Thursday, May 6, 2010

SESUATU DI LUAR JANGKAAN DARIPADA KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN

Posting hari ini mungkin agak ringkas sahaja..semalam ketika kami sedang makan malam..anak perempuan saya yang berusia 6 tahun bertanya..Walid! Masalih Mursalah tu apa?

Mendengar soalannya saya amat terkejut..macamana Adna Soleheh boleh terfikir nak bertanya soalan sedemikian? Itu memang soalan budak Universiti..mungkin kerana beliau asyik dok menonton tayangan Rancangan ISU RTM tentang cukai tenpohari..dalam rancangan itu saya berkali-kali mengatakan bahawa kutipan cukai menggunakan kaedah Masalih Mursalah..tapi tanpa disangka seorang budak berusia 6 tahun boleh tertarik dengan istilah itu.


Dalam gambar: Asma Sofiah, Ahda (anak arinta) & Adna Solehah

Anak bongsu saya ini memang di luar jangkaan..tahun lepas ketika pihak RTM & TV3 sedang galak menayangkan perhimpunan agung UMNO hampir pada setiap detik..Adna juga bertanya kepada saya ketika saya sedang bersiap untuk keluar mengajar, katanya: Walid nak pergi mana tu? UMNO ke? Saya dan isteri terkejut besar dan tertawa dengan soalan tersebut.

Pernah suatu hari semasa cuti Mawlid Nabi, Adna balik rumah dan berkata: Ummi, Cikgu Sal (cikgu tadika dia) cakap besok cuti, sebab besok hari jadi nabi Muhammad. Betul ke Ummi?

Ummi jawab: Ye lah dik! Adna tanya lagi: Hari jadi tu buat kat mana? (dengan sangkaan majlis hari jadi nabi akan diadakan seperti kebiasaan majlis orang kita).

Ummi jawab: Eh adik! nabi Muhammad dah mati dah. Adna tertanya-tanya sambil berkata: Kenapa dia mati? sakit apa? sakit jantung ke?

Isteri saya terkejut dengan soalannya yang memang tidak disangka-sangka.

Moral ceritanya ialah:

1) Kanak-kanak sekarang sduah begitu terkehadapan dengan berbagai pendedahan. Oleh itu, memang sepatutnya kita senantiasa berinteraksi dengan mereka, mendengar buah fikiran mereka dan hargai pemikiran mereka.

2)Awasi dan kawallah TV kerana ia adalah guru yang paling senang mempengaruhi anak-anak kita..silap berteleku menonton rancangan sampah (seperti HIgh School Musical yang menerapkan budaya Barat tanpa sempadan agama)akan meninggalkan kesan buruk kepada otak kanak-kanak.

3)Anak-anak adalah generasi akan datang, oleh itu didiklah mereka dengan sempurna (mengambil kira aspek emosi, agama dan sebagainya). Kerosakan generasi akan datang diukur pada sejauh mana kemampuan kita mendidik mereka.

Tuesday, May 4, 2010

RENCANA AKU DALAM UTUSAN-HARAMKAH KUTIP CUKAI?

Lama sungguh menunggu..hari ni baru keluar..mungkin kerana Utusan terlalu sibuk melayan isu Politik dan sebagainya..walau bagaimanapun, semoga rencana ini mendapat manafaat semua..rencana ini mengandungi segala isi Rancangan Isu baru-baru ini.

HARAMKAH KUTIP CUKAI..

RESPON NEGATIF KEPADA SIARAN ISU-ADAKAH MENGUTIP CUKAI HARAM

SEDANG SAYA MELAYARI INTERNET,SAYA TERJUMPA FORUM SEBUAH WEBSITE YANG MEMBINCANGKAN ISU CUKAI YANG DISIARKAN OLEH RTM,..FORUMER SITE TERSEBUT, GALAK MENYERANG SAYA..PERHATIKAN DI SINI:

Baru tadi saya tengok, ada seorang Ustaz dari UIAM, kalau tak silap panel dia
Tapi Ustaz ni bercakap macam orang Liberal, macam puak2 Jaringan Islam Liberal yang banyak terdapat di negara jiran.

Jadi Ustaz memahami ayat2 Al-quran tapi tujuanya untuk menyesatkan umat Islam.

Mentafsir Al-quran mengikut sesuka hati
, makcik2 pakcik2 yg jadi penonton di studio angguk2 sahaja, kesian.

Bila pengacara mengajukan hadis

?Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)?
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Ustaz menjawab seolah2 Imam ahmad, Abu Daud dan & Hakim tidak memahami apa yang diriwayatkan, diputar dibelit juga bahawa cukai dibenarkan dalam Islam.

Bolehlah tengok siaran ulangan di web site rtm kalau ada.

ULASAN SAYA: INI SEMUA TUDUHAN MELULU DAN BERAT..KALAU ANDA CENDERUNG BERPENDAPAT SEPERTI HIZB TAHRIR YANG MENGHARAMKAN CUKAI..ITU HAK ANDA, NAMUN MENDENGAR SEKALI TERUS NAK HUKUM SAYA, ADALAH TIDAK ADIL..SAYA DITUDUH BERTUJUAN MENYESATKAN ORANG..ASTAGHFIRULLAH..SAYA BELAJAR AGAMA SEJAK PERALIHAN LAGI DI MA'AHAD MUHAMMADI LELAKI (TAHUN 1986)..ADALAH MUSTAHIL TUUAN SAYA BELAJAR HANYA UNTUK MENYESATKAN ORANG..AWAS LIDAH KAMU..FITNAH MENGUNDANG MUSIBAH..ADALAH LEBIH ELOK KALAU ANDA BERKATA ANDA TIDAK BERSETUJU DAN BAWAKAN HUJAH ANDA..

Katanya lagi:

Sedih bila Ustaz kata Imam yg meriwayatkan Hadis tersebut tidak betul, kena di pelajari lebih dalam, katanya.

Kalau ikutkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim ini hadis yang sahih dan sangat kuat. Kerana 3 orang periwayat sama-sama meriwayatkan hadi tersebut, datang Ustaz UIA kata hadis ini macam tak betul.

ULASAN SAYA: INIPUN CONTOH KEGOPOHAN DAN KEJAHILAN PENULIS..BILA SAYA KATA IMAM YANG MERIWAYATKAN HADITH TAK BETUL? SAYA KATA..HADITH ITU PERLU DIFAHAMI SECARA ADIL MENGIKUT ULASAN ULAMA' HADITH..ITUPUN BUKAN KATA-KATA SAYA TETAPI KATA PROF DR. YUSUF AL-QARADAWI DALAM BUKUNYA FIQH AL-ZAKAH.
.BELIAU (PENULIS) SEPATUTNYA JANGAN TERUS MENGHUKUM SEBELUM MEMBACA APA YANG DITULIS OLEH DR YUSUF AL-QARADAWI..

BELIAU JUGA MENGATAKAN HADITH TERSEBUT SAHIH KERANA DIRIWAYATKAN OLEH 3 IMAM HADITH..KEJAHILANNYA TENTANG IKMU HADITH TERSERLAH BILA DIKELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT..NAMPAKNYA BELIAU TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA TAKHRIJ HADITH DAN MARTABAT HADITH..TIDAK SEMESTINYA HADITH YANG DIRIWAYATKAN OLEH RAMAI IMAM ITU SAHIH..KERANA KESAHIHAN SESEBUAH HADITH PERLU DINILAI MENGIKUT LUNASNYA TERDAHULU YANG MENGANDUNGI 5 SYARAT..BELAJAR DULU! JANGAN GOPOH...KALAU HADITH TERSEBUT DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DAN MUSLIM..KITA BERSETUJU IANYA SAHIH..NAMA KITAB ITUPUN SAHIH BUKHARI DAN MUSLIM..ADAPUN KITAB LAIN BANYAK LEVEL HADITHNYA..SAHIH,HASAN,DAIF DAN SEBAGAINYA..ITULAH SEBABNYA ULAMA KENA BELAJAR ILMU AL-DIRAYAH, AL-RIWAYAH,AL-JARH WA AL-TA'DIL DAN SEBAGAINYA DALAM ILMU HADITH UNTUK MENENTUKAN MARTABAT SESEBUAH HADITH.

DALAM BUKU FIQH AL-ZAKAHNYA QARADAWI MENGATAKAN, HADITH ITU PERLU DIULAS MENGIKUT DIMENSI SEBENAR...PANJANG LEBAR ULASAN BELIAU..ITU SAYA RINGKASKAN DALAM FORUM TERSEBUT..

katanya lagi:

kalau boleh sama2 kita belajar sampai bila kita nak bertaklid buta, dengan ulama kita disarankan untuk belajar. Ulama kita pun tidak sampai tahap meriwayatkan hadis, macam ketiga3-tiga perawi di atas.

Ustaz tu buat pandangan peribadi berdasarkan nafsu serakah dia saja.


Terdapat banyak, larangan memungut cukai dalam Islam.

"Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka" [HR Ahmad].

Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda,

"Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia" [HR Ahmad].

"Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya."

Pandai pula Ustaz tu cakap sumber negara Islam dari Zakat, Ganimah, Kharaj, Jizyah ,Fai dan 'Usyur. Lepas tu tambah dan cukai untuk membangun negara. Teruknya, patutnya orang macam ni kena tangkap oleh jabatan agama sebab menyebarkan ajaran sesat. Bukan saja menghina Nabi dan para Sahabat malahan menokok tambah Rasullulah dan Kalifah Umar memungut cukai.

ULASAN SAYA:

BAHAGIAN TERAKHIR INI MEMANG JAHAT DAN TIDAK BERETIKA..LIHAT HADITH INI:

Sayyidina ‘Umar al-Khattab RA semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10% yang dipanggil ‘Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari Negara musuh), 5 % kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah Negara Islam) dan 2.5% kepada peniaga muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi).

JUGA KALAU BELIAU MAMPU..SILA RUJUK ATHAR YANG SAMA DALAM MUWATTA' MALIK DI BAWAH BAB 'USYUR AHL AL-DHIMMAH...

BARANGKALI OLEH KERANA ISTILAH CUKAI TIADA DISEBUT MENYEBABKAN BELIAU TIDAK BERSETUJU DENGAN CUKAI..

LIHAT JUGA FATWA AL-AZHAR DARIPADA SYEIKH ATIYYAH SAQAR TENTANG CUKAI:

الضرائب فريضة فرضها ولى الأمر لحاجة البلد إليها ، وطاعته فى المصلحة واجبة ، ولا تجوز مخالفته قال تعالى { يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم } النساء : 59 ، على أن تكون عادلة فى تقديرها وجبايتها وإنفاقها ، يقول ابن حزم : وفرض على الأغنياء من أهل كل بلد أن يقوموا بفقرائهم ، ويجبرهم السلطان على ذلك إن لم تقم الزكوات بهم ، ولا فى سائر أموال المسلمين . وفى حديث مسلم " على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، إلا أن يؤمر بمعصية، فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة

Terjemahannya secara umum: Cukai adalah fardu/ketetapan yang ditetapkan oleh pemerintah kerana keperluan negara kepadanya. Mentaati pemerintah kerana maslahah padanya adalah wajib dan tidak harus bercanggah dengannya berdasarkan ayat (al-Nisa':59). Dengan syarat cukai itu mestilah adil pada kadar penentuannya, kutipannya dan agihannya. Berkata Ibn Hazam: Diwajibkan kepada orang kaya di setiap negeri untuk membantu orang faqir. dan dipaksa/diwajibkan oleh pemerintah untuk tujuan itu sekiranya zakat tidak mencukupi..sebuah hadith riwayat Muslim mengatakan:Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagimana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat (Sahih al-Bukhari & Muslim)..FATWA AL-AZHAR, MEI 1997..

BARANGKALI SYEIKH ATIYAH SAQAR JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMESONGKAN UMAT ISLAM DENGAN AYAT DAN HADITH YANG SAMA SAYA GUNAKAN DALAM FORUM TERSEBUT.

APABILA SEORANG FORUMER MEMBALAS,TIDAK BERSETUJU DENGANNYA SERTA MEMBAWA PENDAPAT USTAZ ZAHARUDDIN (KAWAN SAYA DALAM BIDANG FIQH)..INI JAWAPANNYA..

Ustaz Zaharuddin.net ni memang tersohor tak bersumber.

SETAKAT INI USTAZ ZAHARUDDIN MEMANG AHLI DALAM BIDANG FIQH DAN PENDAPATNYA SERING DILAPIK DENGAN DALIL,KAEDAH USUL FIQH DAN SEBAGAINYA..JANGAN GOPOH BRO..NAMPAK SANGAT ANTA JAHIL...APA PENDAPAT ANDA? SAYA MEMANG TAK MAHU LAYAN ORANG SEBEGINI..NAMUN ...BELIAU PERLU DITEGUR UNTUK LEBIH MENJAGA LIDAH DAN JARI..SILAP CAKAP ATAU SILAP TAIP...BOLEH DAPAT DOSA KERING..

BACA POSTING SAYA DI BAWAH SANA NU..ADAKAH MENGUTIP CUKAI HARAM..FAHAM BETUL2..ITULAH ISI FORUM TERSEBUT..SAYA MEMANG MASIH JAHIL DAN BERTAQLID..NAMUN SAYA BERTAQLID KEPADA DR YUSUF AL-QARADAWI DAN SYEIKH ATIYYAH SAQAR KERANA KEDUANYA ADALAH ULAMA YANG MENJADI RUJUKAN MSA KINI..ANDA NAK BANDINGKAN DIRI ANDA DENGAN MEREKA..RASANYA DARIPADA TULISAN ANDA..UMPAMANYA LANGIT DAN BUMI..

KALAU ANDA TIDAK BERSETUJU JANGAN MUDAH MENUDUH...SAYA CUBA MENYESATKAN ORANG, SAYA MEMUTARBELITKAN AYAT-AYAT AL-QURAN, SAYA MENTAFSIR MENGIKUT NAFSU SERAKAH DAN BANYAK LAGI..ADAKAH ANDA MAMPU MENGETAHUI RAHSIA DI DALAM HATI SAYA?

SAYA BERSEDIA MEMAAFKAN KEJAHILAN ANDA WALAUPUN ANDA TIDAK MAHU MEMINTA MAAF KEPADA SAYA KERANA SAYA BERANGGAPAN ANDA SEBENARNYA JAHIL DAN GOPOH..MEMANG SIKAP MANUSIA GOPOH..BARTAUBATLAH!

VIDEO BIADAB???

APA TINDAKAN KITA? JANGAN HANYA SIBUK BERPOLITIK..DENGAR PADA SKRIP YANG DIBACA MEMANG SUARA ORANG MELAYU..APA TINDAKAN KITA?

TRANSPLANT DITUNDA KE 20 MEI 2010

Semalam (3 Mei 2010), penyelaras transplant Hospital Selayang teleon dan memberitahu, pembedahan saya ditunda ke 20 Mei kerana pakar bius hendak pastikan saya benar-benar sembuh sepenuhnya daripada semua sakit sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan...soo Redha ajelah..mungkin ada hikmahnya. Tolong doakan saya

Sunday, May 2, 2010

KIDNEY TRANSPLANT ON 6 MAY 2010

Setelah menunggu selama 2 tahun (sejak 2008), akhirnya saya mendapat tarikh pembedahan untuk buah pinggang baru. Penantian ini berakhir setelah ibu saudara saya (adik mak saya)bermurah hati mendermakan sebuah buah pinggangnya kepada saya.

Proses penyesuaian pada peringkat penderma memakan masa hampir 2 tahun. Pada asalnya, kakak saya hendak mendermakan buah pinggangnya, tetapi pada peringkat terakhir ujian penyesuaian, ternyata kami tidak memiliki beberapa kesesuaian yang menyebabkan pihak Hospital Selayang terpaksa menolaknya dan memilih Mak Cik saya sebagai calon penderma kedua.

Saya amat berteima kasih kepada mak cik saya kerana sanggup memberikan sebuah harta miliknya yang tidak boleh ditukar ganti...inilah hikmahnya hubungan persaudaraan. Lebih-lebih lagi..beliau adalah adik kepada ibu saya. Benarlah sabda nabi : Ibu saudara (sebelah ibu) berada pada kedudukan yang setanding dengan ibu (sendiri). (Sahih al-Bukhari).

Benar juga suruhan Allah yang mahu kita senantiasa menjaga tali silaturahim. FirmanNya: al-Nisa'[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.



Juga sabda nabi:

أَسْرَعُ الْخَيْرِ ثَوَابًا الْبِرُّ وَصِلَةُ الرَّحِمِ

Kebaikan yang paling cepat dibaerikan pahalanya adalah kebaikan dan menyambung tali silaturahim (Sunan Ibn Majah).

Dahulu semasa mak cik saya ini menghadapi masalah, saya banyak membantu dan melegakan kesedihannya...dan sekarang saya mendapat balasan yang terlebih baik daripadanya.

Semasa salah seorang doktor di Hospital Selayang memeriksa status jantung saya(untul salah satu prosedur sebelum pembedahan), beliau bertanya: Siapa yang hendak dermakan buah pinggang? Saya jawab: Mak cik saya. Secara spontan doktor tersebut berkata: Mak cik awak memang sayangkan awak! Saya terharu dengan kata-kata tersebut. Bukan semua yang bernasib baik seperti saya. Mungkin Allah sudah memakbulkan doa saya yang dipohon agar disembuhkan daripada penyakit ini semenjak tahun 2001 lagi.

Semoga pembedahan ini berjalan lancar dan marilah sama-sama kita berdoa agar saya sihat semula dan mampu lebih berbakti kepada agama Allah. Juga kurniakanlah kesejahteraan kepada mak Cik saya..SITI AESAHAH BT HAJI MOHD NOOR. Semoga kami tetap bersama di dunia dan di akhirat (dalam syurga).

Selepas sihat nanti, setiap langkah dan bakti saya kepada agama Allah (dengan segala kepakaran saya), pahalanya pasti turut mengalir sama kepadanya..AMIN!





ALHAMDULILLAH..TAK POTONG SIKIT PUN!

Rakaman rancangan Isu RTM dibuat pada Jumaat 23 April di RTM. Pada bahagian akhir, saya membuat sedikit teguran kepada LHDN & kerajaan. Teguran itu bunyinya agak pedas dan keras..saya risau juga kalau-kalau RTM akan memotong..Rupanya pihak LHDN sudah meminta kepada penerbit agar langsung tidak memotong apa yang saya cakap. Natijahnya..Alhamdulillah semuanya dimasukkan tanpa potong..