Baru-baru ni kawan saya bercerita tentang BOSS organisasi tempat dia kerja (dalam perjumpaan dengan staff) dengan PENUH YAKIN menjanjikan bonus 3 bulan gaji serta kenaikan gaji dengan peratusan tertentu..
Sepanjang si BOSS berucap & berjanji TIADA PUN LAFAZ INSYAALLAH keluar dr mulutnya..kawan saya yang agak beragama ini berasa tidak sedap hati & menjangkakan janji tersebut sukar dipenuhi..selepas perjumpaan itu staff semuanya bergembira dgn 2 janji tersebut.
Sepanjang si BOSS berucap & berjanji TIADA PUN LAFAZ INSYAALLAH keluar dr mulutnya..kawan saya yang agak beragama ini berasa tidak sedap hati & menjangkakan janji tersebut sukar dipenuhi..selepas perjumpaan itu staff semuanya bergembira dgn 2 janji tersebut.
Masa ditunggu tiba, bonus 3 bulan tertunai TAPI janji kenaikan gaji HAMPA! Pihak atasan menolak & akibatnya staff mengutuk si BOSS sehingga menenggelamkan jasa 3 bulan bonus! SUBHANALLAH! Walaupun nampak simple shj LAFAZ INSYAALLAH, namun ia mmg membuktikan ALAM INI MEMPUNYAI TUHAN YG MENTADBIRNYA..
Renungkan kisah dlm surah al-Qalam[68:17-32]...
إِنّا بَلَونٰهُم كَما بَلَونا أَصحٰبَ الجَنَّةِ إِذ أَقسَموا لَيَصرِمُنَّها مُصبِحينَ
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi;
وَلا يَستَثنونَ
Serta mereka tidak menyebut pengecualian (KECUALI DGN IZIN ALLAH/INSYAALLAH).
فَطافَ عَلَيها طائِفٌ مِن رَبِّكَ وَهُم نائِمونَ
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
فَأَصبَحَت كَالصَّريمِ
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
فَتَنادَوا مُصبِحينَ
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain
أَنِ اغدوا عَلىٰ حَرثِكُم إِن كُنتُم صٰرِمينَ
(Setengahnya berkata): Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya.
فَانطَلَقوا وَهُم يَتَخٰفَتونَ
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
أَن لا يَدخُلَنَّهَا اليَومَ عَلَيكُم مِسكينٌ
Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu.
وَغَدَوا عَلىٰ حَردٍ قٰدِرينَ
Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
فَلَمّا رَأَوها قالوا إِنّا لَضالّونَ
Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita).
بَل نَحنُ مَحرومونَ
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri).
قالَ أَوسَطُهُم أَلَم أَقُل لَكُم لَولا تُسَبِّحونَ
Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): Amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu)?
قالوا سُبحٰنَ رَبِّنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ
Mereka berkata (dengan sesalnya): Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!
فَأَقبَلَ بَعضُهُم عَلىٰ بَعضٍ يَتَلٰوَمونَ
Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela (KERANA MEREKA TIDAK MENGINGATKAN SESAMA MEREKA AGAR MENGUCAP INSYAALLAH).
قالوا يٰوَيلَنا إِنّا كُنّا طٰغينَ
Mereka berkata: Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas (KERANA CUBA BERSIKAP BAKHIL).
No comments:
Post a Comment