Monday, April 27, 2009
MEMBAYAR CUKAI SATU MANIFESTASI PATRIOTISME DAN RASA SYUKUR KEPADA NEGARA
Bersempena bulan pembayar cukai yang bakal berakhir pada 30 April ini, setiap warga Malaysia perlu sedar bahawa betapa bertuahnya mereka dilahirkan menjadi rakyat Malaysia. Ni’mat menjadi rakyat Malaysia tiada tolok bandingnya lagi jikalau hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran yang tidak kunjung padam ditimpa musibah sama ada musibah bencana alam atau pergolakan politik dalaman. Kemakmuran dan keamanan ini merupakan jasa para pemimpin Negara dan tanah air yang aman kurniaan Allah SWT. Kemakmuran yang dikecapi Malaysia dewasa ini diharap menepati piawaian yang disebut oleh Allah dengan firmanNya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun! (Saba’[34:15]).
Menurut Islam cintakan tanah air termasuk di dalam aspek cintakan agama kerana tanah air yang menjadi tempat lahir dan tinggal seseorang individu juga mempunyai hak yang perlu dipenuhi oleh setiap warganya. Di antara tanggungjawab tersebut ialah mempertahankan tanah airnya daripada ancaman musuh. Allah berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). Kepentingan tanah air (Ali ‘Imran[3:200]).
Selain itu, mana-mana individu yang mati berjuang mempertahankan tanah airnya daripada sebarang pencerobohan musuh diiktiraf sebagai syahid di sisi agama dan mendapat ganjaran pahala yang amat tinggi nilainya sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW:
Dari Salman r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Bekerja atau berusaha siang malam menyiapkan perlengkapan perang di jalan Allah (mempertahankan Negara) lebih baik dari puasa dan solat sebulan. Jika ia mati, pahala amalnya tetap mengalir kepadanya, begitu pula rezekinya dan dia aman dari fitnah." (Sahih Muslim)
Walaupun situasi di Malaysia sekarang ini tidak menuntut agar semua warganegara turun ke medan perang sebagai langkah untuk menunjukkan kecintaan yang mendalam kepada Negara, namun begitu perlu diingat bahawa suasana yang aman ini terhasil daripada pengorbanan sebahagian besar anggota Polis dan Tentera yang saban hari bekerja menjaga keamanan Negara serta merealisasikan maksud ayat al-Quran di atas. Tanpa cukai yang dikenakan kepada warga Malaysia, mana mungkin gaji anggota keselamatan tersebut mampu dibayar oleh pihak kerajaan.
Walaubagaimanapun faedah membayar cukai bukan hanya perlu dilihat dari satu sudut yang sempit seperti yang telah dinyatakan di atas, tetapi merangkumi aspek yang lebih luas. Baginda Rasulullah SAW dan para khulafa’ al-Rashidin semasa mentadbir Negara Islam Madinah telah mewujudkan mekanisme-mekanisme kewangan yang tertentu untuk memastikan kemakmuran dan kelangsungan tadbir urus Negara berterusan. Pensyariatan zakat, kharaj, jizyah dan lain-lain lagi sebenarnya mempunyai persamaan secara tidak langsung dengan penetapan cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan dewasa ini.
Malahan baginda Rasulullah SAW telah mengklasifikasikan orang-orang yang enggan, liat dan kedekut untuk menjelaskan hak orang lain yang wujud pada hartanya sebagai satu kezaliman. Sabda baginda SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang kaya yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajiban yang harus dibayarnya) adalah zalim (aniaya). Apabila seorang di antaramu dipindahkan hutang-piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah diturutinya (ditagihnya)." (Sahih al-Bukhari).
Para pembayar cukai tidak perlu merasa berat hati atau rugi ketika membayar cukai yang telah ditetapkan kerana tanpa sistem Negara yang teratur, mustahil mereka akan memperolehi pendapatan tahunan yang lumayan. Bandingkan keselesaan yang dinikmati di Negara ini dengan kesengsaraan serta kemiskinan yang dideritai oleh rakyat Negara lain yang jauh lebih miskin dan mundur. Tanpa bumi Malaysia yang bertuah dengan limpah kurniaan Allah SWT ini, siapalah kita.
Islam semenjak sekian lama menegaskan bahawa harta adalah amanah pinjaman Allah SWT kepada manusia yang perlu ditunaikan haknya. Sebenarnya domisil Negara juga termasuk di dalam kategori harta pinjaman Allah yang perlu ditunaikan haknay melalui bayaran cukai tahunan.
Oleh itu sebagai lambang patriotisme serta rasa terima kasih yang mendalam kepada Malaysia yang sudah sekian lama berjasa memelihara, menjaga dan menaungi kita, apalah sangat dengan peratusan nilai cukai yang perlu dibayar. Sumbangan cukai kita itu akan turut dirasai oleh semua rakyat Malaysia kerana semua pembangunan Negara berasal daripada cukai setiap warganya.
Tidak salah sekiranya kita kategorikan jumlah bayaran cukai yang kita pulangkan kepada Negara sebagai sumbangan waqaf peribadi tanpa kita sedari. Atau boleh juga disebut sebagai sedekah jariah yang senantiasa terjamin pahalanya walaupun sesudah kematian kita. Renungilah hadith baginda Rasullah SAW ini:
Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; Sedekah Jariah (yang senantiasa berjalan pahalanya), ilmu yang memberi manafaat dan anak yang soleh yang senantiasa mendoakannya. (Sunan al-Tirmidhi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ingat sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,
sementara aman jalankan undang2 Allah.
celakalah orang yang menghimpun harta lalu kemudian menghitung2 nya.
sitem ekonomi berasaskan sistem ekonomi zakat adalah sangat bertentangan dengan dengan sistem ekonomi berasaskan sistem cukai.
but...who cares????
Memang jauh bezanya! tapi sekurang-kurangnya itulah mekanisme yang membangunkan negara..lagipun kita orang Islam menikmati rebate zakat pada cukai tahunan...saya katakan takde rotan, akar pun jadilah beb!
Tapi yang dirisaukan ialah para ahli politik jahat yang menyapu duit cukai rakyat..kalau ini berlaku..aku tidak sekali-kali halalkan,bahkan akan kutuntut di akhirat kelakk!
tande2 kiamat,
zakat dijadikan hutang...
boleh ansur lak tu...
gitu lah tandanya,akhir zaman.
_________________-
ustaz anak kita gi lawatan hari ni balik kul berapa ekk..
lepas blogging ni gi amik nak lah..
ustaz,semalam saya balik temerloh hantar borang tax 97-2003 kih kih kih..
tu anak ponteng semua tu ...balik kampung.
Post a Comment