Posting hari ini mungkin agak ringkas sahaja..semalam ketika kami sedang makan malam..anak perempuan saya yang berusia 6 tahun bertanya..Walid! Masalih Mursalah tu apa?
Mendengar soalannya saya amat terkejut..macamana Adna Soleheh boleh terfikir nak bertanya soalan sedemikian? Itu memang soalan budak Universiti..mungkin kerana beliau asyik dok menonton tayangan Rancangan ISU RTM tentang cukai tenpohari..dalam rancangan itu saya berkali-kali mengatakan bahawa kutipan cukai menggunakan kaedah Masalih Mursalah..tapi tanpa disangka seorang budak berusia 6 tahun boleh tertarik dengan istilah itu.
Dalam gambar: Asma Sofiah, Ahda (anak arinta) & Adna Solehah
Anak bongsu saya ini memang di luar jangkaan..tahun lepas ketika pihak RTM & TV3 sedang galak menayangkan perhimpunan agung UMNO hampir pada setiap detik..Adna juga bertanya kepada saya ketika saya sedang bersiap untuk keluar mengajar, katanya: Walid nak pergi mana tu? UMNO ke? Saya dan isteri terkejut besar dan tertawa dengan soalan tersebut.
Pernah suatu hari semasa cuti Mawlid Nabi, Adna balik rumah dan berkata: Ummi, Cikgu Sal (cikgu tadika dia) cakap besok cuti, sebab besok hari jadi nabi Muhammad. Betul ke Ummi?
Ummi jawab: Ye lah dik! Adna tanya lagi: Hari jadi tu buat kat mana? (dengan sangkaan majlis hari jadi nabi akan diadakan seperti kebiasaan majlis orang kita).
Ummi jawab: Eh adik! nabi Muhammad dah mati dah. Adna tertanya-tanya sambil berkata: Kenapa dia mati? sakit apa? sakit jantung ke?
Isteri saya terkejut dengan soalannya yang memang tidak disangka-sangka.
Moral ceritanya ialah:
1) Kanak-kanak sekarang sduah begitu terkehadapan dengan berbagai pendedahan. Oleh itu, memang sepatutnya kita senantiasa berinteraksi dengan mereka, mendengar buah fikiran mereka dan hargai pemikiran mereka.
2)Awasi dan kawallah TV kerana ia adalah guru yang paling senang mempengaruhi anak-anak kita..silap berteleku menonton rancangan sampah (seperti HIgh School Musical yang menerapkan budaya Barat tanpa sempadan agama)akan meninggalkan kesan buruk kepada otak kanak-kanak.
3)Anak-anak adalah generasi akan datang, oleh itu didiklah mereka dengan sempurna (mengambil kira aspek emosi, agama dan sebagainya). Kerosakan generasi akan datang diukur pada sejauh mana kemampuan kita mendidik mereka.
No comments:
Post a Comment