Saturday, October 13, 2012

2 EKSTREM BAGI IBLIS-DI DUNIA TAK MAHU MATI, TAPI DI AKHIRAT TAK SANGGUP LAGI HIDUP DAN NAK SEGERA MATI!!


Selepas dilaknat, Iblis memohon agar tidak mati dan hidup kekal bagi memastikan usahanya nak sesatkan anak Adam tercapai:

 قالَ رَبِّ فَأَنظِرنى إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
 قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).  Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh; (Sad[38:79-80]).

Selepas dihisab dan diseksa dalam neraka dengan dahsyat..Iblis tidak mampu sabar, lalu meminta agar segera dimatikan:

 وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنينَ دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) (al-Furqan[25:13]).
Menurut Hadith riwayat Imam Ahmad & Tafsir Tabari ahli neraka yang meraung meminta segera dimatikan ini adalah Iblis & pengikutnya.

 * USAHLAH KITA JADI SYAITAN MANUSIA YANG SAMA MERAUNG DALAM NERAKA BERSAMA IBLIS!

 والعياذ بالله!!!

BIRU MATA KERANA KETAKUTAN YANG AMAT SANGAT...


Terkenang ketika wajah dan tubuh isteri tercinta Arham Diyana tiba-tiba BERTUKAR JADI BIRU kerana diserang Asma masa dekat nak lahirkan baby (Aliyah Hakimah). Sungguh menyakitkan lagi seksa kelihatannya..tersembul segala urat mukanya menahan sakit!! Saya amat takut pada masa itu...

 

 Di akhirat kelak orang bersalah datang berjumpa Allah dalam keadaan BIRU MATA & TUBUHNYA kerana terlampau TAKUT!!

 يَومَ يُنفَخُ فِى الصّورِ ۚ وَنَحشُرُ المُجرِمينَ يَومَئِذٍ زُرقًا

 (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan BIRU matanya (Taha[20:102]).

Pada ayat lain pula Allah sebut mata mereka terbeliak ketakutan:


وَلا تَحسَبَنَّ اللَّهَ غٰفِلًا عَمّا يَعمَلُ الظّٰلِمونَ ۚ إِنَّما يُؤَخِّرُهُم لِيَومٍ تَشخَصُ فيهِ الأَبصٰرُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku) (Ibrahim[14:42]).
 
* SEMOGA KITA DIJAUHKAN DARI KEADAAN SEBEGINI DI AKHIRAT KELAK!!!

 

PEMBUNUHAN KARAKTER NABI SAW OLEH YAHUDI!


إِنَّ الَّذينَ يَكفُرونَ بِـٔايٰتِ اللَّهِ وَيَقتُلونَ النَّبِيّۦنَ بِغَيرِ حَقٍّ وَيَقتُلونَ الَّذينَ يَأمُرونَ بِالقِسطِ مِنَ النّاسِ فَبَشِّرهُم بِعَذابٍ أَليمٍ

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan MEMBUNUH PARA NABI DENGAN JALAN TIDAK BENAR, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (Ali 'Imran[3:21]).

Saya pernah berbincang dengan ayah angkat saya, bekas Panglima TUDM (1993-1996), Left. Jen (B) Tan Sri Abdul Ghani b. Tan Sri Abdul Aziz tentang jenayah Yahudi lampau yang membunuh para Nabi. Beliau beri pandangan dari sudut lain mengikut pandangan TENTERA: pembunuhan itu bukan hanya pembunuhan fizikal! Tetapi merangkumi CHARACTER ASSASINATION atau PEMBUNUHAN KARAKTER.

Setelah diperhatikan, ada benarnya juga idea tersebut apabila filem GILA-INNOCENCE OF MUSLIMS keluar..idea filem ini memang bertujuan membunuh KARAKTER SUCI BAGINDA SAW.
 

Ayat di atas diturunkan sebagai sindiran kepada Yahudi sezaman nabi kerana mereka senantiasa cuba sabotaj dan bunuh Nabi seperti hasutan sehingga tertubuhnya tentera bersekutu dalam perang Ahzab/Khandaq, peristiwa baginda disihir dan diracun..

Perkataan (يقتلون) MEMBUNUH dalam ayat di atas juga menggunakan FI'IL MUDHARI' (present continuous tense) sebagai petunjuk cubaan MEMBUNUH KARAKTER Nabi SAW tetap akan mereka lakukan walau selepas ribuan tahun kewafatan baginda.