Tuesday, September 1, 2009

IRHAS KEPADA PARA NABI A.S



Para rasul yang diutus kepada umat manusia membawa sesuatu syariat daripada Allah merupakan insan pilihan. Pemilihan mereka amat bertepatan dengan kehendak syariat Allah yang sememangnya memerlukan seorang lelaki yang sempurna daripada aspek kerohaniannya untuk membimbing umat manusia ke jalan yang diredhai Allah.

Oleh itu, para rasulpilihan ini kebiasaannya akan dibekalkan dengan inayah yang istimewa daripada Allah sebelum mereka dilantik menjadi nabi lagi. Keistimewaan ini dating dalam berbagai-bagai bentuk seperti Mukjizat dan Irhas.

Istilah Irhas bermaksud kelebihan atau perkara luar biasa yang dianugerahkan kepada para nabi AS sebelum mereka dilantik menjadi nabi atau Rasul oleh Allah SWT. Tujuan Allah mengurniakan irhas ini ialah untuk menarik pandangan orang ramai bahawa akan diutuskan tidak lama lagi seorang Rasul Tuhan yang akan membawa petunjuk agama suci kepada umat manusia. Irhas kepada para Rasul AS sememangnya telah disebut di dalam al-Quran seperti kisah nabi Isa yang bercakap ketika masih bayi untuk mempertahankan maruah ibunya Maryam. Firman Allah:

Kemudian baliklah ia (Maryam) kepada kaumnya dengan mendokong anaknya, mereka (kaumnya) pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"

Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
(Maryam[19:27-33]).

Begitu juga kisah nabi Musa AS yang diselamatkan daripada kekejaman Firaun semasa kecilnya. Firman Allah:

"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.

"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
(Taha[20:37-39]).

Begitu juga Irhas yang dikurniakan nabi Muhammad sebelum baginda SAW dilantik sebagai Rasul. Kitab-kitab Sirah banyak merekodkan perkara-perkara ajaib yang dikurniakan kepada baginda SAW seperti awan yang senantiasa menaungi kafilah dagang yang disertai oleh baginda semasa di dalam perjalanan ke Syam untuk berdagang.

Di antara rekod Irhas yang paling menyentuh perasaan orang-orang Arab ialah pemusnahan tentera bergajah Abrahah yang cuba untuk memusnahkan Ka’abah pada tahun kelahiran nabi Muhammad SAW. Allah berfirman :

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
(al-Fil[105:1-5]).

Selepas peristiwa itu, masyarakat Quraisy yang tinggal di Mekah semakin disanjung oleh orang-orang Arab di sekeliling tanah Arab kerana kedudukan mereka yang istimewa di sisi Allah. Kemudiannya pada tahun yang penuh bersejarah itu jugalah lahirnya seorang insan yang mulia, berketurunan Quraisy yang kelaknya mengubah dunia dengan cahaya Islam yang penuh gemilang.

ABDULLAH BUKHARI BI ABDUL RAHIM

Sunday, August 30, 2009

Bersihkan imej Islam akibat tindakan si jahil


Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM

TINDAKAN sekumpulan pihak yang mengarak serta memijak kepala lembu ketika membuat bantahan tentang cadangan pembinaan kuil di Selangor sebenarnya suatu tindakan yang jahil bersulamkan kebiadapan melampau.

Kebiadapan mereka itu walaupun kelihatan seperti membela hak orang Islam di Malaysia, namun ia jelas ketara tambah memburukkan lagi imej Islam di mata golongan bukan Islam.

Label dan momokan Islam sebagai agama yang ganas seolah-olah sudah disahkan oleh tindakan bodoh mereka.

Islam amat bertegas tentang penghinaan kepada agama lain yang bakal mengundang permusuhan yang tidak berkesudahan kerana setiap insan akan bermati-matian mempertahankan akidah anutan mereka walau dengan nyawa sendiri.

Larangan provokasi ini dijelaskan oleh al-Quran, maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10]).

Keharmonian Malaysia yang sudah sekian lama terjalin di atas rasa toleransi kaum dan agama, pastinya akan mengundang kekeruhan apabila kepercayaan orang Hindu dihina sedemikian rupa.

Bayangkan apakah reaksi umat Islam sekiranya tulisan Allah diarak, diinjak dan dibakar pula oleh para penganut Hindu yang tersinggung dengan tindakan jahil kumpulan terbabit.

Untuk itu satu langkah drastik perlu dilakukan oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk segera mencuci tahi yang telah dipalitkan oleh kumpulan terbabit.

Sekiranya pihak berkuasa agama boleh segera bersidang untuk mengeluarkan fatwa berikutan kenyataan politik sesetengah tokoh yang dirasakan mengancam akidah umat Islam, situasi kritikal seperti ini lebih lagi perlu diutamakan.

Jelaskan segera kepada penganut agama lain, bagaimana Islam melarang sama sekali tindakan sedemikian. Peranan pihak berkuasa agama perlu disegerakan untuk menjernihkan kembali kekeruhan yang melanda bertepatan dengan firman Allah, maksudnya:

Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (al-Hajj[22:40]).

Hak penganut Hindu untuk mendirikan rumah ibadat mereka tidak pernah dibantah oleh Islam. Itulah keistimewaan Islam yang agak terbuka dengan pengamalan agama lain selagi mana penganut agama itu masih berstatus dhimmi (bernaung di Negara Islam) dan bukannya harbi (memusuhi Islam).

Selain itu, pendekatan penerangan melalui media arus perdana perlu segera dibuat bagi mengubat luka para penganut Hindu di Malaysia.

Sekiranya tindakan lambat diambil, luka itu akan bertukar menjadi barah yang sukar diubati lagi.

Bahkan barah ini kelak boleh menjadi penyebab gagalnya gagasan 1Malaysia. Pengalaman perit konflik agama yang menumpahkan darah di negara luar perlu dijadikan teladan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Kepada mana-mana kumpulan yang bercadang untuk melakukan sebarang tindakan provokatif di masa hadapan, silalah bertanya dahulu kepada ahlinya.

Hayatilah firman Allah: Maka bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui (al-Anbiya'[21:7]).

Jangan sampai apabila kekacauan telah meletus kerana tindakan bodoh sesetengah pihak, pihak yang tidak bersalah pula menerima kesan akibatnya.

Renunglah ancaman Allah di dalam ayat ini: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya (al-Anfal[8:25]).

Tuesday, August 25, 2009

TERAPI HAIWAN PELIHARAAN MENURUT AL-QURAN


Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung, ikan, kuda dan sebagainya merupakan salah satu nikmat Allah kepada manusia. Di samping berguna untuk membantu urus tadbir kehidupan manusia, haiwan ini juga mampu untuk mengurangkan kadar tekanan perasaan yang dialami oleh pemiliknya.

Terapi haiwan peliharaan atau dinamakan pet therapy atau animal assisted therapy (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati para pesakit yang memiliki haiwan peliharaan lebih terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

Bahkan kajian di Hospital Bandaraya New York telah mendapati para pesakit jantung yang memiliki haiwan peliharaan lebih panjang usianya setelah keluar daripada hospital berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Kewujudan haiwan peliharaan juga didapati lebih berkesan untuk memberikan semangat dan belaian kasih sayang berbanding dengan kehadiran teman hidup dan sahabat handai.

Selain itu, pemilikan haiwan peliharaan bukan sahaja boleh mengubati rasa kesunyian, malah mampu mendidik pemiliknya rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap entiti lain serta menjadi platform awal untuk bergaul secara lebih sihat dengan masyarakat.

Apa yang menarik perhatian ialah Islam melalui al-Quran sememangnya sudah sedia menggariskan prinsip rawatan sebegini. Menurut Islam, tubuh badan manusia terdiri daripada tiga unsur utama iaitu badan kasar atau fizikal, badan halus atau yang disebut sebagai emosi dan roh. Bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia muslim, ketiga-tiga unsur ini perlu dijaga rapi agar tidak memudaratkan keseluruhan system hidup manusia.

Seperti mana badan kasar dan rohani manusia yang memerlukan makanan, badan halus atau emosi manusia juga perlu diberi makanan. Makanan utama kepada emosi ialah persekitaran yang sihat, baik dan kurang tekanan. Ini kerana tekanan yang berterusan pada emosi boleh mendorong kepada berbagai penyakit mental yang kronik seperti skizofrenia dan sebagainya.

Walaupun al-Quran tidak pernah menggariskan secara khusus apakah rawatan utama untuk emosi, namun pemilikan kepada haiwan peliharaan sebagai unsur hiburan emosi sudah sedia disebutkan oleh al-Quran. Firman Allah:

Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Nahl[16:8]).


Penggunaan perkataan perhiasan di dalam ayat ini secara tidak langsung merujuk kepada rawatan emosi atau terapi haiwan peliharaan. Fakta ini dikukuhkan lagi oleh kisah nabi Sulayman AS di dalam surah Sad, firman Allah:

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan kerana mengingati Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".
(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).
(Sad[38:31-33]).


Kisah nabi Sulayman ini dengan jelas menunjukkan bagaimana baginda AS sendiri meminati haiwan peliharaan yang indah dan menarik perhatian kerana keindahannya. Bahkan cara baginda menghampiri serta membelai kuda-kuda itu juga merupakan di antara bentuk terapi emosi yang semakin diakui keberkesannya oleh para saintis moden.

Selain itu, prinsip umum terapi emosi juga telah disebut oleh al-Quran dengan firmanNya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
(al-A’raf[7:32]).

Sunday, August 23, 2009

RAWATAN KOMPLIKASI KOMA MENURUT AL-QURAN


RAWATAN PESAKIT KOMA MENURUT AL-QURAN

Tubuh badan yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai fungsi dan tuntutan yang tertentu. Setiap bahagian daripada tubuh badan manusia sama ada otot, tulang dan sendi memainkan peranan tersendiri untuk memudahkan pergerakan dalam kehidupan manusia. Sebagai timbal baliknya pula, gerakan dan senaman yang dilakukan oleh manusia akan membantu untuk menambah jangka hayat anggota tubuh badan mereka.
Peranan untuk menggerakkan tubuh badan yang sihat biasanya akan terbantut apabila seseorang itu berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri atau mengalami koma.

Perkataan koma ini berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud tidur yang nyenyak. Menurut ilmu perubatan moden, koma diistilahkan sebagai keadaan tidak sedarkan diri yang mendalam. Pesakit koma tidak mampu untuk disedarkan, gagal untuk bergerak secara sukarela, gagal untuk memberikan tidak balas kepada sebarang rasa sakit dan pergerakan cahaya.

Pesakit koma juga dikategorikan berada di dalam keadaan tidur yang luar biasa kerana tidak terikat dengan kitaran tidur yang biasa yang mempunyai kitaran tidur dan bangun.

Koma boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti keracunan, ketidakstabilan metabolism badan, serangan kuman pada saraf tunjang, kecederaan saraf, kekurangan oksigen, trauma pada kecederaan kepala dan sebagainya. Otak para pesakit koma biasanya tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mengeluarkan arahan kepada anggota badan seperti lazimnya yang berlaku pada orang-orang yang sihat dan sedar.

Para pesakit koma biasanya terdedah kepada berbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan fungsi tubuh badan mereka. Menurut kajian ilmu perubatan moden, tubuh badan yang static untuk satu masa yang lama akan mengalami kerosakan atau pengecutan otot yang diistilah sebagai atrophy.

Selain atrophy, para pesakit koma yang pasif pergerakannya senang mengalami pengerasan sendi badan, jangkitan kudis pada bahagian belakang dan perjalanan darah yang tidak lancar. Sekiranya komplikasi ini tidak ditangani sewajarnya, para pesakit koma boleh mengalami lumpuh atau mati.

Oleh itu, untuk mengelakkan masalah-masalah tersebut daripada berlaku, pihak Hospital biasanya akan membantu para pesakit koma dengan melakukan aktiviti pergerakan secara berskala setiap hari. Untuk memudahkan proses bantuan tersebut, pihak hospital biasanya akan menggunakan mesin penggerak khusus yang dinamakan sebagai “passive movement machine”. Mesin ini datang dalam bentuk katil berenjin yang dikawal oleh computer.

Selain itu, ripple mattress atau tilam berangin juga digunakan untuk meransang gerakan pada tubuh pesakit koma. Para pesakit yang lama terbaring di atas katil akan terdedah kepada tekanan yang berat kepada beberapa bahagian di belakang yang boleh menghalang pegaliran darah kepada tisu-tisu di bahagian belakang badan.

Tisu dan sel badan yang tidak mendapat aliran darah yang sekata akan mengalami kerosakan dan mengakibatkan ketumbuhan kudis yang amat menyakitkan serta sukar untuk sembuh.

Tilam ini mempunyai pam angin yang bertugas untuk mengatur tekanan secara bersistem dan bergilir-gilir pada belakang pesakit mengikut skala masa yang tertentu. Tekanan bersakala ini menjamin pengaliran darah yang sekata pada belakang pesakit dan mengekalkan kestabilan tubuh badan pesakit.

Rawatan sedemikian sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit koma untuk mengekalkan tahap kesihatan fizikal mereka kerana mungkin pada suatu hari nanti mereka akan kembali sedar seperti orang normal yang lain.

Apa yang menakjubkan ialah, al-Quran yang diturunkan kira-kira 1400 tahun dahulu, secara tidak langsung sudah memberikan gambaran umum tentang bentuk rawatan sedemikian.

Ketika menceritakan perihal tidur 7 orang pemuda di dalam sebuah gua selama 300 tahun, Allah telah berfirman:

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
(al-Kahf [18:18]).


Mengulas tentang pergerakan mereka ini, sahabat nabi yang tersohor dengan kepakarannya di dalam bidang tafsir al-Quran iaitu Abdullah ibn ‘Abbas menjelaskan tujuan pergerakan semulajadi yang disebutkan oleh ayat ini adalah untuk memastikan tubuh badan kekal mereka kekal selamat dan tidak dimakan oleh bumi.

Selain itu, penggunaan frasa “dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri” mengikut kaedah tatabahasa Arabnya didatangkan dalam bentuk kata perbuatan Fi’il Mudhari’ yang membawa maksud sedang dan senantiasa berlaku secara berterusan. Ini bermakna, pergerakan mereka itu berlaku secara berterusan selama 300 tahun ketika mereka ditidurkan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Apa yang pasti, gerakan yang disebutkan oleh Allah di dalam kisah Ashab al-Kahfi ini bukan berlaku secara kebetulan tetapi mempunyai hikmah yang tersendiri tentang perlunya badan manusia yang statik dalam masa yang lama senantiasa digerakkan untuk mengelakkan daripada berlaku komplikasi-komplikasi lain sepertimana yang disahihkan oleh ilmu perubatan moden.

DISEDIAKAN OLEH:

ABDULLAH BUKHARI BIN ABDUL RAHIM

DISEMAK OLEH:

BRIG. JENERAL DATO’ DR. ZIN BIN BIDIN
PENGARAH KESIHATAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM).

Tuesday, August 18, 2009

ORANG UMNO TAK MASUK SYURGA?

Benarlah firman Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(al-Hujurat[49.6]).

Walaubagaimanapun setelah isu ini disebut di dalam akhbar perdana, sifulan ini sudah dipandang serong satu malaysia, lihat sahaja ruangan forum sebuah akhbar perdana hari ini.



Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
Iklan


"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.


Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

KIASAN TEORI ALTITUDE MENURUT AL-QURAN

Di sini ialah beberapa skrip yang saya sediakan untuk siaran sebuah TV swasta di bulan Ramadhan nanti...



Altitude mempunyai banyak definisi. Secara umumnya altitude bermaksud jarak yang diukur mengikut ketinggian. Ketinggian tersebut diukur bermula daripada aras laut menjulang ke atas.

Menurut teori altitude, kadar ketinggian yang bertambah akan mengurangkan paras oksigen di dalam udara. Semakin tinggi seseorang itu meninggalkan aras laut, dadanya akan bertambah sesak kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Menurut teori ni, sesetengah orang yang tidak mempunyai daya tahan dengan kekurangan oksigen apabila berada di tahap ketinggian yang tertentu akan mengalami sesak dada dan beberapa symptom lain seperti bengkak kaki, bengkak muka, bengkak tangan, pening-pening kepala, bengkak otak, muntah-muntah, peningkatan kadar cecair di dalam paru-paru, pengsan dan sebagainya. Tambah mengerikan lagi, penyakit ini boleh meragut nyawa pengidapnya.

Penyakit yang dikaitkan dengan altitude dinamakan acute mountain sickness atau sindrom penyakit pergunungan yang akut. Mana-mana pesakit yang dijangkiti dengan sindrom ini dinasihatkan untuk kembali kepada paras muka bumi yang sesuai untuk memulihkan keadaannya.

Oleh sebab itulah, para pendaki gunung yang tinggi seperti Gunung Everest akan menggunakan tangki bantuan oksigen untuk sampai ke kemuncaknya yang berketinggian 8,848 meter (29,029 kaki) daripada aras laut.

Begitu juga pesawat tempur pejuang yang juga mempunyai bekalan oksigennya yang tersendiri untuk mengelakkan pemandu daripada terkena sindrom hytoxia iaitu sindrom kekurangan oksigen di dalam darah akibat daripada ketinggian altitude.

Ketika memberikan perbandingan di antara dua golongan manusia yang berbeza dari segi penerimaan petunjuk agama, Allah telah berfirman:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(al-An’am[6:125]).

Ketika menerangkan tentang perbezaan keadaan dua jenis manusia yang dipisahkan dengan benteng iman, Allah mengumpamakan orang yang disesatkan daripada jalan yang benar seperti orang yang kesempitan dadanya, seolah-olah dia sedang mendaki ke langit.

Kenyataan ini sebenarnya membuktikan satu lagi penemuan Sains Moden yang dinamakan teori ALTITUDE. Apa yang menakjubkan ialah teori yang sedemikian hanya mampu diketahui oleh manusia di zaman moden dengan bantuan ilmu sains serta perkembangan ilmu pengetahuan. Kandungan ayat tersebut yang mengandungi fakta tersirat tentang kewujudan teori altitude secara jelas membuktikan kebenaran Islam dan al-Quran sebagai kalam Allah, Tuhan semesta alam.


Maha suci Allah dengan ilmuNya yang Maha Luas.


ABDULLAH BUKHARI BIN ABDUL RAHIM

Friday, August 14, 2009

TAZKIRAH UNTUK PESAKIT HIV DI DALAM GEREJA


Posting kali ini saya petik daripada sebuah blog yang isi kandungannya cukup menyentuh jiwa. Posting ini memang amat baik untuk direnung oleh ahli politik atau umat Islam di luar sana yang tak habis-habis berkelahi dengan isu politik atau isu agama yang tidak berkesudahan.

Kegilaan kita berkelahi dalam lingkungan kita kadang kala menutup mata kita tentang tanggungjawab sosial kita yang jauh lebih penting. Pernah sekali seorang bekas murid saya di UIAM bercerita bagaimana selepas habis belajar beliau dihantar ke pedalaman Sabah sebagai Ustaz. Di sana kewibawaan beliau tercabar apabila bertemu dengan orang-orang Islam yang sudah terhakis Islamnya kerana kejahilan. Islam hanya tinggal pada nama, arak seperti teh tarik sahaja.

Semua ini berlaku kerana kurangnya program dakwah yang sampai kepada mereka. Kadangkala misi dakwah Kristian lebih menyerlah dan memberikan kesan mendalam kepada mereka. Sama juga pengalaman saya dengan seorang wanita yang hampir murtad kerana tersepit dengan hutang suaminya dengan Along. Beliau sendiri hampir murtad kerana ditawarkan RM 100k oleh sebuah gereja untuk menyelesaikan segala hutangnya (baca di sini)

Oleh itu, sudah sampai masanya kita merenung kembali apakah sumbangan kita kepada umat Islam? Marilah kita sama-sama renung posting ini.


"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza. Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya….. Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,

"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.

Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-

"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-

"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin…

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi

Wednesday, August 5, 2009

DOA UNTUK MENGHINDAR H1N1


Sekarang ni hangat disebut mengenai H1N1. Setakat semalam (5/8/200) sudah 13 korban penyakit ini berlaku di Malaysia. Dalam minggu lepas saya agak risau dengan keluarga saya kerana semuanya mengalami demam yang teruk. Pada sabtu lepas, isteri saya demam sehingga tak mampu bangun sepanjang hari, diikuti pula dengan Mujtaba (anak sulung).

Semua yang bertemu berpesan agar berjaga-jaga. Selaku seorang Islam, kita harus berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan. Saya ada juga mendapat e-mail supaya mengamalkan Hizib al-Nawawi bagi menghindarkan penyakit. Namun begitu, saya lebih selesa dengan membaca ayat-ayat al-Quran dan doa nabi yang ma'thur. Ini kerana keberkatan doa yang datang dari al-Quran dan Hadith Sahih jauh lebih berkesan. Jangan pula salah faham yang saya ni anti bacaan Hizib..tetapi saya ni hamba al-Quran, jadi al-Quranlah tempat saya bergantung. Di sini saya ingin cadangkan beberapa doa yang boleh kita amal bersama untuk menghindarkan makhluk Allah yang bergelar H1N1 ini,


1- Kita perlu memba 3 Qul. Penekanan yang boleh diberikan ialah pada surah al-Falaq ayat yang pertama dan kedua. Ayat itu bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (al-Falaq[113:1-2]).

Makhluk jahat yang dimaksudkan oleh Allah di dalam ayat ini terlalu umum dan boleh merangkumi apa sahaja termasukkan penyakit yang sedang bermaharajalela sekarang ini.
Apa yang pasti, pembacaan serta penghayatan kepada maksud Syarri Ma Khalaq ini hanya akan benar-benar difahami sekiranya kita benar-benart memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Allah. Mari kita renung tafsiran 2 ayat ini yang dibawa oleh HAMKA di dalam Tafsirnya , Tafsir al-Azhar:

AI-Falaq ada juga diartikan dengan peralihan. Peralihan dari malam ke siang, peralihan dari tanah yang telah sangat kering karena kemarau, lalu turun hujan, maka hiduplah kembali tumbuh-tumbuhan. Peralihan dari biji kering terlempar ke atas tanah, lalu timbul uratnya dan dia memulai hidup. Maka ber¬selindunglah kita kepada Tuhan, dalam sebutanNya sebagai RABB, yang ber¬arti mengatur, mendidik dan memelihara; supaya berkenanlah kiranya Tuhan memperlindungi kita, dari kemungkinan-kemungkinan bahaya yang terkandung pada pergantian siang dan malam atau peralihan musim.

"Dari kejahatan apa-apa yang telah Dia jadikan."(ayat 2). Semua makhluk ini Allahlah yang menciptakannya; baik langit dengan segala matahari, bulan dan bintang gemintangnya, sampai kepada awan-awannya yang berarak. Atau bumi dengan segala isi penghuninya, lautnya dan daratnya, bukitnya dan lurahnya. Semuanya adalah ciptaan Tuhan, sedang kita manusia ini hanyalah satu makhluk kecil saja yang terselat di dalamnya. Dan segala yang telah dijadi¬kan Allah itu bisa saja membahayakan bagi manusia, meskipun sepintas lalu kelihatan tidak apa-apa.

Hujan yang lebat bisa menjadi banjir dan kita ditimpa celaka kejahatan banjir; hanyut dan tenggelam.


Panas yang terik bisa menjelma menjadi kebakaran besar; dan kita bisa saja turut hangus terbakar.

Gunung yang tinggi yang sepintas lalu menjadi perhiasan alam keliling dan penangkis angin dan ribut, bisa runtuh dan longsor, kita pun mati terhimpit dalam timbunan tanah..

Lautan yang luas dapat kita layari. Tetapi kapal yang kita tumpang bisa saja dihantam badai, tiang patah, atau tersandung kepada gunung salju, kapal pun tenggelam, kita pun mati.

Naik kapal udara adalah alat perhubungan yang paling cepat di zaman moden ini. Bisa saja awan sangat tebal sehingga tidak dapat ditembus oleh penglihatan, sehingga tiba-tiba kapalterbang terbentur[1] kepada gunung; dia pun hancur dan kita pun turut hancur di dalamnya. Atau sangat keras badai di laut sehingga kapal udara itu tidak dapat mengatasinya, dia pun tenggelam dan kita pun turut tenggelam ke dalam perut lautan.

Bermain-main di bawah pohon kayu besar. Tiba-tiba angin puyuh datang berhembus, pohon itu tumbang, kita mati dihimpitnya.

Naik keretapi yang ter¬gelincir relnya, sehingga jatuh dan hancur. Naik mobil yang tiba-tiba tidak ter¬kendalikan, sehingga masuk ke dalam lurah.

Sedang kita enak-enak berjalan di jalan raya, tiba-tiba ada orang mengamuk, mana yang bertemu ditikamnya, kita pun kena.

Kompor[2] minyak sedang orang perempuan bertanak di dapur, tiba-¬tiba meletus. Perempuan yang tengah bertanak itu dikeluyut minyak tanah, ter¬bakar dan mati.

Orang sedang naik sepeda[3] kencang, tiba-tiba terbentur ke batu besar, terlempar badannya, kena tonggak kawat, pecah kepalanya dan mati.

Maka semua yang dijadikan Allah itu mungkin saja ada bahayanya, yang tidak kita sangka; Januari 1973 meletus gunung di Iceland dengan tiba-tiba padahal menurut penyelidikan ahli-ahli sudah 7000 tahun gunung itu tidak berapi lagi. Kita manusia ini hanya satu makhluk kecil saja hidup di antara makhluk Allah yang lebih besar dan lebih dahsyat.

Sepaku kecil yang terlepas daripada terompah orang di jalan raya. Apalah artinya sepaku kecil itu. Tiba-tiba terpijak di kaki seorang yang sedang berjalan kaki, karena kebetulan dia tidak memakai alas kaki. Sepaku itu berkarat dan karatnya itu berbisa. Dia terpijak oleh telapak kaki, lalu pada luka kecil itu timbul infeksi keracunan darah. Tidak lama kemudian matilah orang yang kena infeksi itu setelah paku kecil yang bercampak di tengah jalan yang tidak berarti itu.

Sebab itu maka dapatlah dikatakan bahwa di mana-mana ada bahaya. Kita tidak boleh lupa hal ini. Tuhan Allah sebagai Pencipta seluruh alam Maha Kuasa pula menyelipkan bahaya pada barang-barang atau sesuatu yang kita pandang remeh. Oleh sebab itu di dalam ayat ini kita disuruh memperlindung¬kan diri kepada Tuhan dalam namanya sebagai RABB, penjaga, pemelihara, pendidik dan pengasuh, agar diselamatkanlah kiranya kita daripada segala bahaya yang mungkin ada saja di seluruh Alam Yang Tuhan Ciptakan.

KESIMPULANNYA: Semua erkara yang menjadi ancaman kepada manusia dikategorikan di bawah ayat kedua surah al-Falaq, termasuklah wabak sekarang ini.

2-Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.

SEMOGA DENGAN MENGAMALKAN 2 PERKARA DI ATAS DAPAT MENGHINDARKAN KITA DARIPADA MUSIBAH H1N1 YANG SUNGGUH MENGRIKAN INI.

Wednesday, July 29, 2009

SINGA PUN TAKUT MEMBERI UCAPAN SELEPAS MAKAN


Di antara budaya orang-orang Arab yang berbeza dengan orang Melayu ialah memberikan ucapan semasa majlis makan malam. Kebiasaan orang Arab, tuan rumah yang menjemput tetamu datang ke rumahnya akan memberikan ucapan apabila selesai makan. Di sini ada sebuah kisah yang menarik untuk direnung bersama.

Tersebut al-kisah di sebuah negeri Yahudi, ada seorang raja yang fanatik dengan agamanya. Baginda amat marah sekiranya ada rakyatnya yang memeluk agama lain. Sekiranya ada yang mengaku beragama lain selain yahudi akan di seksa dengan berbagai-bagai seksaan. Di antara salah satu seksaan baginda yang paling digeruni aialah ialah memberi makan hidup-hidup kepada singa yang lapar. Para pesalah akan disimpan selama beberapa hari untuk hukuman. Penahanan ini bertujuan untuk menyeksa batin si pesalah.

Manakala singa-singa baginda pula akan dilaparkan selama beberapa hari. Apabila tibanya hari hukuman, singa-singa yang sedang kelaparan tanpa lengah akan terus menerkam pesalah dan membaham habis-habisan dengan rakus.

Pada satu hari, sang Raja telah menangkap seorang pendita yang soleh yang didapati bersalah memeluk agama Nasrani. Setelah dibicarakan, pendita ini akan dijatuhkan hukuman dibaham singa yang dilaparkan selama seminggu. Bayangkan bagaimana ganasnya nanti sang singa yang telah terputus bekalan makanan selama seminggu.

Namun begitu pendita yang beriman kelihatan tenang sahaja menunggu hari hukuman. Mungkin kerana cahaya iman yang dimilikinya.

Tiba hari hukuman, raja mengarahkan kesemua rakyatnya tampil menyaksikan hukuman sebagai satu peringatan dan amaran kepada yang lain.

Tiba masanya, sang pendita telah ditempatkan di tengah-tengah padang, kemudian seekor singa lapar dilepas. Sang singa yang tersangat lapar lantas menerkam ke arah pendita. Tiba-tiba sang pendita mengangkat tanan memberi isyarat kepada singa agar berhenti. Singa itu terkejut, kemudian dengan perlahan pendita lantas menghampiri singa dan membisikkan sesuatu di telinga singa. Sejurus selepas itu, singa itu membatalkan niatnya untuk membaham pendita, malah berlalu pergi.

Raja merasa hairan dengan gelagat singa itu, lantas mengarahkan singa kedua dilepaskan. Namun begitu, singa kedua juga mengalah dan berundur selepas dibisikkan sesuatu oleh pendita. Begitulah seterusnya sehingga habis kesemua singa sang raja berundur tanpa membaham sang pendita.

Sang raja yang ta'ajub dengan peristiwa ini memanggil pendita dan bertanya rahsianya.

Pendita mula berunding dengan raja: "apa yang akan saya dapat sekiranya saya memberitahu rahsia ini kepada tuanku?"

"kamu akan beta lepaskan daripada sebarang hukuman" jawab sang raja yang sudah tidak sabar menanti jawapannya.

Pendita pun berkata: "Saya katakan kepadanya, menurut kebiasaan kita di negara ini, KAMU DIKEHENDAKI MEMBERIKAN UCAPAN SEJURUS SELEPAS MAKAN!"

MORAL CERITA:

PUBLIC SPEAKING MEMANG SUKAR DILAKUKAN OLEH ORANG YANG TIDAK BIASA...SAMA SEPERTI SINGA TU.ANDA BOLEH BERCAKAP DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI? KALAU TAK BOLEH, ANDA PERLU MELATIH DIRI KERANA KEMAHIRAN INI ADALAH PENTING UNTUK AGENDA DAKWAH ISLAM.

Thursday, July 16, 2009

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA!

Semalam (15/7/2009)semasa mengajar di kelas jam 12 tengahari, saya mendapat sms dari Ustaz Mustafa (pensyarah KIRKHS) memberitahu bahawa seorang pelajar IRKHS, Siti Hajar bt Mohd Shafie telah meninggal dunia. Saya terkejut dan amat terharu dengan berita ini. Berikutan itu, sebelum zohor saya dan Ustaz Muhammad (pensyarah Tilawah UIAM) berangkat ke rumah arwah di Kg. Pandan untuk menziarahinya.

Apa yang istimewa sangat dengan arwah ni? Mungkin soalan ini akan diajukan kepada saya. Memang Siti Hajar seorang gadis yang istimewa, beliau adalah anak kepada tokoh al-Quran yang tersohor di Malaysia, Dr. Shafie Mohd Amin. Beliau merupakan Hafizah yang sudah menghafaz al-Quran dengan bimbingan ayahnya semenjak kecil lagi.


Dr Shafie

Saya mulai mengenali arwah semasa menjadi imam terawih jemputan di Masjid a-Taqwa Taman Tun pada tahun 1997-1998.Ketika itu, saya berduet mengimami solat terawih dengan ayahnya Ustaz Shafie. Ustaz Shafie biasanya akan datang awal dan membawa bersama-sama anak-anaknya termasuk Siti Hajar. Siti Hajar ketika itu masih kecil dan berusia 9 tahun, tapi sudah habis menghafaz al-Quran. Selepas maghrib, beliau akan membantu menyemak bacaan saya untuk diimamkan di dalam solat kelak. Boleh dikatakan al-Quran 30 juzuk di dalam minda arwah mengalir deras tanpa halangan kerana disiplin ayahnya yang senantiasa anak-anaknya menjaga kualiti hafazan mereka.

Setelah sekian lama terputus berita berkaitan dengannya, saya menemuinya kembali di UIAM. Beliau sekarang menjadi pelajar IRK. Namun begitu baru-baru ini beliau jatuh sakit, dan dikatakan terkena strok. Doktor yang merawat pula mengatakan sukar untuk mengenalpasti penyakitnya dan hanya memberikan tempoh jangka hayatnya selama 3 hari sahaja. Telahan itu meleset, beliau dapat bertahan kira-kira 3 bulan dan meninggal dunia semalam.

Siti Hajar adalah anak ketiga, daripada 13 adik beradik. Kesemua adik beradiknya menghafaz al-Quran. Ternyata Ustaz Shafie memang benar-benar berjaya mendidik anak-anaknya. Seingat saya anak-anak beliau tidak banyak kerenah, tidak lalai kerana sepanjang masa dengan al-Quran. Kakak Siti Hajar , Rabe'a tidak kurang hebatnya juga dari segi kemantapan hafazan. Mereka berdua mengambil subjek Tahfiz di UIAM dan kedua-duanya mendapat markah : 99-100.

Kehilangan arwah amat terasa untuk umat Islam kerana amat sukar untuk melahirkan seorang Hafizah yang sebegini berkualiti. Kedua-duanya tidak pernah bersekolah secara formal, tetapi berjaya juga ke Universiti hanya dengan belajar secara persendirian. Prinsip ayahnya mengatakan bahawa al-Quran adalah ibu segala ilmu. Dapat menguasai al-Quran, ilmu lain akan menjadi mudah dicapai. Benar sekali!

Akhir kata, posting kali ini saya dedikasikan khusus sebagai megingati arwah yang saya berani andaikan sebagai ahli syurga kerana sikap, pengorbanan dan pengabdian dirinya kepada al-Quran. Semalam semasa memeluk Ustaz Shafie saya menenangkan beliau dengan berkata. "Ustaz usah risau, Hajar ni anak soleh, Insya Allah tempatnya di syurga!"

Mata Ustaz Shafie kelihatan berkaca setelah mendengar kata-kata saya itu. Pengajaran akhir untuk kita semua, apakah persediaan kita semua untuk berpindah ke negeri barzakh? Memang mati hanyalah satu transisi peralihan alam sahaja. Namun begitu sudah menjadi fitrah manusia akan merasa sedih dengan sebarang kematian yang menimpa. Tambah menyedihkan lagi apabila yang mati diketahui tidak bersedia untuk menerima kematian. Apalah nasibnya di sana nanti. Adapun Siti Hajar, saya yakin akan kekenyangan dengan bekal al-Quran yang dipegangnya sepanjang 21 tahun hidupnya di dunia.

Ya Allah! tempatkanlah beliau di kalangan roh para syuhada' dan pejuang agamamu!

Saturday, July 11, 2009

JANGAN NAK MERAPU! ROH ORANG MATI TAK BOLEH KEMBALI KE DUNIA


RIUH DUA TIGA HARI INI HANTU MICHEAL JACKSON YANG DIRAKAM DI KEDIAMANNYA. SAYA KATAKAN ITU KARUT, ITU HANYA JELMAAN JIN YANG NAK MENYAKAT SAHAJA. DALAM ISLAM ROH ORANG YANG MATI SUDAH TERKURUNG DI ALAM BARZAKH DAN MUSTAHIL UNTUK KEMBALI. TAK PERCAYA? BACA RENCANA INI OLEH HARUN DIN.

Belajar tanpa berguru, syaitanlah gurunya
Dato' Dr Haron Din

SOALAN: Saya ingin bertanya mengenai perubatan alternatif, sama ada bertentangan dengan syarak atau tidak. Bagaimana jika ada pengamal itu yang mendakwa, dia mendapat ilmu atau petunjuk perubatan melalui mimpi. Contohnya seperti seorang pengamal mengubati pesakit dengan menggunakan dauh sirih. Daripada pemerhatiannya kepada struktur daun sirih selepas membaca mantera (doa), dia dapat memberitahu kepada pesakit tentang keadaan penyakitnya dari segi fizikal, spiritual atau gangguan. Mohon Dato' jelaskan. - INSAN YANG RAGU, menerusi e-mel
Iklan




JAWAPAN: Ada dua episod daripada persoalan anda. Pertama mengenai perihal pengubat yang mendapat ilmu mengubati manusia menerusi mimpi. Kedua, menggunakan daun sirih sebagai penunjuk untuk mengubati dan mengetahui perkara ghaib, tentang penyakit zahir, batin dan sebagainya.

Perihal ilmu pengubatan melalui mimpi pernah saya jelaskan dahulu dalam ruangan ini, bahawa ilmu itu tidak sabit dari segi syarak.

Dengan lain perkataan, ilmu yang memberi kebaikan kepada manusia, dipelajari dengan cara berguru dengan cara yang betul, memakan masa yang agak lama, perlu diuji dan dipastikan dia boleh memilikinya, bukan sama sekali menerusi mimpi semalaman atau beberapa minit sahaja mimpi itu. Keadaan ini tidak mampu menjadikan seseorang itu sebagai pengubat.

Dalam tasawuf atau tarikat selalu sangat diperkatakan mengenai kaedah mempelajari sesuatu ilmu hendaklah dengan berguru dengan jelas dan nyata, dia berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Sesiapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya.

Oleh kerana itu ilmu melalui mimpi, amat diragui siapakah sebenarnya yang menjelma dalam mimpinya itu. Hendak dikata wali-wali Allah (yang telah kembali kepada Allah), mereka semuanya sudah berada di alam barzakh sehingga hari kiamat.

Ruh mereka tidak boleh kembali lagi ke dunia ini untuk bertemu dengan sesiapa. Lebih-lebih lagi untuk menyampai ilmu selepas mati.

Orang yang telah mati, terputus usaha kebaikan atau kejahatan. Sudah tidak boleh lagi menyampaikan ajaran atau petua-petua perubatan kepada mana-mana orang yang hidup.

Firman Allah (mafhumnya): "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan." Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." (Surah al-Mukminun, ayat 100)

Dalam kitab tafsir yang muktabar, disebut barzakh dengan huraian bahawa selepas mati, ruh-ruh manusia ditempatkan ke alam baru. Dengan kehidupan baru itu, mereka terputus dari dunia dan tembok-tembok itu menjadi pemisah, tanpa dapat ditembusi untuk pulang ke dunia.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib (r.a) beliau pernah menyebut (mafhumnya): "Hari ini di dunia adalah untuk beramal tanpa hisab, esok sesudah mati, hanya ada hisab yang menunggu tanpa ada amal lagi."

Jika yang telah mati boleh lagi beramal dengan pulang ke dunia dan memberi petua atau pengajaran untuk perubatan, maka ia bertentangan dengan al-Quran seperti ayat yang saya nyatakan di atas.

Dengan hujah-hujah itu, tidak boleh diterima pakai, atas andaian bahawa ilmu menerusi mimpi adalah dari sumber yang sahih.

Yang berlaku hanyalah tipu daya syaitan dalam mimpi seseorang, mengajar manusia melalui mimpi yang boleh menyesatkan. Berhati-hatilah, kadang-kadang mereka ini kelihatannya seperti betul dan bersesuaian dengan kehendak syarak, tetapi yang tersiratnya adalah untuk mempengaruhi manusia yang bakal membawa ke jalan yang sesat.

Seorang sahabat Nabi s.a.w, Abu Hurairah, pernah menerima ilmu dalam jaganya daripada syaitan, apabila diceritakan ilmu itu yang zahirnya sejajar dalam syariat, iaitu dengan menyuruh Abu Hurairah membaca ayat kursyi supaya beliau melindungi harta yang dijaganya supaya tidak dicuri seseorang, maka Rasulullah s.a.w menyatakan (mafhumnya): "Itu adalah ajaran daripada syaitan, jangan peduli dengannya, lupakan ajaran itu dan ambillah ajaran daripadaku."

Seterusnya Nabi s.a.w mengajar Abu Hurairah, sama seperti yang diajar oleh syaitan tadi.

Mimpi manusia, kebanyakkan daripada perbuatan syaitan, jika ada pun daripada Allah, ianya adalah terlalu sedikit.

Ada pun mengenai pengubat memberitahu pesakit menerusi tilik menilik daun sirih, maka itu adalah pengubat tradisional Melayu, bukan pengubatan cara Islam.

Dalam Islam, tilik menilik dalam semua perkara sama ada menerusi daun sirih atau pun lain-lainnya, adalah bertentangan dengan syarak dan amat dilarang.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. bersabda (mafhumnya): "Daripada Ummul Mukmimin Hafsah dan Aisyah r.ahnuma, bahawa pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan tukang-tukang tilik. Nabi mengatakan bahawa mereka hanyalah temberang dan tidak benar satu pun. Ditanya lagi, "Tukang tilik itu mengkhabarkan kepada kami perkhabaran dalam tilik mereka, maka kami dapati ia benar." Nabi bersabda, "Yang demikian itu dikhabarkan kepada mereka oleh makhluk halus kepada yang berbaik dengan mereka, dengan mencampuradukkan di dalamnya ratusan pembohongan." (Hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis lain Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda (mafhumnya): "Sesiapa yang mendatangi orang yang mendakwa mengetahui yang ghaib (arraf) atau tukang tilik (kaahin), lalu mempercayai apa sahaja yang dikatakan mereka itu menerusi tilik menilik mereka, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah ke atas Nabi Muhammad (al-Quran)." (Hadis riwayat al-Hakim dan as-Sahabus Sunan)

Apa yang anda tanya mengenai pengubat tersebut, mengetahui perkara ghaib sehingga secara spesifik menerusi struktur daun sirih sehingga mengetahui jenis-jenis penyakit, sama ada fizikal atau spiritual adalah termasuk dalam perkara yang dilarang syarak.

Firman Allah (mafhumnya): "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)." (Surah an-Naml, ayat 65)

Firman Allah (mafhumnya): "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun, - melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)." (Surah al-Jin, ayat 26-27)

Saya harap penjelasan saya menjawab persoalan anda, wallahua'lam. - lanh _

Thursday, July 9, 2009

PEJUANG HIJAB GERMAN DIBUNUH! APA TINDAKAN KITA?


Hijab Martyr Prompts German Soul-Searching


"I was surprised that the media and political reaction was so limited," Kramer said.

BERLIN — The brutal murder of a hijab-clad Egyptian woman by a German racist last week has not only stunned the Muslim world, but also prompted a soul-searching debate in Germany, where many are galvanized by the crime and its implications.
"Why was the death of a veiled woman, who was not the victim of an 'honor crime', only news in brief for a whole week?" the Berlin-based daily Der Tagesspiegel asked on Thursday, July 9.

"Is it because this death does not enter our frame of reference?"

Marwa Al-Sherbini, 32, was stabbed to death by a 28-year German of Russian origin in a courtroom in the eastern city of Dresden on Wednesday, July 1.

He stabbed her 18 times before the pregnant woman was to testify against him for insulting her for wearing hijab.

Sherbini's husband, who was preparing to discuss his Masters next month, was also injured when he tried to intervene to protect her.

While the gruesome murder outraged Muslims in Germany and across the Muslim world, the reaction of German politicians was a long time in coming.

A week after the killing, Thomas Steg, a spokesman for Chancellor Angela Merkel, described the crime as "horrible and outrageous."


Marwa's Tragic Death & Islamophobia

Nearly ten days after the murder, Merkel spoke with Egyptian President Hosni Muburak about the killing in the Italian city of L'Aquila, where world leaders gathered for a G8 meeting.
Stephan Kramer, general secretary of the Central Council of Jews in Germany, the country's foremost Jewish group, criticized the muted response of politicians and the media.

"I was surprised that the media and political reaction was so limited," he stressed after visiting Sherbini's husband in hospital.

Islamophobic

German officials are still hesitant to acknowledge the Islamophobic nature of the crime.

Court spokesman Christian Avenarius told Agence France Presse (AFP) that the murderer was a "fanatical xenophobe."

But claimed it was not "possible to say his actions were prompted by 'Islamophobia', nor that he was a far-right extremist."

Groups representing the Muslim community in Germany, estimated at 4.5 million, insist they have no doubt Sherbini was murdered because of wearing hijab.

Hijab, an obligatory code of dress that every Muslim woman must wear, has been the subject of heated political debate in Germany recently.

Several German states have banned hijab for school teachers.

Kramer, the general secretary of the Central Council of Jews in Germany, sees Sherbini's death as a grim reminder of the prevailing Islamophobia in the West.

"All those who dismissed Islamophobia as a false debate in recent years were wrong."

Wednesday, July 8, 2009

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Jimadie Shah Othman


Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

ULASAN:

BENARLAH KATA ALLAH DI DALAM AL-QURAN:

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui (al-Nahl[16:43]).

Juga:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui (al-Anbiya'[21:7]).

YANG PASTINYA MAHATHIR BUKANLAH AHLI DI DALAM BIDANG TERSEBUT, NAMUN KUASA YANG DIMILIKINYA MENGGERAKKAN BELIAU UNTUK MELANCARKAN SECARA PAKSA DASAR TERSEBUT DAHULU.

WALAUBAGAIMANAPUN, ELOK KITA BERBAIK SANGKA DENGAN BERANGGAPAN BELIAU BUKAN GILA, TETAPI BERHASRAT UNTUK MEMAJUKAN BANGSA MELAYU BERSAMA DENGAN BANGSA LAIN DI DUNIA DENGAN KEMAJUAN DI BIDANG INI DENGAN BAHASA INGGERIS. NAMUN BEGITU, KESILAPANNYA IALAH TIDAK MENGHAYATI ROH DUA AYAT DI ATAS. ANDA BAGAIMANA?