Kebijaksanaan adalah idaman semua manusia. Manusia yang bijak mampu
membuat keputusan terbaik. Sebenarnya kita mampu menjadi BIJAKSANA dgn
menurut panduan al-Quran & Al-Sunnah. Perhatikan ayat ini:
قُل أَطيعُوا اللَّهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّما عَلَيهِ ما حُمِّلَ وَعَلَيكُم ما حُمِّلتُم ۖ وَإِن تُطيعوهُ تَهتَدوا ۚ وَما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ المُبينُ
Ertinya: Katakanlah lagi (kepada mereka): Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah
bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang
ditugaskan kepadanya dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang
ditugaskan kepada kamu dan JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU BEROLEH
HIDAYAY PETUNJUK dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab
menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang
nyata (al-Nur [24:54]).
Dalam tafsiran ayat ini Imam al-Alusi
mengambil kata-kata Abu Uthman (ulama salaf) mengatakan orang yang
menjiwai SUNNAH RASULULLAH SAW secara menyeluruh AKAN BERBICARA DENGAN
HIKMAH ATAU KEBIJAKSANAAN. Sebaliknya sesiapa yang mengikut hawa
nafsunya akan BERBICARA DENGAN BID'AH DAN KESESATAN.
Ya Allah! Berikan kami HIKMAH dgn mengamal serta menjiwai SUNNAH NABIMU!
No comments:
Post a Comment