Wednesday, October 2, 2013

ORANG BERIMAN MELIHAT ALLAH DI DUNIA DGN MATA HATINYA!



Beri tazkirah ringkas secara mingguan di Masjid UIA hari ini. Antara intipatinya:

1) Beriman kpd perkara yg ghaib adalah sifat org bertaqwa (al-Baqarah[2:2-3]).
Kemuncak GHAIB ADALAH ALLAH! Allah adalah Zat yg MAHA GHAIB TETAPI wujud bersama kita. Walaupun ghaib, Allah wujud & amat dekat dgn manusia sehingga lebih dekat dari urat leher:

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ وَنَعلَمُ ما تُوَسوِسُ بِهِ نَفسُهُ ۖ وَنَحنُ أَقرَبُ إِلَيهِ مِن حَبلِ الوَريدِ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf[50:16]).

2) Org beriman lagi bertaqwa melihat Allah dgn mata hatinya ketika dihasut syaitan:

إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طٰئِفٌ مِنَ الشَّيطٰنِ تَذَكَّروا فَإِذا هُم مُبصِرونَ

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar) (Al-A'raf[7:201]).

3) Syurga Allah ada 2 jenis iaitu syurga fizikal dan syurga rohani. Syurga fizikal lebih rendah nilainya berbanding syurga rohani. Setelah ahli syurga meni'mati ni'mat syurga fizikal seperti buah-buhan, iringan bidadari dan sebagainya, Allah akan memberikan mereka ni'mat tertinggi atau syurga rohani iaitu PELUANG MELIHAT WAJAH ALLAH YG MELAMBANGKAN KEREDHAANNYA KEPADA AHLI SYURGA.



Syurga fizikal dan rohani terkandung dalam firman Allah ini:

وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Ertinya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar (al-Tawbah[9:72]). 


Peluang melihat Allah pula terkandung dalam ayat ini: 




وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23)

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya (al-Qiyamah[75:22-23]).

YA ALLAH! BERIKAN KAMI PELUANG MENDAPAT REDHAMU DAN PELUANG MELIHAT WAJAHMU DI AKHIRAT KELAK!

No comments: