Friday, July 9, 2010

FATWA ESQ 165 YANG HARAM MENGUNDANG KONTROVERSI SEMUA?


Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan yang baru menghukumkan program motivasi ESQ 165 sebagai haram dan menyeleweng. Namun begitu, terdapat terlalu banyak penentangan terhadap fatwa tersebut yang mengundang banyak keraguan. Fenomena ini menyebabkan beberapa impak negatif kepada umat Islam di Malaysia:

1) Kredibiliti badan agama (seperti Mufti Wilayah) akan tercalar kerana fatwa tersebut dihukumkan haram oleh beliau tetapi tidak oleh para mufti lain. Sehingga Jakarta Post melaporkan, pihak ESQ Indonesia seolah memandang enteng sahaja fatwa "satu pihak" seperti itu. Rujuk di sini. Sehingga sumber berita terbabit mengatakan Dato Mufti WP menghukum ESQ tanpa menghadirkan diri sendiri ke program tersebut. Ini sedikit sebanyak menggambarkan kajian fatwa oleh Majlis Fatwa WP bersikap teori semata dan bukan bersifat kajian lapangan seperti kajian yang pernah dibuat berkaitan fatwa pengharaman Yoga dahulu.



2) Masyarakat awam yang bertembung dalam isu halal-haram ESQ akan bertambah pening. Lihat sahaja kenyataan bercanggah antara Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Majlis Fatwa WP sebagaimana yang dipaparklan oleh Berita Harian pada hari ini (9 Julai 2010).

Oleh itu, pihak bertanggungjawab yang mewartakan HALAL atau HARAM sesuatu isu perlu ada kesepakatan pada peringkat tertinggi autoriti agama bagi mengelakkan kekeliruan atau sesuatu fatwa yang diwartakan dipandang remeh.

Mengulas isu ESQ, saya lebih selesa membaca kajian lapangan yang dibuat sendiri oleh Ustaz Zaharuddin yang boleh didapati di sini. Berkemungkinan besar juga pihak Majlis Fatwa WP sudah terlibat secara langsung dengan program ESQ yang membolehkan mereka mengeluarkan fatwa sebegitu, namun pertentangan kenyataan antara MFK & MF WP ternyata amat ketara dan PERLUKAN PENCERAHAN SEGERA.

NASIHAT SAYA KEPADA MASYARAKAT AWAM ISLAM DI MALAYSIA...KITA PERLU BERSABAR DALAM MENANGANI APA SAHAJA POLEMIK YANG BERLAKU, MUNGKIN DI SANA ADA SATU TITIK YANG BOLEH MENYATUKAN SEMUA PERCANGGAHAN INI. SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..