Monday, September 30, 2013
SUATU HARI DI HARI RAYA...KEHALUSAN HATI SAYYIDINA ALI RA
Pada suatu hari di hari raya di zaman Sayyidina Ali..beliau mendapati ada orang masuk ke Musalla (ruang solat/padang tmpt bersolat hari raya) lalu mendirikan Solat 2 rakaat.
Beliau lalu berkata : Aku tidak pernah melihat Nabi SAW melakukan solat sebegini (kerana sunnah hari raya yg Utama adalah TAKBIR).
Lalu dikatakan kpd Ali: Kalau begitu mengapakah Engkau tidak melarang mereka?
Ali menjawab: Aku bimbang Akan termasuk dlm golongan yg disebut oleh ayat ini:
أَرَءَيتَ الَّذى يَنهىٰ
عَبدًا إِذا صَلّىٰ
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);
Seorang hamba Allah apabila dia MENGERJAKAN SEMBAHYANG? (Al-'Alaq[96:9-10]).
(Kisah ini disebut Dalam Tafsir al-Razi).
* MORAL: Ayat di atas merujuk kpd Abu Jahal yg melarang Nabi SAW mendirikan solat (Tafsir Ibn Kathir). Ali juga Amat beradab dlm teguran yg bakal dibuat. Sunnah utama pd hari raya adalah takbir & solat raya biasanya di buat di padang. Oleh itu tiada isu Solat tahiyyatul Masjid. Allahu A'lam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment