Thursday, April 15, 2010

RUMAH AKU KENA MASUK PENCURI, TAQDIR ALLAH DAN BERKAT DOA!


Hari ini (Khamis @15 Mac 2010) cukup meletihkan, meresahkan dan menggerunkan apabila mendengar cerita Mujtaba yang diacukan pisau oleh penceroboh rumah kami malam tadi (Khamis @ 15 Mac 2010 @ 2-3 pagi). Pagi-pagi lagi saya diganggu oleh isteri saya yang bertanyakan di manakah telefon bimbitnya. Setelah menelefon berkali-kali, masih tiada nada dering. Setelah bersiap untuk ke tempat kerja, saya dapati dompet saya di bawah pun kehilangan sesuatu iaitu sampul duit RM 150 yang diperolehi daripada salah satu kelas Tafsir saya. Yang peliknya dompet tidak terusik begitu juga baki duit-duit lain.

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan sekolah anak-anak, Khairi (jiran dari rumah no 37 Jalan SM 1/1) menghantar sms mengatakan rumah jiran sebelah kiri saya (Guna @ no 47) dipecah masuk pencuri malam tadi. Mujtaba tiba-tiba memberitahu bahawa malam semalam dia melihat dengan jelas seorang lelaki memakai topi putih berbaju hitam duduk mencangkung dalam biliknya menyelongkar laci almari Asma dan Adna. Mujtaba tersedar lalu bertanya…(siapa tu) Walid ke?...Lelaki itu menjawab..siapa tu? Suspek menggunakan telefon bimbitnya untuk menyuluh keadaan bilik dan sambil itu, dia mengacukan pisaunya kepada Mujtaba. Mujtaba sengaja memejamkan mata untuk berpura-pura tidur. Setelah gagal memperolehi apa-apa,suspek keluar dari drying area bilik Mujtaba, membuka Grill kemudiannya memanjat ke rumah Guna.

Saya yang mendengar cerita Mujtaba terkejut besar, rupanya, sampul duit dan telefon isteri saya itu memang angkara si penceroboh. Setelah menghantar anak-anak saya ke sekolah, segera balik ke rumah dan dibawa masuk ke rumah Guna untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Ternyata si penceroboh/pencuri amat handal dan licik. Semua kunci rumah Guna dan saya dibuka tanpa bekas. Suspek disyaki masuk ikut pintu dapur rumah saya, kemudiannya mengambil duit dan HP isteri lalu menuju ke atas masuk ke bilik Mujtaba. Suspek mengunci pintu bilik Mujtaba dan menyelongkar laci almari. Ketika inilah Mujtaba tersedar kehadirannya.

Yang menariknya, saya tersedar jam 4:30 untuk membuka suis utama yang tertutup kerana litar pintas. Seperti biasa saya akan menjengah bilik anak-anak dan mendapati biliknya terkunci. Saya masuk melalui tandas dan mendapati semuanya baik. Mungkin saya sudah terlewat hampir sejam dua.

Malamnya selepas selesai kuliah maghrib di surau, saya bersama Guna bergegas ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan. Kami sekeluarga pergi kerana Mujtaba adalah saksi utama yang melihat suspek. Kami berada di Balai Polis sehingga jam 11:30 malam. Polis kemudian datang untuk membuat siasatan pada jam 1 pagi. Polis mendapati grill belakang rumah Guna ada ruang kosong yang cukup untuk memuatkan tubuh suspek. Guna kerugian hampir RM 20,000 termasuk duit tunai RM 1500 & barangan kemas ibunya.

ANALISIS PERISTIWA:



1- Setiap hari saya membaca ayat al-Kursi & wirid-wirid lain sebagai pendinding diri, rumah & anak isteri. Pendinding itu terdapat pada beberepa tempat iaitu:

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Ertinya: Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). Apabila sampai pada ayat di atas, saya akan fokus sambil berdoa-Engkau mampu menjaga seluas langit dan bumi, maka tolonglah senantiasa jaga diriku, isteriku, anak-anakku & harta bendaku.

Juga pada ayat ke 2 & 3 surah al-Falaq:
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ

Ertinya: (Aku mohon perlindunganMu) dari kejahatan semua makhluk (pencuri!!!), juga dari kejahatan malam bila ia semakin gelap (orang buat jahat seperti kisah di atas berlaku pada lewat malam).

Juga doa nabi :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad)

Seperti yang saya perhatikan, banyak perkara tidak logic berlaku pada malam itu..banyak barang-barang berharga yang saya letakkan di atas meja di ruang tamu bawah, antaranya- semua kunci rumah, kunci motosikal (bersama alarm), kunci kereta isteri (Viva), kunci Honda City, External Hard Disc 500 Gz, beg duit isteri, beg duit saya dan beberapa item berharga lagi. Namun yang peliknya hanya HP isteri saya yang murah serta sampul duit yang berada dalam dompet sahaja yang disambar.

Sebelah bilik tidur Mujtaba pula saya letakkan note book UIA yang bernilai hampir RM 6000 secara terbuka yang tidak langsung diusik. Saya yakin berkat doa-doa di atas telah menghalang selera dan idea si pencuri untuk mengambilnya.

Benarlah kata nabi :

لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ

Ertinya: Tidak akan tertolak Qada’ itu kecuali dengan doa dan tidak akan menambah pada umur kecuali kebaikan (Sunan al-Tirmidhi).

Saya percaya sekiranya saya langsung tidak mengamalkan doa-doa yang disarankan oleh nabi SAW itu, pastinya kerugian saya akan lebih besar. Bahkan mungkin boleh membawa kepada kecederaan anak-anak atau kehilangan nyawa.

2- Keyakinan Mujtaba dengan doa nabi. Saya memang selalu berpesan kepada anak-anak agar senantiasa membaca doa di atas
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Mujtaba menceritakan ketika dia mendapati lelaki itu cuba mengacukan pisau kepadanya, dia berpura-pura tidur dan membaca doa tersebut sebanyak mungkin dalam hatinya. Ajaibnya, pencuri beranggapan dia masih tidur dan tidak menyentuhnya walaupun dia sudah tersedar dan menegeur …siapa tu? Walid ke? Bayangkan kalau saya tidak berdoa untuk anak-anak? Dan dia sendiri pun tidak berdoa dengan doa itu, apa akan jadi pada dirinya, adik-adiknya ? yang berusia 8 tahun dan 6 tahun (kedua-duanya perempuan)


3-Persoalan taqdir.Kadangkala orang bertanya mengapa masih kena rompak dan curi sedangkan kita sudah berdoa? Jawapannya amat senang:usaha kita walau sehebat mana sekalipun, sama sekali tidak akan dapat menolak taqdir Allah yang sudah ditetapkan semenjak azali. Tambahan pula kita juga tidak mengetahui apakah taqdir kita, oleh itu langkah terbaik ialah dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan senantiasa berdoa kepada Allah kerana doa adalah senjata orang mu'min (Mustadrak al-Hakim).

Firman Allah:

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

al-Tawbah[9.51] Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Juga firman Allah:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
al-Hadid[57.22] Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

4- Senantiasa berdoa ketika senang menjadi rahsia maqbulnya doa ketika susah seperti kisah nabi Yunus:

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (139) إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (140) فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ (141) فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ


al-Saffat[37.139] Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. [37.140] (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. [37.141] (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut). [37.142] Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
[37.143] Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), [37.144] Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

Para ulama' Tafsir mengatakan, antara rahsia penerimaan doa Yunus ketika kesusahan dalam perut ikan itu adalah kebiasaannya berdoa kepada Allah ketika senang.


KESIMPULANNYA..SAYA PERLU LEBIH BERINGAT DENGAN KESELAMATAN RUMAH, SELAMA INI KITA BERANGGAPAN KUNCI SELAPIS SUDAH CUKUP, TERBUKTI..IKHTIAR KITA MASIH RENDAH..KUATKAN LANGKAH KESELAMATAN DAN BERDOA KERANA ALLAH SAHAJA KUASA YANG MAMPU MENGHALANG SI JAHAT YANG CUBA MELAKUKAN BENCANA KEPADA HARTA KITA..PESANAN KEPADA SEMUA PENDUDUK SELAYANG MULIA..BERHATI-HATI SELALU DENGAN KESELAMATAN RUMAH ANDA KERANA MENGIKUT INSP REEZAL (PEGAWAI PENYIASAT BALAI POLIS SELAYANG YANG MELAKUKAN SIASATAN SEMALAM)..SELAYANG MULIA KAWASAN PANAS...DIHARAP PERSATUAN BERBUAT SESUATU!

Sunday, April 11, 2010

ADAKAH MENGUTIP CUKAI HARAAAMMMM?

Setakat kajian, ilmu dan pemerhatian saya yang sikit dan terbatas ini..inilah hasilnya...

Menjelang April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan sesak dengan para pembayar cukai yang menjalankan tanggungjawab murni mereka terhadap Negara. Mengikut akta cukai pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka. Pendapatan yang mereka perolehi sama ada melalui sector awam atau swasta adalah hasil daripada naungan Negara yang makmur. Tanpa kemakmuran Malaysia, mustahil mereka boleh mencapai pendapatan yang berguna untuk kehidupan mereka. Ringkasnya hubungan antara pembayar cukai dengan kemakmuran Negara umpama simpulan rantai yang saling bertimbal balik dan tidak mungkin dipisahkan. Andai keduanya dipisahkan, sengsaralah rakyat dan pincanglah kemakmuran Negara.

Namun begitu, ada pihak yang mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka juga berhujah dengan sebuah hadith nabi SAW:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ صَاحِبُ مَكْسٍ

Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).

Hadith tersebut seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan menjadi haram dan zalim. Ia juga membayangkan bahawa semua kakitangan LHDN turut sama bersekongkol dengan pekerjaan haram yang bakal menghalang mereka ke syurga. Sebenarnya hadith di atas perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan yang bakal timbul.

Pada asalnya Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan social dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada 8 kumpulan (asnaf) sahaja dan ia sama sekali tidak boleh disalurkan kepada golongan selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]). Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi tujuan urus tadbir negara yang lain seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan sebagainya.

Berbeza perihalnya dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus Negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam (al-Tawbah[9:29]), Ghanimah: harta rampasan perang (al-Anfal[8:1]), Khumus: 1/5 daripada keseluruhan ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul (al-Anfal[8:41]) dan Fi’ : harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran (al-Hasyr[59:6-7]). Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan Negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Sayyidina ‘Umar al-Khattab RA semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10% yang dipanggil ‘Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari Negara musuh), 5 % kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah Negara Islam) dan 2.5% kepada peniaga muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi). Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh ‘Umar ini tidak lain adalah untuk menampung perbelanjaan Negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadith yang menyatakan “pengutip cukai tidak akan masuk syurga” tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan sayyidina ‘Umar masih lagi jahil sunnah nabi dan tidak akan ke syurga. Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan sebuah hadith yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Musnad Ahmad). Juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa’ al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadith yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ringkasnya, perkataan Muks merujuk kepada cukai yang dikutip dengan tujuan untuk menambah kekayaan pemerintah yang zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat jelata. Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibat daripada cukai sebegini jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat jelata bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah biasa mengutip cukai sebegini.

Menurut majoriti ulama’, pengenaan cukai oleh pemerintah sebenarnya berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dengan kata lainnya, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka (lihat Fatawa al-Azhar di bawah tajuk - الزكاة والضرائب).

Islam menegaskan bahawa para pemerintah wajib ditaati selagi mana mereka tidak menyuruh kepada maksiat. Sabda nabi SAW: Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagimana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat (Sahih al-Bukhari & Muslim). Kepatuhan kepada pemimpin dijelaskan lagi oleh al-Quran : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (al-Nisa’[4.59]).

Contoh terbaik bagi menimbulkan semangat patriotism kepada Negara dalam konteks membayar cukai, ialah kisah peperangan Tabuk yang berlaku pada musim panas tahun ke 9Hijrah. Demi untuk menjaga kedaulatan Negara Islam Madinah, baginda Rasulullah SAW telah mengerah penduduk Islam Madinah ke sempadan Syam (Tabuk) bagi menyekat kemaraan tentera Rom yang berhasrat untuk menakluk bumi Madinah. Misi perang Tabuk bukan hanya melibatkan pengorbanan jiwa raga, bahkan lebih utama lagi melibatkan pengorbanan harta.

Surah al-Tawbah (surah ke 9) yang merekodkan peristiwa perang ini mengarahkan umat Islam Madinah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dengan harta dan jiwa raga mereka. Cara al-Quran yang mendahulukan sebutan jihad dengan harta sebelum jihad dengan jiwa jelas membuktikan keutamaan sumbangan harta kepada Negara mengatasi perkara lain (al-Tawbah[9:44,81 & 88]). Teori ini disokong lagi oleh ayat-ayat lain dalam al-Quran yang juga mendahulukan jihad harta sebelum jihad jiwa al-Nisa’[4:95], al-Anfal[8:72], al-Tawbah[9:20], al-Hujurat[49:15]).

Allah juga mencela sikap kedekut sesetengah orang Islam yang enggan membelanjakan hartanya untuk mengisi dana perang. Firman Allah: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
(al-Baqarah92:195]).

Pembayaran cukai kepada Negara sebenarnya mengandungi manifestasi jihad harta kerana keselamatan Negara adalah agenda utama pemerintah sesebuah Negara dan pastinya segala bajet melibatkan aspek keselamatan berpunca daripada sumber cukai yang dibaktikan oleh setiap rakyat.

Setiap sen yang disumbangkan kepada Negara dalam bentuk cukai seumpama sedekah jariah kepada negara yang telah berjasa sekian lama memayung kita. Apabila membayar cukai, kita mesti menanamkan rasa bangga dengan kemajuan Negara seperti bangganya seorang ayah atas kejayaan anaknya. Si ayah tanpa segan silu akan berkata: Itulah anak saya. Kejayaannya itu adalah hasil titik peluh saya yang mendidiknya semenjak kecil. Dalam konteks Negara, dialog itu dibayangkan berbunyi : Inilah Malaysia yang makmur hasil daripada sedekah jariah saya dalam bentuk cukai kepadanya. Saya mempunyai saham dalam setiap inci kemajuan yang dimiliki oleh bumi Malaysia.

*** DULU SEBELUM BACA SENDIRI MENGENAI CUKAI, BAYAR DENGAN RASA TERPAKSA..TAPI SEKARANG..ADALAH SEDIKIT KESEDARAN..TAPI SAYA TETAP LEBIHKAN BAYAR ZAKAT..ITU MENJADI CABARAN KEPADA LEMBAGA HASIL UNTUK ISLAMKAN SISTEM CUKAI..TAPI BAGAIMANA?

Wednesday, April 7, 2010

CABARAN PENGUJI KEMAMPUAN DIRI?

Lama benar tak menulis dalam blog ni, sibuk sangat dengan tugasan. Budak UIA baru habis exam, so kami para pengajar pun sibuk dengan marking, result entry dan sebagainya. Inilah sebabnya lama saya tak menulis.

Tajuk kali ini pula sengaja ditulis sedemikian sebagai suatu tarikan. Insya Allah, saya akan ke udara dengan lembaga hasil pada 23 April 2010 di RTM 1 jam 10 malam membicarakan tajuk mengutip cukai HARAM?



Pihak LHDN sengaja memberikan tajuk sedemikian untuk lebih menarik perhatian penonton. Pada pihak saya pula, saya tidak bermasalah untuk bercakap di khalayak, namun begitu, berforum secara terbuka dan langsung di TV adalah suatu cabaran baru yang belum pernah dicuba. Saya percaya, untuk maju ke hadapan kita perlu mencuba sesuatu yang baru dan mencabar..Isu forum itu akan diambil daripada hadith ini....


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ صَاحِبُ مَكْسٍ

Ertinya: Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad)

Soalannya, sekiranya pengutip cukai tidak akan masuk syurga..bagaimanakah pula dengan badan bertugas seperti LHDN dan para pekerjanya?

Anda tahu jawapannya? boleh kongsi dengan saya di ruangan komentar..saya alu-alukan.

Saya sudah tahu jawpannya, cuma ingin melihat sudut lain dari anda secara lebih luas..bantulah saya!

Namun saya merasa, saya adalah jenis orang yang pantang dicabar

Tuesday, March 23, 2010

TEMURAMAH YANG BAGUS BAGI UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Elak fanatik mazhab

Siapakah role model yang mempunyai pendekatan toleransi dalam isu khilafiah fiqh di nusantara ini?

ANZARUDDIN: Bagi menangani situasi perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan umat Islam, setiap individu Muslim terutamanya yang tinggal di nusantara sangat berhajat kepada peribadi yang dapat dijadikan role model.

Tidak syak lagi dalam hal ini Rasulullah SAW ialah model terbaik yang sepatutnya dicontohi. Namun mungkin ada pihak tertentu yang mempersoalkan bagaimana seseorang individu Muslim yang hidup di zaman moden ini dapat meneladani secara keseluruhan peribadi Rasulullah yang mendapat bimbingan terus dari wahyu.

Demikian juga dengan para sahabat yang adakalanya dianggap mustahil dicontohi kehidupan mereka atas alasan mereka adalah generasi terpilih yang dididik secara langsung oleh Nabi lebih daripada 1,400 tahun yang lalu.

Justeru saya berpendapat mengapa tidak dikemukakan contoh di kalangan ilmuwan atau pendakwah berbangsa Melayu sendiri yang lahir dan hidup di zaman yang belum begitu jauh dari zaman kita sekarang.

Tokoh yang saya maksudkan itu ialah Buya Hamka, seorang tokoh pendakwah kelahiran Alam Melayu yang wajar diteladani peribadinya kerana telah berjaya membawa kesatuan kepada umat Melayu melalui pendekatan dakwahnya yang berprinsip.

Nama sebenar beliau ialah Dr. Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Dilahirkan di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada 16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Bagaimana pendirian yang dipegang oleh Buya Hamka dalam permasalahan fiqh?

ANZARUDDIN: Antara resipi kejayaan dakwah Buya Hamka adalah pendekatan bertoleransi yang beliau amalkan ketika berinteraksi dengan persoalan-persoalan khilafiah dalam fiqh.

Contoh yang pertama berlaku ketika Buya Hamka dipertanggungjawabkan sebagai imam dan khatib di Masjid al-Azhar, Kebayoran, Jakarta Selatan.

Pada suatu hari seorang tokoh Nahdhatul Ulama (NU) Kiai Abdullah Syafie datang untuk solat Jumaat di sana. Sebaik sahaja Buya melihat kedatangan tokoh ulama Betawi, beliau meminta Kiai Abdullah menaiki mimbar menggantikannya sebagai khatib.

Buya juga meminta supaya azan dikumandangkan sebanyak dua kali sebagai menghormati kebiasaan yang diamalkan di masjid-masjid yang dikuasai oleh NU yang berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Jadi bukan hanya mimbar Jumaat yang diserahkan, bahkan azan pun ditambah menjadi dua kali, semata-mata kerana Buya Hamka menghormati pendapat sahabatnya.

Inilah contoh dua orang tokoh ulama sejati yang ilmunya mendalam dan wawasannya luas. Siapa yang tidak mengenali Buya Hamka, pengarang kitab Tafsir al-Azhar yang hebat.

Demikian juga siapa yang tidak mengenali Kiai Abdullah Syafi'i, salah seorang pengasas dan pemimpin Perguruan Asy-Syafi'eyah, yang mana secara umumnya para kiai (ulama) Betawi masa kini adalah bekas murid-murid beliau.

Pada sekitar tahun 1970-an pula, Buya Hamka berkunjung ke Kota Banjarmasin. Pengurus Masjid Jamek Banjarmasin meminta tokoh Muhammadiyah itu menyampaikan khutbah Jumaat. Bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh bekas ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) pusat yang pertama itu?

Beliau terlebih dahulu bertanya kepada pengurus masjid, adakah khatib di situ mesti memegang tongkat? Secara serentak, para jemaah menjawab, "Ya".

Buya Hamka bertanya lagi: "Apakah khatibnya memakai jubah dan serban?" Para jemaah menjawab, "Ya".

Beliau bertanya demikian supaya dapat melakukan adaptasi bagi menyesuaikan dirinya dengan kebiasaan komuniti yang akan dihadapinya. Hal ini perlu dilakukan kerana beliau akan solat di Masjid yang majoriti ahli jemaah dari kalangan NU.

Akhirnya, Buya Hamka muncul sebagai khatib dengan penampilan yang sesuai dengan kebiasaan di Masjid Jamek tersebut. Masyarakat terpukau mendengar khutbah Buya Hamka.

Begitu juga setiap kali hendak mengimami solat subuh. Beliau akan bertanya terlebih dahulu kepada para jemaah, sama ada mereka memilih untuk berqunut atau tidak. Apabila majoriti para jemaah memilih untuk berqunut, maka tokoh Muhammadiyah ini akan mengimami solat subuh tersebut dengan qunut.

Buya Hamka memang tergolong dalam tokoh pimpinan Muhammadiyah yang terkenal sebagai anti qunut.

Walaubagaimanapun hubungan baiknya dengan Kiai Abdullah Syafi'i menyebabkan dia memilih untuk berqunut sebagai menghormati pendapat tokoh ulama itu yang menyatakan bahawa hukum qunut subuh adalah sunat muakkad.

Bagaimana pula ketegasan beliau dalam bab akidah yang telah disepakati?

ANZARUDDIN: Walaupun Buya Hamka terkenal sebagai seorang ilmuwan yang penyabar dan memiliki peribadi yang lembut, beliau adalah seorang ulama yang gigih dan bersikap tegas dalam mempertahankan kebenaran. Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan akidah.

Sebagai contoh, Buya Hamka mengkritik keras Gabenor H. Ali Sadikin (Pemerintah Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta di sekitar tahun 1970-an) yang mencadangkan agar jenazah warga kota Jakarta dibakar sahaja disebabkan oleh kawasan perkuburan awam yang semakin terbatas.

Hamka lantang menegaskan bahawa Islam tidak pernah membenarkan jenazah umat Islam diperlakukan dengan cara yang demikian.

Beliau menegur Gabenor Ali walaupun antara beliau dan gabenor itu sudah terjalin hubungan yang erat sejak sekian lama.

Buktinya, Buya Hamka sendiri yang telah membimbing Gabenor itu secara khusus ketika menunaikan haji.

Hamka juga mengkritik hebat cadangan mengadakan perayaan Krismas dan Aidilfitri bersama, kerana pernah secara kebetulan kedua-dua perayaan itu jatuh pada tarikh yang berdekatan antara satu sama lain.

Dalam salah satu tulisannya yang berjudul Toleransi, Sekularisme, atau Sinkretisme, Hamka menyebut bahawa tradisi kongsi raya (merayakan hari-hari perayaan agama yang berbeza secara bersama) sebenarnya tidak dapat menyuburkan toleransi beragama.

Sebaliknya, menurut beliau, apa yang akan disuburkan ialah sifat hipokrit (kemunafikan).

Pendirian tegas Buya Hamka mengenai krismas dan aidilfitri itu seterusnya menjadi fatwa MUI yang diketuai oleh beliau.

Menurutnya, hukum merayakan krismas dan aidilfitri secara bersama adalah haram. Kerajaan Indonesia melalui Menteri Agama, Alamsyah Ratuprawiranegara meminta MUI menarik-balik fatwa tentang haramnya umat Islam terlibat dalam sambutan kongsi raya (merayakan krismas bersama-sama dengan para penganut Kristian).

Pada bulan Mei 1981, Hamka memilih meletakkan jawatan sebagai Ketua MUI kerana merasakan nasihatnya tidak lagi dipedulikan oleh kerajaan Indonesia.

Pendirian Hamka yang tegas dalam mempertahan-kan akidah sangat jauh berbeza dengan para pendokong faham pluralisme agama.

Beliau tidak ragu-ragu melepaskan kedudukannya demi sesuatu yang diyakininya benar. Tiga bulan kemudian, iaitu pada 24 Julai 1981, Hamka pulang ke rahmatullah.

Apakah kesan kepada masyarakat awam Islam akibat seriusnya fanatik mazhab ini?

ANZARUDDIN: Salah satu perkembangan yang menyedihkan dalam masyarakat Islam nusantara dewasa ini ialah makin kuatnya kecenderungan meninggalkan akhlak ketika menghadapi perbezaan dalam persoalan fiqh.

Seriusnya sikap fanatik mazhab ini sampai ke peringkat di mana seseorang itu sanggup menuduh sesat kepada sesiapa sahaja yang melakukan amalan yang berbeza dengannya.

Sifat taksub di kalangan pengikut mazhab cukup membimbangkan kerana mereka nampaknya lebih mengutamakan qaul mazhab daripada nas-nas yang sahih. Apa yang sepatutnya menjadi pegangan adalah al-Quran dan al-sunnah.

Gamatnya pertelagahan di kalangan para pendokong mazhab yang berbeza menyebabkan umat Islam mengabaikan tanggungjawab menyelesaikan pelbagai masalah lain yang melanda diri mereka.

Sayangnya kerana banyak tenaga umat Islam telah dihabiskan untuk berpolemik dan bercakaran sesama sendiri. Andainya umat Islam tidak dilalaikan dengan isu perbezaan fiqh, tentunya mereka lebih dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar termasuk pencerobohan Yahudi di bumi Palestin, sikap diskriminasi golongan Kristian di Amerika, pembunuhan umat Islam di Afghanistan dan sebagainya.

Lalu, apakah jalan keluar bagi konflik fanatik mazhab ini?

ANZARUDDIN: Jalan keluar dari belitan konflik fanatik mazhab yang melanda kini sebenarnya dirumus dalam ungkapan keramat al-'Allamah al-Sayyid Muhammad Rasyid Redha: "Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berlapang dadalah dalam hal-hal yang diperselisihkan".

Pendekatan dakwah yang dibawa oleh al-Sayyid Rasyid Redha inilah sebenarnya yang telah diadaptasi oleh Buya Hamka dalam konteks alam Melayu.

Buya Hamka telah menyerap semangat dan pemikiran al-Sayyid Rasyid Redha dan pendahulunya iaitu al-Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan al-Sheikh Muhammad Abduh yang banyak membicarakan tentang cara-cara mengatasi kelemahan dan kemunduran umat Islam

Memang sukar mencari para pendakwah yang memiliki kefahaman fiqh yang mendalam dan akhlak yang terpuji di zaman moden ini. Namun kedua-dua aspek yang dimiliki oleh Buya Hamka itu berjaya menjadikan dakwahnya lebih dapat diterima oleh masyarakat Indonesia di zamannya.

Dalam situasi sekarang yang agak gawat dengan perbalahan umat dan gersang dari nilai-nilai akhlak, tokoh berjiwa besar dan berakhlak tinggi seperti beliau memang amat diperlukan terutamanya di nusantara.

Buya Hamka bukan hanya pandai berkata-kata, malah berjaya memberikan contoh ketegasan sikap dan keindahan perilaku.

Justeru menjadi tanggungjawab kita menghidupkan kembali dan menyebarluaskan pendekatan dakwah Buya Hamka. Sikap dan pendekatannya yang mesra menyebabkan beliau sentiasa berada di tengah-tengah antara dua titik ekstrem.

Walaupun ada pihak yang menganggapnya sebagai lemah, tetapi sebenarnya itulah strategi beliau sehingga boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai situasi.

Alangkah indah dan hebatnya apabila Islam ditampilkan dengan penuh kasih sayang dan kedamaian. Sesiapapun yang mengaku beriman sepatutnya mendahulukan akhlak seperti bertoleransi dan saling hormat menghormati dalam beragama.

Mungkin boleh kita simpulkan bahawa lebih baik bagi seseorang Muslim itu berakhlak mulia meskipun kurang banyak ibadahnya, daripada banyak ibadahnya tetapi kasar dan buruk akhlaknya.

Jadi, apakah tindakan yang perlu diambil untuk menjernihkan kembali 'krisis' fanatik mazhab yang berlaku?

ANZARUDDIN: Dalam usaha mengembalikan sinar kegemilangan fiqh Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Buya Hamka berjaya mengembalikan budaya tasamuh (toleransi) dalam kalangan umat Islam.

Sikap tasamuh merupakan resipi penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi sahabat serta tabien dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.

Ia termasuk sikap berlapang dada dalam menerima pandangan yang berbeza, hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain serta tidak fanatik kepada pandangan sendiri.

Dalam kata lain, mengembalikan semula pendekatan dakwah Hamka iaitu mendahulukan persoalan akhlak berbanding fiqh, memang sangat diperlukan bagi meredakan pelbagai konflik dalaman yang sedang membelenggu umat Islam dewasa ini.

Sebenarnya pendekatan yang digunapakai oleh Buya Hamka adalah manifestasi akhlak dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi.

Sebab itulah jika kita menelusuri sejarah, kita akan dapati bahawasanya para imam mazhab juga turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan namun mereka tidak pernah cuba memonopoli kebenaran.

Dengan kata lain, walaupun mereka berbeza pendapat dalam banyak perkara cabang, mereka tidak pernah berpecah-belah. Hati mereka tetap bersatu di bawah payung ukhuwah. Maknanya, mereka berbeza tetapi tetap saling menghormati dan bertoleransi.

USAHA MENDEKATKAN AGAMA LAIN DENGAN ISLAM-UBAH RUKUN NEGARA!

Tuan Guru haji Abdul hadi mencadangkan agar Rukun negara diubah..Percaya kepada Tuhan-Percaya kepada Allah. Cara ini mampu mendekatkan mereka kepada erti sebenar Allah dan Islam..RENUNGKAN!

Monday, March 22, 2010

UMAT ISLAM MALAYSIA DALAM BAHAYA!!!

KALAU BENARLAH APA YANG DIKATA SAIFUDIN INI, MAKA UMAT ISLAM MALAYSIA MEMANG BERADA DALAM BAHAYA! KALAU PEMIMPIN KENCING BERDIRI, MAKA TIDAK HAIRAN JIKALAU RAKYAT KENCING BERLARI..YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA!

Tuesday, March 16, 2010

MEETING OPINION LEADERS DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Tahun lepas, saya menulis sebuah rencana berkaitan dengan cukai menurut Islam. Rencana itu adalah suatu bentuk sokongan moral yang saya berikan kepada isteri tersayang "Arham Diyana" yang bekerja sebagai pegawai undang-undang LHDN cawangan Klang. Isteri saya memang seorang yang cerdik, sepanjang perkahwinan kami yang sudah berusia 11 tahun, beliau banyak mengajar saya perkara-perkara yang saya tidak ketahui. Cara berifkir seorang lawyer yang teliti juga agak menarik untuk dijadikan panduan. Lalu saya terjemahkan rasa cinta dan terima kasih dalam bentuk penulisan rencana itu.

Nak dijadikan cerita, pada bulan lepas (Februari 2010), pihak LHDN Malaysia telah menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk menjemput saya tampil secara terbuka di TV dalam forum kesedaran cukai. Pemilihan itu berdasarkan rencana yang saya tulis itu. Saya menghormati bidang ilmu yang mempunyai kepakaran yang berbeza..lalu saya menolak permintaan itu di atas alasan..isu berkaitan cukai bukanlah bidang kepakaran saya. Saya cuba menghayati firman Allah ini: maka bertanyalah kamu kepada ahlinya (ahli dhikr)" jika kamu tidak mengetahui (al-Anbita'[21:7]).

Sekiranya pelawaan tersebut menyentuh berkaitan Tajwid, Tahfiz atau Tafsir al-Quran, saya sedia ke hadapan kerana saya tahu kemampuan serta penguasaan saya dalam bidang tersebut.

Saya cadangkan agar pihak LHDN menjemput pakar daripada bidang FIQH yang ramai di Universiti di Malaysia. Walau bagaimanapun, diri saya dan idea saya di dalam rencana itu tetap menjadi pilihan mereka. Saya terpaksa menerima dengan berat hati dan menganggap ianya sebagai suatu cabaran untuk tambah mematangkan lagi ilmu pengetahuan saya menjangkau bidang lain. Tambahan pula, saya mempunyai ramai juga kawan daripada bidang FIQH yang boleh dirujuk untuk mengukuhkan lagi hujah serta fakta.

Pada hari Isnin 15 Mac 2010, pertemuan pertama diatur di tingkat 16 Bolk 9 bangunan LHDN Jalan Duta untuk membincangkan set-up program tersebut. Tanpa menduga, rupanya jemputan bersama-sama saya, adalah Dato Yusof Haslam & Dato Malek Noor. Pihak LHDN bercadang mengadakan 2 sessi forum untuk kesedaran cukai iaitu untuk orang awam dan golongan artis erta ahli sukan. Selanjutnya perjumpaan itu diakhiri dengan makan tengahari denganbketua Pengarah LHDN Malaysia Dato Hasmah..Doakan saya agar penampilan di TV kelak tidak menjadi fitnah pada kemudian hari.!



Thursday, March 11, 2010

AN INTERVIEW WITH MOHAMMED BY EHSAN JAMI

RUPANYA ADA YANG TAK SETUJU DENGAN POSTING SAYA TENTANG KONTROVERSI UMUR AISHAH..BIASALAH TAK KAN NAK PAKSA SEMUA ORANG SETUJU DENGAN KITA..KITA KENA HORMATI PANDANGAN DAN PILIHAN ORANG..KALAU SAYA BOLEH SETUJU DAN HORMAT DENGAN PANDANGAN ORANG..RASANYA ADIL JUGA KALAU ANDA MENGHORMATI PANDANGAN DAN PRINSIP SAYA..

ANDA BOLEH BAGI AMARAN KEPADA ORANG JANGAN MASUK BLOG SAYA..TAPI SEDARKAH ANDA BAHAWA ANDA SEOLAH-OLAH TELAH MENGHALANG ORANG DARIPADA MENUNTUT ILMU, KALAU APA YANG SAYA SAMPAIKAN DALAM BLOG NI TIADA SANDARAN,TOLAKLAH. TAPI KALAU APA YANG SAYA SAMPAIKAN ADA SANDARAN DARI AL-QURAN DAN HADITH & AQWAL ULAMA' BERANIKAH ANDA MENGHALANG ORANG DARIPADA MEMAHAMI KETIGA-TIGA SUMBER ITU..ATAU ANDA MUNGKIN DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENGHALANG DARI JALAN ALLAH YANG SERING DISEBUT AL-QURAN SEBAGAI AL-SADD 'AN SABILILLAH (al-Baqarah[2:217],al-Anfal[8.34], al-A’raf[7.85-86]).FIKIRKANLAH!

TIDAK DINAFIKAN, ANTARA CONTOH KELEMAHAN BERFIKIR SESETENGAH MUSLIM ADALAH TAKUT UNTUK BELAJAR SESUATU YANG BARU. NIAT ALLAMAH MUHAMMAD HABIBUR RAHMAN AL-KANDAHLAWI TU MURNI SEKALI KERANA HENDAK MEMBERSIHKAN NAMA NABI. KITA SEPATUTNYA BACA DAN HARGAI KAJIANNYA, BUKAN HALANG TERUS KERANA BERTENTANGAN DENGAN PERIWAYATAN..PERLU DIJELASKAN DI SINI, PERIWAYATAN PUN BANYAK SEKALI MARTABATNYA..ITULAH SEBABNYA ULAMA KITA MEMBANGUNKAN ILMU HADITH DENGAN TUJUAN UNTUK MENAPIS SEGALA PERIWAYATAN ITU.

CUBA ANDA SEMUA LIHAT DAN DENGAR KENAPA PERLUNYA KITA MENILAI KEMBALI ISU INI KERANA NABI KESAYANGAN KITA SUDAH SEKIAN LAMA DIPERLEKEH DAN DIPERSENDAKAN OLEH BUKAN ISLAM KERANA ISU YANG MASIH SAMAR INI..LIHAT RENCANA SAYA DI BAWAH INI:

KAHWIN KANAK-KANAK MENCEMAR NABI NABI SAW

Belum pun reda daripada kontroversi penderaan kanak-kanak sehingga mati, masyarakat Islam di Malaysia digemparkan pula dengan perkahwinan luar biasa di Kelantan di antara lelaki dewasa berusia empat puluhan dengan kanak-kanak perempuan di bawah 12 tahun. Isu ini mengundang kemarahan semua pihak kerana kanak-kanak perempuan semuda itu sepatutnya berada di bangku sekolah menuntut ilmu demi untuk kecemerlangan masa depannya. Tambahan pula usia semuda itu sama sekali tidak sesuai untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri apatah lagi melayan kerenah suami yang lebih layak mereka gelar sebagai ayah.

Apabila peristiwa ini berlaku, mungkin ada yang cuba membenarkannya dengan mencari hujah serta dalil daripada sumber agama Islam. Kebiasaannya umat Islam akan mengatakan, baginda Rasulullah SAW sendiri pun berkahwin dengan Aishah RA ketika beliau berusia 6 tahun dan bersama ketika berusia 9 tahun. Keghairahan untuk mengikut sunnah nabi sebegini mungkin menjadi faktor pendorong kepada lelaki tersebut untuk menjadikan gadis belasan tahun sebagai isterinya. Walaupun di dalam aspek lain mereka belum tentu benar-benar mengikuti keseluruhan sunnah nabi seperti menjaga agama, menjaga akhlak dan sebagainya.

Mereka mungkin juga terlupa tentang satu sunnah nabi yang penting di dalam aspek perkahwinan iaitu mengelakkan fitnah di sebalik perkahwinan. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW mengarahkan sahabatnya Abdul Rahman bin ‘Awf yang baru berkahwin agar mengadakan kenduri ringkas dengan menyembelih seekor kambing untuk menjadi satu maklumam kepada masyarakat tentang perkahwnannya yang sah (Sahih al-Bukhari). Makluman ini bertujuan untuk mengelakkan fitnah yang bakal timbul di sebalik perkahwinan itu.

Merujuk kepada isu umur Aishah ketika berkahwin dengan nabi, sudah sampai masanya umat Islam sedunia mencari pemurnian yang sepatutnya terhadap fakta ini. Kebiasaannya para ilmuwan Islam akan bermati-matian cuba untuk menjustifikasikan perkahwinan baginda SAW itu dengan berbagai-bagai rasional dan logik. Namun begitu, golongan bukan Islam dan orang awam Islam masih teragak-agak untuk menerima fakta atau logik tersebut yang ternyata tidak besesuaian sama sekali dengan reality zaman moden. Contohnya seorang ahli poltiik Belanda yang berasal dari Iran “ Ehsan Jami ” merangkap pengerusi persatuan bekas muslim Belanda telah menghina Rasulullah dengan menerbitkan filemnya bertajuk “An Interview With Mohammed”. Dalam filem ringkas ini, beliau telah menjadikan perkahiwnan baginda SAW dengan kanak-kanak emuda Aishah itu sebagai bahan momokan dan ejekan.



Oleh itu, umat Islam perlu lebih terbuka dan berani untuk menilai semula fakta tersebut bagi membersihkan nama nabi SAW daripada gelaran pedophilia. Perlu dijelaskan bahawa kajian yang dibuat tentang fakta tersebut sama sekali tidak akan menjatuhkan atau menghina periwayatan silam yang meriwayatkan fakta tersebut selagi mana ianya disokong dengan hujah dan fakta daripada sumber Islam yang sohih.

Seorang ulama India tersohor Allamah Mohammad Habibur Rahman Kandahalwi telah menjalankan kajian terperinci tentang isu ini. Kajian beliau itu kemudiannya dibukukan dengan tajuk Umer-e-Aishah” (Umur ‘Aishah)/ Age of Aisha. Kesimpulan akhirnya, beliau berpendapat fakta 6 dan 9 pada umur perkahwinan Aishah dengan nabi adalah kurang tepat. Angka itu berkemungkinan berasal daripada pihak musuh Islam yang cuba sedaya mungkin untuk mencemar nama nabi. Beliau sebaliknya berpendapat usia Aishah ketika berkahwin dengan nabi ialah belasan tahun di antara 16 ke 19 tahun. Hujahnya itu disokong oleh fakta daripada hadith Sahih dan sejarah. Lebih menarik lagi, kajian beliau itu dapat dicari ddalam laman internet secara meluas.

Lontaran pemikiran sebegini bukan bermaksud untuk meruntuhkan bangunan Islam yang sudah sedia kukuh, cuma memberikan fakta alternative lain yang sememangnya disandarkan kepada hujah dan fakta. Kajian Allamah Mohammad Habibur Rahman Kandahalwi tidak seharusnya dicela kerana beliau berniat suci ingin membersihkan nama nabi daripada celaan musuh Islam. Kalau perlu hasil kajian tersebut diwartakan di seluruh dunia Islam agar nama nabi Muihammad SAW mengharum seharum jasa yang ditinggalkan baginda. Kalau kita berpegang dengan angka 16-19 sekalipun, keunggulan Rasulullah SAW tidak akan terjejas bahkan lebih mudah untuk didekatkan kepada golongan bukan Islam yang galak mengatakan nabi seorang pedophilia.

Tuesday, March 9, 2010

KAHWIN KANAK-KANAK MENCEMAR NAMA NABI?

Hari ini Malaysia digemparkan lagi dengan berita tentang perkahwinanan kontroversi di Kelantan yang melibatkan lelaki berusia 40an dengan kanak-kanak berusia 10-11 tahun. Sebagai ayah, saya pastinya akan menentang perkahwinan ini, usahkan untuk mengahwinkan kanak-kanak, anak gadis kita yang masih di sekolah menengah pun belum tentu kita lepaskan walaupun secara fisiologinya mereka sudah layak untuk berkahwin.

Berbagai kemungkinan yang diandaikan oleh orang ramai tentang sebab terjadinya perkahwinan ini. Ada yang kata si lelaki itu memang gila seks dengan kanak-kanak. Tidak kurang juga akan menyandarkan tindakan itu dengan kisah perkahwinan nabi SAW dengan Aishah. Mengikut riwayat yang masyhur, nabi berkahwin dengan Aishah ketika Aishah berusia 9 tahun. Fakta ini dipegang dan cuba dipertahankan oleh hampir seluruh umat Islam. Dalam usaha untuk mempertahankan nabi, umat Islam akan cuba memberikan berbagai-bagai alasan dan logik, namun begitu jika diteliti pada pemikiran bukan Islam, mereka tetap mengatakan nabi Muhammad SAW seorang yang telah menindas kanak-kanak.

Oleh itu, saya berpendapat, pendekatan mempertahankan umur 9 tahun itu sudah lagi tidak releven dengan zaman moden yang mencabar. Bahkan kadang-kadang sesuatu yang masyhur dan popular tidak semestinya betul, tepat dan logik. Oleh itu, pada posting kali ini saya ingin bawakan kepada para pembaca sekelian hujah lain yang mengatakan umur Aishah ketika berkahwin dengan nabi sebenarnya belasan tahun (17-19) & BUKAN 9 TAHUN seperti yang biasa disebut orang.

Kalau anda tidak bersetuju dengan posting ini, terpulang kepada anda kerana ini hanya telahan ahli sejarah yang cuba hendak membersihkan nama nabi..kalau anda tidak bersetuju..tak mengapa..Malaysia negara Demokrasi!

Renungkan, rencana di bawah ini...

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar

Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang

Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah
Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur

Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan
Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W


rujuk sendiri di http://www.darulkautsar.net

Tuesday, March 2, 2010

MALU BILA ORANG KELATE JENIS TEBAL MUKA TAK TAHU HORMAT ORANG


Memang menyedihkan sekali apabila membaca laporan bagaimana Tok Guruku selaku ketua negeri Kelantan dihalang dan dimalukan oleh orang yang tidak seberapa pandainya.

Tindakan merampas tugasan Tok Guru selaku ketua negeri melepaskan perlumbaan Le Tour De Langkawi di Kota Bharu semalam jelas menunjukkan bagaimana orang politik ni memang gila nak berpolitik dan mencari populariti tak bertempat...Umpamanya jiran rumah sebelah beriya-iya menghalang Tuan rumah mempelawakan tetamu yang datang ke rumah tuan rumah. Itu pastinya tindakan orang yang tidak berakhlak dan gila publisiti murah.

Oleh kerana peristiwa ini, memang saya mempunyai sebab yang kukuh untuk semakin membenci ahli politik Malaysia (yang bodoh sahaja), anda bagaimana?

Monday, March 1, 2010

FORUM MAWLID AL-RASUL BANDAR BARU SELAYANG FASA 2B



FORUM NI DI ADAKAN PADA MALAM 28 FEBRUARI 2010. AHLI PANEL TERDIRI DARIPADA SAYA SENDIRI, USTAZ AKIL HAYY & USTAZ MOKHTARUDDIN (PELAKON ERA 80AN). TAJUKNYA: MENGERAT UKHUWWAH & MEMANTAP UMMAH.

FORUM NI SEDIKIT BERMASALAH KERANA MULA TERLALU LEWAT PADA JAM 10:30 MALAM, RAMAI HADIRIN MERUNGUT DENGAN KELEWATAN INI. PANELIS JUGA TIDAK MEMATUHI SYARAT LIMITASI MASA YANG DITETAPKAN OLEH PENGERUSI SEHINGGA MASA YANG DIPERUNTUKKAN KIRA-KIRA 5-8 MINIT DICURI SEHINGGA 20-30 MINIT.



PENGISIAN PULA, KETIGA-TIGA PANELIS MEMBAWA LATAR BELAKANG YANG BERBEZA, SAYA DARIPADA UNIVERSITI MENGULAS BEBERAPA ISU SEPERTI POLEMIK TARIKH LAHIR NABI, SEBUTAN & GELARAN NAMA NABI DALAM KITAB AGAMA LAIN & PERLUASAN SKOP MENGAMALKAN SUNNAH NABI.



USTAZ AKHIL HAYY BANYAK MENYENTUH TENTANG CARA NAK MENDEKATI KAUM MUDA YANG SEMAKIN TIDAK BERMINAT DENGAN SAMBUTAN TRADISIONAL MAWLIDUR RASUL YANG DIPELOPORI OLEH PARA OTAI MARHABAN SAHAJA.

USTAZ MOKHTARUDDIN PULA BANYAK MENEKANKAN ISU MENJAGA SOLAT DAN MASALAH SOSIAL YANG MENIMPA MASYARAKAT.



PADA SETIAP PUSINGAN, JELAS KETARA SAYA AGAK TENGGELAM BERBANDING 2 PANELIS LAIN. MUNGKIN KERANA SAYA TERLALU AKADEMIK DENGAN FAKTA-FAKTA ALA-UNIVERSITI DAN SAYA MEMANG TIDAK PANDAI MENYANYI DAN BERJENAKA SEPERTI 2 PANELIS LAIN.




FORUM BERAKHIR PADA JAM 12:20 MALAM DENGAN ALUNAN SELAWAT PIMPINAN USTAZ AKHIL HAYY. SAYA BERGEGAS BALIK KERANA SUDAH BENAR-BENAR TERLEWAT UNTUK DIALISIS TERAKHIR SEBELUM TIDUR...KALAU ADA LAGI JEMPUTAN FORUM SELEPAS INI,SAYA MESTI MENGENALPASTI BEBERAPA PERKARA...ANTARANYA SIAPA LAWAN PANELIS, APA TAJUK DAN SEJAUH MANA PROFESIONALISME PENGANJURAN, KALAU TIDAK MASA SAYA YANG SEMAHAL EMAS AKAN TERBUANG DENGAN CELOTEH BIASA YANG KURANG BERMUTU!

GAMBAR IHSAN DARIPADA http://www.emwaikei.net/

Tuesday, February 23, 2010

RASULULLAH SAW SEBAGAI AVATAR TERAKHIR (KALKI AVATAR)


Filem terbaru pengarah terkenal James Cameroon, The Avatar telah berjaya mencatat kutipan yang tertinggi dalam sejarah perfileman Hollywood. Kejayaan filem ini didorong oleh penggunaan grafik komputer yang canggih, jalan penceritaan yang menarik dan kecenderungan fitrah manusia untuk menunggu kedatangan hero penyelamat (Avatar) yang bakal menyelamatkan sesebuah umat daripada penindasan kuasa jahat. 



Sedar atau tidak nabi, Muhammad SAW yang dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ al-Awwal, Tahun Gajah, bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 Masihi (al-Rahiq al-Makhtum, hal. 71) memang melengkapi ciri-ciri Avatar yang sebenar. Oleh itu umat Islam seharusnya menjadikan demam filem tersebut sebagai batu lonjakan untuk lebih mengenali Avatar yang telah diutus Allah kepada mereka.


Kaliki Avatar adalah istilah dalam bahasa Sanskrit yang menjadi ramalan agama Hindu. Kalki bermaksud terakhir manakala Avatar bermaksud penyelamat umat manusia yang bakal muncul. Gandingan Kalki Avatar merujuk kepada kemunculan penyelamat terakhir yang bakal muncul di akhir zaman untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan dan kejahatan (kali). Setiap Avatar biasanya akan dikurniai kuasa ajaib bagi membantu perjuangannya menegakkan keadilan. Menurut tradisi Islam kuasa ajaib ini adalah Mukjizat.

Menurut agama Hindu, sudah ramai Avatar yang muncul dan memainkan peranan mereka di dalam menyelamatkan manusia, namun begitu kedatangan Avatar terakhir masih ditunggu-tunggu kemunculannya. Sesetengah pengkaji Hindu telah menamakan beberapa tokoh agama Hindu yang dianggap menepati ciri-ciri Kalki Avatar. Namun begitu, Dr. Ved Prakash Upaddhay seorang pengkaji sejarah dari Universiti Prayag, India di dalam bukunya “Muhammad In The Hindu Scriptures” telah menamakan nabi Muhammad SAW sebagai Avatar terakhir yang ditunggu-tunggu. Walaupun penilaian beliau ini masih berada pada tahap hipotesis, ia disokong kuat oleh gabungan fakta daripada kitab agama Hindu dan Islam.

Selain beliau, beberapa pengkaji lain juga berkecenderungan untuk menamakan nabi Muhammad SAW sebagai Avatar terakhir. Antaranya ialah Reverend David Benjamin Keldari BD di dalam bukunya “Muhammad in the Bible”, AH Vidhyarthi di dalam bukunya “Muhammad in World Scriptures’, Ahmad Deedat di dalam bukunya “What the Bible says about Muhammad (PBUH)”, Begum Aisha Bawani di dalam bukunya “Islam — The Religion of All Prophets”, Prof. KS Ramakrishana Rao di dalam buku “Muhammad the Prophet of Islam” dan sebagainya.

Apa yang menarik, istilah Avatar terakhir ini sebenarnya agak universal dan merangkumi kebanyakan agama utama dunia. Kebanyakan agama bersatu pada konsep kemunculan penyelamat yang bakal muncul di akhir zaman. Cuma yang membezakan ialah penggunaan istilah yang berlatar belakangkan faktor bahasa dan budaya.

Kita akan dapati bagaimana istilah Kalki Avatar dan Narashangsha yang disebut di dalam kitab Hindu atau istilah Paraclete yang disebut di dalam kitab Injil semuanya mempunyai persamaan makna perkataan Muhammad di dalam bahasa Arab yang bermaksud YANG TERPUJI. Ciri-ciri Avatar terakhir itu juga menepati sifat nabi Muhammad sebagaimana yang direkodkan oleh sumber hadith nabi & sirah baginda SAW.

Rencana ini tidak bermaksud untuk menyatukan Islam dengan agama lain di bawah payung pluralism agama sebagaimana yang didokong oleh Jaringan Islam Liberal di Indonesia, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai bukti kebenaran Islam dan nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir yang telah diramal oleh semua agama. Sepatutnya konsep yang sudah sedia diyakini oleh agama mereka ini menjadi sebab untuk menyatukan mereka di bawah payung Islam.

Dalam pembuktian rasa cinta kepada nabi Muhammad, umat Islam tidak seharusnya hanya bersikap nostalgis dengan ramalan kitab agama lain. Bukan gelaran, ramalan dan nama nabi Muhammad SAW sahaja yang perlu dikagumi, tetapi usaha berterusan untuk menghayati sunnah dan ajaran baginda.

Premis yang sama juga perlu diletakkan pada setiap sambutan Mawlid al-Rasul SAW. Bukan hanya perarakan, pakaian seragam kumpulan yang berarak, alunan lagu berzanji dan marhaban yang menjadi ukuran kepada rasa cinta dan syukur kita terhadap kelahiran baginda Rasulullah SAW, tetapi sejauh mana kita memahami dan mengamalkan ayat ini:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (31) قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (32)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir
(Ali ‘Imran[3:31-32]).

Juga firman Allah:


وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya (Al-Hasyr [59:7]).

Sambutan Mawlid al-Rasul boleh membantu menambahkan lagi rasa cinta kepada baginda SAW. Oleh kerana manusia sering terlupa, ia tidak harus terhenti pada sambutan sehari sahaja, tetapi perlu berterusan sepanjang hayat agar kita benar-benar layak bergelar umat nabi Muhammad SAW.

Monday, February 22, 2010

Wujudkah cahaya bagi UMNO merampas Kelantan?


Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my

Adakah nasib malang UMNO Kelantan akan berakhir? Sebenarnya secara teori dan praktikal mereka sudah boleh menawan kembali negeri itu daripada Pas tetapi kerana masalah yang dicetuskan sendiri, akhirnya semua ternganga dan menggigit jari.

Budaya cah keting dan perasaan tidak ingin menang pilihan raya di kalangan pemimpin UMNO menjadi antara bahan jenaka penduduk negeri itu ketika waktu santai.

"Pas bukannya kuat sangat tetapi masalahnya UMNO sendiri yang 'tok sea' (tidak mahu) menang, jika menang projek akan masuk melalui Menteri Besar tetapi jika kalah projek dapat kepada Ketua Bahagian."

Pas Kelantan yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga kini telah berkuasa selama 20 tahun dan akan menjadi 22 tahun sekiranya ditakdirkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jatuh pada 2012.

Usia pemerintahan itu sama dengan penguasaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun, bermula 1978 sebelum rakyat Kelantan menukar 'menu hidangan politik' mereka kepada Pas pada 1990.

Oleh itu, secara teorinya, pemerintahan kedua-dua parti akan mengalami masalah tepu selepas 22 tahun dan ditambah dengan teori jam pendulum yang cukup popular di kalangan pemimpin pembangkang sebelum PRU 12 lalu, kini tiba masanya pula ladung jam Pas yang akan menghayun turun!

Mengenai peluang menawan Kelantan, mahu atau tidak, golongan pengundi muda merupakan penentu kejayaan kepada mana-mana parti yang bertanding.

Justeru, penekanan perlu diberikan terhadap mereka dengan pada masa sama tidak boleh melupakan terus pengundi berusia yang tegar parti dan 'atas pagar' yang akan memilih parti berdasarkan kepada kecenderungan politik semasa.

Mengikut sifir mudah, UMNO dilihat telah mendahului Pas dalam usaha menarik pengundi muda, walaupun Pas menafikannya tetapi sejarah tidak pernah berbohong.

Buktinya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Julai tahun lalu, ia walaupun kekal di bawah Pas tetapi majoritinya telah merosot sebanyak 1,287 undi, wakil rakyatnya menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja.

Pada peringkat awalnya, Pas berkeyakinan pengundi muda yang bekerja di luar akan balik mengundi mereka, tetapi keadaan sebaliknya iaitu hasil kecekapan jentera BN menyelinap masuk sanubari golongan muda menyebabkan perubahan drastik berlaku pada saat-saat akhir.

Menyedari kaedah yang digunakan amat berkesan, UMNO telah memantapkan lagi strategi mereka dan perkara ini tidak boleh dinafikan oleh Pas - ingatan supaya jangan hanya sibuk berceramah siang-malam sahaja.

Mengulas mengenai strategi menawan Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin pihaknya akan berupaya membuktikan sesuatu, seterusnya mengubah landskap politik negara pada PRU ke-13 nanti.

Beliau yang memperkenalkan moto baru UMNO Kelantan, 'Bersaing (berkawan) dan Berkhidmat' secara umumnya menggariskan dua perkara utama yang menguatkan keyakinan itu.

l Rakyat semakin kecewa dengan kegagalan Pas, rasuah dan kronisme serta nepotisme begitu menular, seperti ia bukannya kesalahan bagi mereka tetapi sebalik 'dosa besar' bagi UMNO.

l Rakyat juga amat dahagakan perubahan apabila Pas Kelantan memasuki fasa keletihan yang terlalu berbangga dengan pencapaian hingga alpa tugas sebenar.

Sebenarnya, terlalu banyak isu setempat yang gagal ditangani sebaik mungkin oleh Pas Kelantan, antaranya bermula daripada masalah keperluan perumahan bagi golongan pendapatan rendah yang semakin meruncing di Kota Bharu.

Mereka bukannya langsung tidak membina penempatan baru tetapi majoriti daripadanya tidak mampu dibeli kerana kondominium mewah yang dibina itu hanya layak untuk golongan berpendapatan lumayan.

Difahamkan kebanyakan tanah milik Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah dijual kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek kondominium dan pusat perniagaan

Di Kota Bharu pada masa ini mempunyai tiga buah projek perumahan rakyat iaitu rumah pangsa Kampung Sireh, Buluh Kubu dan Kampung Limau Manis, masalahnya ia tidak dibina oleh Pas sebaliknya telah diwujudkan pada era pemerintahan BN.

Tidak cukup dengan itu, berdasarkan kepada fakta Kementerian Kewangan Kelantan merupakan negeri terendah daripada segi kutipan cukai kastam di negara ini iaitu hanya RM34 juta sahaja pada tahun lalu.

Dua tahun sebelum itu juga iaitu 2007 dan 2006, negeri ini hanya mengutip RM29 juta dan RM26 juta, berbanding dengan Perlis yang keluasannya hampir menyamai Pasir Mas, negeri paling kecil itu pada tahun lalu telah berjaya mengutip cukai kastam sebanyak RM107 juta.

Kutipan amat daif itu menggambarkan prestasi ekonomi Kelantan amat serius (hanya diambil contoh cukai kastam), tanggapan bahawa kewujudan pasar raya besar Tesco dan pusat membeli-belah Parkson sebagai penentu aras kemajuan ekonomi negeri, langsung tidak boleh diterima.

Dalam pada itu, UMNO Kelantan diingatkan supaya tidak terlalu cepat mendabik dada merasakan kemenangan sudah berada dalam genggaman apabila diberikan sebahagian daripada contoh kelemahan pentadbiran Pas Kelantan itu.

Ini kerana Pas sebagai sebuah organisasi politik yang boleh dianggap sebagai berpengalaman dan hampir seusia dengan UMNO sudah pasti akan mengorak langkah melakukan sesuatu yang konkrit termasuk 'janji-janji baru' menjelangnya PRU ke-13 nanti.

UMNO Kelantan dalam merencana dan melaksanakan strategi besar mereka amat penting untuk tidak melupakan keperluan yang mungkin dianggap remeh iaitu memperkasakan saluran media sama ada media tradisional dan baru.

Bersesuaian dengan moto baru iaitu 'Bersaing dan Berbakti' media kini wajar dijadikan sebagai rakan kongsi dan bukannya dianggap sebagai jentera semata-mata.

Pada PRU lalu, UMNO dilihat telah sedikit gagal memaksimumkan peluang yang terhidang luas berbanding Pas yang cekap merebut peluang memanipulasikan kemudahan sedia ada.

Pas mempunyai pusat medianya yang lengkap dengan segala yang diingini oleh petugas media, selain setiap hari mengadakan sidang akhbar khas yang akan dihadiri oleh tokoh-tokoh berwibawa untuk menjawab segala persoalan.

Sekali lagi, Pas tidak boleh bertepuk tangan dengan sedikit kelemahan UMNO itu kerana mereka sendiri masih mempunyai tugas berat melengkapkan ahli mereka dengan segala keperluan sewajarnya terutama soal tarbiah ukhrawi yang dilihat kini mempunyai lompong yang perlu segera diisi.

Sebelum ini, penulis berkesempatan berbual dengan seorang penyokong muda Pas yang amat bersemangat, kebanyakan ceramah Pas akan dihadirinya tetapi apabila perbualan semakin rancak hingga menyentuh soal agama serta pegangan mazhab.

Beliau bertanyakan kepada saya: "Mazhab tu gapo (apa)," membuatkan saya terkedu!


SEKADAR RENUNGAN UNTUK ORANG PAS! KADANGKALA KITA TERLEBIH BERPOLITIK SEHINGGA POLITIK MENJADI AGAMA SEDANGKAN POLITIK SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA..APALAH GUNANYA MENANG BERPOLITIK TETAPI KOSONG JIWA...PENULIS RENCANA NI SEBENARNYA ABE AMBO DEH...DIA PERNAH DITEMPATKAN SEBAGAI WAKIL UTUSAN DI KELATE SELAMA SETAHUN..SEMASA DI KAMPUNG, ORANG KAMPUNG TAK TAHU DIA NI KERJA UTUSAN. DIA SENGAJA SOROK..KALAU TIDAK SUDAH TENTU DIA AKAN DIPANDANG SERONG..

CUTI RAYA CINA BARU NI PUN, SEMASA BERJUMPA DENGAN PENGIKUT TEGAR PAS DI KAMPUNG..SOALAN PERTAMA DIA KEPADA SAYA..HAH! MASIH PAS LAGI KE ATAU DAH TUKAR PARTI..SAYA TERKEJUT DAN NAK TERGELAK DENGAN SOALAN GURAUANNYA...INILAH BILA POLITIK DAH JADI MACAM AGAMA..BILA KITA BUAT TEST..CUBA BACA AL-FATIHAH, CUBA CERITA APA MAKSUD AL-FATIHAH, KEMUNGKINAN BESAR MEREKA YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN POLITIK ISLAM AKAN TERSENGIH MALU..

SAYA DULU PERNAH ADA MURID..PEMUDA UMNO BESUT, BERULANG DARI BESUT KE KL SETIAP PETANG JUMAAT UTK MENGAJI DENGAN SAYA DI UIAM GOMBAK, BILA SAYA CUIT KE KELANTAN, DIA AKAN DATANG KE RUMAH MAK SAYA DI KELANTAN..SAYA KATA DALAM HATI..ALAHAI ORANG UMNO YANG BERSUNGGUH NAK MENGAJI AL-QURAN TETAPI TIDAK MENUNAIKAN HAK AL-QURAN SEPENUHNYA DALAM BERPOLITIK..SAYA JUGA MENGELUH..ALAHAI ORANG KAMPUNG AKU YANG SEMUANYA PAS..MEREKA GALAK BERPOLITIK DI ATAS NAMA ISLAM..BACA AL-QURAN PUN TAK TENTU LEPAS..KALAU DENGAR BACA YASIN PUN MACAM MUALAF..FIKIR-FIKIRKANLAH...