Sunday, January 25, 2009

KEPENTINGAN BAHASA DALAM ILMU


Riuh dibicarakan isu penggunaan bahasa Inggeris di dalam Sains dan Matematik. Ada berbagai pro dan kontra dari kedua-dua pihak yang masing-masing mempertahankan hujah mereka. Sebenarnya bagi saya, hujah kedua-dua pihak benar dan betul tetapi perlu dilihat secara saksama. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris amat penting, tetapi perlaksanaan yang tergesa-gesa kerana didorong oleh ahli politik yang mungkin berkepentingan memberikan tender percetakan buku Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kepada para sekutu dan kroni adalah tidak betul.

Pada pendapat saya masalah utama di dalam konflik ini campur tangan ahli politik. Benarlah pendapat mengatakan bahawa sesuatu perkara akan rosak apabila diserahkan kepada bukan ahlinya. Di satu sudut lain pula, orang-orang yang berjuang mempertahankan bahasa Melayu perlu juga sedar bahawa bahasa Inggeris penting di dalam dunia moden sebagai bahasa ilmu dan bahasa dakwah. Jangan diabaikan kepentingannya, berapa banyak pendakwah Islam yang gagal memasarkan Islam kepada golongan bukan Islam yang bahasa utama mereka adalah bahasa Inggeris?

Pengalaman saya bekerja di UIAM selama 8 tahun menunjukkan dengan jelas kepentingan bahasa Inggeris, contohnya saya agak terkehadapan dikenali dan dipercayai kerana memiliki penguasaan bahasa Inggeris yang agak baik. Ramai ustaz-ustaz yang seangkatan masih berteleku di takuk lama kerana kurangnya penguasaan bahasa ini.

Dua hari lepas, saya terpegun apabila anak saya yang berada di darjah 3 bertanya umminya tentang satu teori Matematik dalam bahasa Inggeris. Saya kata ini satu perkembangan yang baik kerana semasa di darjah 3 dahulu, saya jauh sekali untuk bertanyakan soalan sedemikian dalam bahasa Inggeris.

Kesimpulannya kepentingan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sama-sama penting kerana kedua-dua memainkan peranan. Namun apa yang menimbulkan kontroversi adalah perlaksanaannya yang tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian secara tabi'i.

Marilah kita renung firman Allah berkenaan kepentingan bahasa. Malangnya ayat ini pernah disalahguna oleh Kahar Rasul Melayu dari Ulu Kemensah yang mendakwa sebagai Rasul orang Melayu.



Pedulikan si Kahar yang gila, renungkan dan serasikanlah isu ini dengan kehendak al-Quran kerana al-Quran adalah pembimbing kita: Surah Ibrahim[14.4] Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

* SAYA BIASA MENGAJAR TAJWID DI UIAM DALAM BAHASA INGGERIS..IDGHAM MEANS TO COMBINE OR MERGE BETWEEN 2 LETTERS ...YOUR PUT THIS LETTER, THE DEAD LETTER INTO THIS LETTER THE LIVE LETTER AND THEN IT BECOME ONE..PUHH BROKEN GILA TU..TAPI ITULAH HAKIKATNYA KALAU KITA KURANG MAHIR DENGAN BHASA INI...RENUNGKANLAH!

3 comments:

zali said...

kupasan yang betul betul menarik.

'Namun apa yang menimbulkan kontroversi adalah perlaksanaannya yang tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian secara tabi'i.'

kontroversi dan perlaksanaan dah ada jadi dalam keadaan sekarang ni...perlu di tarik balik atau diteruskan?

apa pendapat sedara?

TokBatin X said...

AlQuran adalah mubin.. jelas. Adakah AlQuran ini hanya bolih dibaca olih kalangan ulama2' fundamentalist sahaja atau untuk semua.. Orang2 Arab yang fasehah pun bercelaru dalam menterjemahkan AlQuran, hingga mazhab2 tumbuh mcm cendawan.. yang terkenal cuma empat. Mengapa ini bolih terjadi?

Siapakah yang benar2 bolih mentafsir AlQuqan ni? Ulama' Malaysia ker.

Adakah syaitan dapat menyesatkan manusia yang membaca Alquran?

Rukun Iman yang keenam jelas 'qadar baik da qadar jahat' tetap dari Allah.

abdullahbukhari said...

encik zali! nak tarik boleh,nak terus pun boleh, tapi sebarang keputusan untuk kedua-dua nya perlu kajian timbang tara. Kalau tarik balik membawa banyak manafaat mak saya setuju tarik..tapi kalau tarik balik boleh bawa mudarat,kita kena fikir juga. Oleh itu,kena ada kajian mendalam oleh pakar di bidang pendidikan yang bebas dan telus tidak dipengaruhi lagi oleh orang politik.

Allah berfirman; al-Anbiya'[21.7] maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

Ahli di bidang tersebut ialah pakar pendidikan..

Kepada tok batin senai!

Jangan salah faham tentang mazhab,memang banyak mazhab yang tumbuh tetapi itu bukan sembarangan,ianya diasas dengan kelayakan ilmu.
Siapa yang boleh mentafsir al-Quran? Memang bukan semua, macam siapa yang boleh menjadi Doktor, engineer dan sebagainya, kena belajarlah betul2 mengikut bidang yang hendak diceburi.

Kalau bidang di atas kita boleh akui perlu kepada kemahiran yang sistematik, begitu juga dengan agama Islam.

Bezakan juga di antara menjadi ahli tafsir dengan merujuk kepada karya tafsir oleh para ulamak muktabar..di bidang pengajian Tafsir orang yang ingin mentafsir al-Quran perlu menguasai 16 bidang ilmuTurath yang mana 60% daripadanya melibatkan penguasaan bahasa arab...

Awak tanya :Adakah syaitan dapat menyesatkan manusia yang membaca Alquran?...jawabnya ye! sekiranya yang membaca tidak merujuk kepada yang sebvenar..contohnya ayat Yasin..3, Allah kata bahawa nabi Muhammad adalah benar2 nabi, dalam kaedah Tafsir, ayat itu bertujuan untuk membuktikan kerasulan nabi kepada orang2 kafir Quraisy, tapi ada orang kita yang baca ayat itu disesatkan oleh setan kerana mendakwa ayat itu melantiknya menjadi nabi...Kaharlah tu,

Awak kata:Rukun Iman yang keenam jelas 'qadar baik da qadar jahat' tetap dari Allah...memang ianya datang dari Allah, tapi itu keputusan akhir selepas kita berusaha..kita sememangnya tidak tahu apa takdir kita kerana ianaya hanya miliki pengetahuan Allah, kita hanya berusaha mengikut kehendak agama Allah dan sunnah alam,di akhir usaha kita kita bertawakkal..