Monday, August 9, 2010

NI'MAT SAKIT UNTUK SIHAT

Mengenang keperitan menghadapi pantang dikurung 10 hari lepas transplant..memang perit. Sakit dah jadi isu kedua, isu utama adalah duduk berseorangan melayan perasaan. Sejam rasa macam 5 jam. Terlelap sekejap, rasa macam dah lama sangat, tapi bila tengok jam baru 15 minit.

2 hari lepas, mengenangkan sakit yang teruk di seluruh tubuh, saya katakan kepada Dr Bee (Nefro Consultant), I never imagine that this is a sacrifice that i have to make to become healthy again..Dia kemudiannya memperbetulkan persepsi saya..Do not consider it as sacrifice! make it as a challenge..terubat juga jiwa mendengar motivasi darinya.

Pagi ni alhamdulillah dah bertambah baik, dah boleh buang air, bangun, duduk atas kerusi dan buat banyak benda.

Dr beritahu hari ni kena masukkan darah 2 pine kerana HB terlalu rendah akibat pendarahan ..1st day 8, 2nd day 7, hari ni dah jatuh sehingga 6.5.

Di bawah ini saya update beberapa gambar yang mungkin boleh menjadikan anda bersyukur dengan buah pingang anda yang masih sihat..sekian..


(KESAN JAHITAN DI BAWAH PERUT)


(SALURAN UNTUK SEDUT DARAH KOTOR)


4 comments:

abinajmi said...

semoga sihat sahabatku,benarlah orang kata kesihatan itu tak boleh dibeli dgn harga seringgit dua,ada orang yang kaya tetapi tidak sihat,duit dia yg banyak x boleh beli kesihatan dia,tapi ramai manusia lupa,kalau boleh duit yang ada dalam bank semuanya nak beli sihat,tapi bukanlah sakit itu syarat mati,ada orang menunggu orang sakit,tgk2 dia mati dulu,dan bukan syarat mati itu tua,ada orang yg muda mati dulu.doakan ana juga mudah2an kita semua sihat,anta boleh dan ana tahu anta seorang yg hebat.........

abdullahbukhari said...

insaf insaf jib..sama sama insaf..tok sey dah..naik kembung 2-3 hari ni kena minum air banyak nak gerakkan kidney baru

Dai Sasaki said...

semoga abe lah cepat sembuh..insyaallah....

Unknown said...

kami di corporate comm terus mendoakan kesejahteraan ustaz, saya percaya pengalaman ustaz turut menyuburkan rasa insaf dan syukur pada pembaca