Alhamdulillah, semalam pada malam di ambang
merdeka (31 Ogos 2012) saya dijemput beri kuliah Maghrib di masjid Asy-Syarif,
Meru, Klang dengan tajuk: HUBUNGAN DENGAN AL-QURAN PASCA RAMADHAN. Antara isi
yang boleh dikongsi adalah:
MUQADDIMAH:
Saya bawa
ayat tentang 3 pembahagian umat nabi dalam berinteraksi dengan al-Quran. Firman
Allah:
ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا
مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ
وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُو الْفَضْلُ
الْكَبِيرُ (32)
Kemudian
Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari
kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim
kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di
antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang
mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang
demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Fatir[35:32]).
3 Golongan
itu adalah:
1) Menzalimi diri sendiri, tidak
mengendahkan al-Quran, melakukan dosa, dihumban ke neraka sebelum diampunkan,
lewat ke syurga, sempat mendiami A’raf, masuk syurga dengan syafaat nabi SAW.
2) Pertengahan, mengamalkan isi
kandungan al-Quran, melakukan kewajipan agama, masuk syurga dengan rahmat
Allah.
3) Terkehadapan melakukan kebaikan DENGAN
IZIN ALLAH, mengamalkan segala isi kandungan al-Quran, masuk syurga tanpa
hisab, ditempatkan bersama orang soleh.
3 BERADIK YANG TAK BOLEH DIPISAHKAN (RAMADHAN - AL-QURAN – TAQWA)
RAMADHAN & TAQWA
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan
kamu bertaqwa (al-Baqarah[2:183]).
* Ramadhan mampu mendidik manusia menjadi bertaqwa kerana Allah menggunakan perkataan MUDAH-MUDAHAN dalam perkataan yang mampu dicapai.
TAQWA MEMBENTUK NERACA KEHIDUPAN
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا
اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Wahai orang-orang
yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi
kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,
dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu.
Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar (al-Anfal [8:29] ).
* Taqwa yang dicapai hasil dari latihan semasa Ramadhan akan berkekalan selepas Ramadhan sebagai pembimbing tindakan orang beriman.
TAQWA & MA’RIFAH HANYA DENGAN AL-QURAN
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ
النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى
صِرَاطِ الْعَزِيز
الْحَمِيدِ
Alif,
Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai
Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita
kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah
Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji (Ibrahim[14:1]).
* Cara terbaik mencapai Taqwa dan Ma'rifat Allah adalah dengan al-Quran. Sesiapa yang cuba mengenal Allah dan mencapai Taqwa dengan sumber lain berkemungkinan besar akan tersilap masuk pintu yang boleh membawanya ke lorong yang salah.
CARILAH HIDAYAH DARI AL-QURAN
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ
عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ
فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى (123)
Allah berfirman:
"Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan
setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang
kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu
nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara (Taha[20:123]).
* Tanggungjawab orang beriman adalah mencari petunjuk dalam setiap ayat yang dibaca dengan mengembalikan percakapan Allah kepada DIRI SENDIRI bukannya orang lain, atau menyalahkan diri sendiri dalam sebarang teguran Allah pada setiap ayat.
JANGAN DITUTUP HIJAB IMAN SESUDAH RAMADHAN
وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآَنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ
وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآَخِرَةِ حِجَابًا مَسْتُورًا
Dan apabila engkau
membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad
dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding
yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu (al-Isra’[17:45]).
JANGAN TUNGGU HIJAB DIBUKA DI AKHIRAT
لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا فَكَشَفْنَا
عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
(Serta dikatakan
kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam
keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian
yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat
menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)“ (Qaf
[50:22]).
* Al-Quran yang dibaca pada bulan Ramadhan membantu membuka hijab mental yang tidak dapat melihat akhirat. Interaksi berterusan selepas Ramadhan membantu agar hijab tersebut senantiasa terbuka untuk mendekatkan lagi kita kepada Allah dengan PANDANGAN AKHIRAT.
JANGAN HANYA AKRAB PADA BULAN RAMADHAN-HATI-HATI
DENGAN KELUHAN NABI!!!
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا
هَذَا الْقُرْآَنَ مَهْجُورًا
Dan berkatalah
Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai“ (al-Quran [25:30]).
KESIMPULAN: Kekalkan momentum interaksi kita yang agresif dengan al-Quran pada bulan Ramadhan sehingga ke Ramadhan akan datang!