas amat penting dimiliki oleh mana-mana pemimpin kerana kemampuan memerintah, mentadbir dan mengurus yang disulami dengan amanah menjadi faktor utama kemajuan serta kesejahteraan sesuatu masyarakat dan bangsa. Kesilapan memilih pemimpin yang lemah atau tidak amanah akan mengundang padah yang mampu meruntuhkan empayar manusia.

Selain itu, pemimpin yang hendak dipilih juga harus mempunyai empat ciri berikut yang disebut oleh Allah Ta’ala: Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan (al-Hajj[22.41]).

Empat ciri yang terdiri daripada sembahyang, zakat, amar ma’ruf (menyuruh ke arah kebaikan) dan nahi munkar (mencegah kepada berlakunya kemungkaran) merupakan nadi utama kesejahteraan sesuatu kelompok manusia. Pemimpin yang senantiasa menjaga solat sudah pasti memiliki kualiti iman yang sebenar kerana senantiasa mempunyai hubungan kerohanian dengan Allah. Solat yang dianggap sebagai tiang agama merupakan benteng pertama yang bertugas sebagai antibodi kepada pemimpin tersebut daripada melakukan perkara mungkar seperti penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepadanya. Ini dikukuhkan oleh firman Allah : Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut[29.45]).

Zakat pula memainkan peranan sebagai peneguh keadilan sosial kerana pemimpin yang menjaga kewajipan zakat serta menerapkan kepentingan berzakat kepada rakyat bawahan adalah pemipin yang berusaha menjaga kestabilan sosio-ekonomi masyarakat umat Islam. Dengan adanya pensyariatan zakat, dendam kesumat atau jurang ekonomi di antara orang miskin dengan orang kaya akan dapat distabilkan. Selain itu zakat juga berkesan untuk mengurangkan jenayah ekonomi yang mungkin berlaku.

Setelah dua rukun utama Islam itu diteguhkan oleh pemimpin pilihan anda, ianya akan bertambah lengkap jika disulami dengan menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Kedua-dua perkara itu mampu menghalang kerosakan yang bakal berlaku di dalam sebuah masyarakat kerana pendekatan Islam cukup praktikal iaitu mencegah lebih baik daripada merawat. Langkah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar akan lebih berkesan sekiranya digerakkan oleh pemimpin yang benar-benar faham dan menghayati konsep tersebut.

Sebaliknya kegagalan melaksana kedua-dua konsep itu bakal mengundang berbagai-bagai malapetaka serta mendapat kemurkaan Allah sebagaimana firmanNya : Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan (al-Ma’idah [5.78-78])

Sekiranya pemimpin yang hendak diundi itu mempunyai kesemua ciri-ciri yang dinyatakan oleh ayat-ayat di atas, maka tidak syak lagi bahawa anda telah memilih pemimpin yang dibimbing dan ditunjuk oleh Allah. Kesilapan di dalam memilih pemimpin akan mengundang musibah yang tidak berkesduahan untuk tempoh beberapa tahun mendatang. Oleh itu, amat diharapkan agar para pengundi di Kuala Terengganu dapat membuat pilihan yang tepat semoga hari-hari mendatang di Parlimen Kuala Terengganu bertambah cerah dengan keredhaan Allah.

HEBAT SUNGGUH ORANG YAHUDI! TIDAKKAH ORANG ISLAM TERCABAR?

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
Utusan Malaysia (14/1/2009)SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Tuesday, January 13, 2009

BALASLAH KEJAHATAN ORANG DENGAN KEBAIKAN!

Pagi ini, seorang murid saya menelefon saya menceritakan masalahnya yang menjadi isteri kedua. Setelah berkahwin dengan suaminya (katanya seorang ustaz), isteri tuanya selalu melakukan berbagai-bagai tohmahan kepadanya sehingga hidupnya merasa sempit. Ke mana sahaja beliau pergi akan dipandang serong oleh masyarakat. Inilah nasib yang menimpa isteri muda apabila masyarakat dibelenggu oleh kejahilan.

Sudah menjadi kebiasaan manusia yang kesempitan akan cuba mencari penyelesaian. Cuma yang harus dipuji dengan wanita ini ialah, beliau banyak merujuk saya kerana katanya penyelesaian yang saya berikan banyak berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun bersuamikan seorang ustaz, hidupnya tidak banyak berubah kerana suaminya ini banyak kekurangan (muhasabah untuk semua ustaz-termasuklah diri saya sendiri).

Cuma apa yang perlu dinasihatkan kepada mana-mana orang yang ditimpa musibah agar jangan cepat menuduh orang mengenakan sihir kepada mereka. Fenomena ini berlaku kepada wanita ini. Beliau mengatakan madunya banyak menyihirnya serta menanam jin di dalam badannya. Sering saya katakan tuduhan sebegini tidak banyak memberikan faedah kerana ianya tergolong di dalam kategori buruk sangka. Firman Allah; [al-Hujurat-49.12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



Walaupun sihir ini tidak dinafikan kewujudannya, tetapi bagaimanakah kesannya sekiranya tuduhan itu tidak benar? Selain itu, orang yang bersangka buruk akan menjadikan hidup mereka tidak tenteram kerana senantiasa menganggap orang di sekelilingnya berperasaan dengki kepadanya. Cuba bayangkan sekiranya kita pula dituduh melakukan sihir sedangkan kita tidak pernah terfikir pun untuk mendekati perkara yang haram dan kufur ini.

Berbalik kepada kisah wanita ini, saya telah memberikannya beberapa doa yang elok untuk diamal sebagai bantuan rohani kepada masalahnya ini. Saya cadangkan beliau membaca doa nabi Musa ketika di Madyan selepas melarikan diri ketakutan daripada bangsa Firaun; [al-Qasas-28.24] Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Juga zikir Laa ilaha illah wahdahu laa syarika lah....Kedua-dua zikir ini diharap akan dapat meneguhkan jiwa wanita tersebut.

Selain itu, saya juga berikan 2 penyelesaian praktikal untuknya yang kedua-dua ini nampaknya agak berat untuk dilaksanakan, iaitu;

1- Menilai kembali faedah dan manafaat perkahwinan tersebut kerana setelah ditanya, perkahwinan ini banyak mengundang fitnah dan masalah berbanding manafaat dan kebahagiaan. Saya juga teringat satu kisah yang dibawa oleh Prof . Dr. Wahbah al-Zuhayli di dalam Tafsir al-Munirnya, ; bagaimana seorang lelaki miskin datang berjumpa seorang alim dan bertanya bagaimana cara hendak membebaskan dirinya daripada belenggu kemiskinan. Lalu orang alim itu mengarahkannya supaya berkahwin. Setelah berkahwin, lelaki tersebut datang kembali menemuinya kerana masalah kemiskinannya masih tidak berubah bahkan bertambah teruk. Orang alim itu kemudiannya mengarahkannya supaya bercerai.

Orang ramai yang menyaksikan peristiwa ini bertanya kepada si alm tentang tindakannya itu. Lalu jawab si alim.. Pada mulanya aku mengarahkannya berkahwin agar dia dapat keluar dari belenggu kemiskinan kerana aku bersandarkan pada ayat ini; [al-Nur[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Namun begitu setelah berkahwin, kemiskinannya tetap tidak berubah, lalu aku menyuruhnya bercerai kerana aku bersandarkan kepada ayat ini; [al-Nisa'[4.130] Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana. (Lihat Tafsir al-Munir pada Tafsiran ayat al-Nisa':130)

Kesimpulannya mana-mana isteri sememangnya tidak mahu berkongsi suami kerana dirasakan madunya telah merampas kebahagiaan hidupnya. Semestinya penyelesaian cerai amat perit untuk dilakukan.

2- Dengan cara yang agak luar biasa iaitu dengan mendampingi madunya (isteri tua) lalu berbuat baik terhadapnya. Walaupun madunya berkali-kali cuba melakukan fitnah, berbuat sesuatu yang buruk kepadanya, wanita ini disarankan agar membalas segala kejahatan itu dengan budi yang baik. Saranan ini walaupun nampak janggal, tetapi sebenarnya bersandarkan kepada firman Allah; [Fussilat[41.34] Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. [41.35] Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Untuk melakukan kaedah yang kedua ini ternyata amat sukar dan hampir mustahil kerana ianya seolah-olah bertentangan dengan naluri pendendam manusia. Akan tetapi apa sahaja yang disebut oleh al-Quran pasti ada cahaya harapan padanya.




Perbualan saya dengan wanita ini disudahi dengan 2 nasihat ini. Terpulanglah kepadanya untuk memilih cara yang mana. Akan tetapi secara peribadi, saya lebih gemarkan cara yang kedua. Buangkan segala rasa dendam dan kesedihan , gantilah dengan rasa sayang dan persaudaraan sebagaimana keadaannya ahli syurga. Firman Allah; [al-Hijr[15.47] Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Saturday, January 10, 2009

Jawapan Artikel ‘Cinta Asyura Dan Karbala’

BERIKUT INI ADALAH ARTIKEL BALAS KEPADA ARTIKEL YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI YANG BERTAJUK BERANI SUNGGUH RENCANA INI.BERTARIK 6/1/2009

Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’ tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari 2009. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan. Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala? Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?

Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah. Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan? Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri!


Bid’ah Asyura tajaan Syiah

Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Itulah cara memperingati hari Asyura, sesuai dengan apa yang telah diamal dan diajarkan oleh Rasulullah SAW beserta para sahabatnya dan sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Saiyidina Ali ra dan Saiyidina Husin ra serta seluruh Ahlul Bait dan keturunannya sampai kini.

Namun apabila syahidnya Saiyidina Husin ra di bumi Karbala pada 10 Muharram tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bid’ah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah? Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala!

Syiah pencetus peristiwa Karbala

Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal. 306)

Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. 3

Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al'Uyun,hal 391).

Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan
bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).

Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak
berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing.

Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau al-'Uyun, hal. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.

Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?


Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-'Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)

Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangan-tangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa
penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.

Tuduhan

Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-Thabari jilid 4 m.s. 245)

Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu.

Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith
daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi”.

‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)

Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman
terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam.


Larangan meratap

Setelah memahami isu di atas, kita boleh menyimpulkan tiada kena mengena sama sekali antara sambutan mengingati peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura
yang berkonsepkan Karbala itu tidak pernah dan tidak akan menjadi tradisi di kalangan penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar-nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah
SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud ra bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”.
(Sahih Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).

Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan Ahli Sunnah yang
mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar.

Sunni pejuang bumi Palestin

Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni.

Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom? Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah
yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di
bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq ra.

Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu. Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).

Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini
(hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. "

Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin?

Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099? Sejarah mencatatkan sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam
lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib? Adakah ia seorang Syiah?

Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis. Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib.

Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah.

Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka (tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi Fatimiyyah. Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099, pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah, penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui sejarah ini?

Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah
manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besar-besaran oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi
menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah ke angka 800,00 atau satu juta orang.

Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini. Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al-Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.

Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian ratusan ribu umat Islam Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut fahaman Syiah?

Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila tentera Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat Islam? Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin Qutz. Iaitu murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal, Imam al-Izz bin Abdul Salam. Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain Jalut sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan Saifuddin Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga menjadi episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian wilayah Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini?

Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul Hamid kedua, khalifah Islam Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam mempertahankan al-Quds. Ketika pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat ke Istanbul pada tahun 1901 dan
cuba bertemu dengan beliau.Beliau mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya menyampaikan pesanannya terkenal:

“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al-Rajul al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah)

Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam mempertahankan bumi Palestin yang tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa kepada perang Arab-Zionis pada tahun-tahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentera-tentera sukarelawan
Mesir dan Syria dalam kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka hampir sahaja berjaya menghapuskan terus kekuatan pengganas-pengganas Zionis.

Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera Zionis telah dikalahkan dengan teruk dalam peperangan antara mereka dengan tentera Jordan. Sehingga hari ini, pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut.

Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005 juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan Intifadah rakyat Palestin. HAMAS, Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah? Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah!

Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di serata dunia banyak lagi contoh yang boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh. Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya puak Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Begitu juga di Bosnia dan Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut semata-mata atas nama jihad mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab tertentu.

Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap bagi mereka yang mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang wartawan Syiah, Muntazer
al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan lontaran jamrah 'kasut but' bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah para syuhada Sunni yang telah mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi mempertahankan Islam yang suci ini.

Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa Karbala juga bukanlah jawapan untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman. Apakah perbuatan Syiah mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah dan para sahabat Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan pembunuh Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah? Adakah Syiah mahu melihat golongan Sunni mengungkap kembali dan membongkar segala titik hitam
pengkhianatan Syiah terhadap umat Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri? Benar, Syiah sememangnya berhak melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan sempena peristiwa Karbala tersebut. Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri (bari’) dari kesemua perbuatan tersebut.

Malaysia bumi Sunni

Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di bumi Gaza sebagai agenda mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia seumpama apa yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api perbalahan mazhab itu.
Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi tradisi, budaya dan perundangannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi memutuskan bahawa; Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”.

Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mendepani isu Palestin dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan) perlu dipertimbangkan. Sunni dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang satu iaitu Zionis Yahudi. Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya. Ini bukan masanya untuk mempropagandakan doktrin masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Biarpun ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap menyokong dalam bahasa melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa mendokong doktrin aqidah pegangan Hizbullah. Jika syiar Karbala atau Asyura atau Wilayatul Faqih yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap bid’ah di sisi Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.

Sumber : www.islam.gov.my