Thursday, March 12, 2009

WoW!! Gaji RM 5.1 juta setahun..



Sumber:

Saya sangat terkejut dengan pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

Saya telah membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi saperti berikut:

Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500-00 sebulan, , ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen tiap bulan;

3. Kalau disbanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000-00 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau disbanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50-00 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji/ pendapatan Pengerusi/ Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

Islam mengajar kita supaya berhemah, berjimat dan sentiasa mengutamakan orang lain terutamanya kalau melibatkan rakyat miskin dan bawahan. Tetapi nampaknya Kerajaan Islam Hadhari Malaysia menepati apa yang disebut oleh pujangga Islam tersbut.


Yang benar,

Zulkifli Bin Noordin

Rabu: 14 Rabi’ul awal 1430 / 11 Mac 2009

ULASAN SAYA:

KALAU BENARLAH MAKLUMAT DI ATAS, KERAJAAN PERLU MENILAI BALIK PERKARA INI. APAKAH KEPERLUANNYA MEMBAYAR GAJI SEBANYAK ITU KEPADA SEORANG INDIVIDU YANG SUDAH SEDIA KAYA. APAKAH SUDAH HABIS KEBAJIKAN RAKYAT MISKIN DIBELA OLEH KERAJAAN. SEBENARNYA FENOMENA INI JIKA DIBIARKAN AKAN MELAHIRKAN JURANG SOSIAL DAN EKONOMI YANG TIDAK SEIMBANG..YANG KAYA AKAN BERTAMBAH KAYA DAN TAMAKKAN HARTA..

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ust,
perkara ni dah jadi keterbiasaan bagi kroni2 kerajaan sekarang. saya pernah bekerja di bahagian IT, tahu gaji pengarah syarikat, CEO dsbgnya. Biasanya kalau kes sebegini Tan Sri ni memegang jawatan dalam anak2 syarikat Puncak niaga. Katakan ada 20 anak syarikat dan setiap syarikat beliau menerima 25K ...so 25K x 20 equal to 500K per month dan x 12 tak ke lebih dari 5 Million per year.

Tan Sri ni adalah bekas lawyer Muhammad Taib.

My big Bos dulu, masa nak jadi kroni, kena sign surat offer letter dan surat resign letter tanpa tarikh. Tak leh simply decide apa2 sangat.

Elok sangat lah tuh Pembangkang ambil alih Selangor nih.