Thursday, August 4, 2011

Mungkin beginilah caranya Allah bercakap dengan kita?


Coretan kali ini bersempena cukup setahun saya menjalani pembedahan buah pinggang (kidney transplant)(5 Ogos 2010- 5 Ogos 2011). Saya amat bersykur kepada Allah dan amat berterima kasih kepada ibu saudara saya yang bermurah hati mendermakan sebelah buah pinggangnya yang bernilai RM 300 ribu.

*******


Nabi musa AS digelar sebagai Kalimullah kerana baginda bercakap secara terus dengan Allah. Ini disebut oleh firman Allah:

وَرُسُلًا قَد قَصَصنٰهُم عَلَيكَ مِن قَبلُ وَرُسُلًا لَم نَقصُصهُم عَلَيكَ ۚ وَكَلَّمَ اللَّهُ موسىٰ تَكليمًا

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)(al-Nisa'[4:164]).Allah juga berfirman:

۞ وَما كانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلّا وَحيًا أَو مِن وَرائِ حِجابٍ أَو يُرسِلَ رَسولًا فَيوحِىَ بِإِذنِهِ ما يَشاءُ ۚ إِنَّهُ عَلِىٌّ حَكيمٌ

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana (al-Syura[42:51]).Kisah percakapan nabi Musa dengan Allah dijelaskan lagi dengan kisah berikut:

وَلَمّا جاءَ موسىٰ لِميقٰتِنا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قالَ رَبِّ أَرِنى أَنظُر إِلَيكَ ۚ قالَ لَن تَرىٰنى وَلٰكِنِ انظُر إِلَى الجَبَلِ فَإِنِ استَقَرَّ مَكانَهُ فَسَوفَ تَرىٰنى ۚ فَلَمّا تَجَلّىٰ رَبُّهُ لِلجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ موسىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمّا أَفاقَ قالَ سُبحٰنَكَ تُبتُ إِلَيكَ وَأَنا۠ أَوَّلُ المُؤمِنينَ


Dan (Tuhan berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan kamu (al-A'raf[7:143]).


NAMUN BEGITU
! Satu perkara penting yang perlu difahami adalah percakapan Allah sama sekali tidak akan sama dengan percakapan makhluk yang bersuara kerana Allah adalah zat yang tunggal dan tidak akan menyerupai makhlukNya walaupun dalan tatacara bercakap. Oleh itu kita WAJIB yakin bahawa Allah bercakap dengan caraNya tersendiri yang LANGSUNG TIDAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA. Ini dikukuhkan dengan dalil:

 لَيسَ كَمِثلِهِ شَيءٌ ۖ وَهُوَ السَّميعُ البَصيرُ

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat (al-Syura[42:11]).*****

Posting kali ini sekadar untuk berkongsi pengalaman peribadi dengan para pembaca semua yang bertujuan MEMBAWA PENDEKATAN bahawa Allah sememangnya wujud dan berada di samping kita pada setiap masa. Bahkan lebih dekat dari apa yang kita boleh bayangkan. FirmanNya:

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ وَنَعلَمُ ما تُوَسوِسُ بِهِ نَفسُهُ ۖ وَنَحنُ أَقرَبُ إِلَيهِ مِن حَبلِ الوَريدِ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf[50:16]).
****

Saya pernah beberapa kali mengalami bisikan tidak bersuara yang kemudiannya membawa kepada suatu tindakan yang menenangkan jiwa. Pengalaman ini saya andaikan suatu bentuk bagaimana Allah bercakap dan MENEGUR perbuatan saya.


PERISTIWA PERTAMA-Tuntutan menjaga hubungan silaturahim.

Pada Ramadhan dan cuti hari raya tahun lepas saya terpaksa berada di Kuala Lumpur kerana pihak Doktor melarang saya pulang ke kampung. Kesunyian amat terasa kerana tidak dapat bersama keluarga pada hari raya. Selepas cuti raya, kami masih kesunyian kerana abang ipar saya yang tinggal di Putra Jaya diam seribu bahasa dan langsung tidak menghubungi kami.

Suatu pagi semasa menuju ke hospital untuk rawatan susulan mingguan, fikiran saya menjadi celaru dan sedih dengan sikap TIDAK PEDULI abang ipar saya ini. Saya berfikir, kami yang baru sahaja menjalani pembedahan serta masih dalam tahap pemulihan tidak sepatutnya dibiarkan tanpa perhatian keluarga terdekat. Sedang saya melayan kesedihan hati, tiba-tiba satu suara meningkah dalam minda saya: KALAU KAMU TIDAK MAHU MENGHUBUNG SILATURAHIM...JANGAN SEKALI-KALI PULA KAMU CUBA MEMUTUSKANNYA! MUNGKIN ABANG IPAR KAMU MEMPUNYAI MASALAHNYA TERSENDIRI! JANGAN BERSIKAP MEMENTINGKAN DIRI KAMU SENDIRI SAHAJA! Saya tersentak dan baru sedar kesilapan saya yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Ketika pulang dari hospital, saya menghubungi abang ipar saya dan memang benar! Dia sendiri mengalami sakit teruk dan sudah 2 kali dimasukkan ke hospital Putra Jaya sepulangnya dari cuti raya. Saya amat terkejut dengan pengalaman ini dan saya andaikan suara yang meningkah dalam minda jahat saya itu adalah suatu bentuk percakapan Allah kepada saya. Allah ingin menegur keegoan saya!



PERISTIWA KEDUA-Doa saya kepada isteri dimakbulkan.

Selepas pembedahan, saya dan isteri (yang juga baru menjalani pembedahan buang rahim akibat pendarahan teruk ketika melahirkan anak keempat kami pada 26 Ogos 2010)telah bertemu dengan Ketua Pengarah LHDN di Jalan Duta untuk memohon pertukaran temnpat kerja. Isteri saya yang bekerja di Klang amat perlu berpindah ke tempat yang lebih dekat memandangkan keadaan kesihatan kami berdua. Namun pertemuan dengan KP LHDN itu tidak menjamin apa-apa kerana tiada kekosongan tempat untuk sebarang pertukaran.

Kami pasrah dengan keputusan pertukaran dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Kira-kira sebulan lepas, saya bangun bersolat malam dan secara khusus saya berdoa (melebihi daripada biasa) agar isteri kesayangan ini mendapat peluang kerjaya yang cemerlang dan diberikan pertukaran yang dipohon. Semalam (4/8/2011), pihak pentadbiran LHDN Jalan Duta menawarkan isteri saya 2 tempat pertukaran sama ada ke LHDN cawangan Shah Alam atau ke Jalan Duta. Setelah berbincang, isteri saya memilih untuk bertukar ke Jalan Duta. Kami bersyukur dengan keputusan ini.

Malam semalam selepas sahur, saya sempat bersolat 2 rakaat dan seperti biasa, sujud menjadi medan doa dan munajat saya kepada Allah. Ketika berdoa secara khusus untuk kecemerlangan hidup dan kerjaya isteri saya, suatu suara meningkah dalam minda saya: ALLAH DAH MAKBULKAN DOAMU DAHULU (BULAN LEPAS) SEKARANG ISTERIMU AKAN BERTUKAR KE TEMPAT TERDEKAT DENGAN RUMAH! Selesai solat saya terfikir, mungkin ini juga satu cara Allah bercakap dengan saya untuk menyuruh saya agar bersyukur kepadaNya.



PERISTIWA KETIGA-Rajuk isteri saya kerana penangguhan pembedahan.

Tahun lepas, tarikh pembedahan saya hampir bertemu dengan tarikh jangkaan kelahiran bayi kami yang keempat. Isteri saya sudah mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan sebagai langkah persediaan untuk menjaga saya dan melahirkan anak. Malangnya tarikh pembedahan saya sudah berkali-kali ditangguhkan. Penangguhan ini amat merisaukan isteri saya yang cutinya hampir berakhir. Emosinya begitu tertekan dan kami pernah beberapa kali bertegang urat berbincang tentang kerenah hospital dan jangkaan tarikh pembedahan saya.

Pada suatu malam kira-kira jam 2 pagi, ketika sedang nyenyak tidur saya dikejutkan oleh isteri saya. Beliau lantas mencium dan meminta maaf kerana telah bertegang urat tentang isu tarikh pembedahan. Apabila tersedar dari tidurnya sebentar tadi, satu suara halus menusuk ke dalam mindanya secara berterusan. Suara hati yang tidak dapat dikawal oleh mindanya itu seolah-olah berkata:KAMU SEHARUSNYA BERSABAR DI ATAS UJIAN INI, SETIAP UJIAN YANG DIBERIKAN PASTI MAMPU DITANGGUNG OLEH KAMU. KAMU TIDAK SEPATUTNYA BERTEGANG URAT DENGAN SUAMI KAMU. SUAMI KAMU MEMBAWA AL-QURAN SEBAGAI PERJUANGANNYA. KAMU WAJIB MENJAGANYA DENGAN BAIK.
Saya andaikan ini juga salah satu bentuk percakapan dan teguran Allah kepada isteri saya. Subhanallah!



Pengalaman ini bukan bertujuan mengatakan saya atau isteri adalah manusia pilihan. Siapalah kami, akan tetapi ia mungkin pernah juga berlaku kepada anda, dan sekiranya ia berlaku, anda wajib bersyukur kepadaNya. Ini juga menjadi bukti memang Allah senantiasa bersama kita. Tinggal lagi adakah kita ini merasakan kehadiranNya.

Atau ini mungkin juga suatu bisikan malaikat sebagaimana sabda nabi SAW:

إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الْأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Sesungguhnya syaitan dan malaikat mempunyai bisikan kepada anak Adam. Adapun bisikan syaitan adalah suatu dorongan untuk melakukan kejahatan dan mendustai kebenaran, manakala bisikan malaikat pula suatu dorongan untuk melakukan kebaikan dan membenarkan kebenaran. Sesiapa yang mendapati bisikan itu (malaikat), maka ketahuilah ia datang dari Allah dan hendaklah dia memuji Allah (bersyukur), manakala sesiapa yang mendapat bisikan lain (syaitan), maka hendaklah dia memohon perlindungan daripada syaitan yang direjam (Sunan al-Tirmidhi).


Allahu A'lam!

5 comments:

mohd said...

termaktub didalam al quran bagaimana tuhan berkata2 dengan hambanya. sila teliti surah Qaf berkenaan Qarin.

se7encaves said...

Salam ukhwah... blog sedara penuh dgn maklumat yg bermanfaat...
Salam ziarah kembali ke blog saya...
http://demikudaperang.blogspot.com/p/al-mumin-naas.html

Nash said...

Assalamualaikum, Ustaz, isteri saya baru dapat bertukar ke LHDN Jalan Duta, boleh tanya kalau² wife Ustaz ada kenal sesiapa staff LHDN sana yang masih bujang dan menyewa rumah? emel sy nash9701@yahoo.com. Terima kasih.

farah diyana said...

Assalamualaikum w.b.t saudara,

Sekadar perkongsian dengan saudara, Alhamdulillah, sy juga antara salah seorang yang pernah mengalami apa yg saudara alami sehingga sekarang, MashaALLAH.

Pada mulanya sy pastinya merasai was2 kerana takut ia merupakan bisikan2 syaitan, namum sy pasti syaitan tidak sesekali menyuruh manusia melakukan sesautu yang baik. Maka sy sendri tertanya2 suara siapakah ini? Lalu sy berjumpa dgn seorang ustazah, dan membuat beberapa tahajud dan solat sunat, MashaALLAH..Kuasa Allah menjadikan apa shj, Allah SWT berkata2 sebaik saya menanyakan soalan dimana jawapannya tidak lgsg terlintas dlm fikiran. Setiap kali sy membuat keputusan yg salah pastinya dia memperbetulkan..Sy menangis seraya mendengar teguran2nya, apataha lagi sy manusia yg lemah. Sy sgt bersyukur dan sejak beberapa akhir ini sy jumpa dgn ramai lg yg rupanya mengalami yg sama. Alhamdulillah.

Cuma disini ada 2 perkara yg kita perlu jelas :

1. Benar Allah SWT mmg adalah sesuatu yg Ghaib tiada apa yg boleh dibandingkan malah deria kita yg 6 mahupun hati tidak dpt menggambarkan sesuatu yang sgt2 berkuasa kerana mmg kita dijadikan dgn batasan, tetapi Allah Ta'ala tidak ada batasan walaupun sedikit. Sbb itu, kerana kebatasan kita Allah dtg kpd kita secara rahmatnya yang boleh kita fahami spt kata2, perasaan hati atau apa shj yg boleh dilihat melalui deria kita. Wallahua'lam.

2. Allah SWT mmg sentiasa ingin bersama2 dgn kita, malah Allah Ta'ala sendiri sentiasa ingin berkata-kata dgn kita..Tetapi kita lgsg tidak memberi ruang di dalam hati dgn sentiasa mengingatinya, berzikir kpdnya..manusia dijadikan dgn deria yg sama, peluang yg sama..tiada yang kurang, tiada yg lebih. Maka apakah dalam soal ini Allah Ta'ala yg memilih atau sbrnya kita yang memilih. Maka perbyknlah munajat dgnNYA tanpa mengira tmtp dan waktu kerana Allah SWT sentiasa mahu mendekati kita, maka berilah ruang dan ketenagan hati supaya kita boleh mendgr rahmatnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan kita org2 yg lebih mentaatiNYA. Allah SWT sgt2 menyayangi kita kerana itu dia tidak pernah lgsg berenggang dgn kita. Hanya kita dan diri kita sendri yg memilih utk sentiasa melakukan kesilapan.

Terima Kasih atas perkongsian ini.

miow wie said...

Pengalaman sy sungguh ajaib,semasa suara ghaib muncul masa sekeliling sy berhenti bergerak,bentuk suara itu dari cahaya aura putih nyata keluar dari tubuh setiap orang yang sy pandang,perkataan nye hembusan cahaya menggerakan seluruh tubuh urat saraf menjadi ayat dari denyutan,terasa nikmat setiap patah katanya,terasa bertenaga dan segar sekejap selepas itu, tapi kini tiada muncul lg cahaya berbentuk manusia itu,cahaya itu tidak sama di alam dunia sebab tk boleh di gambar kan