Baru-baru ini saya dikejutkan dengan bacaan seorang imam sambilan
Masjid UIAM yang sungguh merdu suaranya dan mantap Tajwidnya. Setiap
kali bersolat di belakangnya, saya terpesona. Alhamdulillah pada suatu malam saya sempat bertanya khabar dengannya setelah selesai solat Maghrib.
Namanya Ahmad Muhaimin bin Kasim, umur baru 21 tahun dan seorang
HAFIZ AL-QURAN. Saya agak terkejut kerana baru sedar beliau adalah anak
kepada arwah kawan saya Kasim yang meninggal dunia pada tahun 2005
(kalau tidak silap). Kasim adalah bekas bilal Masjid UIAM Petaling Jaya
dan kami mula berkenalan ketika saya belajar di Darul Quran.
Setelah selesai mendirikan solat jenazah kepada Kasim di Masjid UIAM
dahulu saya berbisik kepada Muhaimin: "Jadi anak yang soleh ye adik!"
Tak disangka sekarang beliau dikurniai kelebihan SUARA DAN KEMANTAPAN
BACAAN AL-QURAN YANG HEBAT. Dengarnya Muhaimin agak gigih dalam
mempelajari al-Quran.
Bahagialah kamu wahai Kasim di alam barzakh sana didoakan oleh para malaikat pemikul Arasyh dan anak yang soleh, firman Allah:
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ
رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آَمَنُوا
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ
تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا
وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ
آَبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ (8)
Ertinya: Malaikat yang memikul Arasy dan
malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan
beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang
beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu
meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang
bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab
neraka.
"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam
Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah
bersama-sama mereka): ORANG-ORANG YANG LAYAK DI ANTARA IBU BAPA MEREKA,
DAN ISTERI-ISTERI MEREKA, SERTA ZURIAT KETURUNAN MEREKA. Sesungguhnya
Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ghafir[40:7-8]).
No comments:
Post a Comment