Aduhai! Habis tergendala urusan malam ini. Tak boleh isi asset declaration form, tak boleh taip buku, tuisyen anak untuk UPSR pun dibatalkan DEK KERANA BEKALAN ELETRIK TERPUTUS sejak petang tadi..setelah begini barulah aku faham ayat ini:
قُل أَرَءَيتُم إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيكُمُ الَّيلَ سَرمَدًا إِلىٰ يَومِ القِيٰمَةِ مَن إِلٰهٌ غَيرُ اللَّهِ يَأتيكُم بِضِياءٍ ...
قُل أَرَءَيتُم إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيكُمُ الَّيلَ سَرمَدًا إِلىٰ يَومِ القِيٰمَةِ مَن إِلٰهٌ غَيرُ اللَّهِ يَأتيكُم بِضِياءٍ ...
ۖ أَفَلا تَسمَعونَ
Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?(al-Qasas[28:71]).

* Kalau malam berterusan di bumi, matilah pokok kerana tidak dapat memproses makanan, kuranglah oksigen untuk haiwan dan manusia, baju dijemur tak akan kering, bau hapak baju lembab akan berleluasa di bumi, pembangunan bumi pasti terbantut, kemalangan jalan raya berleluasa kerana kegelapan malam, umur manusia pun pendek!
1 comment:
good................
Post a Comment