Thursday, December 10, 2009

ARTIKEL AKU DALAM NANYANG SIANG PAW!






Nak jadi cerita, semalam, semasa masuk pejabat TEMU (Testing and Measurement) CELPAD, Saiful beritahu aku ada seorang wanita Cina telefon aku. Aku pelik juga, mungkin orang ELKEN kot, kata hatiku, itu mesti nak tukar filter R.O Water kat rumah aku..ahh malas nak layanlah!

Kemudian, semasa sedang menunggu untuk ambik stok air dialisis (CAPD) di Hospital Selayang, wanita Cina itu call aku lagi sekali dan memperkenalkan dirinya sebagai Chia. Dia call dari paper Nanyang Siang Paw...biar betul, aku kata! Katanya dia berminat nak publish rencana aku dahulu yang pernah keluar dalam Utusan Malaysia tentang Cukai.

Kemudian dia adalah tanya beberapa term yang aku guna dalam rencana tersebut, di antaranya siapa Rasulullah SAW dan Khulafa' al-Rashidin. Aku agak terkejut dan aku rasa ini peluang yang baik untuk menjadikan rencana ini satu jambatan untuk mendekatkan Islam kepada masyarakat Cina di Malaysia. Kata Chia..rencana itu akan dipublish dalam paper tu pada 30 Disember...tunggulah ye! itupun kalau anda faham bahasa Cina.

4 comments:

Topsy Kretts said...

tak kisah la bahasa apa pun.. yg penting message tu sampai..

abdullahbukhari said...

Bro!lama tak dengar berita,lua apa khabar,..wa cayalah lu erggh! lama tak jumpa razzi..ada perkembangan dr segi saiz?kahwin?

Topsy Kretts said...

xde perkembangan apa2. dok concerntrate ngn study je skng ustaz. hawau u?

abdullahbukhari said...

hawau u? good word! double meaning tu...tapi saya ambik yang baik je..eh citer baru takde ke? tlg cari the rock sean connery