
Kisah dari Zaynab isteri kepada Abdullah Ibn Mas'ud. Pada suatu hari Ibn Mas'ud pulang & mendapati di leherku terikat benang azimat. Beliau bertanya: Apa yg terikat di lehermu?
Zaynab menjawab: Ini adalah benang jampi untuk mengubati sakitku. Ibn Mas'ud kemudian mencabut & memotong benang itu seraya berkata: SESUNGGUHNYA KELUARGA IBN MAS'UD TIDAK MEMERLUKAN SYIRIK...beliau kemudian mengajarkan doa untuk menghindari penyakit dengan sandaran hanya kepada Allah (Musnad Ahmad & Tafsir Ibn Kathir pada tafsiran ayat 108 surah Yusuf)...
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Ertinya: Doa tersebut adalah:Hilangkanlah sakit wahai Tuhan manusia! Sembuhkanlah kerana Engkaulah yang Maha Penyembuh, tiada penyembuhan kecuali penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak lagi meninggalkan sakit (Sahih al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment