Selepas dilaknat, Iblis memohon agar tidak mati dan hidup
kekal bagi memastikan usahanya nak sesatkan anak Adam tercapai:
قالَ رَبِّ فَأَنظِرنى إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh
kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman:
Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh; (Sad[38:79-80]).
Selepas dihisab dan diseksa dalam neraka dengan dahsyat..Iblis tidak mampu
sabar, lalu meminta agar segera dimatikan:
وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنينَ
دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di
dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana
meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) (al-Furqan[25:13]).
Menurut Hadith riwayat Imam Ahmad & Tafsir Tabari ahli
neraka yang meraung meminta segera dimatikan ini adalah Iblis & pengikutnya.
* USAHLAH KITA JADI SYAITAN MANUSIA YANG SAMA MERAUNG DALAM
NERAKA BERSAMA IBLIS!
والعياذ بالله!!!
2 comments:
Ana membaca entri anda dlm alustaz 07, Bagus cuma ada ralat "tanda penutup kenabian" tu adalah cop mohor/cop kenabian. Memang dlm bahasa arab "khatam" tetapi bukan penutup. Hanya sebab cop pun kena tekap/tutup,sbb itulah disebut "khatam". Syukran
salam! TQ atas teguran..sbnrnya ke2 makna betul..jika diguna riwayat Khatam ia bermaksud penutup..jika dibaca khatim dia adalah cop..kedua tafsiran benar dan saling berkait...saya cenderung memilih khatam sbg penutup krn saya pegang nas dan riwayat yg kata begitu...rujuk Tafsir al-Alusi..
TQ atas tunjuk ajar!
Post a Comment