Saturday, February 26, 2011

DEMONSTRASI DI MESIR DAN TANAH ARAB SEKARANG HARAAMMM??

Bila berlaku demonstrasi rakyat Mesir yang membawa kepada kejatuhan Hosni Mubarak terdapat reaksi negatif sesetengah kumpulan islam. Mereka mengatakan demonstrasi aman adalah bid'ah yang tidak dipraktikkan oleh Nabi SAW. Kadang-kadang kita perlu terbuka dan fleksibel dalam memahami isu sebegini agar umat islam tidak dipandang hina dan berfikiran sempit. Rencana ustaz Zaharuddin ini memang boleh membuka minda anda tentang keluasan islam.

*******

Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah,Muamalat & Ibadah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Fiqh muamalat bukanlah terhad kepada hukum-hakam di dalam urusan kewangan semata-mata tetapi ia tercabang kepada seluruh urusan di antara manusia sesama mereka.

Justeru, urusan politik (siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munahakah), hukum jenayah, cara dakwah serta akhlak juga terkandung di dalam bab fiqh muamalat. Muamalat ini juga boleh diklasifikasikan dalam bab ‘Al-Adat’. Sheikh al-Islam Ibn Taymiah berkata :

تصرفات العباد من الأقوال والأفعال نوعان : عبادات يصلح بها دينهم وعادات يحتاجون إليها في دنياهم

Ertinya : Urusan hamba (manusia) seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu boleh diklasifikasikan kepada dua jenis : Ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat yang diperlukan oleh manusia untuk urusan dunia mereka (Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Nuraniyyah, hlm 111)

APAKAH KESAN TERHADAP PEMBAHAGIAN DAN KEFAHAMAN INI?

Sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum dalam bab fiqh Ibadah adalah agak terhad dan terikat dengan dalil yang specifik (khusus) dan sebahagian dalil umum. Apapun ia mesti mempunyai dalil yang jelas. Sebagaimana kaedah yang dipersetujui oleh para ulama menyebut:-

الأصل في العبادة التوقف

Ertinya : Hukum panduan (asal) bagi urusan ibadah adalah tawaqquf (berhenti dari mencipta, mesti datang dari dalil) (Rujuk kaedah ini dalam, Ibn Hajar, Fath Al-Bari, 3/54 ; Ibn Mufleh, Al-Adab Al-Syar’iyyah, 2/265 ; Al_Zarqani, Syarah Al-Muwatta’, 1/434 ; Al-Syawkani, Naylul Awtar, 2/20)

Syeikhuna Al-Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah :

ألا يعبد إلا الله

Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah)

ألا يعبد إلا بما شرع

Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari’atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum dari nas dalil al-Quran dan hadith).

Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan cara istidlal dan istinbad yang sohih.

HUKUM MUAMALAT BERBEZA

Ibn Abidin menjelaskan beberapa aspek muamalat katanya:”muamalat boleh dibahagi kepada lima iaitu pertukaran pemilikan dalam jual beli (mu’wadah maliah), nikah kahwin, perbicaraan di mahkamah (mukhosamah), kontrak amanah (termasuk politik dan kepimpinan), dan pembahagian pusaka” ( Hashiah Ibn ‘Abidin, 1/79)

Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini.

Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.

Keadahnya disebut :

الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني

Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian objektifnya. ( Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300) [1]

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab muamalat berubah-ubah disebabkan oleh suasana dan kebiasaan setempat yang dinamakan ‘uruf. Namun mestilah ‘uruf terbabit tidak secara jelas bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan ‘uruf  fasid atau kebiasaan yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan.

Justeru, perlulah kita fahami :-

1.     Urusan kewangan adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kontrak jual beli yang tidak pernah wujud di zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam jual beli dipelihara, iaitu tiada riba, tiada gharar, tiada judi, terdapatnya keredhaan kedua belah pihak dan pelbagai lagi.


Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi s.a.w? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari isu dalam hukum Muamalat yang flexible (anjal). Kerana itu jugalah sistem bank hari ini diiktiraf oleh para ulama walau tiada wujud sepertinya di zaman Nabi, namun ia memerlukan modifikasi dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan buat masyarakat.

 

2.    Medium pembelian iaitu matawang adalah dari bab mu’amalat. Justeru, mewujudkan matawang yang baru yang tidak pernah diguna pakai oleh Nabi juga adalah HARUS selagi syarat-syarat keadilan dipenuhi.

Jika ternyata penciptaan itu terdapat kezaliman, mestilah kezaliman itu dibanteras, dirawat dan dikurangkan semampu mungkin. Jika belum punyai kemampuan mudarat hendaklah dikurangkan sedaya mampu. Justeru keharusan penggunaan mesti dihadkan kepada situasi tertentu sahaja, seperti di ketika ekonomi umat Islam terlalu lemah seperti hari ini. Mengapa ia harus walau di zaman Nabi tiada sebegitu?, Kerana ia adalah satu isu dalam Fiqh Muamalat yang flexible(anjal).

 

3.    Urusan pentadbiran dan urusan politik adalah satu dari bab muamalat. Justeru, menyertai protes aman (tanpa bersenjata menurut ghalib dzan yang menyertai) menuntut pemimpin yang ternyata zalim untuk turun dari jawatan adalah HARUS walau ia tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w, iaitu selagi ia tidak membawa mudarat yang lebih besar pada penilaian ulama di sesuatu zaman tersebut. Ia juga bukanlah salah satu dari ciri Khawarij kerana ia bukan melawan secara bersenjata dan rusuhan yang terancang.

 

Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar al-Khattab mengendalikan urusan muamalat dalam bab politik dan pentadbiran.

 

Antara contoh paling kontroversi di zaman umar adalah fatwa beliau berkenaan pembahagian kawasan tanah Iraq yang dibuka oleh tentera Islam di waktu itu. Menurut parktis biasa di zaman Nabi dan selaras dengan ayat Al-Quran :

 

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ

Ertinya : Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnusabil.. ( alAnfaal : 41)

 

Difahami dari ayat itu, 4/5 bakinya dibahagikan kepada tentera yang berjuang. Namun Umar al-Khattab dan sebahagian ulama di kalangan sahabat seperti Sayyiduna Ali, Muadz Ibn Jabal dan beberapa yang lain berpendapat tidak perlu dibahagikan dan membiarkannya kekal di tangan pemiliknya yang asal. Dengan syarat pemiliknya yang asal itu membayar kharaj (cukai tanah) yang boleh dimanfaatkan oleh semua umat Islam.

 

Ijtihad Umar selaku pemerintah ini tidak dipersetujui oleh beberapa sahabat terkemuka seperti Bilal Ibn Rabah dan lain-lainnya. Umar diriwayatkan berkata :-

لو لا آخر الناس ( أي الأجيال المستقبلة ) لقسّمتُ الأرض كما قسّم النبي صلى الله عليه وسلم خيبر

Ertinya : Jika tidak disebabkan kebaikan generasi terkemudian Islam, nescaya akan ku bahagikan tanah-tanah ini sebagaimana Nabi membahagikan tanah Khaybar (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 2/598) [2]

 

Ibn Qudamah kemudiannya menghuraikan, Umar r.a telah mewaqafkan tanah terbabit walau beliau tahu keputusan Nabi s.a.w. Inilah satu contoh jelas menunjukkan kaedah dalam keputusan muamalat Islam boleh berubah dengan berubahnya suasana dan keperluan.  Syeikhuna Yusuf Al-Qaradawi

أن مجرد فعل النبي صلى الله عليه وسلم لشيء إنما يدلّ على المشروعية فقط ولا يدلّ بنفسه على الوجوب ولهذا وسّع عمر ومن معه مخالفته

Ertinya : Sesungguhnya semata-mata Nabi melakukan sesuatu (Dalam hal ehwal mamalat termasuk politik) ia hanyalah menunjukkan keharusan dan pensyariatannya sahaja, dan TIDAK MENUNJUKKAN kewajiban, oleh kerana itulah Umar al-Khattab dan yang bersamanya meluaskan (bentuk pelaksanaannya)” ( Madkhal Lidarasati al-Shari’ah Al-Islamiyyah, hlm 220)

 

Dari contoh di atas, zahir fatwanya kelihatan berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w tetapi ia jelas menunjukkan kesamaan dari sudut target dan objektif (maqasid) iaitu untuk mencapai keadilan yang yang terbaik untuk Negara Islam, walau terpaksa sedikit mengenepikan hak individu. Bukankah sudah diketahui bahawa maslahat umum diutamakan dari maslahat individu.

 

Inilah tanda keputusan bersifat politik dan pentadbiran adalah satu dari isu muamalat yang Ia tidak terhad kepada sesuatu ‘bentuk’ specifik yang dilakukan oleh Nabi tetapi hanya terhad kepada inti dan objektif sahaja.

Juga seperti tindakan Nabi yang menolak permintaan sahabat untuk melaksankan limitasi harga jualan (Tas’ir) agar para peniaga tidak boleh menaikkan harga.

 

Kata Nabi semasa menolak permintaan itu :

بل الله يخفض ويرفع وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال

Ertinya : Bahkan, Allah yang menurun dan menaikkannya dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan jua jiwa” ( Riwayat Abu Daud ; Sohih : Albani)

 

Namun kemudiannya, Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

 

Sheikuha Prof. Dr Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu  Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

 

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

 

4.    Dakwah dan caranya merupakan satu cabang dari muamalat : Inti dakwah adalah tetap (thabit) iaitu membawa manusia kepada kebaikan yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, dan melarang manusia dari apa jua perbuatan dan keyakinan yang bertentangan dengannya.

 

Pun begitu, cara, teknik dan bentuk dakwah itu terbuka kepada pelbagai jenis, tidak hanya terhad kepada kaedah dan bentuk yang digunapakai oleh Nabi iaitu ceramah face to face dengan para sahabat. Justeru, bentuk dakwah dan ajak kepada kebaikan melalui tv, radio, internet, blog, kaset, cd, vcd, mp3 yang dikira tidak secara face to face juga diharuskan.

 

Demikian juga dakwah melalui gambar video yang tidak pernah diguna oleh Nabi, adalah dibenarkan selagi syaratnya asas dapat diikuti.

 

Dakwah melalui platform dan jemaah-jemaah tertentu yang mampu melakukan kerja secara berkumpulan seperti NGO juga diharuskan, walau ia tidak pernah wujud di zaman nabi juga boleh, parti politik juga boleh, melalui system demokrasi yang telah tersedia wujud dan sebagainya.

 

Inilah yang perlu difahami dan tidak tersilap faham bahawa kita WAJIB mengikut bentuk yang nabi gunakan di zaman baginda, sehingga perlu memasuki gua terlebih dahulu atau menolak seratus peratus sistem demokrasi yang ada sebagai jalan untuk mencapai inti dakwah, Ini adalah kurang tepat jika dilihat dari keperluan dan perubahan situasi zaman dan tempat.

 

Jangan pula nanti ada yang berfatwa hanya boleh menaiki unta dan kuda semasa dakwah keran itulah yang dilakukan oleh baginda nabi dan sahabat. Fatwa sebegini tidak disebut oleh mana-mana ulama muktabar.

 

Hasilnya, hendaklah kita fahami mana inti yang perlu diikuti (thawabit), dan mana pula bentuk yang bersifat mutaghayyirat dan flexible. Terlalu banyak dalil dalam bab ini yang tidak sesuai untuk dimuatkan dalam tulisan ringkas ini.

 

KESIMPULAN

 

1.       Hukum ghalib dalam kes-kes muamalat dan penentuan hukum dalam isu-isu baru dalam bab muamalat dan adat adalah merujuk kepada objektif. Caranya? Selagimana tidak bertembung secara qat’ie dan ijma’ dengan mana-mana hukum Shari’ah, ia adalah diharuskan. Seperti berdakwah menggunakan muzik, kartun lukisan dan sebagainya. Ia adalah bab muamalat.

 

2.       Muamalat tidak hanya terhad kepada urusan kewangan tetapi juga seluruh urusan yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia lain.

 

3.       Cara dakwah, politik, teknik teguran kepada rakyat yang melakukan kesalahan atau pemerintah yang melakukan kezaliman BOLEH berubah menurut keperluan zaman dan setempat. Ia merupakan isu muamalat yang hanya terikat untuk mencapai intinya selagi teknik adalah neutral. Ia bukan Fiqh ibadah yang sangat terikat kepada dalil specifik dan nas.

 

Namun perlu diingati, sesuatu teknik mungkin disangkal oleh sebilangan ulama di sesuatu zaman dan disokong pula oleh sebahagian ulama yang lain, kedua-duanya berdasarkan proses timbang tara maslahat dan mudarat. Ia adalah hasil ijtihad dan tidak wajarlah kita mengutuk, melabel dan memperlekehkan mana-mana ijtihad yang dikeluarkan oleh ilmuan yang berkelayakan.

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Feb 2011

 

Wednesday, February 16, 2011

HIMPUNAN AYAT2 BERKAITAN DENGAN SOLAT


Selasa lepas, 15 Februari 2011, saya diminta menyampaikan tazkirah untuk pertemuan keluarga di Jalan Kent 2, Kuala Lumpur. Pihak pengajur merangkap nenek sepupu memilih tajuk solat untuk dijadikan bahan tazkirah kerana inginkan anak-cucu dalam keluarga kami tetap mendirikan solat sebagaimana doa nabi Ibrahim:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Firman Allah: (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku (Ibrahim [14:40]).

Untuk memudahkan kefahaman dan ingatan kepada isi tazkirah, saya menyediakan nota ringkas berbentuk himpunan ayat-ayat berkaitan solat. Seterusnya murid saya meminta agar himpunan ayat tersebut dimasukkan ke dalam blog ini untuk dikongsi bersama. Berikut adalah ayat-ayatnya:

1) SOLAT ADALAH WARISAN PARA NABI

قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آَتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا (30) وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ ‎وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا

Firman Allah: Dia (nabi Isa yang masih bayi) menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia (Allah) menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup (Maryam [19:30-31]).

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا (54) وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا

Firman Allah: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan dia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya! (Maryam [19:54-55]).

ULASAN: Baginda mengutamakan ahli keluarga dahulu dalam ibadat solat. Baginda Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah anakmu bersolat ketika mereka berusia 7 tahun, pukullah mereka (sekiranya mereka enggan bersolat) apabila mereka berusia 10 dan asingkanlah tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan) (Sunan Abu Dawud)

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Firman Allah: (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur (Ibrahim [14:37]).

ULASAN: Ibn 'Abbas berkat6a, sekiranya nabi Ibrahim berkata, jadikanlah hari manuisa tertarik padanya (Mekah), sudah pasti Mekah akan menjadi rebutan dan rinduan semua bangsa di dunia (Rum , Farsi dan sebagainya)tanpa mengira agama (Tafsir Ibn Kathir)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Firman Allah: (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku (Ibrahim [14:40]).


2) SOLAT ADALAH BUKTI KEHAMBAAN MANUSIA DAN KETUHANAN ALLAH


إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Firman Allah: "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha [20:14]).

ULASAN: Islam ditegakkan dengan konsep Tawhid (Tuhan yang satu), konsep ini dicernakan dalam bacaan al-Fatihah (ayat 5). Oleh itu, orang yang tidak mendirikan solat sebenarnya tidak mengiktiraf ketuhanan Allah.


3) ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN SOLAT LEBIH KEJI & HINA DARI IBLIS

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Firman Allah: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu (al-Kahf[18:50]).

ULASAN: Iblis hanya enggan bersujud (hormat) kepada Adam, tetapi tidak pernah engkar tentang ketuhanan Allah. Orang yang tidak bersolat sebenarnya enggan tunduk kepada ketuhanan Allah dan jauh lebih teruk dan hina daripada Iblis.


4) ORANG YANG TIDAK BERSOLAT DIANGGAP KAFIR

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ فَإِنْ تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (3) إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ثُمَّ لَمْ يَنْقُصُوكُمْ شَيْئًا وَلَمْ يُظَاهِرُوا عَلَيْكُمْ أَحَدًا فَأَتِمُّوا إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَى مُدَّتِهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ (4) فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Firman Allah: Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya, Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Tawbah [9:3-5]).

ULASAN: Ayat surah al-Tawbah dibacakan oleh Sayyidina Ali kepada Mushrikin Mekah pada tahun ke 9 Hijrah. Mereka diberikan peluang berfikir selama 4 bulan untuk menerima 2 pilihan: (1) bertaubat dan menerima Islam, atau (2) mempersiapkan kekuatan ketenteraan untuk berperang dengan Islam selepas habis tempoh (4 bulan) yang diberikan itu. Sekiranya mereka mengambil pilihan pertama (taubat), mereka masih dikira KAFIR selagi mereka tidak menunaikan solat.

Ayat ini menunjukkan orang yang tidak menunaikan solat sebenarnya KAFIR. Ia disokong pula oleh hadith nabi: Pembeza antara Islam (iman) dan kufur (syirik) adalah meninggalkan Solat (Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud & al-Tirmidhi). Para sahabat nabi seperti ‘Umar al-Khattab & ‘Abdullah ibn Mas’ud menghukumkan orang yang meninggalkan solat sebagai KAFIR (Awn Ma’bud Sharh Sunan Abu Dawud).

Imam al-Syafie juga berhujah dengan ayat ini mengatakan orang yang tidak bersolat dikira kafir dan perlu dibunuh seperti orang yang murtad (Tafsir al-Munir).


5) SOLAT MEMERLUKAN KESABARAN DAN SOKONGAN KELUARGA

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Firman Allah: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (Taha 20[132]).

ULASAN: Setelah ayat ini diturunkan, baginda Rasulullah setiap pagi akan pergi ke rumah Fatimah lalu mengejutkan puterinya itu untuk bersolat. Allah juga menjamin rezeki bagi orang yang bersolat kerana Dialah tuan Yang memberi rezeki (Tafsir Ibn Kathir).

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Firman Allah: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan (Hud [11:114-115]).

6) SOLAT MENCEGAH PERKARA KEJI, MUNGKAR DAN GEJALA SOSIAL

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Firman Allah: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45]).

ULASAN: Solat yang didirikan dengan penuh penghayatan akan membendung seseorang Muslim dari melakukan perkara keji kerana intisari solat (kepatuhan kepada segala arahan Allah) dihayati dan dilaksanakan. Perlakuan dosa dan maksiat seseorang manusia menjadi kayu ukur penerimaan solatnya. Orang yang bersolat tetapi masih melanggar arahan Allah sebenarnya tidak benar-benar memahami dan menmghayati falsafah solat. Oleh kerana itu, perbuatan solat disebut dalam al-Quran dengan arahan DIRIKANLAH kerana ia perlu didirikan dengan asas ilmu yang teguh dan penghayatan.


7) ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT SENANG TERJEBAK DENGAN MAKSIAT SERTA MENGIKUT HAWA NAFSU

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Firman Allah: Kemudian mereka (para rasul) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam [19:59]).


8) MENDIRIKAN SOLAT SECARA SEMPURNA ADALAH CIRI GOLONGAN INTELEK (ULU AL-ALBAB), SOLAT MENJADI PENJAMIN KE SYURGA DAN ORANG SOLEH (YANG MENDIRIKAN SOLAT ERTA MENDIDIK ANAKNYA AGAR BERSOLAT) AKAN TINGGAL BERSAMA DALAM SYURGA

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ (22) جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آَبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ (23) سَلَامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

Firman Allah: Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu (al-Ra’d [13:22-24]).

9) SOLAT ADALAH IBADAH YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN WALAU KETIKA BERADA DALAM SAAT GENTING

وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ

Firman Allah: Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka,……(al-Nisa’ [4:102])

ULASAN: Ayat ini diturunkan dalam sebuah perang di mana musuh berada di hadapan umat Islam. Pihak musuh pula diketuai oleh Khalid bin al-Walid. Setelah melihat tata cara umat Islam bersolat walau ketika saat genting, Khalid tertarik dengan Islam dan akhirnya memeluk Islam (Tafsir al-Munir).

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ (238) فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

Firman Allah: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah [2:238-239]).

ULASAN: Kedua ayat di atas merujuk kepada Solat Khawf iaitu, solat ketika saat genting dan takut seperti dalam peperangan atau ketika nyawa terancam. Ia membuktikan bahawa solat langsung tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa keadaan sekalipun.


10) MENINGGALKAN SOLAT ADALAH CIRI ORANG MUNAFIQ, ORANG YANG BODOH DAN TIDAK BERAQAL

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Firman Allah: Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal (al-Ma’idah [5:58]).

ULASAN: Pada penilaian Allah, orang munafiq sebenarnya sama seperti orang kafir. Kedua jenis manusia ini tidak mahu bersolat kerana mengingkari kebenaran Islam dan ketuhanan Allah.


11) SOLAT MENJADI BENTENG ROHANI & MENTAL KETIKA MENGHADAPI SAAT GENTING (KESUSAHAN) SERTA MAMPU MEMBANTU MELEPASKAN MANUSIA DARI SEBARANG MUSIBAH

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآَ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Firman Allah: Dan (setelah Bani Israil ketakutan kerana ancaman bunuh dari Fir’awn), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)"(Yunus [10:87]).

ULASAN: Bani Israil diarahkan menunaikan solat kerana amalan solat yang mengandungi hakikat penyerahan diri kepada Allah dapat menenangkan jiwa mereka dari ketakutan terlampau akibat ancaman Fir’awn. Berkat solat berjemaah yang mereka dirikan, Allah akhirnya memusnahkan Fir’awn (lihat ayat 90 surah yang sama).

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Firman Allah: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (al-Baqarah [2:45]).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Firman Allah: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (al-Baqarah [2:153]).

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (139) إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (140) فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ (141) فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Firman Allah: Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut). Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah dia dahulunya (ketika waktu senang) bukan dari kalangan orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan solat, zikir dan tasbih), Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur (al-Saffat [37:139-144]).

ULASAN: Nabi Yunus AS dilepaskan dari musibah ditelan oleh ikan paus kerana baginda selalu bersolat ketika waktu senang. Ayat ini membuktikan solat dan doa kepada Allah perlu senantiasakan dilakukan terutama sekali ketika senang untuk menjamin bantuan Allah ketika susah.


12) SOLAT SUNAT MEMBANTU MENGHAPUSKAN DOSA (HUD[11:114]).

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ


Firman Allah: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Hud [11:114]).

ULASAN: Ayat ini diturunkan berikutan kesilapan seorang sahabat nabi yang mencium seorang wanita kerana tidak dapat menahan nafsunya (Tafsir al-Munir). Allah menyatakan solat yang didirikannya mampu menghapuskan dosa kecil yang tidak disengajakan. Ayat ini juga menjadi dalil berkaitan solat Taubat.


13) SOLAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP UMAT ISLAM YANG HIDUP DI BUMI ALLAH

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Firman Allah: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan (al-Hajj [22:41]).


14) JANGAN BERTANGGUH UNTUK MELAKUKAN IBADAH (KETIKA TUA) & KELEBIHAN BERIBADAH DI USIA MUDA

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

Firman Allah: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). [95.5] Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (tua nyanyuk), Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus (al-Tin [95:4-6]).

ULASAN: ‘Abdullah Ibn ‘Abbas (sepupu nabi SAW) mengatakan ayat ini menjadi bonus kepada orang tua yang banyak beribadat kepada Allah di usia muda. Setelah mereka meningkat tua, diserang penyakit tua (nyanyuk dan lemah badan) dan kemampuan mengerjakan amal ibadat juga terbatas. Namun Allah masih memberikan mereka pahala yang tidak putus-putus berkat ketekunan merka di usia tua. Oleh itu jangan bertangguh hingga tua baru ingin mengerjaklan ibadah kerana ditakuti penyakit tua akan menyerang anda dan janji pahala juga tidak pasti kerana anda tidak beribadah di usia muda. Kasih sayang Allah kepada kita di usia tua bergantung sepenuhnya pada usaha dan ikhtiar kita ketika muda.



15) BAPA YANG SOLEH DAN ANAK YANG SOLEH SALING TOLONG MENOLONG SEMASA DI DUNIA, DI ALAM BARZAKH DAN DI AKHIRAT. ORANG BERIMAN DAN ANAK CUCU MEREKA JUGA AKAN BERSAMA DI DALAM SYURGA

وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا

Firman Allah: Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya" (al-Kahf [18:82]).

Sabda nabi SAW: Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Firman Allah: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur [52:21]).

ULASAN: Hidup berkeluarga adalah ni’mat terbesar kurniaan Allah kepada manusia di dunia. Di akhirat kelak, ni’mat tersebut dikekalkan Allah ke dalam syurga untuk orang beriman dan anak cucu mereka yang sama-sama beriman dengan mengerjakan segala arahan Allah. Untuk merasa ni’mat ini, anda perlu mendidik anak cucu anda dengan cara terbaik terutama sekali mendirikan solat yang menjadi tiang agama.


DISEDIAKAN OLEH:

ABDULLAH BUKHARI BIN ABDUL RAHIM (UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, 11 FEBRUARI 2011)

Wednesday, January 19, 2011

BENARKAH SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA?


Seringkali dicanang dan dimomokkan dalam cerita seram yang ditayang di TV bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini memang meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada al-Quran dan hadith. Walau bagaimanapun ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga para penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata (al-A’raf [7.27]), manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Hanya kedua sumber Islam itu sahaja yang mampu menelah dan menembusi alam Jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam Jin perlu terlebih dahulu merujuk kepada kedua sumber Islam supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman atau minda.

Kenyataan yang terlalu umum “ sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia “ secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian Jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran. Mereka ini jugalah generasi awal Jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada bangsa Jin kerana Jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal Jin Islam yang disebut kisah mereka dalam al-Quran ini juga selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama’ hadith iaitu sesiapa sahaja yanag bertemu dan beriman kepada nabi Muhammad SAW. Sekiranya kenyataan tersebut berterusan dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat nabi jauh lebih jahat daripada manusia sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.


Generasi awal Jin ini juga dikitiraf sebagai Rasul atau utusan pendakwah di kalangan mereka. Firman Allah:

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?) (al-An’am [6:130].

Sudah dimaklumi semua bahawa para Rasul hanya diutus dari kalangan manusia, namun begitu rasul dari kalangan Jin dalam ayat ini dimaksudkan wakil kepada Rasul (yang sebenar) atau para pendakwah dari kalangan Jin yang mendengar bacaan al-Quran yang di baca oleh nabi Muhammad (Tafsir al-Razi). Kisah mereka direkodkan oleh al-Quran, Firman Allah:

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata"
(al-Ahqaf [46:29-32]).



Sebuah hadith merekodkan baginda Rasulullah pernah memuji para sahabatnya dari golongan Jin yang begitu sensitive terhadap al-Quran. Baginda pernah membacakan surah al-Rahman dari awal sehingga akhirnya kepada para sahabat. Setelah selesai membaca baginda lalu bersabda: Mengapakah kamu semua (sahabatnya) hanya diam ? Sesungguhnya golongan Jin jauh lebih lebih baik reaksi (jawapan & penerimaan) mereka terhadap ayat ini (Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin? [53:13]-ayat ini berulang sebanyak 31 kali dalam surah al-Rahman). Setiap kali sampai kepada ayat in mereka akan segera menjawab: Tidak ada satupun antara ni’matMu wahai Tuhan kami yang kami dustai, maka bagiMu sahajalah segala pujian (Sunan al-Tirmidhi & Tafsir Ibn Kathir).

Selain itu, para ulama’ hadith seperti Imam Ibn Hajar al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal Jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama mereka yang disebut adalah Zawba’ah, al-Arqam, al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (al-Isabah fi Ma’rifat al-Sahabah).

Mungkin segelintir pihak yang cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut akan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan Jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadabannya terhadap manusia. Banyak sekali hasutan, rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadaban tidak hanya berpunca daripada Jin, bahkan ia juga berpunca dari kejahatan manusia sebagaimana firman Allah:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik" (al-Rum [30:41-42]).

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga pihak yang galak menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian pukul borong sebegini berlaku. Al-Quran sebagai sebuah kitab suci yang maha sempurna menyarankan manusia agar berlaku adil dan tidak mengamalkan pukul borong sembrono dalam banyak ayatnya kerana syurga juga disediakan untuk Jin. Sekiranya sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia, maka semua Jin Islam di dunia ini langsung tidak lagi berpeluang untuk ke syurga.

Saturday, January 1, 2011

CERITA DI WAD 7B: DI SAAT SEMUA SUDAH TIADA, SUDAH PULANG, SUDAH TIDUR, HANYA DIA (ALLAH) SAHAJA YANG SENANTIASA ADA BERSAMAMU!


Lama sungguh tidak menulis di blog ni..sibuk dengan tugasan harian kerana semester 2 2010/11 UIAM sudah bermula dalam 2 minggu lebih. Juga sibuk dengan rutin rawatan susulan selepas transplant setiap hari Isnin dan Rabu.

Nak dijadikan cerita, Rabu lepas (29/12/2010)semasa berjumpa Doktor Suriati (Pakar Nefrologi) di klinik secara mingguan, saya mengadu padanya tentang masalah saya yang mengalami berak berdarah. Tambahan pula, sebelum berjumpa Dr Nefrologi, Doktor (Radiologist) yang melakukan scan buah pinggang saya mendapat ada sedikit kesan bengkak pada bahagian kiri buah pinggang. Sebagai langkah berjaga-jaga, Dr mengarahkan saya masuk wad pada pagi khamis.


Pagi khamis (30/12/2010)saya dimasukkan ke wad 7B katil 6 bersama dengan 3 pesakit lain. Sememangnya saya mendapat pengalaman menarik ditempatkan bersama 3 pesakit ini.
Kisah bermula pada pagi Jumaat 31 Disember, apabila pesakit SLE depan katil saya bertanya bidang kepakaran saya di UIAM. Setelah mentetahui saya dari bidang Tafsir al-Quran beliau meminta saya mentafsirkan ayat surah al-Baqarah 153-157 kerana sudah sekian lama beliau mencari jawapan kenapa ayat tersebut digerakkan Allah untuknya selepas dia mengalami sakit. Selepas mengalami sakit, beliau singgah bersolat di sebuh masjid yang imamnya membaca ayat-ayat tersebut. Bacaan imam walaupun tidak difahaminya pada ketika itu begitu menyentuh perasaannya.

al-Baqarah[2.153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar, [2.154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. [2.155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [2.156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." [2.157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Ringkasnya saya katakan kepada mereka berdua (Awin-engineer Petronas, pesakit SLE & Tajri-pegawai Daerah Kuala Langat, pesakit buah pinggang) bahawa ayat tersebut memang untuk orang yang ditimpa musibah dan sakit seperti kita.

Lalu si Tajri membuka cerita pengalamannya mengalami sakit semenjak berusia 10 tahun. Pada tahun 1988 beliau menjalani transplant dengan mengambil buah pinggang ibunya, namun selepas 7 tahun buah pinggang itupun mengalami kegagalan kerana faktor genetik.

Beliau kemudiannya menyambung hidupnya dengan dialisis sehingga Disember 2010, beliau mendapat buah pinggang baru. Pembedahan kali ini juga mengalami masalah kerana beliau menjalani pendarahan yang teruk sehingga terpaksa menjalani 3 pembedahan dan dimasukkan 20 pine darah. Doktor terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya dan akhirnya buah pinggang baru terpaksa dibuang kerana terlalu berisiko.

Beliau kemudiannya koma dalam ICU selama 7 hari. Sepanjang 7 hari tersebut berbagai pengalaman dialaminya, antara yang menarik ialah, beliau didatangi oleh 4 perempuan bunian meminangnya...semua ditolak.

Bercerita mengenai sakitnya, semasa mudanya dahulu beliau pernah bergaduh dengan seorang ustaz apabila ustaz tersebut mengatakan sakitnya berpunca daripada kesalahannya. Lalu Tajri mempertikaikan si ustaz: Eh saya baru berusia 10 tahun semasa sakit, takkan saya sudah dikira bersalah sedangkan saya belum akil baligh?

Lalu si ustaz berkata: Itu salah ibu bapa kamu!


Sikap si ustaz membuatkan beliau marah dan berasa dizalimi, sedangkan dosa orang lain tidak sepatutnya ditanggung oleh orang lain.

Kesilapan si ustaz menjawab menyebabkan Tajri boleh menyalahkan Allah yang Maha Adil. Sepatutnya jawapan datang seperti ini. Boleh jadi musibah dan ujian datang kerana kesilapan kita seperti kecuaian, kegelojohan, makan hasil pendapatan yang haram dan sebagainya. Dalam kes orang yang kena kencing manis contohnya, mereka mendapat sakit kerana silap mereka tidak mengawal makan sedangkan Allah berfirman:

Al-A'raf[7.31] dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.


Ayat ini boleh dijuga disesuaikan maksudnya dengan 2 ayat lain:

Al-Rum[30.36] Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

Juga

Al-Syura[42.30] Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Ayat di atas mengajar kita agar mengetahui kesan akibat perbuatan kita serta mengelakkan menjerumuskan diri dalam masalah yang sengaja ditempah.

Namun begitu, bukan semua musibah yang ditimpakan kepada kita adalah kaffarah, boleh jadi ia adalah ujian untuk menentukan keimanan kita. Para nabi sendiri pun mengalami berbagai ujian dari Allah. Sekiranya ujian tersebut yang datang dalam bentuk masalah dikira sebagai kaffarah, adakah bermakna mereka bersalah. Premis sedemikian akan mencacatkan kemaksuman mereka.

Pokok pangkalnya apabila orang ditimpa musibah, kita tidak perlu menjadi juru cakap Allah mengatakan begitu atau begini kerana kita tidak mengetahui yang ghaib.

Si awin-jurutera Petronas yang mengalami SLE pula bercerita. Beliau sudah sekian lama mengalami sakit ini. Menurut para doktor, pesakit SLE akan senantiasa berhalunisasi dan mendengar bisikan disebabkan keadaan fisiologi tubuh yang tidak stabil dan kandungan toksin dalam badan yang terlalu tinggi (uric acid). Halunisasi sebegini mungkin juga disebabkan oleh gangguan jin dan syaitan yang senantiasa berusaha merosakkan iman orang sakit. Orang sakit akan selalu mempersoalkan keadilan Allah kenapa memberikan mereka sakit sebegini.

Nabi pernah bersabda sesungguhnya setan berjalan dalam pembuluh darah manusia (Sahih Muslim) dan mampu mencampakkan was-was, kata-kata kufur ke dalam hati manusia yang ditimpa musibah. Boleh jadi setan pandai mengeksploitasi keracunan toksin dalam badan pesakit untuk tambah menyesatkan mereka sehingga mereka akan menyalahkan taqdir.

Renung sekali pengalaman nabi Ayyub AS dalam ayat ini!

Sad[38.41] Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".


Kalau nabi Ayyub pun diganggu oleh syaitan, apatah lagi kita ini manusia biasa.

Ada beberapa pengalaman Awin yang dapat dikongsi bersama:

1) Apabila maghrib menjelma selalu sahaja ada suara membisikkan kepadanya: kamu ni ahli neraka..apa guna lagi kamu hidup (dengan kesakitan sebegini) pergilah bunuh diri. Dugaan ini berjaya ditangkisnya apabila beliau mengingati Allah.

2) Beliau pernah mengalami nazak, semasa nazak beliau dipertontonkan berbagai pengalaman seperti diulang tayang pengalaman silam yang negatif. Cuma pada pandangannya sebagai seorang engineer, skrin paparan tersebut memang cukup canggih sehingga tidak dapat ditandingi oleh teknologi LED atau LCD sekarang. Saya katakan kepadanya boleh jadi CCTV dan skrin sebegitu jugalah yang akan digunakan oleh Allah di mahsyar kelak untuk mempertontonkan segalam amalan kita..Allau A'lam:

Al-Najm[53.39] Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; [53.40] Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan DIPERLIHATKAN (KEPADANYA PADA HARI KIAMAT KELAK)

3) Awin juga diperlihatkan dengan azab ahli neraka. Beliau melihat lubang-lubang sebesar tubuh manusia digali kemudian tubuh ahli neraka disumbat ke dalamnya separas pinggang lalu dicucuk dengan drill berbagai saiz matanya di seluruh tubuh. Beliau juga mendengar pukulan enjin motor bot yang baru dimulakan. Lalu satu suara memberitahu kepadanya, itulah bunyi pukulan ahli neraka, terdetik dihatinya, eh taklah kuat sangat..lalu suara pukulan itu dikuat dan digandakan sehingga bingit telinganya...tidak dapat dibayangkan kesan kehancuran akibat dari pukulan tersebut.

Pernah satu suara mengatakan kepadanya, kamu ni ahli neraka, lalu Awin memberikan alasan, saya anak yatim, ayah meninggal ketika saya berusia 10 tahan, kenakalan saya disebabkan saya tidak mendapat didikan sempurna seorang ayah.. lalu suara itu mengatakan , oklah Awin kamu diberikan potongan azab selama 100 ribu tahun, berapakah azab saya keseluruhannya? Trillion tahun! Terkedu awin mendengar jumlah tahun yang dia akan diazab di neraka.

4) Pengalaman terakhirnya ini membuatkan hati saya begitu tersentuh dan baru benar-benar saya fahami kewujudan Allah yang Maha berkuasa. Semasa beliau sedang nazak tersangat sakit, ramai saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai datang menziarahi serta membaca Yasin kepadanya. Setelah malam beransur larut, semua jiran, sahabat, saudara mara mulai beransur pulang, lalu yang tinggal hanyalah isterinya sahaja yang setia menunggu di tepi katil. Kemudian isterinya juga tertidur kerana keletihan..lalu tiba-tiba satu suara membisik kepadanya (menurut orang Tasawuf, suara sebegini dipanggil Hatif[telefon-bisikan ilahi]).. Awin! DI SAAT INI, SEMUA ORANG SUDAH TIADA, SUDAH PULANG, SUDAH TIDUR KELETIHAN, HANYA DIA (ALLAH) SAHAJALAH YANG SENANTIASA ADA DAN BERSAMAMU!

Hati saya begitu tersentuh dengan pengalaman beliau yang terakhir ini, sehingga memaksa saya berkongsi pengalaman ini dengan anda semua dalam posting kali ini.

Sebagai penutup: Sebenarnya semua peristiwa yang berlaku sudah berada dalam jadual Allah semenjak azali dan mempunyai hikmahnya yang perlu kita fahami. Apa yang saya faham, buasir berdarah saya yang menyebabkan kemasukan saya ke wad adalah jambatan untuk Allah sampaikan maksud sebenar surah al-Baqarah (153-157)kepada Awin..dan kemasukan Awin ke wad 7B juga adalah jambatan untuk saya memahami hakikat kewujudan Allah dalam sudut yang berbeza. Penulisan posting kali ini juga adalah jambatan untuk saya berkongsi ni'mat ma'rifat yang baru ini..renungkanlah bisikan tersebut sekali lagi...


Awin! DI SAAT INI, SEMUA ORANG SUDAH TIADA, SUDAH PULANG, SUDAH TIDUR KELETIHAN, HANYA DIA (ALLAH) SAHAJALAH YANG SENANTIASA ADA DAN BERSAMAMU!

Wednesday, December 15, 2010

BEZA ANTARA TOLERANSI AGAMA & PLURALISM AGAMA...

Sepatutnya orang agama yang dipanggil sebagai cerdik pandai boleh membezakan antara kedua istilah di atas kalau tidak anda sengaja menghulur kepala untuk dilabel sebagai kurang cermat..balaci sesetengah ahli politik dan sebagainya ...

Mufti Perlis bela Nik Aziz

Monday, November 8, 2010

BANDINGKAN NISBAH SI ALIM DENGAN SI KAYA!



1) Dalam majalah atau kajian sesetengah pihak, biasanya akan disenaraikan ranking orang yang paling kaya di dunia atau di Asia. Tidak salah membicarakan tentang kekayaan, namun satu amaran Allah perlu diperhatikan.KEKAYAAN SENANG MENDORONG KEPADA KEJAHATAN:

al-'Alaq [96.6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), [96.7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.



Fakta ini disokong lagi dengan sifat Fir'awn yang sangat kaya memiliki sebuah empayar dunia;

Taha[20.43] "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

2) Masyarakat awam yang jahil juga biasa akan berasa kagum dengan kekayaan yang dimiliki oleh sesetengah orang sehingga mereka menganggap kejayaan sebenar hanya berdasarkan kepada kekayaan material. Kemuliaan juga dinilai kepada kesenangan yang dimiliki oleh manusia. Ini pastinya satu pemikiran yang salah dan singkat. Lihatlah kisah si kaya yang tidak sedarkan diri dalam surah al-Kahf:

al-Kahf[18.32] Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

[18.33] Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

[18.34] Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

[18.35] Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

[18.36] Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.


Allah menjelaskan kesilapan kefahaman ramai manusia:

al-Fajr[89.15] (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

[89.16] Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"




3) Untuk menambah kesedaran kita tentang pentingnya ilmu dan orang alim bukan harta dan orang kaya, cuba renung resepi ini..Bandingkan berapa ramai orang kaya berharta di tempat anda dengan orang alim yang benar-benar alim? Saya percaya nisbahnya amat jauh dan tidak cukup untuik membimbing masyarakat. Oleh itu, berlumbalah untuk mencari ilmu di samping mencari harta. Lebihkan ilmu berbanding harta. Renungkan kisah Qarun, si jahil dan orang alim dalam ayat-ayat ini..

al-Qasas[28.78] Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

[28.79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".

[28.80] Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".

[28.81] Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

[28.82] Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

[28.83] Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Friday, November 5, 2010

ORANG MULUT MASIN MENURUT AL-QURAN


Pada penggunaan orang Melayu, seseorang yang bermulut masin bermaksud seseorang yang ucapannya boleh menjadi realiti. Ia biasanya disandarkan kepada para wali Allah yang doa mereka senang dimakbulkan. Posting kali ini cuba membawa para pembaca sekelian kepada kebenaran fakta ini menurut al-Quran.

Dalam surah al-Kahfi ada sebuah kisah 2 lelaki bersaudara yang berbeza perwatakannya. Seorang daripada mereka berdua sangat kaya, memiliki berbagai aset berharga dan kufur kepada Allah, manakala seorang lagi miskin dan beriman kepada Allah. Si kafir yang kaya amat bongkak dan sombong dengan kekayaan miliknya. Sikapnya telah ditegur oleh si miskin dan beliau telah mengucapkan sesuatu yang buruk terhadap kekayaan milik si kaya yang akhirnya mengakibatkan kemusnahan sama sekali segala aset si kaya.

Ucapan si miskin sebenarnya bertujuan untuk memperingatkan si kaya agar beriman kepada Allah dan jangan sekali-kali berlagak sombong dan mengingkariNya kerana segala kesenangan dunia adalah pinjaman semata. Marilah kita ikuti kisah tersebut dalam al-Quran.

AL-KAHFI [18.32] Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

[18.33] Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

[18.34] Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

[18.35] Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

[18.36] Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

SI MISKIN YANG BERIMAN TELAH MENASIHATI SI KAYA YANG KAFIR..

[18.37] berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

[18.38] Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

[18.39] Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

LAFAZ DI DALAM AYAT INI ELOK DIBACA KETIKA MEMASUKI RUMAH ATAU MENGGUNAKAN SEGALA ASET MILIK KITA - ما شاء الله لا قوة إلا بالله(Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)

[18.40] Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

[18.41] Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".


BERIKUTAN UCAPAN SI MISKIN, ALLAH MEMUSNAHKAN SEGALA ASET SI KAYA DALAM SATU MALAM SAHAJA. INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TENTANG TEORI MULUT MASIN SI WALI YANG SELAMA INI DIPEGANG OLEH ORANG KITA..

[18.42] Dan segala tanaman serta harta bendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

[18.43] Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.


[18.44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).


PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA INI..KITA HENDAKLAH BERINGAT DENGAN ORANG SOLEH KERANA MEREKA SENANTIASA BERADA DALAM LINDUNGAN ALLAH. SEGALA GERAK LAKU MEREKA HANYA DIBUAT DENGAN REDHA ALLAH..SAYA BIMBANG PERISTIWA SERANG MENYERANG TERHADAP SEORANG TOKOH YANG MEMANG DIKETAHUI SEBAGAI ORANG SOLEH DI PRK GALAS 2-3 HARI INI AKAN MENIMBULKAN MASALAH KEPADA SI PENYERANG..ALLAHU A'LAM

Thursday, November 4, 2010

HIKMAH DARI AL-QURAN: KISAH NABI NUH AS DAN BANJIR DI UTARA


Banjir yang melanda Utara Semenanjung adalah bukti kekuasaan Allah yang mengawal alam. Walau sehebat mana sekalipun ilmu dan teknologi yang dimiliki manusia, mereka tidak dapat menahan langit daripada menurunkan hujan atau bumi daripada memuntahkan airnya..Renungkan kisah banjir yang berlaku pada zaman nabi Nuh AS dengan sedikit pengajarannya, mudah-mudahan kita mendapat manafaat bersama.


HUD[11.40] (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.


ULASAN AYAT: ALLAH MENGARAHKAN BAGINDA MENYELAMATKAN BERSAMA BINATANG UNTUK MENJAMIN KESINAMBUNGAN HIDUP MANUSIA YANG AKAN MEMERLUKAN SUMBER PROTEIN DARIPADA BINATANG TERSEBUT DALAM RANTAIAN MAKANAN. SELAIN ITU, AHLI KELUARGA YANG PERLU BAGINDA SELAMATKAN LEBIH TEPAT DIMAKSUDKAN SEBAGAI AHLI KELUARGAMU YANG BERIMAN SAHAJA KERANA ADA ISTERI DAN ANAK BAGINDA YANG KUFUR.

[11.41] Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

ULASAN AYAT: INI ADALAH DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA MENAIKI APA SAHAJA KENDERAAN.

[11.42] (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".

[11.43] Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.

ULASAN AYAT: KISAH INI BUKTI FITRAH KASIH SAYANG SEORANG AYAH TERHADAP ANAKNYA WALAUPUN ANAK BAGINDA KUFUR DAN ENGGAN MENGIKUT BAGINDA DI ATAS BAHTERA TERSEBUT. SEKIRANYA ANDA SEBAGAI SEORANG AYAH TIDAK MEMPUNYAI RASA KASIH KEPADA ANAK-ANAK BERERTI FITRAH ANDA SUDAH ROSAK, NAMUN BEGITU KASIH SAYANG KEPADA ANAK TANPA MENJAGA BATASAN AGAMA JUGA BOLEH MEROSAKKAN ANDA.


[11.44] Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

ULASAN AYAT: INI BUKTI HANYA ALLAH PEMEGANG KUASA ALAM KERANA LANGIT DAN BUMI HANYA PATUH SERTA BERHENTI MENGHASILKAN AIR SELEPAS DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH. INI JUGA MENJADI BUKTI DI BAWAH BUMI YANG KITA DIAMI ADA STOR AIR YANG DICPTA ALLAH UNTUK KESEIMBANGAN ALAM.

RUJUK JUGA AYAT INI: AL-MU'MINUN[23.18] Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.


[11.45] Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya".

[11.46] Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".


ULASAN AYAT: INI MEMBUKTIKAN HUBUNGAN AGAMA JAUH LEBIH UTAMA DARIPADA HUBUNGAN KELUARGA APABILA BERADA DI PERSIMPANGAN. BAGINDA RASULULLAH SENDIRI BERPERANG MENENTANG SAUDARA MARANYA YANG MASIH TEGUH DALAM SYIRIK SEMASA DI MADINAH.

LIHAT JUGA AYAT INI, AL-MUJADALAH[58.22] Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.

[11.47] Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".

ULASAN AYAT: SEBAHAGIAN MUSUH ISLAM SILAP MEMAHAMI AYAT DENGAN MENGATAKAN PERMOHONAN AMPUN BAGINDA MENJADI BUKTI BAGINDA BERDOSA DAN TIDAK MAKSUM. BAGINDA SEKADAR BERTANYA UNTUK MENJELASKAN KEKELIRUAN TENTANG NASIB ANAKNYA YANG MATI DITELAN AIR KERANA ALLAH SUDAH MENJANJIKAN KESELAMATAN AHLI KELUARGANYA (AYAT 40). ALLAH MENJELASKAN HANYA AHLI KELUARGANYA YANG BERIMAN SAHAJA AKAN TERSELAMAT. TEGURAN ALLAH KEPADA BAGINDA DALAM AYAT 46 JUGA BUKAN BERMAKSUD MENGHINA BAGINDA TETAPI LEBIH KEPADA MENGAJAR BAGINDA AGAR LEBIH TELITI DALAM BERDOA DAN JANGAN SAMPAI MEMINTA SESUATU YANG MELANGGAR KETETAPAN ALLAH SEPERTI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEPADA ORANG YANG SUDAH DIHUKUMKAN MATI KUFUR.

LIHAT JUGA, AL-TAWBAH[9.113] Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

WALAUPUN PERTANYAAN DAN DOA BAGINDA YANG KELIRU TERSEBUT TIDAK DIKIRA SEBAGAI DOSA, BAGINDA YANG TINGGI DARJAT TAWADUKNYA SERTA TELITI HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH TETAP MEMOHON MAAF KEPADA ALLAH DEMI UNTUK MENDAPATKAN KEREDEHAANNYA.

Wednesday, November 3, 2010

USTAZ MOHD NOOR YANG KASYAF SUDAH KENA!


Berikutan isu tangan Nik Aziz adalah tangan syaitan oleh Ustaz Mohd Noor Idris ramai yang memberikan reaksi.

ULASAN SAYA..KASYAF MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN:

1)KEPENTINGAN TAQWA

al-Baqarah[2:282]Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

AYAT DI ATAS MENJELASKAN BAGAIMANA ORANG YANG BERTAQWA AKAN DIAJARKAN ALLAH DENGAN BEBERAPA ILMU..SECARA TIDAK LANGSUNG IA MEMBAWA MAKSUD KASYAF (TERBUKA HIJAB PERKARA BATIN), NAMUN IA MASIH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR OLEH PARA ULAMA'.

2) KISAH MUSA & KHIDIR AS

al-Kahf[18.65] Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.


DALAM PENGAJIAN TAFSIR..KASYAF DIPANGGIL ILMU AL-MAWHUB ATAU WAHBI IAITU ILMU ANUGERAH SETELAH SESEORANG ITU ALIM, MAHIR & AMAL SEGALA ILMU2 PENTING ISLAM SPT BAHASA ARAB,AKIDAH,HADITH,FIQH,USUL FIQH..BLA BLA BLA..ALLAH AKAN BAGI SIKIT CAMPAKAN ILMU..TAPI ILMU NI DILETAK PADA TAHAP TERAKHIR..BUKAN SEMUA LINTASAN HATI BOLEH TERUS DIPAKAI KERANA IA BOLEH JADI DATANGNYA DARIPADA SYAITAN ATAU MALAIKAT..IA PERLU TERLEBIH DAHULU DITAPIS DENGAN ILMU2 LAIN..

KESIMPULANNYA IA HANYA DICAPAI DENGAN TAQWA DAN MENJADI RAHSIA INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DIUMUM KEPADA AWAM KERANA DITAKUTI MENIMBULKAN FITNAH


Kaedah Penilaian Mohd Nor Idris Tidak Normal


Merujuk kenyataan bekas calon BN, Mohd Nor Idris (bawah, kanan), mengenai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat:

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan... dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)

Saya melihat perlu perkara ini diulas, agar tidak menjadi ikutan atau pegangan sesetengah pihak. Walaupun itu merupakan kenyataan peribadi, tetapi apabila disiarkan dalam media, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Bukan kerana hendak membela MB Kelantan semata, tetapi saya ingin menyanggah cara penghujahan sebegini agar tidak menjadi trend golongan agama nanti.

Saya fikir jika kita membenarkan hujah seperti digunakan untuk menilai insan lain, maka rosaklah alam ini.

Bagaimana mungkin dengan mendakwa kasyaf atau dapat mengingkap rahsia seseorang dengan menggunakan unsur spiritual dijadikan ukuran dalam menilai seseorang?

Jika ini dijadikan hujah dalam menilai atau menghukum seseorang, maka ramailah yang akan terzalim.

Nanti akan datang pihak lain pula, lalu menghukum orang pula sebagai buruk berdasarkan kasyafnya atau mimpinya atau ilhamnya yang kesemua itu disandarkan kepada Tuhan. Lalu nama Allah dijadikan mainan.

Salah, betul berdasarkan fakta, bukti

Dalam Islam, walaupun seseorang mungkin mempunyai 'perasaan dalamannya' yang tersendiri, namun itu tidak boleh dijadikan hujah dalam memburuk atau menilai orang lain tanpa bukti apath lagi untuk tatapan umum.

Nabi SAW yang menerima wahyu pun, namun dalam hadis baginda menyebut: "Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, dalam menghukum dan menilai baginda berteraskan hujah. Maka kita dalam menilai seseorang hendaklah berdasarkan bukti dan hujah bukan sekadar perasaan hati, atau bisikan kasyaf atau mimpi. Jika hal itu dibolehkan, tentu baginda Nabi SAW terlebih dahulu melakukannya. Sebaliknya, penilaian atau hukuman tetap berteraskan bukti dan hujah.

Jika beliau (Mohd Nor) ingin mengkritik atau menilai MB Kelantan sebagai tangan syaitan, beliau hendaklah mendatang hujah dan bukti kejahatan yang melayakkan dinilai sedemikian rupa. Jika ada hujah, ia diterima. Jika tiada, ia tuduhan tanpa dalil.

Maka hendaklah kita ingat, bahawa kasyaf, mimpi, ilham dan seumpamanya bukan hujah dalam menentukan kebenaran atau kesalahan.

Penentuan salah betul dalam Islam adalah fakta dan bukti. Al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) menyebut: "Selemah-lemah hujah mereka (ahli bidaah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: 'Kami bermimpi lelaki solih tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini, buat ini1'."

Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasauf. Di kalangan mereka ada yang berkata: 'Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini. Dan memerintah aku sebegini'. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syariat. Ini adalah salah, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika dibolehkan, maka ianya diamalkan, jika tidak ianya ditinggalkan"(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, cetakan Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut).

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau wahyu". (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti kerajaan Perlis.

MALANGNYA ORANG YANG LAHIR ISLAM TETAPI TAK PERNAH SENTUH AL-QURAN

Laureen Booth yang baru masuk islam sudah membaca al-Quran (tilawah & tafsir) sampai ms 100..kita yang dah lama islam..nak baca bertajwid pun berat apatah lagi nak baca tafsir dan menghayatinya..sayangnya segelintir orang Islam yang berbangga dengan al-Quran tapi sebenarnya tak pernah pegang al-Quran..Soalannya apa status Islam kita..

Lauren Booth: Mengapa Saya Mencintai Islam

Lauren Booth, dalam sepekan terakhir ini menjadi salah satu pembicaraan hangat di Inggris. Maklum, Booth sepekan yang lalu menyatakan bahwa ia telah masuk Islam. Bukan apa-apa, yang membuat berita ini seperti mengguncang Inggris, itu karena Booth adalah saudara ipar dari Tony Blair, mantan Perdana Menteri Inggris. Bagaimana sebenarnya proses dan kehidupan Booth sekarang? Berikut petikan wawancaranya yang diambil dari The Daily Mail.

Bagaimana perasaan Anda sekarang ini?


Saya tahu ini semua tampak tidak masuk akal, tetapi keputusan untuk memeluk Islam tersebut akan menentukan setiap aspek kehidupan saya bawah rel yang mengekspresikan kegembiraan.

Bisa diceritakan awal mulanya?

Mari kita kembali ke Januari 2005, ketika saya tiba sendirian di Tepi Barat untuk liputan The Mail on Sunday. Saya tidak pernah menghabiskan waktu bersama orang-orang Arab, atau Muslim. Saat saya terbang ke Timur Tengah, pikiran saya penuh dengan kalimat-kalimat biasa : ekstremis radikal, fanatik, kawin paksa, pembom bunuh diri dan jihad.

Saya tiba di Tepi Barat tanpa mantel, dan saya menyimpan otoritas bandara Israel di koper saya.

Saya berjalan di Ramallah, dan seorang perempuan menggamit tangan saya tiba-tiba. Saya menggigil. Ia berbicara cepat dalam bahasa Arab, membawa saya ke sebuah rumah di sisi jalan. Apakah saya diculik oleh seorang teroris tua? Selama beberapa menit, dari lemari pakaian putrinya, ia mengeluarkan mantel, topi dan syal.

Saya kemudian dibawa kembali ke jalan dan dipeluk hangat. Tidak ada kata apapun ketika itu di antara kami. Itu adalah sebuah kemurahan hati yang tidak pernah saya lupakan.

Kemudian?


Secara bertahap saya menemukan ekspresi seperti MasyaAllah!', 'Alhamdulillah!' dalam percakapan sehari-hari saya. Saya selalu berdoa dan, sejak kecil, telah menikmati cerita Yesus dan para nabi kuno. Saya sekolah di Brownies, saya dibesarkan dalam rumah tangga yang sangat sekuler. Saya, dulu selalu bangga dengan rambut pirang indah saya dan, ya, tubuh saya.

Selesai?


Pada tahun 2007 saya pergi ke Libanon. Saya menghabiskan empat hari dengan mahasiswa perempuan, semuanya mengenakan jilbab lengkap. Mereka adalah temen-teman yang memesona, independen dan vokal. Mereka bukan gadis pemalu, tidak dipaksa kawin seperti yang saya bayangkan.

Saya sering datang ke masjid. Di sana, ada anak-anak yang bermain, nenek duduk membaca Al-Quran di kursi roda dan sebagainya.

Anda sempat ragu dengan pilihan hidup Anda?


Saya bertanya; apakah saya siap masuk Islam? Apa yang akan dikatakan dunia, teman-teman dan keluarga saya? Apakah saya siap untuk untuk berperilaku moderat dalam banyak hal?

Dan inilah hal yang benar-benar aneh. Saya tidak perlu khawatir tentang hal-hal itu, karena entah bagaimana menjadi seorang Muslim itu sangat mudah.

Sudah sejauh mana Anda membaca Al-Quran?


Sejauh ini saya baru sampai 100 halaman saja, beserta terjemahannya
. Al-Quran adalah teks yang serius. Ini akan membantu saya untuk belajar bahasa Arab tapi itu juga akan memakan waktu cukup lama. Saya berhubungan dengan beberapa masjid di London Utara, dan saya berharap bisa rutin mengunjunginya, setidaknya sekali seminggu.

Menurut Anda, jilbab itu bagaimana?

Pakaian sederhana. Mengenakan jilbab berarti saya siap untuk pergi keluar lebih cepat daripada sebelumnya. Padahal saya baru saja mencat merah rambut saya beberapa minggu yang lalu. Ini adalah negara toleran dan tidak ada yang tampak curiga sejauh ini.

Reaksi teman-teman Anda yang non-Muslim?

Mereka penasaran ketimbang memusuhi saya. Mereka bertanya: 'Apakah itu akan mengubah kamu?’, ‘Kita masih teman kan?’, ‘Kita masih minum (bir) kan?’.

Jawaban Anda?


Jawaban atas dua pertanyaan pertama adalah ya. Yang terakhir tentu tidak. Saya berasal dari latar belakang keluarga yang alkoholisme. Saya akan menghindari barang-barang (memabukan) itu. Apa yang bisa lebih baik? Saya tumbuh di sebuah rumah tangga yang penuh dengan alkohol, dengan ayah yang kejam. Itu adalah luka yang tidak akan pernah pulih.

Apakah keluarga Anda mendukung?

Saya belum pernah bertemu lagi dengan ayah saya selama bertahun-tahun. Jadi bagaimana dia bisa tahu apa-apa tentang saya atau memiliki pandangan yang valid tentang masuknya saya ke dalam Islam? Aku hanya merasa kasihan padanya. Sisanya keluarga saya sangat mendukung.

Anda akan menikah lagi?


Ini bukan saatnya bagi saya untuk berpikir tentang membangun hubungan dengan pria. Saya pulih dari pernikahan yang pecah. Dan sekarang akan melalui perceraian. Jika waktunya tiba, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk menikah lagi, namun dengan suami yang Muslim.

Apakah anak Anda akan juga akan menjadi Muslim?


Saya tidak tahu, itu terserah mereka. Anda tidak dapat mengubah hati seseorang

Bagaimana reaksi mereka ketika Anda memberitahu Anda masuk Islam?


Saya ketika itu duduk di dapur dan memanggil dua anak gadis saya. “Girls, aku punya berita untuk kalian. Aku sekarang seorang Muslim." Yang tertua, Alex, berkata: "Kami memiliki beberapa pertanyaan." Mereka membuat daftar pertanyaan dan mengajukannya kepada saya. Alex bertanya: 'Apakah Ibu minum alkohol lagi? " Kujawab, “Tidak!” Respon mereka: 'Yay!". Kemudian “Apakah Ibu merokok lagi?” lalu saya menjawab: “Tidak”. Pertanyaan yang paling mengejutkan adalah: “Apakah Ibu akan menunjukkan (maaf) payudara Ibu di depan publik lagi?". 'Sekarang aku ini Muslim," kata saya,"Aku tidak akan pernah lagi menunjukkan payudaraku di depan umum lagi."

Dan kemudian?

Mereka berteriak, "Kami cinta Islam!” dan pergi bermain kembali. Dan saya juga mencintai Islam.

sumber!

HIKMAH DARI AL-QURAN-EKOSISTEM DAN RANTAIAN PEMAKANAN UNTUK KESINAMBUNGAN HIDUP MANUSIA


ALLAH MENGARAHKAN NABI NUH AS MENYELAMATKAN HAIWAN DI ZAMANNYA UTK KESINAMBUNGAN HIDUP MANUSIA ZAMAN BERIKUTNYA, SEBAGAI SUMBER PROTEIN, MAKANAN DAN KESEIMBANGAN ALAM. TANPA HAIWAN MUSTAHIL MANUSIA DAPAT BERTAHAN SEHINGGA HARI INI.

HUD[11.40] (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Wednesday, October 27, 2010

KERUNSINGAN SEORANG AYAH APABILA MALAYSIA MENJADI HUB HIBURAN MALAM SERANTAU!


Laporan berita yang menyatakan di bawah ETP, Malaysia bakal menjadi hub hiburan malam sememangnya mengerikan saya sebagai seorang ayah. Apa tidaknya sekarang ini ketika Malaysia yang sedia mempunyai banyak kelab malam dan pusat hiburan, kita sudah mendengar berbagai masalah sosial timbul seperti pembuangan bayi, zina dan sebagainya. Bayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya syarat pembinaan kelab malam dan yang berkaitan dengannya makin dilonggarkan seperti yang disarankan oleh ETP???.

Untuk menangani isu ini, umat Islam perlu melihat jauh ke hadapan tentang kesan yang bakal dihadapi oleh umat Islam. 2 isu yang perlu dilihat dan difikirkan bersama..:

1- Kesucian perkahwinan anak-anak kita pada masa hadapan. Anak-anak saya sekarang ini berusia dalam lingkungan 2 bulan hingga 10 tahun. Selepas sepuluh tahun nanti mereka ini mungkin akan berkahwin. Siapakah bakal suami atau isteri mereka? Biasanya trend terkini, anak-anak diberikan kebebasan memilih pasangan hidup mereka sendiri. Ibu bapa hanya akan mempersetujui pilihan anak-anak, namun begitu dengan segala masalah sosial sekarang ini, apa jaminan kita bahawa bakal menantu kita pada masa hadapan benar-benar anak sah taraf, anak halal & bersih keturunannya. Berdasarkan laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Boleh jadi mereka ini bakal menjadi menantu kita pada masa hadapan. Bukan salah mereka dilahirkan secara haram, namun fitrah ibu bapa tetap mahukan keturunan yang terbaik untuk anak-anak kita. Bayangkan dengan pertambahan kelab malam, maka akan bertambahlah juga bilangan anak haram yang bakal lahir kerana di kelab malam inilah segala punca perzinaan akan berlaku.

2-Peranan orang agama yang semakin tercabar. Pernah sekali dalam radio IKIM dibincangkan isu pembuangan bayi. Tiba-tiba seorang pemanggil menyerang para agamawan dengan katanya: Apa orang agama buat untuk membendung masalah ini? Saya sebagai orang agama cukup terasa dengan kenyataan ini, lalu saya berjaya menembusi talian dan menjawab: Orang agama memang buat kerja, jangan HANYA salahkan orang agama kerana masalah ini masalah berantai bermula dari rumah sehingga kepada pemimpin negara. Jangan dituding jari kepada orang kerana apabila kita tuding satu jari kepada orang,4 jari lagi mengarah kepada kita. Saya juga mengambil kata-kata al-Marhum Ishak Baharom mantan mufti Selangor yang dipecat dahulu,katanya : perjuangan orang agama sama seperti membersihkan sungai yang kotor di muara, sedangkan di hulu sungai (punca air) masih ada orang yang membuang sampah...kerja orang agama tidak akan habis kerana masih ada manusia yang berkuasa yang rakus dan jahil memperkenalkan inisiatif sebegini untuk terus merosakkan masyarakat dengan segala racun sosial.

PENUTUP: Menurut Islam, para pemimpin wajib menjaga rakyatnya daripada ancaman dunia dan akhirat. Sebagai pemerintah yang dipertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, kerajaan perlu menilai sebarang pembangunan mengikut neraca dunia dan lebih-lebih lagi akhirat. Soalan saya..pernahkan kita dengar para pemimpin Islam di negara kita memperingatkan soal akhirat, dosa pahala, syurga, neraka dan yang semirip dengannya? Yang biasa kita dengar..melayu maju ekonomi, melayu berjaya dalam karier, melayu berjaya dalam pelajaran dan sebagainya..

Nik Aziz pernah berkata dalam khutbah hari raya Idul Fitri dahulu..apa susah sangat kita nak melayu maju ekonomi? Tidak dinafikan, itu penting, tetapi yang lagi utama ialah..apa akan jadi kepada orang Melayu ketika di akhirat kelak..MELAYU KE SYURGA ATAU KE NERAKA??