Saturday, June 19, 2010
AKU PENING BILA ORANG ISLAM PUN PENING?
BACA DAN NILAI LAPORAN AKHBAR INI. PENING SUNGGUH...KONTRA SUNGGUH PANDANGAN 2 PEMIMPIN INI...NAMPAKNYA PEMIMPIN CINA LEBIH ISLAMIK DARIPADA PEMIMPIN MELAYU
KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.
"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.
Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.
Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.
"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.
ULASAN SAYA:
1-SEBARANG SYARIAT ALLAH PERLU DILIHAT DALAM SKOP YANG LUAS..JANGAN SEMPIT KERANA MATA MANUSIA TAK SAMA DENGAN PENGETAHUAN ALLAH..DIALAH AL-HAKIM(MAHA BIJAKSANA), AL-ALIM (MAHA MENGETAHUI). ISU JUDI NI SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, KALAU KITA TETAP NAK PERTAHAN DENGAN BERBAGAI ALASAN SEKALIPUN, SKOP PENGLIHATAN MANUSIA TETAP TERBATAS BERBANDING PENGETAHUANALLAH YANG JAUH LEBIH LUAS..TENGOK SAJA ISU JIHAD..
AL-BAQARAH[2.216] Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
2-JUDI MASALAH BERANTAI, IA MELIBATKAN BANYAK PERKARA..SILA BACA LINK INI TENTANG KISAH SITI YANG HAMPIR MURTAD KERANA TERJERAT DENGAN CETI HARAM. BUKAN SITI YANG BERJUDI TETAPI SUAMINYA, SUAMINYA MEMAKSA SITI MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN DENGAN CETI SEHINGGA HAMPIR MEMUSNAHKAN HIDUPNYA...INI CONTOH BAHAYA JUDI..
TAKUTLAH KEPADA ALLAH...JANGAN SEKALI-KALI KITA BERKATA:
"ISU LESEN JUDI INI BUKAN ISULAH! LAGIPUN KERAJAAN DAPAT DUIT CUKAI DARINYA", ATAU
"TUJUAN KITA BAGI LESEN ADALAH UNTUK MENGAWAL JUDI HARAM"..APA BEZANYA DENGAN DIALOG INI:
"KITA BAGI LESEN BERZINA KEPADA RUMAH URUT TU KERANA NAK KAWAL PERZINAAN HARAM DAN PEMBUANGAN BAYI, KALAU DAH MENGANDUNG PENZINA BERLESEN KENA REGISTER ANAK HARAM TU..SO TAK DELAH LAGI BAYI DIBUANG..NEGARA PUN AMAN, LAGIPUN DUIT LESEN ZINA AKAN MENJADI PENDAPATAN NEGARA..BARULAH RAKYAT SELESA SIKIT??????"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
anda berhak menyatakan pendapat anda begitu juga saya..tapi berdasarkan pengalaman..MALAS NAK LAYAN ISU WAHABI NI..TAK AKAN HABIS..DAN TAK BANYAK FAEDAH UNTUK UMAT ISLAM..KALAU ANDA MENGUMPULKAN HUJAH MENYESATKAN WAHABI..MEREKA JUGA AKAN KUMPULKAN HUJAH MENYESATKAN ANDA..KATA DR HAYEI (TAK TAHULAH KALAU DIA PUN WAHABI PADA PANDANGAN SESETENGAH ORANG)..ISU LAPUK,JANGAN DIBUKA,DIULANG SIAR..X BANYAK FAEDAH UTK UMAT ISLAM..
JANGAN TERSILAP KENAL MUSUH..UDAH2LAH TU..ISI MASA DENGAN ELAJARI AL-QURAN DAN HAYATI ISINYA..ISU KHILAFIAH X AKAN HABIS SELAGI KITA NI BERGELAR MANUSIA.
Post a Comment