Thursday, June 10, 2010

SEMUA MUSLIM, JANGAN LUPA INI!

Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia tanpa mengira agama dan ras. Islam tidak terbelenggu dengan warna kulit, bangsa, bahasa atau kasta..inilah sebabnya Islam antara agama yang paling cepat berkembang kerana bersesuaian dengan fitrah manusia. Islam sebagai agama yang indah dan adil berkembang dengan dakwah...Aspek dakwah pula memerlukan pengajian yang khusus kerana tanpa teknik yang betul Islam akan terfitnah dan dipandang serong.

Dakwah bukan tugasan yang tertanggung hanya pada para ustaz atau orang agama sahaja. Ia tanggungjawab semua dengan kapasiti serta kemampuan masing-masing. Antara ciri penting dakwah Islam ialah MESTI BERHIKMAH DAN LEMAH LEMBUT, Firman Allah:

1-al-Nahl[16.125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

2-[17.53] Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

ULASAN: Allah sendiri menjelaskan, pendekatan kasar akan membuka ruang untuk syaitan mengapi-apikan permusuhan. Akhirnya matlamat menegur akan bertukar menjadi sebab permusuhan.

3-Taha[20.43-44] "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

ULASAN: Ayat di atas secara jelas menekankan aspek lemah lembut dalam berdakwah...Firaun yang terkenal dengan Thagut dan jahatnya pun, Allah mengarahkan nabi Musa AS berlembut dengannya kerana lemah lembut lebih senang diterima sasaran dakwah.

DI BAWAH INI NANTI SAYA AKAN SEBUTKAN 2 KISAH YANG MENUNJUKKAN PELUANG DAKWAH JANGAN DIBUANG DAN PENTINGNYA ASPEK LEMAH LEMBUT DAN BERHIKMAH DALAM DAKWAH..TANPA KEDUANYA ISLAM TIDAK AKAN TERSEBAR..

KISAH 1: BROTHER RIYADH ANSARI,

Riyadh Ansari adalah kawan saya yang berasal dari USA. Usianya sudah cukup tua kira-kira 50 lebih. Beliau memeluk Islam di Pakistan kerana tertarik dengan pendekatan agresif umat Islam di Pakistan(termasuk kanak-kanak) yang mempromosikan Islam di mana sahaja dia pergi.

Beliau menyambung pengajian peringkat Master dan PHD di UIA. Suatu hari beliau keluar KL dan duduk di kerusi salah sebuah Pusat membeli belah sambil membaca buku. Dari jauh beliau melihat seorang wanita India (hindhu) berjalan membawa rantai tangkal dan azimat sambil mempromosikannya kepada para pengunjung. Azimat tersebut dikatakan mampu menghindarkan nasib tidak baik.

Wanita India tersebut menghampiri kerusinya yang diduduki juga oleh seorang wanita Cina dan lelaki Melayu (Islam). Wanita Cina dan lelaki Melayu menolak untuk melayan promosi wanita India itu, lalu wanita India itu menghampiri Riyadh sambil mempromosikan tangkal karutnya. Riyadh dengan spontan berkata kepada wanita tersebut..Sister! You don't need this..say Laa Ilaha Illa Allah (Kalimah Tawhid), Allah will protect you!..

Kelihatan wanita India itu tidak memahahami bahasa Inggeris tetapi tertarik dengan kalimah Tawhid yang disebutnya. Untuk menyampaikan mesej tersebut, Riyadh mencuit lelaki Melayu di sebelahnya seraya berkata: Brother! Please help me here, could you please translate what I have said to her just now?

Secara selamba lelaki Melayu itu berkata: Please do not disturb me!

Akibatnya, wanita India itu berlalu pergi tanpa sempat mesej Tawhid itu sampai ke hatinya..Riyadh kecewa dengan sikap kedekut hidayah lelaki tersebut dan berasa rugi kerana melepaskan peluang dakwah yang sudah sedia terbuka luas.

INI CONTOH NEGATIF MUSLIM YANG MALAS DAN TIDAK MAHU MENGAMBIL PELUANG DAKWAH!

KISAH KEDUA: BEKAS PELAJAR UIA YANG GIAT BERDAKWAH KEPADA AHLI KELUARGA YANG AGAK SEKULAR DAN TIDAK ISLAMIK..

Mohd (bukan nama sebenar), mempunyai keluarga yang bermasalah. Penghayatan Islam keluarganya amat nipis. Mohd bersyukur dengan ni'mat kesedaran Islam yang dimilikinya, lalu beliau cuba menyampaikan mesej Islam kepada keluarganya. Cuma kekurangan utama Mohd adalah ilmu berkaitan dengan cara berdakwah. Diringkaskan cerita setelah berkali-kali menegur keluarganya agar bersolat, menutup aurat, menjaga syubhah, halal dan haram dalam urusan harian dengan cara tersendiri yang ditafsirkan oleh keluarganya sebagai TERLALU KURANG AJAR, Mohd telah diserang dan disiytiharkan perang oleh keluarganya.

Tambah parah, perang keluarga ini telah memalitkan orang lain (ustaz yang mengajar Mohd) dengan lumpur fitnah. Ustaz itu disyaki menjadi penghasut Mohd yang menjadikannya begitu kurang ajar...Keluarga Mohd beranggapan ustaz tersebut yang mengapikan Mohd agar bersikap kurang ajar dengan pelaku dosa sepeti keluarganya..

INI ADALAH SIKAP KURANG BERHIKMAH DALAM DAKWAH..KESIMPuLANNYA, SIKAP PERTENGAHAN ANTARA 2 SITUASI DI ATAS AMAT PERLU. ILMU BERKAITAN DAKWAH PERLU DIPELAJARI SUPAYA MATLAMAT PENYAMPAIAN DAKWAH TIDAK TERBANTUT..DI BAWAH INI SAYA PERTURUNKAN BEBERAPA KAEDAH DAKWAH YANG RINGKAS DAN BOLEH DIBUAT DENGAN MUDAH :

1) MULAKAN DENGAN SALAM DAN TA'ARUF. JANGAN TERUS MEMBAWA ISU YANG HENDAK DITEGUR. SABDA NABI: Mahukah kamu aku tunjukkan satu perkara yang apabila kamu lakukannya akan menjadikan kamu saling berkasih sayang,sebarkanlah salam antara kamu (Sunan Abu Dawud & al-Tirmidhi).

2) MENEGUR DENGAN NADA YANG SOPAN, JANGAN MENINGGIKAN SUARA DAN JANGAN BERANGGAPAN HANYA KITA YANG PALING BAIK DAN SEMPURNA. SEELOKNYA BERANGGAPAN ANDA DOKTOR YANG INGIN MENGUBATI PENYAKIT BUKAN PENGAUASA YANG INGIN MENGHUKUM PESALAH.

3) SENANTIASA MENJADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI CERMIN..KALAU KITA TIDAK SUKA DILAYAN DAN DITEGUR DENGAN KASAR..BEGITU JUGALAH ORANG LAIN.

4) SENANTIASA MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA KEBAIKAN, PUJIAN..JANGAN MENGGUNAKAN CARA MENGHUKUM SEPERTI KALAU TIDAK MENUTUP AURAT BERDOSA..ALLAH BENCI DAN SEBAGAINYA. MASIH BANYAK KATA-KATA BERLAPIK YANG BOLEH DIGUNAKAN. CONTOHNYA..SEORANG PELAJAR TIDAK MAMPU MEMBACA AL-QURAN, LALU USTAZ MENEGUR DENGAN DIALOG: YA ALLAH MACAMANA KAMU SOLAT SELAMA INI? KAMU NI TAK BOLEH MENGAJI AL-QURAN SEBAB IBU BAPA KAMU BAGI MAKAN BENDA HARAM! PELAJAR INI TERUS MENINGGALKAN KELAS TERBABIT DAN BERKEMUNGKINAN MEMBENCI SEMUA USTAZ YANG MENGAJAR AL-QURAN. NILAILAH PULA DIALOG INI YANG DIUCAP OLEH EORANG MURABBI: SEBENARNYA KAMU DAH BOLEH MENGAJI CUMA TIDAK LANCAR..SEPATUTNYA KAMU KENA BERSYUKUR DENGAN NI'MAT KEBOLEHAN MENGAJI YANG KAMU MILIKI SEKARANG INI..DAN CARA BERSYUKUR IALAH DENGAN TAMBAH BERLATIH SEHINGGA KAMU BENAR-BENAR MAHIR, BESOK BILA DAH KAHWIN, TAK PAYAH SURUH ORANG LAIN UNTUK MENGAJAR ANAK KAMU MENGAJI..KAMU AJAR SENDIRI....

5) BERDOA AGAR SASARAN DAKWAH MAMPU MENERIMA TEGURAN SERTA BERSEDIA UNTUK MENERIMA KEKURANGAN SASARAN DAKWAH KERANA PENGHAYATAN BERBEZA ANTARA SATU SAMA LAIN. MUNGKIN TEGURAN KITA TIDAK TERUS DITERIMA SEBALIKNYA AKAN BERGUNA SELEPAS BEBERAPA KETIKA.

SEMUA YANG DISEBUT DI ATAS ADALAH ANTARA PENGALAMAN SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA. IA TERANGKUM DALAM AKHLAK MULIA YANG DIMILIKI PENDAKWAH..KADANGKALA ORANG YANG BERAKHLAK MULIA TIDAK PERLU BERSUARA UNTUK MENEGUR...DAN ILMU AKHLAK PUN PERLU DIPELAJARI.

Monday, June 7, 2010

ISRAEL, PALESTIN, KONVOI GAZA, PIALA DUNIA DAN ROKOK


Apabila Israel bertindak kejam ke atas konvoi bantuan ke Gazza..semua bangun marahkan Israel..tunjuk perasaan dan bantahan serta kecaman dibuat di seluruh dunia..Kita amat berharap bantahan dan kemarahan ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, atau fenomena bermusim. Oleh itu saranan saya..JANGANLAH:

1) Selepas seminggu, apabila bermulanya Piala Dunia, isu Palestin akan tengggelam dalam teriak sorak, taruhan JUDI piala Dunia.. Nasib rakyat Palestin akan terbiar seperti sebelum ini. Seeloknya apabila bangun berjaga malam menonton bola..doakan sekali nasib rakyat Palestin dalam solat malam anda.

2) Sekarang kita galak mencemuh dan marahkan Israel, tapi di tangan kita masih ada puntung-puntung rokok yang TERBUKTI tidak berfaedah kepada umat Islam..bahkan duit kita yang dihabiskan untuk membeli rokok itu ditukar menjadi butiran peluru yang membunuh rakyat Palestin..fikir jauh sikit beb!

KALAU BENAR BERLAKU SEPERTI YANG DISEBUTKAN DI ATAS, TERNYATA AMAT MUDAH SEKALI UMAT ISLAM SEDUNIA DITIPU MUSUHNYA..TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA.

Saturday, May 29, 2010

ULAMA UMNO BAKAR KAPAL-DR ASRI


Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 28 Mei 2010.

Friday, May 21, 2010

TEGURAN IKHLAS KEPADA PENGIKUT AL-MARHUM ASH’ARI MUHAMMAD


Kematian Ash’ari Muhammad pengasas pertubuhan al-Arqam pada 13 Mei 2010 lepas mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut tegarnya. Kematian ini seolah-olah bertentangan dengan ramalan bahawa beliau adalah pemuda Bani Tamim yang bakal menyerahkan panji perjuangan kepada Imam Mahdi. Walaupun kepercayaan ini ditentang dan dihukumkan sesat oleh autoriti agama dan kebanyakan ulama’ tersohor di Malaysia, para pengikutnya tetap memegangnya sebagai dasar akidah yang menjadi nadi perjuangan mereka.

Islam menetapkan dasar akidah tidak boleh semata-mata disandarkan pada sangkaan atau ramalan kosong yang tidak mempunyai asas daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Persoalan tentang perkara ghaib adalah hak Allah yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat. Para nabi serta malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah SWT sahaja sebagaimana FirmanNya:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, - "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)(al-Jinn[72:26-27]).


Usahkan seorang manusia biasa yang bernama Ash’ari Muhammad, para nabi yang dikurniai ni’mat wahyu sekalipun mengaku tidak mengetahui perkara ghaib. Nabi Nuh AS ketika berhadapan dengan kaumnya telah berkata :

Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim". (Hud[11:31]).

Juga firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" (al-An’am[6:50]).

Dan firmanNya lagi:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman"(al-A’raf[7:188]).

Fakta ini disokong oleh banyak lagi ayat lain di dalam al-Quran. Oleh itu, para pengikut al-Marhum Ash’ari wajib membuka minda dan merujuk sendiri kepada al-Quran (Ali ‘Imran[3:179], al-An’am[6:59], al-Naml[27:65] & Saba’[34:14]).

Kefanatikan sesetengah pengikut al-Marhum Ash’ari terserlah apabila ada yang sanggup mengatakan beliau akan kembali untuk memimpin kumpulannya serta merealisasikan ramalan yang sudah dibuat sekian lama. Isu si mati mampu hidup kembali juga ternyata bertentangan dengan sunnah alam dan kuasa Allah (Ali ‘Imran[3:185], al-Anbiya’[21:34], al-Mu’minun[23:99-100] & al-‘Ankabut[29:57]).
Memang tidak dinafikan, al-Quran menyebut beberapa kisah manusia mati dihidupkan semula seperti nabi Isa AS (Ali ‘Imran[3:55]& al-Nisa’[4:158]), Uzayr yang tidur selama 100 tahun(al-Baqarah[2:259]), si mati dalam kisah lembu nabi Musa AS(al-Baqarah[2:73]), para pengikut nabi Musa AS yang dihidupkan semula selepas mereka mati dipanah petir (al-Baqarah[2:56]), Ashab al-Kahfi yang tidur selama 300 tahun(al-Kahf[18:20]) dan sebagainya. Namun begitu, kesemua kisah tersebut adalah keajaiban yang khusus dan tidak boleh diumumkan kepada semua. Meletakkan ayat tersebut secara umum untuk semua manusia akan merosakkan sunnah alam yang ditetapkan Allah tambahan pula kepada manusia yang sudah 1400 jaraknya daripada zaman penurunan wahyu.

Sekiranya ada kemungkinan umat nabi Muhammad boleh hidup kembali selepas kematian mereka untuk menyelesaikan tugasan yang ditinggalkan, yang lebih utama untuk hidup kembali membantu umat Islam adalah baginda Rasulullah SAW. Namun begitu, untuk menjadikan kehidupan nabi SAW lebih realistic dan berpijak di bumi nyata Allah berfirman:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)(Ali ‘Imran[3:144]).

Kita menghormati al-Marhum Ash’ari di atas sumbangannya kepada perjuangan Islam di Malaysia mengikut fokusnya tersendiri dan tidak dinafikan banyak sekali pengaruh gerakan al-Arqam yang baik terus bertapak teguh sehingga sekarang seperti fenomena seni Islam dan sebagainya. Kita juga harus berlaku adil kepada al-Marhum Ash’ari bertepatan dengan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(al-Ma’idah[5:8]).


Jangan kerana beberapa kesilapan al-Marhum Ash’ari mendorong kita untuk menutup kebaikannya dan yang lebih utama lagi janganlah kerana cinta mendalam kepadanya menyebabkan hati kita buta lalu menerima secara totok apa sahaja yang disampaikan walaupun ianya jelas bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Tambahan pula sekiranya kesilapan itu melibatkan persoalan akidah.

Menghadapi kematian yang tersayang sememangnya amat perit dan sukar diterima, namun para pengikut al-Marhum Ash’ari perlu berhadapan dengan realiti bahawa beliau hanyalah manusia biasa yang wajib berhadapan dengan fitrah kematian. Contohilah sikap realistik Abu Bakar RA ketika berhadapan dengan kewafatan nabi. Beliau memujuk Umar al-Khattab RA yang masih terkejut dengan pemergian nabi SAW seraya berkata: Ketahuilah, sesiapa yang menyembah MuÍammad SAW, maka sesungguhnya MuÍammad sudah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah senantiasa hidup tidak akan mati (Sahih al-Bukhari).

Dakwaan yang mengatakan “Abuya hanya pergi sementara sahaja dan akan pulang kembali selepas ini, atau Abuya hanya dibebaskan daripada jasad fizikal untuk terus berjuang di alam roh sebagai Rijal sebenarnya omongan kosong yang perlu dinilai mengikut neraca Islam. Ada juga mengatakan dakwaan itu bertujuan untuk mengelakkan para pengikutnya patah semangat. Hakikatnya kesemua dakwaan itu masih membawa kepada penafian yang tidak berfaedah dan tambah menenggelamkan para pengikutnya dalam khayalan yang tidak berpenghujung.

Para pengikut al-Marhum Ash’ari seharusnya bersyukur kerana Allah telah membuktikan dakwaan beliau itu tidak benar dan kematian beliau juga membuka peluang untuk para pengikutnya memurnikan kembali akidah yang sudah sekian lama mencemari minda mereka. Benarlah kuasa Allah yang kadang kala mentaqdirkan pemergian seseorang yang dikasihi mempunyai hikmah dan manafaat yang besar kepada yang hidup. Firman Allah:

Adapun kanak-kanak itu(yang dibunuh oleh Khidir), kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya (al-Kahf[18:80-81]).

Kepada pengikut tegar al-Marhum Ash’ari, segeralah sedar dari khayalan dan lamunan anda. Luaskanlah minda anda dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah kerana keduanya adalah tonggak utama Islam. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan saya, nyatakan hujah anda untuk menolak hujah yang telah saya ajukan di atas kerana Islam tertegak dengan hujah dan dalil.

Thursday, May 6, 2010

SESUATU DI LUAR JANGKAAN DARIPADA KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN

Posting hari ini mungkin agak ringkas sahaja..semalam ketika kami sedang makan malam..anak perempuan saya yang berusia 6 tahun bertanya..Walid! Masalih Mursalah tu apa?

Mendengar soalannya saya amat terkejut..macamana Adna Soleheh boleh terfikir nak bertanya soalan sedemikian? Itu memang soalan budak Universiti..mungkin kerana beliau asyik dok menonton tayangan Rancangan ISU RTM tentang cukai tenpohari..dalam rancangan itu saya berkali-kali mengatakan bahawa kutipan cukai menggunakan kaedah Masalih Mursalah..tapi tanpa disangka seorang budak berusia 6 tahun boleh tertarik dengan istilah itu.


Dalam gambar: Asma Sofiah, Ahda (anak arinta) & Adna Solehah

Anak bongsu saya ini memang di luar jangkaan..tahun lepas ketika pihak RTM & TV3 sedang galak menayangkan perhimpunan agung UMNO hampir pada setiap detik..Adna juga bertanya kepada saya ketika saya sedang bersiap untuk keluar mengajar, katanya: Walid nak pergi mana tu? UMNO ke? Saya dan isteri terkejut besar dan tertawa dengan soalan tersebut.

Pernah suatu hari semasa cuti Mawlid Nabi, Adna balik rumah dan berkata: Ummi, Cikgu Sal (cikgu tadika dia) cakap besok cuti, sebab besok hari jadi nabi Muhammad. Betul ke Ummi?

Ummi jawab: Ye lah dik! Adna tanya lagi: Hari jadi tu buat kat mana? (dengan sangkaan majlis hari jadi nabi akan diadakan seperti kebiasaan majlis orang kita).

Ummi jawab: Eh adik! nabi Muhammad dah mati dah. Adna tertanya-tanya sambil berkata: Kenapa dia mati? sakit apa? sakit jantung ke?

Isteri saya terkejut dengan soalannya yang memang tidak disangka-sangka.

Moral ceritanya ialah:

1) Kanak-kanak sekarang sduah begitu terkehadapan dengan berbagai pendedahan. Oleh itu, memang sepatutnya kita senantiasa berinteraksi dengan mereka, mendengar buah fikiran mereka dan hargai pemikiran mereka.

2)Awasi dan kawallah TV kerana ia adalah guru yang paling senang mempengaruhi anak-anak kita..silap berteleku menonton rancangan sampah (seperti HIgh School Musical yang menerapkan budaya Barat tanpa sempadan agama)akan meninggalkan kesan buruk kepada otak kanak-kanak.

3)Anak-anak adalah generasi akan datang, oleh itu didiklah mereka dengan sempurna (mengambil kira aspek emosi, agama dan sebagainya). Kerosakan generasi akan datang diukur pada sejauh mana kemampuan kita mendidik mereka.

Tuesday, May 4, 2010

RENCANA AKU DALAM UTUSAN-HARAMKAH KUTIP CUKAI?

Lama sungguh menunggu..hari ni baru keluar..mungkin kerana Utusan terlalu sibuk melayan isu Politik dan sebagainya..walau bagaimanapun, semoga rencana ini mendapat manafaat semua..rencana ini mengandungi segala isi Rancangan Isu baru-baru ini.

HARAMKAH KUTIP CUKAI..

RESPON NEGATIF KEPADA SIARAN ISU-ADAKAH MENGUTIP CUKAI HARAM

SEDANG SAYA MELAYARI INTERNET,SAYA TERJUMPA FORUM SEBUAH WEBSITE YANG MEMBINCANGKAN ISU CUKAI YANG DISIARKAN OLEH RTM,..FORUMER SITE TERSEBUT, GALAK MENYERANG SAYA..PERHATIKAN DI SINI:

Baru tadi saya tengok, ada seorang Ustaz dari UIAM, kalau tak silap panel dia
Tapi Ustaz ni bercakap macam orang Liberal, macam puak2 Jaringan Islam Liberal yang banyak terdapat di negara jiran.

Jadi Ustaz memahami ayat2 Al-quran tapi tujuanya untuk menyesatkan umat Islam.

Mentafsir Al-quran mengikut sesuka hati
, makcik2 pakcik2 yg jadi penonton di studio angguk2 sahaja, kesian.

Bila pengacara mengajukan hadis

?Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)?
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Ustaz menjawab seolah2 Imam ahmad, Abu Daud dan & Hakim tidak memahami apa yang diriwayatkan, diputar dibelit juga bahawa cukai dibenarkan dalam Islam.

Bolehlah tengok siaran ulangan di web site rtm kalau ada.

ULASAN SAYA: INI SEMUA TUDUHAN MELULU DAN BERAT..KALAU ANDA CENDERUNG BERPENDAPAT SEPERTI HIZB TAHRIR YANG MENGHARAMKAN CUKAI..ITU HAK ANDA, NAMUN MENDENGAR SEKALI TERUS NAK HUKUM SAYA, ADALAH TIDAK ADIL..SAYA DITUDUH BERTUJUAN MENYESATKAN ORANG..ASTAGHFIRULLAH..SAYA BELAJAR AGAMA SEJAK PERALIHAN LAGI DI MA'AHAD MUHAMMADI LELAKI (TAHUN 1986)..ADALAH MUSTAHIL TUUAN SAYA BELAJAR HANYA UNTUK MENYESATKAN ORANG..AWAS LIDAH KAMU..FITNAH MENGUNDANG MUSIBAH..ADALAH LEBIH ELOK KALAU ANDA BERKATA ANDA TIDAK BERSETUJU DAN BAWAKAN HUJAH ANDA..

Katanya lagi:

Sedih bila Ustaz kata Imam yg meriwayatkan Hadis tersebut tidak betul, kena di pelajari lebih dalam, katanya.

Kalau ikutkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim ini hadis yang sahih dan sangat kuat. Kerana 3 orang periwayat sama-sama meriwayatkan hadi tersebut, datang Ustaz UIA kata hadis ini macam tak betul.

ULASAN SAYA: INIPUN CONTOH KEGOPOHAN DAN KEJAHILAN PENULIS..BILA SAYA KATA IMAM YANG MERIWAYATKAN HADITH TAK BETUL? SAYA KATA..HADITH ITU PERLU DIFAHAMI SECARA ADIL MENGIKUT ULASAN ULAMA' HADITH..ITUPUN BUKAN KATA-KATA SAYA TETAPI KATA PROF DR. YUSUF AL-QARADAWI DALAM BUKUNYA FIQH AL-ZAKAH.
.BELIAU (PENULIS) SEPATUTNYA JANGAN TERUS MENGHUKUM SEBELUM MEMBACA APA YANG DITULIS OLEH DR YUSUF AL-QARADAWI..

BELIAU JUGA MENGATAKAN HADITH TERSEBUT SAHIH KERANA DIRIWAYATKAN OLEH 3 IMAM HADITH..KEJAHILANNYA TENTANG IKMU HADITH TERSERLAH BILA DIKELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT..NAMPAKNYA BELIAU TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA TAKHRIJ HADITH DAN MARTABAT HADITH..TIDAK SEMESTINYA HADITH YANG DIRIWAYATKAN OLEH RAMAI IMAM ITU SAHIH..KERANA KESAHIHAN SESEBUAH HADITH PERLU DINILAI MENGIKUT LUNASNYA TERDAHULU YANG MENGANDUNGI 5 SYARAT..BELAJAR DULU! JANGAN GOPOH...KALAU HADITH TERSEBUT DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DAN MUSLIM..KITA BERSETUJU IANYA SAHIH..NAMA KITAB ITUPUN SAHIH BUKHARI DAN MUSLIM..ADAPUN KITAB LAIN BANYAK LEVEL HADITHNYA..SAHIH,HASAN,DAIF DAN SEBAGAINYA..ITULAH SEBABNYA ULAMA KENA BELAJAR ILMU AL-DIRAYAH, AL-RIWAYAH,AL-JARH WA AL-TA'DIL DAN SEBAGAINYA DALAM ILMU HADITH UNTUK MENENTUKAN MARTABAT SESEBUAH HADITH.

DALAM BUKU FIQH AL-ZAKAHNYA QARADAWI MENGATAKAN, HADITH ITU PERLU DIULAS MENGIKUT DIMENSI SEBENAR...PANJANG LEBAR ULASAN BELIAU..ITU SAYA RINGKASKAN DALAM FORUM TERSEBUT..

katanya lagi:

kalau boleh sama2 kita belajar sampai bila kita nak bertaklid buta, dengan ulama kita disarankan untuk belajar. Ulama kita pun tidak sampai tahap meriwayatkan hadis, macam ketiga3-tiga perawi di atas.

Ustaz tu buat pandangan peribadi berdasarkan nafsu serakah dia saja.


Terdapat banyak, larangan memungut cukai dalam Islam.

"Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka" [HR Ahmad].

Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda,

"Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia" [HR Ahmad].

"Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya."

Pandai pula Ustaz tu cakap sumber negara Islam dari Zakat, Ganimah, Kharaj, Jizyah ,Fai dan 'Usyur. Lepas tu tambah dan cukai untuk membangun negara. Teruknya, patutnya orang macam ni kena tangkap oleh jabatan agama sebab menyebarkan ajaran sesat. Bukan saja menghina Nabi dan para Sahabat malahan menokok tambah Rasullulah dan Kalifah Umar memungut cukai.

ULASAN SAYA:

BAHAGIAN TERAKHIR INI MEMANG JAHAT DAN TIDAK BERETIKA..LIHAT HADITH INI:

Sayyidina ‘Umar al-Khattab RA semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10% yang dipanggil ‘Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari Negara musuh), 5 % kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah Negara Islam) dan 2.5% kepada peniaga muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi).

JUGA KALAU BELIAU MAMPU..SILA RUJUK ATHAR YANG SAMA DALAM MUWATTA' MALIK DI BAWAH BAB 'USYUR AHL AL-DHIMMAH...

BARANGKALI OLEH KERANA ISTILAH CUKAI TIADA DISEBUT MENYEBABKAN BELIAU TIDAK BERSETUJU DENGAN CUKAI..

LIHAT JUGA FATWA AL-AZHAR DARIPADA SYEIKH ATIYYAH SAQAR TENTANG CUKAI:

الضرائب فريضة فرضها ولى الأمر لحاجة البلد إليها ، وطاعته فى المصلحة واجبة ، ولا تجوز مخالفته قال تعالى { يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم } النساء : 59 ، على أن تكون عادلة فى تقديرها وجبايتها وإنفاقها ، يقول ابن حزم : وفرض على الأغنياء من أهل كل بلد أن يقوموا بفقرائهم ، ويجبرهم السلطان على ذلك إن لم تقم الزكوات بهم ، ولا فى سائر أموال المسلمين . وفى حديث مسلم " على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، إلا أن يؤمر بمعصية، فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة

Terjemahannya secara umum: Cukai adalah fardu/ketetapan yang ditetapkan oleh pemerintah kerana keperluan negara kepadanya. Mentaati pemerintah kerana maslahah padanya adalah wajib dan tidak harus bercanggah dengannya berdasarkan ayat (al-Nisa':59). Dengan syarat cukai itu mestilah adil pada kadar penentuannya, kutipannya dan agihannya. Berkata Ibn Hazam: Diwajibkan kepada orang kaya di setiap negeri untuk membantu orang faqir. dan dipaksa/diwajibkan oleh pemerintah untuk tujuan itu sekiranya zakat tidak mencukupi..sebuah hadith riwayat Muslim mengatakan:Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagimana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat (Sahih al-Bukhari & Muslim)..FATWA AL-AZHAR, MEI 1997..

BARANGKALI SYEIKH ATIYAH SAQAR JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMESONGKAN UMAT ISLAM DENGAN AYAT DAN HADITH YANG SAMA SAYA GUNAKAN DALAM FORUM TERSEBUT.

APABILA SEORANG FORUMER MEMBALAS,TIDAK BERSETUJU DENGANNYA SERTA MEMBAWA PENDAPAT USTAZ ZAHARUDDIN (KAWAN SAYA DALAM BIDANG FIQH)..INI JAWAPANNYA..

Ustaz Zaharuddin.net ni memang tersohor tak bersumber.

SETAKAT INI USTAZ ZAHARUDDIN MEMANG AHLI DALAM BIDANG FIQH DAN PENDAPATNYA SERING DILAPIK DENGAN DALIL,KAEDAH USUL FIQH DAN SEBAGAINYA..JANGAN GOPOH BRO..NAMPAK SANGAT ANTA JAHIL...APA PENDAPAT ANDA? SAYA MEMANG TAK MAHU LAYAN ORANG SEBEGINI..NAMUN ...BELIAU PERLU DITEGUR UNTUK LEBIH MENJAGA LIDAH DAN JARI..SILAP CAKAP ATAU SILAP TAIP...BOLEH DAPAT DOSA KERING..

BACA POSTING SAYA DI BAWAH SANA NU..ADAKAH MENGUTIP CUKAI HARAM..FAHAM BETUL2..ITULAH ISI FORUM TERSEBUT..SAYA MEMANG MASIH JAHIL DAN BERTAQLID..NAMUN SAYA BERTAQLID KEPADA DR YUSUF AL-QARADAWI DAN SYEIKH ATIYYAH SAQAR KERANA KEDUANYA ADALAH ULAMA YANG MENJADI RUJUKAN MSA KINI..ANDA NAK BANDINGKAN DIRI ANDA DENGAN MEREKA..RASANYA DARIPADA TULISAN ANDA..UMPAMANYA LANGIT DAN BUMI..

KALAU ANDA TIDAK BERSETUJU JANGAN MUDAH MENUDUH...SAYA CUBA MENYESATKAN ORANG, SAYA MEMUTARBELITKAN AYAT-AYAT AL-QURAN, SAYA MENTAFSIR MENGIKUT NAFSU SERAKAH DAN BANYAK LAGI..ADAKAH ANDA MAMPU MENGETAHUI RAHSIA DI DALAM HATI SAYA?

SAYA BERSEDIA MEMAAFKAN KEJAHILAN ANDA WALAUPUN ANDA TIDAK MAHU MEMINTA MAAF KEPADA SAYA KERANA SAYA BERANGGAPAN ANDA SEBENARNYA JAHIL DAN GOPOH..MEMANG SIKAP MANUSIA GOPOH..BARTAUBATLAH!

VIDEO BIADAB???

APA TINDAKAN KITA? JANGAN HANYA SIBUK BERPOLITIK..DENGAR PADA SKRIP YANG DIBACA MEMANG SUARA ORANG MELAYU..APA TINDAKAN KITA?

TRANSPLANT DITUNDA KE 20 MEI 2010

Semalam (3 Mei 2010), penyelaras transplant Hospital Selayang teleon dan memberitahu, pembedahan saya ditunda ke 20 Mei kerana pakar bius hendak pastikan saya benar-benar sembuh sepenuhnya daripada semua sakit sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan...soo Redha ajelah..mungkin ada hikmahnya. Tolong doakan saya

Sunday, May 2, 2010

KIDNEY TRANSPLANT ON 6 MAY 2010

Setelah menunggu selama 2 tahun (sejak 2008), akhirnya saya mendapat tarikh pembedahan untuk buah pinggang baru. Penantian ini berakhir setelah ibu saudara saya (adik mak saya)bermurah hati mendermakan sebuah buah pinggangnya kepada saya.

Proses penyesuaian pada peringkat penderma memakan masa hampir 2 tahun. Pada asalnya, kakak saya hendak mendermakan buah pinggangnya, tetapi pada peringkat terakhir ujian penyesuaian, ternyata kami tidak memiliki beberapa kesesuaian yang menyebabkan pihak Hospital Selayang terpaksa menolaknya dan memilih Mak Cik saya sebagai calon penderma kedua.

Saya amat berteima kasih kepada mak cik saya kerana sanggup memberikan sebuah harta miliknya yang tidak boleh ditukar ganti...inilah hikmahnya hubungan persaudaraan. Lebih-lebih lagi..beliau adalah adik kepada ibu saya. Benarlah sabda nabi : Ibu saudara (sebelah ibu) berada pada kedudukan yang setanding dengan ibu (sendiri). (Sahih al-Bukhari).

Benar juga suruhan Allah yang mahu kita senantiasa menjaga tali silaturahim. FirmanNya: al-Nisa'[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.



Juga sabda nabi:

أَسْرَعُ الْخَيْرِ ثَوَابًا الْبِرُّ وَصِلَةُ الرَّحِمِ

Kebaikan yang paling cepat dibaerikan pahalanya adalah kebaikan dan menyambung tali silaturahim (Sunan Ibn Majah).

Dahulu semasa mak cik saya ini menghadapi masalah, saya banyak membantu dan melegakan kesedihannya...dan sekarang saya mendapat balasan yang terlebih baik daripadanya.

Semasa salah seorang doktor di Hospital Selayang memeriksa status jantung saya(untul salah satu prosedur sebelum pembedahan), beliau bertanya: Siapa yang hendak dermakan buah pinggang? Saya jawab: Mak cik saya. Secara spontan doktor tersebut berkata: Mak cik awak memang sayangkan awak! Saya terharu dengan kata-kata tersebut. Bukan semua yang bernasib baik seperti saya. Mungkin Allah sudah memakbulkan doa saya yang dipohon agar disembuhkan daripada penyakit ini semenjak tahun 2001 lagi.

Semoga pembedahan ini berjalan lancar dan marilah sama-sama kita berdoa agar saya sihat semula dan mampu lebih berbakti kepada agama Allah. Juga kurniakanlah kesejahteraan kepada mak Cik saya..SITI AESAHAH BT HAJI MOHD NOOR. Semoga kami tetap bersama di dunia dan di akhirat (dalam syurga).

Selepas sihat nanti, setiap langkah dan bakti saya kepada agama Allah (dengan segala kepakaran saya), pahalanya pasti turut mengalir sama kepadanya..AMIN!





ALHAMDULILLAH..TAK POTONG SIKIT PUN!

Rakaman rancangan Isu RTM dibuat pada Jumaat 23 April di RTM. Pada bahagian akhir, saya membuat sedikit teguran kepada LHDN & kerajaan. Teguran itu bunyinya agak pedas dan keras..saya risau juga kalau-kalau RTM akan memotong..Rupanya pihak LHDN sudah meminta kepada penerbit agar langsung tidak memotong apa yang saya cakap. Natijahnya..Alhamdulillah semuanya dimasukkan tanpa potong..

Thursday, April 22, 2010

SEDERHANA MENGUNDANG PUJIAN, BERMEWAH MENGUNDANG KEJIAN


Gambar ni saya jumpa dalam facebook..kawan masukkan.

Sekadar nak cerita..kira-kira 5 tahun lepas..saya balik kampung semasa cuti dan seperti biasa abang yang bekerja di Kota Bharu minta saya hantarkan ke tempat kerja. Hari tu hari Sabtu, kira-kira jam 8 pagi lebih..Untuk cepat sampai dan mengelakkan kesesakan, saya memilih untuk menggunakan motrsikal dan melalui jalan alternatif melalui Kedai Lalat (sekarang Kota Jembal) dan Pulau Melaka (kampung Nik Aziz). Bagi penduduk setempat, jalan kampung melalui Pulau Melaka boleh menyingkat perjalanan kira-kira 2-3 minit.

Ketika melalui jalan kampung tersebut, tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki tua memikul senapang patah, berkasut but getah dan berkopiah sedang mencantas semak di tepi jalan itu. Kami tidak merasakan apa-apa menarik dengan gaya orang tua ini kerana itu situasi biasa di kampung-kampung. Bila menghampiri lelaki tersebut, kami terkejut kerana..beliau adalah Dato Nik Aziz...bila dilihat disekeliling, tiada pengawal peribadi yang mengiringinya..sayangnya masa tu kami tidak bawa kamera..kalau tidak mungkin gambar seperti gambar di atas dapat dilihat..

RENUNG TAJUK DI ATAS..KESEDERHANAAN MENGUNDANG PUJIAN, KEMEWAHAN MENGUNDANG CELAAN DAN PRA SANGKA..Kemewahan juga boleh membuahkan kejahatan sebagaimana firman Allah:

al-'Alaq [96.6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

[96.7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya (kaya).