Monday, September 7, 2009

MUKJIZAT AL-QURAN-FUNGSI GUNUNG-GANANG

Di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaaNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah :

Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia) (al-Anbiya’[21:16]).

Bumi yang luas terbentang mempunyai berbagai-bagai komponen utama yang tambah menyempurnakan susun atur alam ini. Di antara komponen yang penting kepada kewujudan alam ini ialah bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Tidak dapat dinafikan, kewujudan bukit-bukau dan gunung-ganang di serata dunia mempunyai fungsinya yang tertentu kepada kestabilan alam. Di antara fungsi segala bukit bukau dan gunung-ganang ini ialah sebagai penstabil bumi daripada sebarang gegaran.

Oleh sebab itu, para ahli kaji bumi dan ahli geologi menyarankan agar bukit-bukau serta gunung-ganang tidak diusik demi untuk menjaga kestabilan ekosistem alam. Tragedi yang berlaku di serta tempat seperti peristiwa runtuhan yang berlaku di kawasan Hulu kelang akhir-akhir ini adalah bukti kederhakaan manusia kepada fungsi bukit-bukau serta gunung-ganang. Keghairahan mengejar kemajuan serta membuat pembangunan tanpa mengambil kira susun atur ekosistem alam telah mengundang berbaga-bagai bencana alam.

Disebabkan faktor ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menetapkan garis panduan khusus yang mesti dipatuhi tentang projek pembangunan di kawasan tanah tinggi yang berisiko. Langkah ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan alam dan kesinambungan kehidupan manusia.

Ketika membicarakan tentang fungsi alam ciptaan Allah, al-Quran yang diturunkan semenjak 1400 tahun dahulu telah sedia menjelaskan fungsi kewujudan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai pasak dan penstabil bumi daripada gegaran. Firman Allah:

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (al-Naba’[78:6-7]).
Allah juga berfirman :

Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (al-Nahl[16:15]).

Juga firman Allah :

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).

Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas ternyata bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi. Selain itu penemuan baru para saintis di bidang geologi dan kaji bumi juga mendapati bahawa bukit-bukau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever,seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia.



Oleh itu apabila bukit-bukau serta gunung-ganang semakin banyak digondol serta ditarah untuk tujuan pembangunan, maka kestabilan tanah akan terancam dan semakin banyak bencana alam seperti gempa bumi, gegaran dan tanah runtuh akan berlaku. Ini bertepatan dengan amaran Allah di dalam firmanNya:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (al-Rum[30:41]).

Contoh mudah yang boleh digunakan untuk memahami konsep ini ialah dengan memberikan contoh sehelai kertas yang diletakkan di atas meja. Kertas tersebut akan senang berterbangan apabila ditiup angin kerana tidak ada paku atau benda-benda berat yang menahannya daripada bergerak. Apabila benda-benda berat yang kita ibaratkan sebagai gunung-ganang diletakkan di atas kertas tersebut, kedudukannya akan bertambah stabil dan sukar diusik oleh angin yang bertiup atau arus air yang mengalir.

Para ulama juga menyokong teori ini dengan perumpamaan seorang nelayan yang berdiri di hujung perahunya yang kosong. Perahu nelayan tersebut sudah pasti akan terjongket, terbalik dan tidak stabil. Oleh itu, untuk menambahkan kestabilan perahu tersebut, nelayan itu perlu meletakkan barang-barang yang berat di dalam perahunya. Barang-barang itu juga boleh diumpamakan seperti bukit-bukau serta gunung-ganang. Setelah diisi dengan barang-barang tersebut, nelayan itu akan dapat berdiri dengan stabil di hujung perahu seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Kesimpulannya, al-Quran sebenarnya sudah mengutarakan beberapa fakta saintifik sejak dari dahulu lagi. Kajian mengenai ilmu geologi hanya dapat diketahui apabila ilmu perngetahuan mulai berkembang dewasa ini. Maha Suci Allah yang Maha mengetahui.

ABDULLAH BUKHARI BIN ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

3 comments:

perunding said...

topik ini sangat menarik perhatian saya.

i)kami hamparkan....
bolehlah kita fahamkan asalnya bumi ini adalah satu bebola api bulat.
kemudian ia dihamparkan dengan (mudah faham) karpet tanah.
satu hamparan demi satu hamparan,lapisan demi lapisan.
seperti kita menhamparkan tikar demi tikar yang akan dengan sendiri mengikut bentuk bumi bulat bola itu.

ketika itu tentulah pusingan bola bumi itu masih belum dibuat aligment.
maka gununglah yg diletakkan sedikit disini sedikit disana aligment dan balancingnya perfect.

ii)hukum graviti
disinilah perkara paling penting harus dikaji oleh ilmuan terutama ahli fizik.

bayangkan betapa susahnya saudara sheik muzaffar tanpa graviti.nak berak susah,nak makan susah, nak minum susah,nak jalan susah..

bayangkan jika graviti itu terlalu kuat.
tentulah nak melangkah kaki pun tercungap kita.
Maka allah menetapkan graviti itu pada kadar yang paling tepat dan sesuai.

Allah juga menciptakan adanya geseran supaya kita tak tergelincir.

Sejauh manakah pencapaian manusia sekarang dalam memahami graviti ini setakat ini??
Sejauh manakah pencapaian manusia dalam menemui hukum mengenai graviti ini??
mari kita lihat..

untuk mengatasi geseran, hukum fizik mengatasinya dengan ciptaan roda dan untuk mengendalikannya hukum fizik menggunakan sisitem brake.
untuk mengatasi graviti,hukum fizik hanya menemui kaedah menggunakan tenaga,tenaga berjalan kaki,tenaga menggunakan haiwan spt kuda,lembu,tenga menggunakan engin wap,diesel dan petrol.

mudah nampak lihatlah pada ciptaan kenderaan kereta...

persoalan saya ,setakat itu sahajakah pencapaian hukum fizik dalam kelompok zaman fizik kini?

adakah hukum fizik lain pernah ditemui dalam memahami hukum graviti?
tidak bolehkah hukum fizik menemui kaedah meng'control' kuasa graviti itu mengikut keperluan dan kemudahan diperlukan?
______________________________
p/s
___penemuan newton tentang hukum graviti dengan melihat buah apple jatuh adalah sangat bodoh.

sebenarnya newton terkenal dengan hujah bahawa Allah itu esa atau dalam ertikata lain beliau telah membuktikan konsep trinity itu sesat.
wallahuallam.

abdullahbukhari said...

tq! menarik tu, ulasan secara fizik dari orang sains..banyak juga saya belajar

perunding said...

maaf ustaz, saya menyibuk menumpang lagi..seronok pulak cerita bab ni..

ni saya sambung lagi..
dari mana datang perkataan SCIENCE??
Dari mana orang putih belajar Science?
Depa pandai sains pun sekitar tahun 1700 Masihi.
Sebelum tu,mangkuk orang putih ni.
sapa lagi pandai sebelum tu?
Orang Islam berbahasa Arab.
Orang Islam tu ada bangsa Spanish(Andalusia)spt Ibnu Sina,
ada bangsa Russia(Samarkand)
ada bangsa Parsi dan macam lagi lah.
Semua cakap Arab.

Balik semula kepada perkataan Science.
Ia adalah kata nama kepada Sign .
Ia boleh juga menjadi kata nama seperti signboard,signature.
Asal sign ialah kata kerja seperti please sign this letter.
Kata nama sign utk tunjuk 'benda' baru yang paling sesuai ialah Science.

Kenapa ia dipanggil Science yang bermaksud TANDA.
Dari mana datang perkataan TANDA ini apabila merujuk kepada ilmu tersebut?

Mari kita perhatikan,
Ketika sekumpulan orang putih yang cerdik menghidupkan budaya berfikir dan mula berkumpul untuk berfikir mengenai ilmu kejadian alam yang berlaku di sekeliling mereka.

Sumber rujukan utama mereka tentulah daripada sumber rujukan ahli cerdik pandai sebelum mereka iaitu orang Islam yang berkomunikasi di dalam bahasa Arab.

Sumber rujukan itu tentulah AlQuran.

Tak caya?
Ilmu Science adalah nama umum kepada ilmu secara keseluruhan.Yang lebih tepat ialah ilmu fizik,ilmu biologi,ilmu astronomi,ilmu botani,ilmu mekanik dan sebagainya.

Sebagai contoh sila lihat surah ArRuum ayat 20,21,22,23,24,25.

Setiap cabang ilmu sains tadi (yg dibincangkan dalam setiap ayat tersebut) dipanggil TANDA atau SIGN.
Maka setiap kali ahli fikir orang putih berbincang mengenai kejadian alam,
mereka merujuk kepada sesama mereka,
jom kita bincang pasal Tanda,
Jom kita bincang pasal Sign tu.

Lama kelamaan lekat nama science tu,
dan mereka pun dipanggil lah ahli sains atau scientist.
Scientist kerja fikir signs seperti dentist kerja fikir dental problem.

Perkataan science itu sendiri merujuk kepada "tanda tanda (kekuasaan)Allah.
begitulah kisahnya.
kesimpulan..
jika kita pelajari ilmu ini dalam bahasa melayu....mudahlah kita faham.

jika kita belajar dalam bahasa inggeris maka setakat kita ikut dan ulang belajar apa yang orang putih pelajari dan kembangkan dari apa yang mereka fahami dari ilmuan islam awal dulu.

andai nya kita pelajari ilmu ini dalam bahasa arab dengan merujuk direct kepada sumber asal yakni quran...maka kita akan dapat temui perkara(ilmu)/penemuan baru.

wallahuallam.