Tuesday, October 28, 2008

Umat islam perlu tahu keutamaan mereka

Orang-orang agama di Malaysia perlu menjadi praktikal tanpa mengira mereka ini salafi, syafi'iyah,kaum pondok atau kaum muda. Apa yang penting masih ramai laghi umat islam di luar sana yang jahil dan meraba-raba di dalam kegelapan. Apa perlunya orang agama bergaduh sesama sendiri menyesatkan orang. di satu ekstrem, membid'ahkan amalan satu kumpulan. manakala satu ekstrem lain pula sibuk meng'wahabi'kan kumpulan lawan.

Kesudahannya masa mereka terbuang membincangkan isu-isu yang tidak kunjung padam.

Kelemahan mereka ialah beranggapan bahawa pihak lawan mereka silap sama sekali dan tidak berkemungkinan untuk betul. Hanya mereka benar 110% dan tidak berkemungkinan sama sekali tersilap.

Kesimpulan yang saya dapat nyatakan, mereka telah tersilap memilih musuh di dalam peperangan mereka.

Ketahuilah bahawa musuh sebenar umat Islam ialah kejahilan. Kejahilan ini juga boleh berlaku kepada orang-orang agama juga. Kesempitan pemikiran mereka melihat dunia dalam skop yang lebih luas menjangkau fahaman yang mereka pegang adalah salah satu bentuk kejahilan.

Fahaman apa pun yang kita pegang menyamai akidah dan kepercayaan. Mana mungkin akidah diruntuhkan hanya dengan serang-menyerang. Ketahuilah akidah atau pemikiran hanya dapat diubah dengan ilmu. namun sebarang pegangan anda tidak mutlak betulnya. Oleh itu berlapang dadalah.

Fokuslah pada keutamaan yang lebih penting iaitu mengajak umat Islam yang jahil kepada agama. Usahlah membuang masa anda membid'ahkan orang atau meng'wahabi'kan orang.

Ketahuilah , kumpulan Islam di malaysia terbahagi kepada 4 kumpulan, (1) kaum muda, (2)kaum tua, (3)islam liberal dan (4)Islam jahil. Akibat daripada perbalahan yang tiada sudah di antara ekstremis kaum muda dan ekstremis kaum tua, Islam liberal akan menangguk di air jernih. Mangsanya ialah islam jahil. lalu mereka akan berkata inilah kerja orang agama, asyik dok sesat menyesat di antara satu sama lain. Lebih baik kami ikut nafsu dan akal kami. Atau lebih baik kami ikut Islam Liberal...kerana cara mereka nampak praktikal dan mudah.

Dibimbangi, di akhirat kelak orang agama (kaum muda, kaum tua, salafi, wahabi, syafi'iyah) akan disoal tentang apa yang sudah mereka lakukan untuk menyedarkan umat Islam yang jahil. Mana mungkin kita menjawab. Maaf Ya Allah! saya tak sempat mengajar mereka dengan Islam tulen kerana kami sibuk menjawab hujjah-hujjah kaum wahabi atau kaum tua. Fikirkanlah!!


Abdullah Bukhari
Salafi moderate

No comments: