Saturday, January 10, 2009

Jawapan Artikel ‘Cinta Asyura Dan Karbala’

BERIKUT INI ADALAH ARTIKEL BALAS KEPADA ARTIKEL YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI YANG BERTAJUK BERANI SUNGGUH RENCANA INI.BERTARIK 6/1/2009

Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’ tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari 2009. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan. Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala? Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?

Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah. Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan? Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri!


Bid’ah Asyura tajaan Syiah

Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Itulah cara memperingati hari Asyura, sesuai dengan apa yang telah diamal dan diajarkan oleh Rasulullah SAW beserta para sahabatnya dan sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Saiyidina Ali ra dan Saiyidina Husin ra serta seluruh Ahlul Bait dan keturunannya sampai kini.

Namun apabila syahidnya Saiyidina Husin ra di bumi Karbala pada 10 Muharram tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bid’ah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah? Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala!

Syiah pencetus peristiwa Karbala

Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal. 306)

Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. 3

Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al'Uyun,hal 391).

Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan
bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).

Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak
berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing.

Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau al-'Uyun, hal. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.

Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?


Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-'Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)

Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangan-tangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa
penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.

Tuduhan

Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-Thabari jilid 4 m.s. 245)

Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu.

Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith
daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi”.

‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)

Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman
terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam.


Larangan meratap

Setelah memahami isu di atas, kita boleh menyimpulkan tiada kena mengena sama sekali antara sambutan mengingati peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura
yang berkonsepkan Karbala itu tidak pernah dan tidak akan menjadi tradisi di kalangan penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar-nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah
SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud ra bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”.
(Sahih Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).

Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan Ahli Sunnah yang
mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar.

Sunni pejuang bumi Palestin

Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni.

Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom? Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah
yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di
bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq ra.

Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu. Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).

Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini
(hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. "

Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin?

Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099? Sejarah mencatatkan sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam
lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib? Adakah ia seorang Syiah?

Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis. Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib.

Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah.

Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka (tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi Fatimiyyah. Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099, pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah, penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui sejarah ini?

Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah
manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besar-besaran oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi
menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah ke angka 800,00 atau satu juta orang.

Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini. Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al-Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.

Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian ratusan ribu umat Islam Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut fahaman Syiah?

Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila tentera Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat Islam? Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin Qutz. Iaitu murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal, Imam al-Izz bin Abdul Salam. Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain Jalut sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan Saifuddin Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga menjadi episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian wilayah Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini?

Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul Hamid kedua, khalifah Islam Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam mempertahankan al-Quds. Ketika pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat ke Istanbul pada tahun 1901 dan
cuba bertemu dengan beliau.Beliau mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya menyampaikan pesanannya terkenal:

“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al-Rajul al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah)

Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam mempertahankan bumi Palestin yang tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa kepada perang Arab-Zionis pada tahun-tahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentera-tentera sukarelawan
Mesir dan Syria dalam kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka hampir sahaja berjaya menghapuskan terus kekuatan pengganas-pengganas Zionis.

Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera Zionis telah dikalahkan dengan teruk dalam peperangan antara mereka dengan tentera Jordan. Sehingga hari ini, pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut.

Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005 juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan Intifadah rakyat Palestin. HAMAS, Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah? Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah!

Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di serata dunia banyak lagi contoh yang boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh. Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya puak Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Begitu juga di Bosnia dan Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut semata-mata atas nama jihad mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab tertentu.

Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap bagi mereka yang mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang wartawan Syiah, Muntazer
al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan lontaran jamrah 'kasut but' bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah para syuhada Sunni yang telah mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi mempertahankan Islam yang suci ini.

Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa Karbala juga bukanlah jawapan untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman. Apakah perbuatan Syiah mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah dan para sahabat Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan pembunuh Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah? Adakah Syiah mahu melihat golongan Sunni mengungkap kembali dan membongkar segala titik hitam
pengkhianatan Syiah terhadap umat Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri? Benar, Syiah sememangnya berhak melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan sempena peristiwa Karbala tersebut. Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri (bari’) dari kesemua perbuatan tersebut.

Malaysia bumi Sunni

Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di bumi Gaza sebagai agenda mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia seumpama apa yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api perbalahan mazhab itu.
Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi tradisi, budaya dan perundangannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi memutuskan bahawa; Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”.

Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mendepani isu Palestin dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan) perlu dipertimbangkan. Sunni dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang satu iaitu Zionis Yahudi. Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya. Ini bukan masanya untuk mempropagandakan doktrin masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Biarpun ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap menyokong dalam bahasa melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa mendokong doktrin aqidah pegangan Hizbullah. Jika syiar Karbala atau Asyura atau Wilayatul Faqih yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap bid’ah di sisi Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.

Sumber : www.islam.gov.my

Thursday, January 8, 2009

EMOSI ORANG PALESTIN

Terkenang kisah pembunuhan di kem pelarin Palestin di Shabra & Shatila pada tahun 1982, betapa teruknya nasib yang menimpa orang-orang Palestin sejak puluhan tahun. Bayangkan pula bagaimana generasi anak-anak yang membesar di dalam suasana sedmikian. hati mereka dipenuhi dendam kerana kematian, ayah, ibu, adik dan saudara mara.

Pengalaman saya mengajar pelajar dari Palestin, saya bertanya kepada Syuaib..Do you ever kill any Jew Syuaib? Dengan bangganya dia menjawab, not yet Ustaz, but Insya'Allah some day I will! Jawapan spontan itu jelas menunjukkan bagaimana emosi mereka yang semenjak kecil tertindas.

Itulah sebabnya fatwa dan hukum peperangan yang berlaku di Palestin tidak sama dengan fatwa atau hukum di negara umat Islam lain. Marilah kita sama-sama berdoa untuk Palestin, buatlah Qunut Nazilah agar Yahudi yang dajal dimusnahkan Allah...Allahumma 'Alayka bil Yahudi Waman Walahum!



Gadis kecil itu telah bertahun

Dicengkam derita

Di khemah pelarian

Yang menjanjikan duka cita


Munir tak mengenal erti cinta

Telah kering airmata

Menangisi kematian

Ayahbonda dan saudara


Pada suatu senja

Langit Syatila

Menyaksikan pembunuhan

Anak kecil dan wanita


Munir ditembak

Penuh luka

Tapi ajalnya belum tiba

Kerna Tuhan mengasihi dia


Peristiwa hitam 17 September

Telah menjadi bukti

Sempurnalah kekejaman

Suatu bangsa yang sombong dan hina


Karya Zubir Ali.

Jepun tonjol 'tanggapan pertama' lebih Islami

Oleh Siti Fatimah Abdul Rahman

Seorang rakan sekerja yang menghadiri satu acara anjuran sebuah jabatan kerajaan di sebuah hotel telah menghantar khidmat pesanan ringkas yang berikut: "Apa la jabatan X ni, pilih hotel yang tandasnya pun tak ada paip air, menyampah betul teman, tau!" Penulis yang baru-baru ini berkesempatan untuk hadir ke sebuah seminar di Tokyo dan telah berkongsi pengalaman beberapa hari di sana dengan rakan sekerja tersebut, membalas, "Isy-isy... isy orang Jepun pun lebih Islami daripada mereka!"

Sebagai umat Islam, kita tahu bahawa air amat penting bagi tujuan bersuci selepas ke tandas. Tandas yang tiada air amat menyusahkan, tambah pula jika kita perlu berada di tempat itu dari pagi hingga petang dan perlu menunaikan solat Zuhur di situ. Penulis faham perasaan rakan tersebut. Penulis juga pernah beberapa kali berhadapan dengan keadaan seperti ini.

Agak menghairankan apabila jabatan kerajaan di Malaysia tidak mengambil kira perihal keadaan tandas hotel ketika membuat keputusan untuk memilih sesebuah hotel bagi menganjurkan acara mereka. Mungkin yang lebih diutamakan ialah harga yang perlu dibayar serta menu makanannya. Keadaan tandas hotel yang ada kaitan dengan tujuan bersuci serta solat Zuhur para hadirinnya, bukanlah ciri penting untuk dipertimbangkan.



Rakan sekerja di atas sebenarnya pernah tinggal di Jepun selama dua tahun untuk melanjutkan pelajaran iaitu di sekitar 1990-an. Sebelum penulis bertolak ke Jepun tempoh hari, beliau ada berpesan, "Kalau nak jalan-jalan, bawa botol kosong. Tandas awam di Jepun tak ada paip".

Namun, selama empat hari di Jepun, penulis tiada masalah dengan tandas di sana. Malah penulis tidak perlu membawa botol kosong pun kerana tandas mereka, baik di lapangan terbang, di hotel, mahupun di pejabat Japan Institute of International Affairs (JIIA) di mana seminar itu diadakan, bukan sahaja bersih, wangi dan kering, ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk bersuci yang canggih, tanpa paip mahupun pili.

Malah, sebaik-baik duduk di atas pelapik tandasnya, keluarlah bunyi muzik yang menenangkan - yang boleh ditingkatkan atau dikurangkan bunyinya - khusus untuk mengelakkan bunyi-bunyian yang kurang enak dari dalam bilik kecil itu didengari oleh pengguna tandas yang lain. Tisu tandasnya pula, walaupun diperbuat daripada kertas terpakai, namun ia amat bermutu dan pengguna tidak berfikir dua kali untuk mengelap muka dengannya.

Selain kemudahan tandas yang memenuhi keperluan pengguna Muslim, jalan raya yang penulis lalui sepanjang di Tokyo ini juga bersih. Teringat penulis ketika kami, para peserta seminar berjalan dari hotel ke tempat seminar seawal 8.30 pagi, seorang rakan sekerja yang turut serta dalam seminar itu menyuarakan pemerhatiannya.

"Jalan raya mereka bersih, tetapi kita tak nampak pun tukang sapunya. Bila mereka bersihkan jalan ini agaknya?" Secara spontan, penulis menjawab, "Mungkin mereka tidak perlu tukang sapu kerana tiada siapa yang membuang sampah merata-rata!" Bayangkan jika Kuala Lumpur tiada tukang sapu!

Penulis juga berkesempatan menggunakan pengangkutan awam di bandar raya Tokyo dari lapangan terbang ke hotel dan dari hotel ke lapangan terbang. Ketika bas mula bergerak meninggalkan lapangan terbang, para penumpang diingatkan untuk memasang tali pinggang keledar demi keselamatan.

Pada pandangan penulis, tali pinggang keledar itu sebenarnya tidak perlu kerana pemandunya memandu dengan begitu berhati-hati sekali.

Para penumpang juga diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit kerana dibimbangi akan mengganggu ketenteraman penumpang yang lain. Bandingkan dengan Malaysia, bukan sahaja dalam pengangkutan awam, dalam pawagam dan dewan seminar pun orang masih berbual menggunakan telefon bimbit!

Ketika menunggu bas untuk ke lapangan terbang dalam perjalanan pulang, kami dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bas akan tiba agak lewat. Daripada usaha mereka memaklumkan kami tentang perkara itu, kami menjangkakan bas itu akan lewat 30 minit. Rupa-rupanya bas tersebut lewat lima minit sahaja. Bas lewat lima minit pun bersusah-payah memaklumkan para penumpang! Di Malaysia?

Penulis sedar bahawa empat hari di Tokyo serta hanya berada di sekitar lapangan terbang, hotel dan pejabat JIIA, belum melayakkan penulis untuk membuat kesimpulan mengenai masyarakat Jepun. Namun, penulis yakin bahawa ramai yang bersetuju bahawa "tanggapan pertama" boleh memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan.

Persoalannya, bilakah agaknya masyarakat Malaysia yang kononnya dikenali sebagai 'negara Islam' ini boleh memberikan "tanggapan pertama" yang Islami? Tandas yang memenuhi keperluan bersuci, kebersihan persekitaran serta kemudahan pengangkutan awam yang selesa dan selamat adalah antara perkara-perkara yang dituntut oleh agama Islam. Maka pastikan ia diuruskan dengan sebaiknya agar dapat memberi manfaat kepada semua.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Ulasan saya:

Saya berpengalaman di UIAM berhadapan dengan 3 orang pelajar Jepun, saya dapati sikap mereka agak berbeza dengan orang Melayu. Mereka pembersih, sistematik, serius dalam apa sahaja yang dibuat. INILAH YANG DIKATAKAN APABILA PERGI KE NEGARA ASING YANG BUKAN ISLAM , I SAW ISLAM BUT NOT MUSLIM..APABILA BALIK KE NEGARA SENDIRI ATAU KE NEGARA UMAT ISLAM, KITA AKAN BERKATA I SAW MUSLIM BUT NOT ISLAM...FIKIRKANLAH APAKAH PERANAN KITA? ADAKAH KITA MASIH;

1-MEMBUANG SAMPAH IKUT TINGKAP KERETA?
2-HISAP ROKOK & BUANG PUNTUNGNYA MERATA?
3-MASUK TANDAS TAPI TAK FLUSH..LEBIH PARAH LAGI BUANG ROKOK DALAM LUBANG TANDAS.

Wednesday, January 7, 2009

BERAPA JUMLAH SEBENAR AYAT-AYAT AL-QURAN??

MUSHAF AL-IMAM DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN R.A

Baru sebentar tadi (1.25pm @ 8/1/2009), saya berada di gerai yang menjual buku berkaitan dengan dialog antara agama di perkArangan ITD, UIAM, Gombak. Selain daripada menjual buku-buku Harun Yahya dan Dialog di antara agama gerai itu juga menyediakan kuiz tentang al-Quran. Pelajar UIAM yang ingin menyertai kuiz itu dikehendaki mengisi borang kuiz yang mempunyai soalan-soalan berkaitan dengan al-Quran..

Di antara soalan yang dikemukakan ialah berapakah jumlah ayat-ayat al-Quran. Sedang saya membeli buku 10 most common questions asked by christians about Islam karangan Dr. Zakir Naik, tiba-tiba saya dengar perselisihan kecil di antara seorang pelajar dari Afrika dengan pelajar Malaysia yang menjaga gerai itu tentang jumlah sebenar ayat-ayat al-Quran. Pelajar Afrika itu mempertahankan hujahnya bahawa jumlah ayat al-Quran ialah 6666.

Melihat situasi ini, saya menegur pelajar Afrika tersebut dan menyatakan bahawa pendapatnya itu adalah salah dan tidak berasas sama sekali.. Setelah beberapa kali meyakinkannya, beliau masih berkeras mengatakan begitu..Lalu saya katakan kepadanya, brother, please check about the number in the last page of Mushaf Uthmani originated from Saudi.. It mentions everything there. Dia kemudiannya berlalu pergi.

Jikalau saya tanyakan kepada anda, kebiasaannya anda akan menjawab jawapan yang senada dengan pelajar tadi iaitu 6666. Jumlah ini sebenarnya tidak berasas sama sekali dan jika masih dipegang seoalah-olah kita akan menambah sebanyak lebihan 430 ayat lagi. Ini kerana jumlah sebenar menurut ulama Kufah ialah 6236.

Semasa belajar di Darul Quran dahulu, kami para pelajar Tahfiz telah menghabiskan masa selama satu semester untuk mempelajari Ilmu Fawasil yang secara khusus membicarakan tentang jumlah ayat-ayat al-Quran. Topik ini juga boleh diperolehi di dalam buku Ulum al-Quran. Tajuk Fawasil juga menjadi bahan kajian untuk latihan ilmiah tahun akhir saya semasa menuntut di Universiti Malaya dahulu (1997-2000).

Apa yang menyedihkan, ada sesetengah orang masih bermati-matian mempertahankan jumlah 6666 yang sudah sekian lama dipegangnya. Inilah yang boleh dikatakan sebagai khurafat pada al-Quran kerana sesetengah bangsa cukup mempercayai tuah sial pada nombor. Di dalam perbincangan Ilmu Fawasil, para ulama' yang membincangkan jumlah ayat-ayat al-Quran tidak bersepakat tentang berapa jumlah sebenar ayat-ayat al-Quran. Perselisihan ini berlaku kerana al-Quran pada zaman awalnya ditulis dengan teknologi penulisan yang cukup terhad tanpa baris, titik dan nombor ayat.

Pelengkapan kepada titik, baris datang kemudian (yang dikenali sebagai ilmu Dabt al-Quran). Begitu juga tentang jumlah ayat juga datang kemudian (dikenali sebagai Fawasil). Fawasil ini adalah kata banyak (plural) kepada Fasilah iaitu pemisah kerana topik utama ilmu ini ialah tentang bagaimana cara hendak meletakkan pemisah di antara ayat untuk dijadikan nombor ayat.

Ringkasnya, Ilmu Fawasil memainkan peranan tersendiri di dalam mengekalkan keaslian al-Quran sehingga ke hari ini. Oleh itu janganlah lagi kita berpegang kepada fakta yang sesat dan salah seperti pendapat yang masyhur di merata dunia Islam yang menyifatkan al-Quran mempounyai 6666 ayat.

Contoh bagaimana berleluasanya penggunaan fakata 6666 ialah;



1- Pengeluar capal nabi menarik perhatian pembeli muslim di Malaysia dengan mengatakan bahawa pengeluaran capal nabi itu terhad hanya kepada jumlah 6666 buah bersempena dengan jumlah ayat-ayat al-Quran.



2-Pengeluar air musaffa (air rawatan pinggan putih dan za'faran) di dalam segmen tajaan syarikatnya di radio IKIM telah mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran yang berjumlah 6666 sebenarnya mewakili sebanyak 6666 sendi-sendi di badan manusia.

2 Contoh di atas sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana fakta salah ini telah disalahguna secara meluas untuk kepentingan peribadi sesetengah pihak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperbetukkabn kesilapan ini. Ingat betul-betul jumlahnya ialah 6236 bukan 6666...Sudah lama kita memeluk Islam, iaitu semenjak zaman Parameswara lagi, namun kita masih buta dengan al-Quran..Oleh itu, marilah kita sama-sama mendalami al-Quran di dalam segenap aspeknya seperti Tajwid, Tafsir, Ulum dan sebagainya.

Mari kita merebut janji nabi; Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (Sahih al-Bukhari)

ANTI KHURAFAT PADA AL-QURAN

JUMLAH 6666, SELEPAS INI TANAM SAHAJALAH!

MAC VS PC

Elok juga sambil-sambil dok main komputer tu tengok ni, buat release tension..please enjoy yourself!

Tuesday, January 6, 2009

BERANI SUNGGUH RENCANA INI! TETAPI RENUNGKANLAH BERSAMA

Gambaran Imam Husein oleh orang-orang Syiah??

Cinta Asyura dan Karbala

Oleh HELMI MOHD. FOAD
(WARTAWAN UTUSAN)

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.

Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.

Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.

Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Hijrahnya Rasulullah, menandakan tamatnya segala penindasan ke atas golongan mustadafin (tertindas dan lemah) lantas membuka era baru perkembangan Islam - darinya juga bermula sebuah negara yang berlandas pimpinan Ilahiah.

Namun bulan Muharam juga mengingatkan kita peristiwa besar yang terjadi dalam sejarah tamadun manusia selepas Rasulullah iaitu 10 Muharram 61 Hijrah yang menyaksikan cucu kesayangan baginda, Hussin bin Ali bersama rombongannya terbunuh di Karbala.

Jika Maal Hijrah, umat Islam bergembira, peristiwa 10 Muharam pula disaduri dengan kesedihan. Tetapi apabila disebut kita sambut 10 Muharam dengan ingatan pada peristiwa Karbala, ia sering kali dianggap suatu yang asing, sesat lagi menyesatkan. Benarkah begitu?

Kerana ia selama ini disambut dengan penuh emosi oleh pengikut Syiah dan Ahlul Bait tetapi tidak di sisi pengikut sunni amnya. Bagaimanapun tradisi di rantau ini yang Sunni begitu rapat dengan Asyura sebagaimana rapatnya masyarakat sebelah sini dengan ritual seperti tahlil dan marhaban yang didatangkan dari Hadratulmaut.

Semuanya dikaitkan dengan ingatan terhadap Ahlul Bait.

Bergantung kepada budaya setempat, Asyura (versi Syiah?) disambut seperti di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, malah tidak ketinggalan di serata tempat termasuk Malaysia.

Hari mereka berdukacita dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan ia berlanjutan selama 40 hari perkabungan (Arbaen).

Ya, semua itu tiada dalam al-Quran dan Hadis nabi secara berterus terang sebagaimana sambutan Maal Hijrah. Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat.

Ia tidak seharusnya menjadi milik Syiah semata-mata tetapi ia milik seluruh umat yang cintakan perdamaian dan kebencian pada kezaliman. Kerana Ahlul Bait adalah warisan tinggalan Rasulullah buat pegangan seluruh umat selepas al-Quran.

Menyambut 10 Muharam dengan mengingati Hussin bukan bererti kita semua menjadi Syiah atau Rafidhah (sesat). Tetapi mengingati kesyahidannya di Karbala adalah sebahagian rasa cinta dan sayang pada belahan jiwa Rasulullah itu.

Sedih

Sebagaimana yang diulang sebut dalam tahlil kita, ''Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" (al-Ahzab:33).

Justeru wajarkah manusia-manusia yang dibersihkan oleh Allah itu dibunuh kejam. Layakkah insan yang dikasihi Nabi diperlakukan sebegitu rupa. Umat apakah kami ini, ya Allah?

Jadi wajarkah kita tidak mempunyai secebis rasa sedih meskipun tidak beremosi bila mengenangkan sejarah hitam itu.

Ketika Hussin menyaksikan dengan matanya, Ali Akbar dipanah dalam keadaan tekaknya kering kehausan. Tidak cukup itu, bayi kecil, Ali Asghar yang merengek-rengek perlukan air tetapi panah pula yang dilayang ke tubuhnya.

Bagi mereka yang begitu rapat dengan sejarah itu, emosinya membuak-buak, linangan air mata tidak dapat dibendung. Kadang kala kerana faktor budaya setempat, ada yang terdorong melukakan badan mereka, mungkin ingin merasai penderitaan Hussin dan keluarganya.

Apa peliknya jika Presiden, Gamal Abdul Naser mati dibunuh Khalid Islamboli, ada juga orang Mesir meratap hingga membunuh diri, inikan cucu Nabi yang dibunuh. Jadi tidak mustahil ada yang bertindak terlalu emosi dan meluahkan segala-galanya.

Namun wajarkah mereka yang dikatakan sebagai pengamal bidaah itu dihapuskan dan dihalalkan darah mereka dengan aksi letupan bom sebagaimana sering terjadi di Pakistan dan juga Iraq apabila golongan Syiah beramai-ramai keluar menyambut Asyura secara terbuka selepas puluhan tahun dihalang rejim Saddam Hussein.

Seharusnya umat Islam kini tidak lagi dibebankan dengan pertelingkahan sejarah lama. Ketika ada yang marah kerana sambutan Asyura, sebenarnya Karbala moden sedang berlaku dan Asyura terus menangis.

Bumi Gaza dibedil, dijarah sejak 27 Disember lalu. Serangan darat yang telah dimulakan oleh tentera Zionis tidak mengenal kanak-kanak, bayi dan wanita. Sasarannya membabi buta - masjid, hospital dan pasar.

Tentera rejim itu tiada bezanya dengan kejamnya Umar bin Saad atau Syamir bin Dzi Al-Jausyan ketika di Karbala.

Keadaannya juga sama, jika tiada seorang pun penduduk Kufah yang berani melawan kezaliman tentera Umayyah untuk menyelamatkan Hussin yang sepatutnya mereka baiah sebagai pemimpin dan ikutan.

Begitu juga Gaza, tiada penguasa atau negara yang mampu melawan Israel. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mampu berbuat apa-apa meskipun Palestin adalah isu yang melibatkan sama ada Sunni atau Syiah.

Kita hanya mampu berdemonstrasi, melaung-laungkan ''Jahanam-jahanam Israel, Hidup-Hidup Islam' atau Hancur Amerika! dan setidak-tidaknya hulurkan bantuan kemanusiaan. Itu semua sekadar tindakan ad-hoc untuk Palestin.

Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah boleh bersuka ria dan bergelak ketawa di bulan Muharam ini. Tetapi Asyura membuatkan penderitaan Palestin terasa dekat di hati.

Ahli sejarah al-Makrizi dalam al-Khuthath sebagaimana yang dipetik dari tulisan Jalaluddin Rakhmat menyebut; ''Dinasti Fatimiah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (mengenang kematian Hussin di Karbala)… Ketika Bani Ayub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira… Melanjutkan tradisi orang Syam yang dirintis oleh Al-Hajjaj pada zaman Abdul Malik bin Marwan.''

Untuk catatan sepanjang ratusan tahun Hijrah, mimbar masjid di zaman Umaiyah disuruh mengutuk Imam Ali sehinggalah ia ditamatkan oleh Khalifah Umar al-Abdul Aziz yang mengubahnya kepada kalimah ''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu kepada keadilan dan ihsan.''

Jalaluddin dalam bukunya, Meraih Cinta Ilahi,Pencerahan Sufistik mengungkapkan setiap kali Asyura, pengikut Ali di Karbala merekonstruksi peristiwa itu dan merintih penuh nestapa.

Mereka berteriak, ''Setiap hari adalah Asyura dan setiap bumi adalah Karbala. Kita baca ungkapan itu sebagai ''Setiap hari adalah perjuangan dan di mana saja kita berpijak itulah bumi perjuangan," Selawat…

Kezaliman

Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezaliman pemerintah dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itu mendokong aliran sunnah maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyura adalah lambang penentangan kepada sunni.

Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan penindasan ke atas mustadafin. Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika dulu menumbangkan Syahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan Imam Khomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah.

Sambutan Asyura tahun demi tahun itulah menyalakan semangat penentangan ke atas tentera Israel oleh Hizbullah, pimpinan Hassan Nasrallah yang mengisytiharkan kemenangan dalam perang 34 hari dengan rejim itu pada 2006.

Dan Hizbullah secara jelas mengiktiraf kepimpinan wilayah al-faqih di Iran.

Dengan semangat menentang kezaliman itulah juga Presiden George Bush dimalukan oleh wartawan, Muntazer al-Zaidi, seorang Syiah dengan lontaran jamrah 'kasut but' saiz 10 itu.

Oleh itu, apabila membaca sejarah Karbala, ia sebenarnya terlalu dekat dengan apa yang telah berlaku sekarang dan mengajak kita berfikir bagaimana harus dilakukan untuk merubah nasib umat.

Asyura adalah menyatakan rasa sedih dan meluahkan kecintaan mendalam pada Hussin dan ahli keluarganya, sebagaimana Nabi pernah menyatakan rasa sedemikian rupa pada cucunya itu.

Sumber;
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Monday, January 5, 2009

Prosedur Syariah Yang Jahiliyyah

Saya hanya mampu ketawa di dalam kesedihan apabila mendengar radio IKIM kerap mengumandangkan wawancara dengan wakil jabatan agama dan pegawai undang-undang syariah yang sibuk bercakap soal memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia.

Komen ringkas saya kepada mereka ialah "Pergi balik pejabat untuk bakar dulu buku "Peraturan Prosedur" undang-undang syariah jahiliyyah yang ada di setiap negeri sebelum bercakap soal memperjuangkan hukum syariah !

* kepada Orang yang suka mencari kesalahan orang lain, saya tak berniat menghina mana-mana undang-undang kerajaan negeri atau peraturan yang dibentuk dengan DYMM Sultan, saya juga bukan nak memberontak ke kang tak silap aku kena pulak masuk ISA, anggaplah apa yang saya tulis di sini luahan perasaan di blog sendiri, so syoh-syoh pi tempat lain.. jangan dok cari salah saya, kalau masalah saya diselesaikan dengan segera, automatik saya akan puji balik siapa yang saya kritik, amacam ok tak ?)

Puncanya

Baru-baru ini saya dikecewakan oleh pegawai penguatkuasa syariah yang menegaskan hukum syarak tidak dapat dilaksanakan kerana terpaksa menurut prosedur dan peraturan syariah !

Sejak pemergian saya ke Jabatan Agama Islam Daerah XXXXX , itulah kali pertama di dalam hidup saya menjumpai undang-undang terbodoh dan tercela yang pernah direka oleh manusia.

Prosedur Enakmen Jenayah Syariah lebih mencari kesalahan orang daripada menyelesaikan masalah orang !

Peranan Jabatan Agama Islam sepatutnya berkhidmat untuk manusia bagi :

1) Membantu orang ramai memahami agama Islam
2) Memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan agama dan menguruskan kepentingan hal ehwal agama Islam
3) Berperanan sebagai badan rasmi yang menguatkuasakan syariat Islam bagi kepentingan Umat Islam

BUKAN

1) Berkhidmat untuk Tuhan dan negara dengan bermaksud "MENJADI WAKIL TUHAN YANG HEBAT, SUCI DAN MURNI, KAMILAH PEGAWAI AGAMA YANG AGUNG, GAGAH PERKASA DAN KAMU SEMUA WAHAI MANUSIA, ADALAH MAKHLUK HINA DAN DOSA...!!!

KAMU NI JAHAT, SUKA BUAT MAKSIAT, KAMI ADALAH MALAIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGINTIP MANUSIA, MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG DAN MENGUAT KUASA KAN SYARIAT, AWAK SEMUA INI (ORANG RAMAI) IKUT SAHAJALAH UNDANG-UNDANG YANG KAMI BUAT (PROSEDUR) APA BISING-BISING !

KAMI KAN CERDIK, PEGAWAI AGAMA !!! KAMI NI MENGAJI MESIR, JORDAN, SYIRIA...KAMI TAHULAH BUAT PROSEDUR...SEBAB TU MENYENANGKAN KERJA KAMI BOLEH MINUM KOPI, KELUAR RELAKS-RELAKS WAKTU PEJABAT.. (ALA KAN KERJA KERAJAAN)

ADAPUN KALIAN RAKYAT JELATA , ORANG AWAM IKUT SAHAJALAH PROSEDUR..JANGAN MENYUSAHKAN KAMI...NAK URUS..PI KAUNTER, ISI BORANG...DAN IKUT PROSEDUR..!!

err...Tuan Yang Maha Mulia Pegawai Agama, " kami ada masalah, kami nikah di..." HUH INI TAK IKUT PROSEDUR...TAK IKUT UNDANG-UNDANG....KAMU DI DENDA..KAMU DITANGKAP...KAMU NI JAHAT...ORANG JAMAI NI JAHIL...BODOH AGAMA...!! (slurpp..emm sedap air kopi ni..err..Liza (gadis genit bertudung litup yang kerja di Pejabat Agama merangkap orang suruhan ustaz-ustaz) tolong buatkan saya kopi (dengan nada yang manja...halus gitu..ala Liza kan baikkk...Baiklah boleh ustazzz...(liza menjawab)

HAH KAMU...KERANA KAMU LANGGAR PROSEDUR..SAYA TAK BOLEH NAK BUAT APA LAGI DAH..INI UNDANG-UNDANG...KITA IKUT PERATURAN..JADI KAMU KENA IKUT...!! SAYA SIBUK NI...HUBUNGI PEGAWAI LAIN...SAYA ADA KERJA...(sambil berjalan pergi)


Demikianlah sandiwara kisah benar yang berlaku di beberapa pejabat agama yang saya dan orang ramai lawati !!

Kisah-kisah Syariah

Sebenarnya banyak sangat cerita dan kisah-kisah berkaitan mahkamah syariah dan pejabat Agama sehingga saya sendiri malas hendak menulis di sini. Seorang kawan yang pernah berkahwin di luar negara tanpa keizinan pejabat agama, akhirnya dipenjara setelah pulang dan ada yang didenda.

Lebih lucu ada cerita orang lelaki yang bernikah dengan gadis warga Indonesia, anak pertama dan kedua sudah mendapat warganegara, kemudian anak ketiga lahir dan mereka tidak mempunyai surat sijil nikah menyebabkan anak pertama dan kedua yang sebelum ini merupakan warganegara ditarik balik (dilucut hak warganegara) gara-gara tiada sijil nikah.

Bukan apa, nak buat sijil nikah (kertas) bodoh itu pun macam nak kena masuk Universiti, proseddur (peraturannya) cukup jahiliyyah, menyusahkan dan membodohkan.


Kalau pernikahan sudah sah disisi Syarak, keluarkan sahajalah sijilnya cepat-cepat buat apa nak mesti lengkapkan perosedur ?

Oh ini prosedur tak lengkap..tak boleh buat surat nikah..kelak mengundang pelbagai seribu satu masalah lain..

Seorang kawan hampir bercerai disebabkan surat nikah dikeluarkan setelah mereka mendapatkan anak (pendek cerita) anak tersebut dianggap anak luar nikah. Menyebabkan pelbagai prosedur perlu dilalui untuk mensah tarafkan anak tersebut.

Wahai jabatan agama kenapa anda perlu menjadi Sherlock Holmes ? Menyiasat mengalahkan detektif ?

Kalau pasangan itu sudah pun mempunyai wali, ada saksi dan mahar maka nikahkan sahaja tanpa perlu persusahkan kenapa mesti melalui prosedur ketat yang meggilakan ?

Oh Kami takut perkahwinan sendiket berlaku, YA RABBI !!! Perkahwinan Sendiket atau sebagainya boleh diselesaikan jika dapat aduan dan jika tidak kenapa nak pergi selongkar bawah kain orang ?

Prosedur ciptaan Manusia dipakai akhirnya Syariah tinggal Nama


“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. kerana itu Barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah : 256)

Maka berkata pula Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ra : “Thaghut itu setiap yang diagungkan tanpa kerana ketaatan kepada Allah dan rasulnya baik daripada manusia atau syaitan atau pun daripada berhala.” (Jami Rasail dengan tahqiq m/s 373 Jilid 2)

Prosedur Syariah itulah Taghut yang merosakkan sistem masyarakat Islam hari ini apabila agama menjadi badan robocop yang kaku, jumud dan bodoh.

Cadangan Memperkasakan JABATAN AGAMA DAN MAHKAMAH SYARIAH

Memohon supaya JABATAN AGAMA ISLAM mengamalkan kaedah “Memudahkan bukan Mempersusahkan” dan berperanan membantu umat Islam menyelesaikan urusan dan masalah di dalam urusan agama supaya imej Islam sebagai agama yang mesra dan memudahkan terpelihara.

Penerangan :

Islam ialah agama yang mudah tetapi Pengurusan Jabatan Agama Islam, prosedur, peraturan dan sebagainya yang telah menjadikan urusan hal ehwal Islam menjadi rumit, renyah dan memakan masa disebabkan oleh urusan berkaitan borang, bidang kuasa dan kadang-kala hanya kerana persoalan alamat dan kawasan.

Menggunakan budi bicara di dalam sesuatu urusan sangatlah penting kerana hal ini bertepatan dengan sikap Islam iaitu “murunah” yang disebut sebagai fleksibel.

Mengunakan budi bicara lebih baik dan berkesan berbanding prosedur kerana masalah umat Islam pelbagai, berbeza situasi dan mustahil manusia sekalipun pintar mampu mencipta prosedur yang bertepatan dengan semua situasi.

Tambahan pula pegawai agama bukanlah lulusan pengajian yang pintar di zaman sekolah (disebabkan kebanyakkan pegawai agama ialah mereka yang kandas pelajaran di zaman sekolah sehingga memaksa mereka memilih pengajian agama di IPt kerana tiada pilihan)

Allah swt berfirman :

مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلا هَادِيَ لَهُ وَيَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
"Barangsiapa yang disesatkan Allah , Maka tidaklah ada sesiapa yang memberikannya pertunjuk dan Allah membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan." (Al-A'raf : 186)


Kaedah “Pendakwah bukan Penghukum” perlu diguna pakai oleh setiap pegawai Agama Islam di dalam Jabatan Agama Islam.


Penerangan :

Para ulama terkenal seperti Dr Yusof al-Qaradhawi di dalam buku-bukunya selalu memesan agar para hakim dan penguasa urusan hal ehwal Islam mempermudahkan masyarakat.

Bahkan apabila ditanya mengenai suatu kes pernikahan yang tidak sah menurut mazhab syafie kepada beliau (Dr Yusof Al-Qaradhawi) beliau menasihati supaya disahkan pernikahan tersebut melalui mazhab yang lain seperti Imam Abu Hanifah sebagai menyelamatkan pasangan tersebut daripada hukuman zina.

Beliau (Dr Yusof Al-Qaradhawi) di dalam kenyataan bertulis mengatakan hendaklah pihak jabatan agama berusaha menyelamatkan umat islam daripada melakukan kesalahan dan berusaha mencari jalan mengelakkan orang daripada dihukum dengan segala daya upaya kerana Islam ialah agama dakwah kasih dan seru bukan agama yang suka menghukum.

Islam ialah agama yang terakhir di dalam menghukum, bahkan kaedah feqah juga menyarankan sekiranya ada walau sedikit sahaja keraguan wajarlah digugurkan kewajipan hudud.

“Idraul Hudud bil syubhat” (Maka gugurkanlah hudud dengan syubhat)

Masalah :

Semua orang mengakui sikap ustaz, pegawai agama, dan penguasa jabatan agama yang cukup suka menghukum, cepat membuat pra-sangka, andaian dakwaan dan suka mencari kesalahan dan bahkan wujud bahagian siasatan menyiasat sedaya upaya bagi memastikan tiada keraguan di dalam sesuatu permohonan.

Sebaliknya mempermudahkan urusan agama, tidak membawa kerugian, sekalipun wujud orang ramai yang suka mengambil kesempatan tetapi itu tidak boleh menjadi alasan untuk bersikap ketat di dalam prosedur dan ketat di dalam urusan.

Sikap suka ambil kesempatan umat Islam perlu ditangani dengan cara lain yang seperti dakwah, pendidikan dan seruan baik bukan dengan mengenakan prosedur yang membuatkan orang benci kepada Islam.

Prosedur Syariah kini menjadi duri dalam daging di dalam Masyarakat Islam

Perkara yang sahih dan benar disisi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi tidak sah dan tidak benar disebabkan bercanggah dengan prosedur dan hal ini sungguh mencelakan dan telah membuatkan ramai pegawai agama berkata : Kami terpaksa mengikut prosedur sekalipun bercanggah dengan hukum syarak dan hukum Al-Quran dan As-Sunnah !!!


صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
"Sibghah (celupan & sistem ) Allah dan siapakah yang lebih baik sibghahnya (celupan & sistemnya) daripada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah Kami menyembah." (Al-Baqarah : 138)


Allah swt berfirman :

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيماً
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa : 65)

p/s :

Saya memohon maaf atas ketelanjuran bahasa yang digunakan, al-maklumlah sebagai manusia siapa tidak marah apabila agama kita diejek kerana bersalahan dengan prosedur ?

Lebih malang, saya dan isteri ke pejabat agama bersama bapa mertua (bapa isteri) menguruskan soal pendaftaran nikah yang tidak pernah selesai sejak hampir 10 bulan akhirnya diberitahu pendaftaran tidak dapat dibuat sekalipun pernikahan itu sah kerana tidak menurut prosedur !!!

Puas bapa mertua (bapa isteri) menjelaskan bahawa dia (wali) yang menikahkan, cukup saksi dan hampir semua keluarga datang (datuk dan nenek) ke majlis pernikahan dan punyai bukti, gambar dan sebagainya bahawa nikah berlaku.

tetapi Pejabat Agama enggan mengeluarkan sijil kerana tidak mengikut prosedur jahiliyyah mereka yang disembah oleh mereka !!!

Pegawai agama yang mengendalikan sessi temu, berkata bahawa pernikahan itu sah tetapi ianya bercanggah dengan prosedur dan kami mengikut prosedur !!!

Siapa tidak berang ?

Pilihan yang tinggal ialah saya perlu bernikah semula dengan mengikut prosedur dan itu pun berisiko kerana Anak pertama saya pula terpaksa dilucutkan hak warganegara jika saya bernikah semula !!

Siapa tak mengamuk ?

Semoga Allah membuka hati meraka yang berakal untuk mengubah hal ini....atau saya perlu mengubahnya sendiri ?

Wallahualam

Sumber
http://ustaz.blogspot.com/2008/10/prosedur-syariah-yang-jahiliyyah.html