Tuesday, November 4, 2008

ASRI PERLIS TU WAHABI!WAHABI NI DITAJA OLEH AMERIKA UNTUK MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM!


Pada suatu hari, saya diziarahi oleh keluarga kawan isteri saya. Suami kepada kawan isteri saya, Ustaz Beckham(bukan nama sebenar) merupakan lulusan Universiti al-Azhar.
Itu merupakan kali pertama saya bertemu dengan beliau. Apabila mengetahui seseorang itu berkelulusan dari al-Azhar, saya akan cuba untuk mengambil manafaat daripada ilmunya memandangkan saya tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke sana.

Perbualan dimulakan, saya bertanya apakah aktiviti beliau selain daripada mengajar di SMA di Kelantan. Beliau menyatakan bahawa beliau ada kuliah tersendiri yang dibuat di surau mentuanya di Liverpool (bukan nama sebenar). Fokus utama beliau di dalam pengajarannya ialah Ilmu Tasawuf kerana menurutnya Tasawuf memainkan peranan penting di dalam mengembangkan dakwah di Kelantan dahulu kala. Semua nota kuliah dibuat dan ditulis sendiri olehnya. Satu usaha yang patut dipuji!

Apabila perbincangan mengenai masalah umat Islam semakin rancak, saya mula mencelah dengan memberikan beberapa contoh yang melibatkan kenyataan atau pendekatan Dr. Asri mufti Perlis. Saya menggunakan nama Asri sebagai rujukan kerana tidak dapat dinafikan bahawa Asri adalah fenomena baru orang agama di Malaysia. Lagipun beliau banyak menimbulkan polemik ilmiah yang bersifat di luar kebiasaan. Juga beliau menjadi inspirasi kepada sesetengah golongan muda di Malaysia.

Setelah mendengar nama Asri disebut, Ustaz Beckham terus memotong cakap saya, katanya: Asri tu wahabbilah! Wahabbi ni ditaja oleh Amerika untuk menghancurkan umat Islam!

Saya langsung terdiam, hilang punca dan tergamam. Dengan derasnya mood saya untuk berdiskusi dan belajar daripada pengalaman Ustaz Beckham terbantut. Kalau hendak diikutkan rasa hati, ingin saya bertanya kepadanya; apa bukti dia tu wahabbi? Wahabbi ni apa? bahaya sangat ke wahabbi? Adakah lebih bahaya daripada Islam Liberal? Mana anta tahu yang wahabbi ditaja oleh Amerika untuk memusnahkan Islam? Mana rujukan terhadap kenyataan anta yang sembrono dan direct itu? Ini penting kerana tuduhan seberat itu pasti memerlukan bukti yang kukuh kerana Islam dipegang pada hujah dan bukti bukan cakap kosong atau tohmahan semata? Ada nota kaki ke?

Walaubagaimanapun, oleh kerana saya sememangnya anti konflik maka saya hanya berdiam diri. Kalau Ustaz Beckham dah ada persepsi sedemikian, tidak perlu dipanjangkan perbincangan kerana persepsi itu pastinya tidak akan dapat diubah. Biarlah saya berpegang dengan ayat ; Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).(al-A'raf:199). Saya beranggapan Ustaz Beckham yang mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa sebagai jahil! Jahil kerana terus menghukum Asri sebagai sekutu Amerika yang berusaha merosakkan Islam. Dengan kata lainnya Mufti negeri Perlis adalah agen Amerika dan musuh Islam. Lalu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang memberikan PHD kepada Asri juga bersubahat dengan pemusnahan Islam. Tambahan pula sebarang pertikaman lidah yang bakal timbul daripada soalan-soalan di atas akan mengeruhkan suasana ziarah keluarganya.

Bukanlah saya fantik membuta tuli kepada Asri, tetapi tuduhan sedemikian amat berat dan tidak patut keluar daripada mulut seorang Ustaz yang berkelulusan tinggi dan memimpin sebuah kuliah pengajian di surau. Sekiranya pemikiran seorang ustaz sebegini jumud, bayangkanlah pula masyarakat awam yang saban hari disogok dengan pengajaran oleh ustaz-ustaz sebegini.

Lebih elok lagi kalau beliau berkata, sesetengah pendapat Asri tidak dipersetujuinya kerana tidak bertepatan dengan dalil dan nas Islam. Akan tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa beliau terus meletakkan hukuman bersalah kepada Asri. Tidak dinafikan, tiada yang sempurna, sehinggakan sesama ulama' muktabar pun boleh berselisih pendapat (Contohnya ialah perselisihan di antara al-Ghumari & al-Saqqaf dengan al-Albani). Inikan pula manusia biasa seperti ikta. Tetapi sekurang-kurangnya sebarang perselisihan itu biarlah berlapik dengan fakta, hujah dan dalil. Tambah memeritkan lagi sekiranya labelling wahabi musuh Islam itu datang terus daripada seorang Ustaz!

Kesimpulannya, kita sama sekali tidak boleh fanatik kepada tokoh (Nik Aziz, Asri ,al-Banjari dan sebagainya)kerana tokoh-tokoh ini boleh jadi betul ataupun silap. Orang yang memasang fanatik kepada tokoh tanpa cuba untuk membuat penilaian yang sihat sebenarnya melemahkan akal dan mindanya yang diberikan oleh Allah. Kita seharusnya fanatik hanya kepada kebenaran, dan yang pastinya kebenaran itu diukur berdasarkan kepada kejituan fakta, hujah dan dalil kerana sememangnya Islam itu ditegakkan dengan hujah dan dalil bukan semata-mata tohmahan atau gelaran.

Amat menyedihkan sekali sekiranya orang agama tidak mempunyai keterbukaan minda. Sepatutnya orang agama yang disuluh akal mereka dengan roh al-Quran dan al-Hadith perlu lebih terbuka menilai. Terimah kebenaran walaupun daripada golongan yang tidak disukai atau tolaklah kesilapan walaupun daripada tokoh idola anda. Insya' Allah intelek anda akan bertambah matang dengan sikap yang sedemikian. Ingatlah firman : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (al-Ma'idah:8).



PENTINGNYA MINDA YANG TERBUKA

3 comments:

MMohdSha said...

Salam,

Pertama-tama, tahniah dengan blog ustaz.

Cuma ingin berkongsi pendapat.
Sebagai bukan orang yang belajar aliran agama.
Perlu teguran jika ada kesilapan.

Terkesan dengan perkataan 'tokoh idola' yang ustaz guna.

Sepatutnya kita umat Islam ni, kita tiada tokoh idola yang lain, selain dari Rasulullah SAW.
[Surah Al-Ahzab:21]

Bila semua patuh pada satu arahan dari Al-Quran, bahawa kita perlu ada ada satu tokoh idola sahaja, berkhlak sebagaimana baginda [akhlak Rasulullah = Al-Quran].
Maka kita, secara otomatik ikut Al-Quran dan Sunnah.

Dengan akhlak yang satu, dibawah Tuhan yang satu, baru kita jadi satu umat yang hebat dan kuat.

Sekadar perkongsian.

lan said...

saya baru terjumpa blog saudara dari posting di alahkam.menarik sekali blog ni, harus saya letak dalam RSS saya

teruskan usaha demi agama insyaAllah

tarbus said...

Salam,

Saya setuju dgn ustaz untuk tidak melawan/berhujah dgn nya kerana ketidaksamaan dalam manhaj. kalau dia sama dgn manhaj salaf sudah tentu dia akan lebih terbuka minda nya untuk mendengar hujah2 yang akan dikemukan. Sama-samalah kita untuk menghampirkan masyarakat dengan manhaj salaf, jalan yang lurus berdasarkan Al quran & As Sunnah.