Malam
tadi (Isnin @ 26 November 2012) dalam kelas berbincang panjang tentang isu adakah manusia mampu melihat
jin. Saya bertegas membawa pendapat Imam Syafie yang menghukum manusia tidak
boleh melihat Jin dalam bentuk asal kerana ia disebut al-Quran:
إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ
وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ
Ertinya:
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka (al-A’raf[7:27]).
Imam
al-Syafie menghukum orang yang mendakwa mampu melihat jin seolah menentang
maksud al-Quran (Tafsir al-Alusi).
Lagipun,
Allah menciptkan manusia dengan segala panca indera yang SESUAI UNTUK MANUSIA.
Buat apa sibuk nak melihat jin? Hidup manusia PASTINYA LEBIH SELESA DAN AMAN
TANPA MELIHAT JIN. Samalah juga Allah mencipta GEGENDANG TELINGA manusia yang
hanya mampu menangkap sesetengah frekuensi bunyi sahaja tidak seperti kemampuan
sesetengah haiwan (anjing, gajah) yang mampu mendengar dan menangkap frekuensi
yang lebih tinggi. Kalau manusia mampu mendengar semua frekuensi bunyi, sudah
pasti hidup manusia akan terganggu..
Barangkali inilah
juga maksud firman Allah:
قَالَ رَبُّنَا الَّذِي
أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى
Nabi
Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap
sesuatu: KEJADIAN SEMULAJADINYA YANG SESUAI DENGANNYA, kemudian Ia memberi
petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya" (Taha[20:50]).
Qaddara
dalam ayat ini ditafsirkan oleh sesetengah mufassir sebagai: Allah memberikan
setiap makhluk ciptanNya apa yang sesuai dengan bentuk ciptaannya, Allah tidak
menjadikan manusia seperti penciptaan haiwan (Tafsir Ibn Kathir).
Seolah-olah
ia menyebut, kalau sesetengah haiwan mampu melihat sesuatu SESUAI DENGAN
KEMAMPUAN ciptaannya seperti keldai mampu melihat syaitan dan ayam yang mampu
melihat malaikat, maka ia khusus untuk haiwan itu sahaja. Sabda nabi SAW:
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا
اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ
فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
Ertinya: Apabila kamu mendengar kokokan
ayam, maka mohonlah kepada Allah akan kurniaanNya kerana ayam itu telah meilhat
malaikat, manakala apabila kamu mengengar rengekan keldai, maka mintalah
perlindungan dengan Allah daripada (kejahatan) syaitan kerana keldai itu telah
melihat syaitan (Sahih al-Bukhari & Muslim).
* USAHLAH MENGHARAP SESUATU YANG BUKAN UNTUK SPESIS MANUSIA!
No comments:
Post a Comment