Thursday, March 11, 2010

AN INTERVIEW WITH MOHAMMED BY EHSAN JAMI

RUPANYA ADA YANG TAK SETUJU DENGAN POSTING SAYA TENTANG KONTROVERSI UMUR AISHAH..BIASALAH TAK KAN NAK PAKSA SEMUA ORANG SETUJU DENGAN KITA..KITA KENA HORMATI PANDANGAN DAN PILIHAN ORANG..KALAU SAYA BOLEH SETUJU DAN HORMAT DENGAN PANDANGAN ORANG..RASANYA ADIL JUGA KALAU ANDA MENGHORMATI PANDANGAN DAN PRINSIP SAYA..

ANDA BOLEH BAGI AMARAN KEPADA ORANG JANGAN MASUK BLOG SAYA..TAPI SEDARKAH ANDA BAHAWA ANDA SEOLAH-OLAH TELAH MENGHALANG ORANG DARIPADA MENUNTUT ILMU, KALAU APA YANG SAYA SAMPAIKAN DALAM BLOG NI TIADA SANDARAN,TOLAKLAH. TAPI KALAU APA YANG SAYA SAMPAIKAN ADA SANDARAN DARI AL-QURAN DAN HADITH & AQWAL ULAMA' BERANIKAH ANDA MENGHALANG ORANG DARIPADA MEMAHAMI KETIGA-TIGA SUMBER ITU..ATAU ANDA MUNGKIN DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENGHALANG DARI JALAN ALLAH YANG SERING DISEBUT AL-QURAN SEBAGAI AL-SADD 'AN SABILILLAH (al-Baqarah[2:217],al-Anfal[8.34], al-A’raf[7.85-86]).FIKIRKANLAH!

TIDAK DINAFIKAN, ANTARA CONTOH KELEMAHAN BERFIKIR SESETENGAH MUSLIM ADALAH TAKUT UNTUK BELAJAR SESUATU YANG BARU. NIAT ALLAMAH MUHAMMAD HABIBUR RAHMAN AL-KANDAHLAWI TU MURNI SEKALI KERANA HENDAK MEMBERSIHKAN NAMA NABI. KITA SEPATUTNYA BACA DAN HARGAI KAJIANNYA, BUKAN HALANG TERUS KERANA BERTENTANGAN DENGAN PERIWAYATAN..PERLU DIJELASKAN DI SINI, PERIWAYATAN PUN BANYAK SEKALI MARTABATNYA..ITULAH SEBABNYA ULAMA KITA MEMBANGUNKAN ILMU HADITH DENGAN TUJUAN UNTUK MENAPIS SEGALA PERIWAYATAN ITU.

CUBA ANDA SEMUA LIHAT DAN DENGAR KENAPA PERLUNYA KITA MENILAI KEMBALI ISU INI KERANA NABI KESAYANGAN KITA SUDAH SEKIAN LAMA DIPERLEKEH DAN DIPERSENDAKAN OLEH BUKAN ISLAM KERANA ISU YANG MASIH SAMAR INI..LIHAT RENCANA SAYA DI BAWAH INI:

KAHWIN KANAK-KANAK MENCEMAR NABI NABI SAW

Belum pun reda daripada kontroversi penderaan kanak-kanak sehingga mati, masyarakat Islam di Malaysia digemparkan pula dengan perkahwinan luar biasa di Kelantan di antara lelaki dewasa berusia empat puluhan dengan kanak-kanak perempuan di bawah 12 tahun. Isu ini mengundang kemarahan semua pihak kerana kanak-kanak perempuan semuda itu sepatutnya berada di bangku sekolah menuntut ilmu demi untuk kecemerlangan masa depannya. Tambahan pula usia semuda itu sama sekali tidak sesuai untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri apatah lagi melayan kerenah suami yang lebih layak mereka gelar sebagai ayah.

Apabila peristiwa ini berlaku, mungkin ada yang cuba membenarkannya dengan mencari hujah serta dalil daripada sumber agama Islam. Kebiasaannya umat Islam akan mengatakan, baginda Rasulullah SAW sendiri pun berkahwin dengan Aishah RA ketika beliau berusia 6 tahun dan bersama ketika berusia 9 tahun. Keghairahan untuk mengikut sunnah nabi sebegini mungkin menjadi faktor pendorong kepada lelaki tersebut untuk menjadikan gadis belasan tahun sebagai isterinya. Walaupun di dalam aspek lain mereka belum tentu benar-benar mengikuti keseluruhan sunnah nabi seperti menjaga agama, menjaga akhlak dan sebagainya.

Mereka mungkin juga terlupa tentang satu sunnah nabi yang penting di dalam aspek perkahwinan iaitu mengelakkan fitnah di sebalik perkahwinan. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW mengarahkan sahabatnya Abdul Rahman bin ‘Awf yang baru berkahwin agar mengadakan kenduri ringkas dengan menyembelih seekor kambing untuk menjadi satu maklumam kepada masyarakat tentang perkahwnannya yang sah (Sahih al-Bukhari). Makluman ini bertujuan untuk mengelakkan fitnah yang bakal timbul di sebalik perkahwinan itu.

Merujuk kepada isu umur Aishah ketika berkahwin dengan nabi, sudah sampai masanya umat Islam sedunia mencari pemurnian yang sepatutnya terhadap fakta ini. Kebiasaannya para ilmuwan Islam akan bermati-matian cuba untuk menjustifikasikan perkahwinan baginda SAW itu dengan berbagai-bagai rasional dan logik. Namun begitu, golongan bukan Islam dan orang awam Islam masih teragak-agak untuk menerima fakta atau logik tersebut yang ternyata tidak besesuaian sama sekali dengan reality zaman moden. Contohnya seorang ahli poltiik Belanda yang berasal dari Iran “ Ehsan Jami ” merangkap pengerusi persatuan bekas muslim Belanda telah menghina Rasulullah dengan menerbitkan filemnya bertajuk “An Interview With Mohammed”. Dalam filem ringkas ini, beliau telah menjadikan perkahiwnan baginda SAW dengan kanak-kanak emuda Aishah itu sebagai bahan momokan dan ejekan.



Oleh itu, umat Islam perlu lebih terbuka dan berani untuk menilai semula fakta tersebut bagi membersihkan nama nabi SAW daripada gelaran pedophilia. Perlu dijelaskan bahawa kajian yang dibuat tentang fakta tersebut sama sekali tidak akan menjatuhkan atau menghina periwayatan silam yang meriwayatkan fakta tersebut selagi mana ianya disokong dengan hujah dan fakta daripada sumber Islam yang sohih.

Seorang ulama India tersohor Allamah Mohammad Habibur Rahman Kandahalwi telah menjalankan kajian terperinci tentang isu ini. Kajian beliau itu kemudiannya dibukukan dengan tajuk Umer-e-Aishah” (Umur ‘Aishah)/ Age of Aisha. Kesimpulan akhirnya, beliau berpendapat fakta 6 dan 9 pada umur perkahwinan Aishah dengan nabi adalah kurang tepat. Angka itu berkemungkinan berasal daripada pihak musuh Islam yang cuba sedaya mungkin untuk mencemar nama nabi. Beliau sebaliknya berpendapat usia Aishah ketika berkahwin dengan nabi ialah belasan tahun di antara 16 ke 19 tahun. Hujahnya itu disokong oleh fakta daripada hadith Sahih dan sejarah. Lebih menarik lagi, kajian beliau itu dapat dicari ddalam laman internet secara meluas.

Lontaran pemikiran sebegini bukan bermaksud untuk meruntuhkan bangunan Islam yang sudah sedia kukuh, cuma memberikan fakta alternative lain yang sememangnya disandarkan kepada hujah dan fakta. Kajian Allamah Mohammad Habibur Rahman Kandahalwi tidak seharusnya dicela kerana beliau berniat suci ingin membersihkan nama nabi daripada celaan musuh Islam. Kalau perlu hasil kajian tersebut diwartakan di seluruh dunia Islam agar nama nabi Muihammad SAW mengharum seharum jasa yang ditinggalkan baginda. Kalau kita berpegang dengan angka 16-19 sekalipun, keunggulan Rasulullah SAW tidak akan terjejas bahkan lebih mudah untuk didekatkan kepada golongan bukan Islam yang galak mengatakan nabi seorang pedophilia.

6 comments:

perunding said...

ya saya ustaz...

perunding said...

salam alaika ya ustaz,

saya tak risau menulis(merespon) di laman ustaz kerana saya kenal ustaz, ustaz pun kenal saya..

izinkan saya memberikan respon saya pula.
secara umum saya amat bersetuju dengan ustaz dan mengharapkan masyarakat islam dunia juga menerima bukti yg diketengahkan.

akan tetapi izinkan saya menganggap hukum feqah tentang bolehnya berkahwin pada usia kanak-kanak diteruskan biarpun hujah ustaz diterima.

hujah saya bermula begini:

1.menyukai kanak2 ada dalam naluri manusia (kesemua lelaki atau sebahagian manusia,saya tidak pasti).
bukti:
terdapat banyak kes terutama di dunia barat kes child pornography,child sex abuse dll.

bagaimana dunia menangani hal ni?
dunia menganggap ini satu jenayah,
begitu juga hukum feqah, mengharamkannya sekeras-kerasnya.

dan feqah menambahkan satu jalan keluar lagi iaitu membenarkan kahwin kanak-kanak.
(sukakan kanak2 tidak semestinya berunsur sexual,berkahwin kanak2 tidak semestinya berunsur seksual semata2)
menyelesaikan kesan lepas peperangan,kebuluran dahsyat spt di afrika dll.

perunding said...

mari kita lihat bukti bandingan,
lihat hal lesbian,homoseksual.
barat setengahnya menghalalkan dan membenarkan perkahwinan sejenis.

sedangkan feqah islam mengharamkan sekerasnya, sehingga kaum Luth diterbalikkan, dan bergegar Arash bila perkara itu dilakukan.

padahal secara logik akal,lesbian dan homoseksual tidak mendatangkan sebarang kemudaratan,tiada aspek penindasan malah menegakkan kesaksamaan!!

kesimpulan pertama, Islam menetapkan suatu hukum biarpun ia nampak berlawanan dengan logik akal.

hujah seterusnya.
sistem perhambaan.

Feqah Islam tidak melarangnya.
Barat mengharamkannya sekitar tahun 1800.
Islam menyelesaikan perhambaan dengan hukum feqah iaitu dengan menggalakkan membebaskan hamba untuk pelbagai tujuan seperti dapat pahala besar dan sebagai bayaran kifarah.
Hasilnya,tiada lagi hamba dalam masyarakat Islam.
Tetapi tidak diharamkan kerana suatu hari nanti akan berlaku lagi peperangan dunia yg menyebabkan terhasil hamba semula.
(dan kemudian galakkan sedekah akan menyelesaikan semula perhambaan itu)

sedangkan barat pernah wujud industri perhambaan sekitar abad 15,16,17,18.ingat cerita Kunta Kinte.
Adakah mengharamkan perhambaan lebih baik dari hukum feqah Islam?

kesimpulan kedua,
Hukum feqah Islam berbentuk cycle dan recyle untuk sepanjang zaman sehingga hari kiamat.

hujah seterusnya, Poligami
sepanjang zaman, di negeri China,India dll orang kaya/kuasa ada beratus gundik/isteri dll..sehingga kini masih diamalkan di Afrika.!!
Barat mengharamkan kahwin lebih dari satu tetapi menghalalkan zina seperti mistress.
Feqah Islam sekali lagi menyelesaikan persoalan ini membenarkan sehingga 4 isteri at one time.
Apakah barat dapat selesaikan masalah sosial?
Apakah barat dapat selesaikan persoalan fitrah manusia sejak zaman 50,000 tahun dahulu?
Sedangkan Feqah Islam poligami dapat menyelesaikan multiple persoalan dalam satu masa!!!
kerana poligami menyelesaikan
a)lelaki yg kuat
b)meningkat ekonomi
c)meramaikan zuriat,population yg besar..Malaysia target 70juta by 2020.
d)menurunkan kadar kahwin lewat,tidak kahwin,ramai perempuan.
e)jika berlaku peperangan dan kebuluran,tsunami dll..lelaki ramai mati.

kesimpulan ketiga,
Feqah Islam memberi penyelesaian menyeluruh,multiple dan sepangjang masa dan meliputi seluruh dunia.

hujah terakhir.
Jihad

Feqah Islam menggalakan nya sehingga mendapat pahala besar,darjat yg tinggi,hidup dan rezeki di sisi Allah.

sedangakan akal sangat menolaknya kerana keganasan,kehilangan nyawa,harta,tempat tinggal,keamanan,kasih sayang dll.

sejarah dunia dari zaman anak Adam sehingga ke hari ini manusia terus berperang,tak kira puak kamakameha di Hawaii atau puak Zulu di afrika atau zaman Inca,Tartar,Sparta,Rome,Babylon,Egyptian,Persian semuanya berperang.

Barat memperkuatkan tenteranya tetapi menyuruh AlAzhar kita memadamkan selibus JIHAD dan mengarahkan negara Islam seperti Malaysia dan Pakistan menghentikan bantuan kepada sekolah SAR!!
Barat juga mengatakan kita Islam berkembang dengan mata pedang.

kita pula menyahut dengan mengatakan slogan baru..
Jihad Nafsu lebih besar.
Jihad Ekonomi lebih perlu.
Jihad Ilmu lebih utama.
Jihad menentang kemiskinan penting.

kesimpulan akhir saya,
biarpun Hujah Ustaz diterima untuk kebaikan menyeluruh, saya tetap yakin apa yg diboleh feqah atau tidak dibolehkan feqah pasti ada hikmah.
Wallahualllam.

abdullahbukhari said...

setuju-setuju,dlm kes ni kita ada 2 pilihan:
1)pakai yg sedia ada nabi akhwin ketika aishah berusia 6 tahun &defend nabi dgn guna hujah khairi tu...cuma nampak pjg lebarlah..org kafir malas berfikir dia akan tetap tolak

2)tolak riwayat tu,kemudian guna kajian allamah india tu..lebih senang dan logik serta ringkas nak berhujah dgn org kafir..

Pokonya kedua2 idea adalah utk bersihkan nama nabi..mana yang anda rasa sesuai silakan...

sam1528 said...

a'kum ustaz ,

Sesuatu yg ramai pengkritik lupa adalah tentang keadaan masa dulu berbanding dgn keadaan masa sekarang.
Ada beberapa aspek yg kita kena tinjau dulu
1) Kalau perkawinan Nabi Muhammas(saw)dgn Aishah(ra) salah dari segi umur Aishah(ra) , tentu sekali masyarakat arab pada masa tersebut akan herdik baginda dgn sekeras keras dan digunakan sebagai hujah utk tolak Islam. Setahu saya tak ada dlm sejarah Islam yg ini telah jadi isu pada masa tersebut. Ini bermakna umur tak dianggap penghalang pada masa tersebut.
2) Ini dikuatkan lagi dgn apa yg terdapat dlm 'catholic encyclopedia' tentang umur Mary dan Joseph. '..a respectable man to espouse Mary, then twelve to fourteen years of age. Joseph, who was at the time ninety years old..'. (ref : http://www.newadvent.org/cathen/08504a.htm).
3) Hingga tahun 1910 (hanya 100 thn lepas) , umur minima untuk perempuan kawin adalah 7 thn di Delaware (USA) dan 10-11 thn pada tempat lain. '...the age of consent at the age of ten or twelve, and in one state, Delaware, the age of consent was only seven..'. (ref : http://womhist.alexanderstreet.com/teacher/aoc.htm)
4) Europe pada zaman pertengahan pun berlaku 'kawin kanak2'.
'..in 1396, Richard II of England was joined in marriage to young Isabel of France, who had been 7 years old..'.
'..The very idea of child marriage -- the use of a child as a bargaining chip, a counter in the game of family politics and inheritance -- is as abhorrent to us as it was apparently completely non-exceptionable in the 14th century..'
(ref : http://www.thedigitalfolklife.org/childmarriage.htm)
5) Isu ini telah digunakan oleh para missionary kristian tapi mereka lupa dalam bible mereka tak ada halangan kalau kawin 'kanak2 perempuan' yg sudah baligh.
ezekiel16:7-8 '..Your breasts were formed and your hair grew, you who were naked and bare. 8 " 'Later I passed by, and when I looked at you and saw that you were old enough for love, I spread the corner of my garment over you and covered your nakedness. I gave you my solemn oath and entered into a covenant with you.." (bible niv).
6) Tak payah nak cakap pasal pegangan Hindu etc pasal tersebut tetap berlaku hingga ke hari ini.

Rumusan dia , para pengkritik yg kritis terhadap perkawinan antara Nabi Muhammad(saw) dan Aishah(ra) patut cermin diri mereka sendiri dan semak balik kitab mereka sendiri. Kalau mereka tu atheist , sehingga tahun 1910 , undang-undang sekular di USA membenarkan tersebut. Ini kes kata orang , dia lebih.

Wallah hu alam

abdullahbukhari said...

Tq sham! point macam ni yang kita nak...info baru bagi saya