Sunday, August 26, 2012

INDAHNYA MENJADI ORANG MU'MIN!

TERSENTUH HATI INI...MENGGUNUNG HARAPANKU..KU RASAKAN INI TAZKIRAH TERBAIK DARIKU SEPANJANG RAMADHAN INI 1433H!

ALLAH! ORG MU'MIN DITANGISI KEMATIANNYA OLEH LANGIT & BUMI TETAPI TIDAK PADA FIRAUN,SI KAFIR & SI JAHAT...

فَما بَكَت عَلَيهِمُ السَّماءُ وَالأَرضُ وَما كانوا مُنظَرينَ

Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh ...
lagi (al-Dhukan[44:29]). 
Dalam  ayat ini Allah menyindir tentang kematian Firaun dengan ayat ini. Ia berlegar dalam kisah keMAMPUSAN Firaun ditelan laut...

Dalam pentafsiran ayat ini, Imam Abu Ya'la & Imam Abu Nu'aym membawa hadith tentang di langit ada 2 pintu menanti orang mu'min setiap hari, iaitu 1 pintu menurunkan rezeki & 1 pintu naiknya amalan..bila tiada lagi amalan naik & tiada lagi rezeki diturunkan kerana kematian orang mu'min, langit akan bersedih...

Bumi yang menjadi tempat sujud & beribadat orang mu'min jugag bersedih apabila tiada lagi Si mu'min beribadat di atasnya..
Bahkan Malaikat penanggung Arasy yang amat besar pun senantiasa berdoa kepada orang mu'min:
 
 
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7)
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آَبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8)
 
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ghafir[40:7-8]).
 
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG BERIMAN LAGI SOLEH YANG DIHARAP JASANYA OLEH LANGIT & BUMI SERTA DIDOAKAN SEPANJANG MASA OLEH PARA MALAIKAT!

(DIEDIT DARI FB BERTARIKH 14 OGOS 2012)

No comments: