Tuesday, August 3, 2010

TARIKH BERSEJARAH 5 OGOS 2010

Pagi ini (4/8/2010 @ 10 am) Dr Rafidah, Nephro Consultant Hospital Selayang datang jumpa aku dan memberikan penerangan ringkas tentang Transplant besok pagi..selepas habis taklimat, beliau menyerahkan surat persetujuan untuk aku tandatangan..inilah saatnya, sudah hampir 2 tahun menunggu, maka besok penantian untuk mendapat buah pinggang baru berakhir sudah.

Setelah diperhatikan dalam perjalanan hidup aku semasa dewasa, Allah senantiasa mengurniakanku rezeki pada setiap kali kelahiran anak. Anak pertama (mujtaba) - aku mendapat kerja di CELPAD, UIAM, al-Hamdulillah kerja yang stabil sehingga sekarang, anak kedua (Asma Sofiah)aku beli kereta baru Proton Wira 1.5 Manual (DAL 6021), anak ketiga (Adna Solehah) aku beli rumah di Selayang mulia..dan anak keempat???

Apabila mulai menjalani rawatan dialisis air CAPD, biasanya kesuburan akan terjejas dan sukar nak mendapat anak, namun kuasa Allah mengatasi segalanya, isteri aku selamat mengandungkan anak keempat..dan tarikh jangkaan kelahiran ialah pada 31 Ogos 2010..mungkinkah kejayaan mendapat buah pinggang baru ini menjadi rezeki aku bersempena kelahiran anak keempat? Alhamdulillah!

Sepanjang 10 tahun menghidap penyakit ini, aku tidak pernah putus asa berdoa agar suatu hari nanti akan pulih semula. Nampaknya doa aku dimakbulkan Allah selepas 10 tahun berdoa. Pada awal 2007, Dr Nefro sudah mulai mencadangkan aku berbincang untuk mencari penderma buah pinggang. Pada masa itu, mak cik aku (penderma sekarang) dan kakak sulung aku yang pertama menawarkan diri.

Ujian demi ujian dilakukan antara aku & kakak, namun pada tahap terakhir ujian, apabila darah aku dicampur dengan darah kakak, berlaku penolakan. Disebabkan penolakan itu, kakak aku dibatalkan daripada senarai dan mak cik aku pula masuk. Alhamdulillah, beliau melepasi semua tahap ujian.

Siapa makcik aku? adik mak aku..bila dia nyatakan hasrat nak bagi aku sebelah buah pinggangnya, baru aku faham erti hubungan kekeluargaan dan pengorbanan. Memang tak ternilai.

Akhir kata, diharap semua pembaca blog ini mendoakan kejayaan transplant ini kerana azam saya, apabila sihat nanti akan terus berbakti kepada agama melalui wadah Tafsir al-Quran anugerah Allah kepada saya setakat ni.AMIN!

2 comments:

abinajmi said...

tahniah la,hebat demo.kawe rasa kerdil berbanding demo,mudah2an demo doakan kawe etek

Maryam said...

ustaz,
semoga dipermudahkan.

-anak murid tahfiz-