إِنَّ الَّذينَ يَكفُرونَ بِـٔايٰتِ اللَّهِ
وَيَقتُلونَ النَّبِيّۦنَ بِغَيرِ حَقٍّ وَيَقتُلونَ الَّذينَ يَأمُرونَ بِالقِسطِ
مِنَ النّاسِ فَبَشِّرهُم بِعَذابٍ أَليمٍ
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah dan MEMBUNUH PARA NABI DENGAN JALAN TIDAK BENAR, serta
membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya (Ali 'Imran[3:21]).
Saya pernah berbincang dengan ayah angkat saya, bekas Panglima TUDM (1993-1996), Left. Jen (B) Tan Sri Abdul Ghani b. Tan Sri Abdul Aziz tentang
jenayah Yahudi lampau yang membunuh para Nabi. Beliau beri pandangan dari sudut lain
mengikut pandangan TENTERA: pembunuhan itu bukan hanya pembunuhan fizikal!
Tetapi merangkumi CHARACTER ASSASINATION atau PEMBUNUHAN KARAKTER.
Setelah diperhatikan, ada benarnya juga idea tersebut apabila
filem GILA-INNOCENCE OF MUSLIMS keluar..idea filem ini memang bertujuan
membunuh KARAKTER SUCI BAGINDA SAW.
Ayat di atas diturunkan sebagai sindiran kepada Yahudi sezaman nabi
kerana mereka senantiasa cuba sabotaj dan bunuh Nabi seperti hasutan sehingga tertubuhnya
tentera bersekutu dalam perang Ahzab/Khandaq, peristiwa baginda disihir dan
diracun..
Perkataan (يقتلون) MEMBUNUH dalam ayat di
atas juga menggunakan FI'IL MUDHARI' (present continuous tense) sebagai petunjuk
cubaan MEMBUNUH KARAKTER Nabi SAW tetap akan mereka lakukan walau selepas ribuan
tahun kewafatan baginda.
No comments:
Post a Comment