Saturday, October 12, 2013

MENJADI BIJAKSANA TANPA MINUM ATAU MAKAN PRODUK AJAIB BERASAS 30 JUZUK AL-QURAN ATAU SUNNAH?

Kebijaksanaan adalah idaman semua manusia. Manusia yang bijak mampu membuat keputusan terbaik. Sebenarnya kita mampu menjadi BIJAKSANA dgn menurut panduan al-Quran & Al-Sunnah. Perhatikan ayat ini:

قُل أَطيعُوا اللَّهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّما عَلَيهِ ما حُمِّلَ وَعَلَيكُم ما حُمِّلتُم ۖ وَإِن تُطيعوهُ تَهتَدوا ۚ وَما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ المُبينُ

Ertinya: Katakanlah lagi (kepada mereka): Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu dan JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU BEROLEH HIDAYAY PETUNJUK dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata (al-Nur [24:54]).

Dalam tafsiran ayat ini Imam al-Alusi mengambil kata-kata Abu Uthman (ulama salaf) mengatakan orang yang menjiwai SUNNAH RASULULLAH SAW secara menyeluruh AKAN BERBICARA DENGAN HIKMAH ATAU KEBIJAKSANAAN. Sebaliknya sesiapa yang mengikut hawa nafsunya akan BERBICARA DENGAN BID'AH DAN KESESATAN.

Ya Allah! Berikan kami HIKMAH dgn mengamal serta menjiwai SUNNAH NABIMU!

SEBUAH KISAH YANG MENUNJUKKAN BAGINDA SAW SEMEMANGNYA DIKURNIA KELEBIHAN JAWAMI' AL-KALIM (KATA-KATA YANG PADAT LAGI LENGKAP)

Pada zaman Sayyidina 'Umar, seorang Ahli Kitab dari Rum telah memeluk Islam kerana mendengar sepotong ayat al-Quran yang dibaca oleh seorang tawanan Muslim. Beliau terpegun dengan isi ayat tersebut yang sangat komprehensif dan terkumpul pengajarannya dalam kitab Tawrat, Zabur & Injil yang pernah dibacanya. Ayat tersebut bersama tafsir ringkasnya adalah:

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسولَهُ وَيَخشَ اللَّهَ وَيَتَّقهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ الفائِزونَ

Ertinya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah (dalam melaksanakan arahanNya) dan RasulNya (dalam melaksanakan sunnahnya) dan takut melanggar perintah Allah (pada umurnya yg telah lalu) serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah (pada apa yg tersisa dari hidupnya) maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan (dengan bebasnya dari neraka serta dimasukkan ke Dalam syurga) (al-Nur[24:52]).

Setelah mendengar penjelasan lelaki Rum itu, 'Umar berkata: Memang Rasulullah dikurniai JAWAMI' AL-KALIM (Kata2 yang padat lagi lengkap).

Disebut Dalam Tafsir al-Qurtubi.