Sunday, April 11, 2010

ADAKAH MENGUTIP CUKAI HARAAAMMMM?

Setakat kajian, ilmu dan pemerhatian saya yang sikit dan terbatas ini..inilah hasilnya...

Menjelang April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan sesak dengan para pembayar cukai yang menjalankan tanggungjawab murni mereka terhadap Negara. Mengikut akta cukai pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka. Pendapatan yang mereka perolehi sama ada melalui sector awam atau swasta adalah hasil daripada naungan Negara yang makmur. Tanpa kemakmuran Malaysia, mustahil mereka boleh mencapai pendapatan yang berguna untuk kehidupan mereka. Ringkasnya hubungan antara pembayar cukai dengan kemakmuran Negara umpama simpulan rantai yang saling bertimbal balik dan tidak mungkin dipisahkan. Andai keduanya dipisahkan, sengsaralah rakyat dan pincanglah kemakmuran Negara.

Namun begitu, ada pihak yang mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka juga berhujah dengan sebuah hadith nabi SAW:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ صَاحِبُ مَكْسٍ

Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).

Hadith tersebut seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan menjadi haram dan zalim. Ia juga membayangkan bahawa semua kakitangan LHDN turut sama bersekongkol dengan pekerjaan haram yang bakal menghalang mereka ke syurga. Sebenarnya hadith di atas perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan yang bakal timbul.

Pada asalnya Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan social dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada 8 kumpulan (asnaf) sahaja dan ia sama sekali tidak boleh disalurkan kepada golongan selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]). Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi tujuan urus tadbir negara yang lain seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan sebagainya.

Berbeza perihalnya dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus Negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam (al-Tawbah[9:29]), Ghanimah: harta rampasan perang (al-Anfal[8:1]), Khumus: 1/5 daripada keseluruhan ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul (al-Anfal[8:41]) dan Fi’ : harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran (al-Hasyr[59:6-7]). Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan Negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Sayyidina ‘Umar al-Khattab RA semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10% yang dipanggil ‘Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari Negara musuh), 5 % kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah Negara Islam) dan 2.5% kepada peniaga muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi). Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh ‘Umar ini tidak lain adalah untuk menampung perbelanjaan Negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadith yang menyatakan “pengutip cukai tidak akan masuk syurga” tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan sayyidina ‘Umar masih lagi jahil sunnah nabi dan tidak akan ke syurga. Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan sebuah hadith yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Musnad Ahmad). Juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa’ al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadith yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ringkasnya, perkataan Muks merujuk kepada cukai yang dikutip dengan tujuan untuk menambah kekayaan pemerintah yang zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat jelata. Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibat daripada cukai sebegini jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat jelata bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah biasa mengutip cukai sebegini.

Menurut majoriti ulama’, pengenaan cukai oleh pemerintah sebenarnya berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dengan kata lainnya, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka (lihat Fatawa al-Azhar di bawah tajuk - الزكاة والضرائب).

Islam menegaskan bahawa para pemerintah wajib ditaati selagi mana mereka tidak menyuruh kepada maksiat. Sabda nabi SAW: Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagimana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat (Sahih al-Bukhari & Muslim). Kepatuhan kepada pemimpin dijelaskan lagi oleh al-Quran : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (al-Nisa’[4.59]).

Contoh terbaik bagi menimbulkan semangat patriotism kepada Negara dalam konteks membayar cukai, ialah kisah peperangan Tabuk yang berlaku pada musim panas tahun ke 9Hijrah. Demi untuk menjaga kedaulatan Negara Islam Madinah, baginda Rasulullah SAW telah mengerah penduduk Islam Madinah ke sempadan Syam (Tabuk) bagi menyekat kemaraan tentera Rom yang berhasrat untuk menakluk bumi Madinah. Misi perang Tabuk bukan hanya melibatkan pengorbanan jiwa raga, bahkan lebih utama lagi melibatkan pengorbanan harta.

Surah al-Tawbah (surah ke 9) yang merekodkan peristiwa perang ini mengarahkan umat Islam Madinah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dengan harta dan jiwa raga mereka. Cara al-Quran yang mendahulukan sebutan jihad dengan harta sebelum jihad dengan jiwa jelas membuktikan keutamaan sumbangan harta kepada Negara mengatasi perkara lain (al-Tawbah[9:44,81 & 88]). Teori ini disokong lagi oleh ayat-ayat lain dalam al-Quran yang juga mendahulukan jihad harta sebelum jihad jiwa al-Nisa’[4:95], al-Anfal[8:72], al-Tawbah[9:20], al-Hujurat[49:15]).

Allah juga mencela sikap kedekut sesetengah orang Islam yang enggan membelanjakan hartanya untuk mengisi dana perang. Firman Allah: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
(al-Baqarah92:195]).

Pembayaran cukai kepada Negara sebenarnya mengandungi manifestasi jihad harta kerana keselamatan Negara adalah agenda utama pemerintah sesebuah Negara dan pastinya segala bajet melibatkan aspek keselamatan berpunca daripada sumber cukai yang dibaktikan oleh setiap rakyat.

Setiap sen yang disumbangkan kepada Negara dalam bentuk cukai seumpama sedekah jariah kepada negara yang telah berjasa sekian lama memayung kita. Apabila membayar cukai, kita mesti menanamkan rasa bangga dengan kemajuan Negara seperti bangganya seorang ayah atas kejayaan anaknya. Si ayah tanpa segan silu akan berkata: Itulah anak saya. Kejayaannya itu adalah hasil titik peluh saya yang mendidiknya semenjak kecil. Dalam konteks Negara, dialog itu dibayangkan berbunyi : Inilah Malaysia yang makmur hasil daripada sedekah jariah saya dalam bentuk cukai kepadanya. Saya mempunyai saham dalam setiap inci kemajuan yang dimiliki oleh bumi Malaysia.

*** DULU SEBELUM BACA SENDIRI MENGENAI CUKAI, BAYAR DENGAN RASA TERPAKSA..TAPI SEKARANG..ADALAH SEDIKIT KESEDARAN..TAPI SAYA TETAP LEBIHKAN BAYAR ZAKAT..ITU MENJADI CABARAN KEPADA LEMBAGA HASIL UNTUK ISLAMKAN SISTEM CUKAI..TAPI BAGAIMANA?

20 comments:

Unknown said...

salam ustaz,artikel ini sangat menyedarkan, saya setuju kita harus mempunyai persepsi yang lebih adil tentang tanggungjawab membayar cukai, selama ini kita mengabaikannya. Bagaimana pula tuntutan Islam terhadap pemerintah untuk berlaku adil dan amanah dalam pengagihan kutipan hasil?

abdullahbukhari said...

itu akan ada rencana menyusul..kalau yang ni keluar utusan,saya susuldengan ni pula..JANGAN ROSAKKAN PATRIOTISME MEMBAYAR CUKAI DENGAN PENYELEWENGAN DANA CUKAI NEGARA

Unknown said...

hebat tajuk tu,maksudnya kedua-dua pihak ada tanggungjawab yang dituntut oleh Islam. Tapi adakah orang Islam sahaja yang harus bayar cukai. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam? Apakah pandangan Islam terhadap tanggungjawab orang bukan Islam dalam hidup bernegara terutama dalam urusan membayar cukai? hehe soalan ini akan ditanya nanti

perunding said...

saya tiada kemampuan utk berhujah dengan ustaz dalam hal ini dengan ilmu,
namun izinkan saya menyelitkan pandangan dan perasaan peribadi saya...

1.cukai itu sendiri berlawanan dengan fitrah hati manusia.

2.zakat sepatutnya bukanlah semata mata sistem kutipan...
ia sepatutnya suatu sistem ekonomi..

asas kepada ekonomi ialah interest rate...daripada interest rate market akan behave terhadapnya..
interest rate rendah orang tends to tak simpan ...manakala investment rate pula akan menyusul naik menyebabkan orang tends to invest..but later since orang dah kurang simpan,sources of investment dari saving berkurang menyebabkan saving rate perlu naik semula untuk tarik saving dan bla bla....exchange rate juga dikaitkan dengan interest rate ini...dan seterusnya hingga menjadikan ia satu sistem ekonomi yg lengkap...
cuma negatifnya ia selalu turun naik atau lebih tepat lagi ia menghasilkan hasil cycle of ekonomi yg sentiasa berulang setiap 10 tahun contoh 87,97 tahun merudum...

sedangkan perkara ini boleh diselesaikan oleh sistem zakat...
ia cuma akan merudum apabila IMAN merudum yg akan juga berlaku dalam sejarah manusia setiap 100 tahun atau mungkin 1000 tahun sekali...pemerintahan Islam sempat menikmati sistem ekonomi zakat,wakaf dll selama 1000 tahun sebelum ia merudum apabila merudumnya iman orang islam sedunia..

perhatikan konsep zakat ialah you spend,you invest,you donate,you serve the public you are not TAXED..it is ONLY when leave your asset/money IDLED then you are taxed by the rate of 2.5% ONLY.

Perkara ini tidak dapat di capai oleh sistem interest rate dan cukai...

akan tentang hal pendapatan kerajaan..ada alternatifnya sebagai contoh sistem wakaf,sistem manusia tinggi iman melakukan infaq,kifarah,zakat diserah secara peribadi dll.
namum saya kurang pandai untuk menghujahkan secara ilmiah dan berfakta dengan ustaz..

perunding said...

mohon maaf jugak kerana hujah saya tidak lengkap...

hujah saya sepatutnya

1.membentangkan dan membuktikan cukai berlawanan dengan fitrah manusia.

2.cukai telah menggantikan zakat..walaupun zakat itu tidak dihapuskan lagi..

3.sistem cukai beregu dengan sistem interest rate telah merosakkan ekonomi manusia dan juga hati fitrah manusia.

selagi saya tidak dapat mendatangkan dalil,fakta dan hujah maka anggaplah tulisan saya sekadar perasaan peribadi saya.

tera said...

Salam ustaz..saya pon bukan ustaz malah hamba ALLAH yang banyak berdosa..

Ustaz kata selagi Ulil-Amri tafsiran tuan ialah PEMERINTAH negara ( PM kot klu kat negara kite.. ) selagi PEMERINTAH@Ulil-Amri tidak mengarah kita melakukan maksiat...( Lebih kurang begini maksud Tuan kan? )

Pada pemahaman saya yang TIDAK PUNYA HAK UNTUK MENILAI SIAPAKAH ULIL AMRI YANG DIMAKSUDKAN OLEH ALLAH S.W.T,DAN RASULLULLAH S.A.W, saya berpendapat Hadis dan AL-Qur'an tidak boleh ditafsir sesuka hati..

Tapi da jadi tradisi orang kite,tafsir bulat2 maksudnya sampai " FITNAH itu lebih besar dari dosa nya dari MEMBUNUH " pon dijadikan DALIL supaya tidak boleh mengumpat...

pada saya CUKAI dan ZAKAT adalah berbeza kerana ;

1. dalil NAQLI ( al-Hajj : 78 )
2. dalil NAQLI ( hadis " tidak akan masuk syurga orang yang mengutip cukai )
3. dalil AQLI :
1. sejak bila cukai boleh ditukar dengan zakat???jizyah dan segala apa bentuk bayaran dalam islam pada zaman SAHABAT RASULULLAH S.A.W ( Khalifah ) adalah cukai ???
tidak mungkin...

2. Allah tak kan merubah satu pun ayat al-Quran didalamnya ( baca surah al-Maidah)-sokongan ( Sunatullah )

3. ni paling best.Cukai ARAK dan ROKOK PALING TINGGI DIKENAKAN..siap bentang dalam BAJET..ape cite ni???benda haram dalam dalil pon leh dicukai dan dibelanjakan untuk semua???

Itu sahaja pandangan saya ustaz...
Bagi saya TUAN sendiri ada jawapannya walaopun ustaz menafsirkan dalil NAQLI dengan akal fikiran Tuan...

TAAT kepada ULIL AMRI ( tafsiran Tuan ) selagi tidak menyuruh melakukan maksiat...

TAPI RUMAH URUT,PUSAT PELACURAN makin banyak???KELAB HIBURAN leh extend sampai pagi???ni dikira apa ya????

Asrul Iman Rosli said...

pikei positif, cukai rokok & arak tinggi supaye org kurangkan tabiat tu. lame-lame insya-Allah terus tak amek benda tu. rumah urut ape hanggok sume semakin meluas,bukannye kita nak masok pun.PM takde pun suruh kita masok.
betulkan diri sendiri dulu..mudahan kita diberi kekuatan untuk perbetulkan orang.

Faruk said...

Mengutip tol di jalanraya/lebuhraya macm mana? haram atau tak haram?? Tol dikenakan kepada mereka yang lalu jalan tersebut saja. Yang tak lalu jalan tu tak kena bayar. Haram atau tak haram??

criuson said...

Xboleh nak fikir postitif dah, kalau nak orang kurangkan tabiat hentikan penjualannya terus. Jangan nak guna duit cukai yang rakyat bayar utk buat kempen itu dan ini tapi lesen penjualan tetap diluluskan...

Pemimpin yang menentang Allah bukan lah ulil amri yg dimaksudkan - itu pandangan saya... Dalam surah Al-Baqarah ada menerangkan mengenai Allah dan rasul mengisytiharkan perang kepada mereka yg terlibat dengan riba. Pemimpin yang adil pastu tahu akan hal ini.

Maka jangan kita ambil sebahagian yang sesuai utk diri kita dan kita buang sebahagian lain yg mana tidak sesuai menurut kita...

Zahir Khan said...

Kalau kita jumpa perompak lalu kita suruh dia bertaubat, berhenti merompak lalu dia berkata "kalau aku tak merompak, macamana nak sara anak-bini aku", tentu kita tak terima, sebab dia mesti boleh buat kerja lain yang boleh mendapatkan wang.
Cukai tu tak ubah macam rompakan.
Kerajaan ada banyak punca lain untuk bina negara. Allah tak Zalim. Hinggakan negara padang pasir yg tak boleh nak bercucuk-tanam pon Allah bagi sumber lain, minyak umpamanya.
Tak payahlah nak membela benda yang dah salah.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".
12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Unknown said...

Awak pun kalau nK jawab jgn ikut kepentingan. Biar ikhlas,,, mencegah lebih baik dr menyokong atau membina adanya tmpt mcm tu,,, hujah budak sekolah drjah berapa ni? Sama dengan kata2 sekular demokrasi. Sebagai contoh? Islam malaysia sebagai pengganas? Dr bbc news dlm kes mh370? Habis semua hangin,,, huhuhu,,, ada bbc n cnn tu suh kita prcaya dengan berita dr media dia tu? Ape bezanya? Sadisssss

Unknown said...

BezNya dengan si pembayar kerana trpaksa itu soalan dan jawapan lain dlm bab cukai. Menumpang negara bumi orang mcm ni la,,, kerana trpaksa walau tahu benda tu mmg ttp salah,,, itu ada beza wahai saudara ku,,, ingat,,, segala perbuatan dan cara kita di muka bumi ni akan di hisab akhirat kelak. yg pasti semua manusia akan mati. Tiada yg kekal melaikan yg haq,,, Allahuakbar,,,

zuki said...

Assalamu'alaikum,
Apa kata-kata yang terkeluar dari Rasulullah saw tetap. "Mengutip Cukai itu "HARAM".

ZAKAT Tetap kena bayar tapi "CUKAI" tetap "HARAM"



Unknown said...

aku heran...sedangkan nak buang air kat kompleks kena bayar doploh sen.. ini kan pula nak duduk dalam sebuah negara....nak masuk syurga pun kena buat pahala beb...mana ada ada benda free...kalau ada pun...kentut kot...

Abdullah bukhari said...

Kepada semua yang komen...tapi kasih. .terpulanglah anda nak komen membina. .terpuji saya TIDAK MENGGUNAKAN AKAN SAYA DLM MENTAFSIRKAN NASS AGAMA...Ia saya rujuk Dr pandangan Qaradawi dlm kitab nya Fiqh al-Zakat & fatwa ulama al-Azhar.

Jika anda x setuju itu hak anda. ..tapi saya percaya para ulama lebih memahami REALITI HUKUM BERBANDING alim ulama Internet spt sstgh kita. .Allahu Alam.

sistem said...

Ustad ni belajar agama melalui negara yang amalkan demokrasi.. sebab itu suka hati dia ja cakap cukai tu halal dan boleh di lakukan di negara islam....

cukai di wujudkan bagi menyelesaikan Mashalahat yg terdapat dalam negara jika tida ada sumber yang mampu menjana pendapatan... seperti Minyak, komoditi, emas dan sebagainya...

bodoh ustad ni... yang buka blog ni pon bodoh..

kalo.tak boleh terima apa yg aku tulis.. boleb delete.. aku print screen siap2.. berani kerana benar.. bukan mengejat pangkat dan duit dalam kerajaam..

Unknown said...

Ok. Orang-orang yang baca blog memang bodoh dan bangang abadi la kan. Awak seorang je yang bijak pandai, intan, emas, permata. Kami tahu la kami ni tidak sepandai saudara, tapi kami tahu bezakan antara baik dan buruk.

Jadi saudara, kalau nak membodoh-bodohkan orang tu. Tengok la keadaannya. Jika dengan kawan-kawan boleh la. Ini dengan orang ramai. Jangan tunjuk anda bagus dalam semua aspek.

Dezuyr said...

Saya nak tanya mengenai Malaysia, pada pandangan saya, kerajaan menjalankan cukai yang menyimpang daripada hukum hakam Islam bahawa cukai tersebut dijalankan bagi menampung hutang negara yang terlalu banyak sehinggakan bermacam-macam cukai dijalankan. Kalau hendak dikatakan cukai boleh dilaksanakan di dalam keadaan terdesak, adakah Malaysia memang terdesak ataupun mempunyai niat sebaliknya? Dan jika hendak menerangkan hukum hakam Islam, saya dapati post ini menyokong sepenuhnya cukai-cukai yang dijalankan di Malaysia sedangkan cukai tersebut sepatutnya dijalankan secara sedikit dan tidak MEMBEBANKAN seseorang.

Abu Imran said...

Setuju dan tidak bermakna kita mengatakan Qardhawi itu salah. Sheikh Qardhawi berhujah dengan matlamat hendak 'menghalalkan sistem yg baru'. Sepatutnya Sheikh Qardhawi menghuraikan sistem ekonomi Islam yang bebas Riba, yang dipraktikkan selama-lamanya 1,000 tahun.

Unknown said...

Cukai pendapatan dan GST haram
Dan pengutip tetap masuk neraka