Dalam
kuliahnya malam tadi di Surau Nur al-Syura, Ustaz Bukhari Muhammad dari Gombak
memberikan analogi yang cukup mudah untuk difahami tentang tanggungjawab
seorang ayah terhadap keluarganya. Kata beliau:
“Seorang
ayah yang baik lagi bertanggungjawab tidak akan sanggup bersenang lenang dengan
makanan terbaik sedangkan anak isterinya di rumah sedang menderita makan ikan
kering sahaja. Kalau ada ayah yang bersikap demikian, dia bukanlah seorang ayah
yang baik. Inilah perumpamaan seorang ayah yang hanya mahu ke syurga
berseorangan tanpa berusaha membawa anak isteri bersama. Ia berlaku dengan
kemalasan si ayah mendidik anak isteri dengan baik atau hanya beribadat
bersendirian tanpa menggalakkan ahli keluarganya.”
Apa
yang dianalogikan oleh ustaz tersebut sebenarnya dijelaskan oleh al-Quran.
Firman Allah:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا
النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ
اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Ertinya:
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (Taha[20:132]).
Juga
firman Allah:
وَأْمُرْ
أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ
نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (al-Tahrim[66:6]).
Juga
doa nabi Ibrahim AS:
رَبِّ
اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Ertinya:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku (Ibrahim[14:40]).
No comments:
Post a Comment