Sunday, February 8, 2009

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

Salmah Mat Husain

Sun | Feb 08, 09 | 7:43:01 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 8 Feb (Hrkh) - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik Iklan



Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.



Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.

"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.

"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.

Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.

"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi. - mks. _

*KALAU ASRI MASIH LAGI MUFTI PERLIS BAGAIMANA AGAKNYA JAWAPAN ATAU PENDIRIANNYA TERHADAP ISU PERAK? WALAU BAGAIMANAPUN SECARA SINDIRIANNYA BELIAU SUDAH MENYEBUT TENTANG PERANGAI TAMAK SESETENGAH AHLI POLITIK DI DALAM ARTIKELNYA SEMALAM DAN JUGA ULASANNYA DI DALAM WEBNYA!

1 comment:

ZUNNUN AL FANSURR said...

apa yang dihujahkan saudara ada betulnya tetapi bagi pendapat saya apa yang dinyatakan oleh mufti perak ada kebenarannya. kerana sultan perak pun beragama islam. saya memang tak suka parti di malaysia yang banyak berpecah belah terutama bagi parti bangsa melayu yang akhirnya merugikan bangsa dan negara melayu islam. dewasa kini banyak umat melayu islam buta tauhid. hanya tahu mengucap syahadah tapi amat dangkal mengenai syarat sah syahadah, rukun syahadah, yang membatalkan syahadah dll. jadi itulah punca pergolakan parti kerana pemimpin takut menggemilangkan agama tauhid. sibuk dengan pertengkaran kerusi hingga syiar dakwah entah ke mana. jihad jadi alpa jiwa fana dengan dunia.